Plan Matrix (Plan Alam)
Pembentangan tentang rungkaian yang disampaikan tentang Plan Alam (Plan Matrix) ini bukan menurut cara tradisional lama yang dibawa oleh jalan kerohanian tapi cara terkini yang mudah difahami oleh masyarakat moden.
Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara yang disampaikan ini kerana mereka masih ingin mengikuti penerangan cara lama dari kitab-kitab tua atau ulama` iaitu inginkan nas-nas yang melibatkan perdebatan selama ribuan tahun.
Bagi penulis, rasanya lebih sesuai mengikut cara saintifik dan teknologi.memandangkan sekarang ledakan maklumat amat pantas dan masyarakat tidak berminat dan tiada masa menyelak mukasurat kitab-kitab lama, ini bermakna penulis tidak menolak cara tradisional kerana itu adalah asal perjalanan ilmu kita jua ibarat jalan atau lorong yang sama tetapi kita menambahbaikkan menjadikan jalan bertaraf tinggi (highway) sesuai dengan keadaan, ruang, dan masa yang telah diadunkan dengan pemikiran yang telah dikemaskinikan berdasarkan ilmu yang kita perolehi samada pembelajaran dengan kesilapan, pengalaman, akal fikiran, perbincangan atau pertanyaan, kajian (explore) atau kita dapati dari mana-mana guru yang dapat mengesahkan kesahihan tersebut.
Apapun gajah tetap gajah walaupun macamana cara kita tafsirkan..Dan kayu tetap kayu walaupun ditafsirkan atau diterjemahkan dengan penciptaan almari, kerusi, meja dan sebagainya.
Allah berfirman:
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” [QS. Al-A’raf (7): 172].
ألستُ بربّكم قالُوا بَلى
Setelah ditanya “Alastu Birob bikum“ ? Diibaratkan semua ruh manusia diberi satu ‘CD’ yang menunjukkan peranan dalam Matrix (alam) ini samaada individu sebagai seorang raja, hamba, saintis, muslim, kafir dan sebagainya” semuanya rela dan berkata “Qolu Bala Syahidna” Maka dimasukkan Plan Alam Asas Dan Individu dalam kepercayaannya..
Di Matrix Ruh itu manusia bersyahadah [perjanjian/penyaksian] di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui Keesaan Allah seterusnya disempurnakan dengan syahadatain [dua kalimah syahadah).
Rangka Plan Alam yang dicipta oleh Zat yang Maha Esa, kemudian baru ada jaringan Matrix Ruh.
‘Kepercayaan Ruh’ dalam matrixnya ini dinamakan Plan Alam yang dicipta oleh Allah s.w.t iaitu:
1. Plan Alam Asas (Kepercayaan ini dimasukkan selepas ألستُ بربّكم (‘Alastu Birrabbikum’)
2. Plan Alam Kehidupan (Dimasukkan dalam kitab-kitab( Al-quran) dan dibawa oleh para Nabi dan Rasul.
3.Plan Alam Semasa (Kepercayaan-kepercayaan Universal Semasa).
Di sini penulis membawa dengan contoh mudah untuk kita fahami :
Gerabak-gerabak yang dibawa oleh kepala keretapi ke satu destinasi.
Kepala keretapi adalah Plan Alam Asas
Gerabak adalah Plan Alam Kehidupan
Apa yang berlaku dalam gerabak adalah Plan Alam Semasa.
Kadangkala sesuatu bencana alam atau kehadiran seperti Imam Al-Mahdi sepatutnya akan berlaku , tetapi dielakkan kerana berubahnya:
Plan Alam Kedua (Plan Alam Kehidupan (Dimasukkan dalam kitab-kitab dan dibawa oleh para Nabi dan Rasul) dan
Plan Alam Ketiga (Plan Alam Semasa Kepercayaan-kepercayaan Universal Semasa).
Tetapi kadangkala diubah ‘rel’ oleh si EmpuNya, yang menjadi Moderator Matrix yang berkait dengan Plan Alam ini adalah Aulia` Allah (Wali-Wali Allah) yang mengikut Perintah Pencipta Plan Alam ini..
Allah menciptakan Iblis, Syaitan dan Jin hanya mengganggu ibarat virus kepada jaringan-jaringan kecil dan besar Matrix Ruh yang memberi kesan kepada kehidupan skala kecil dan besar. Inilah situasi wujudnya virus-virus baru agar manusia ada perjuangan untuk menghapuskan atau melawannya.
Kalau kita baca karya HarunYahya, filem-filem fiksyen seperti The Matrix dan lain-lain adalah cara termudah untuk menzahirkan model kefahaman alam ghaib, minda separa sedar, ilmu tenaga aura dan sebagainya.
Sebenarnya pengkarya filem atau yang mencipta filem ini bukan sebarangan ilmu kefahamannya, walaupun dikatakan sebagai hiburan dan tetapi mudah membuka minda yang orang dewasa. Bagaimana jika tajuknya The Thariqah mungkin generasi muda tidak mahu menontonnya. Pencipta filem The Matrix juga dikatakan sebagai Future Phenomenon walaupun dia seorang yang kafir tapi kita harus ingat bahawa ilmu Allah itu teramat luas untuk semua manusia berfikir bagi menguatkan kekuasaaNya.
Semasa kita di dalam rahim ibu ruh manusia itu dapat melihat semua rahsia langit apabila lahir sahaja diibaratkan sebagai “CD” tadi di ‘install’ dalam Matrix. Maka ia percaya dan berada dalam Matrix Ruh yang amat terhad’ jika dia dapat melepasi masuk dan merentasi Matrix maka ada kebolehan yang mencantas adat kepercayaan Ruh yang terhad.
Maka kadangkala boleh jadi kebal, mendapat idea-idea hebat, kuat, kalis api atau boleh ke mana-mana tempat sekelip mata..Walauapapun untuk memahami“Kepercayaan Ruh’ dalam Matrixnya yang dinamakan Plan Alam.
Hayati dan fahami dengan situasi ini..
Penumpang-penumpang telah membeli tiket masing-masing berdasarkan kemampuan yang dipersetujui..
Apabila keretapi tiba masing-masing menaiki gerabak-gerabak yang telah ditetapkan..ada yang menaiki dahulu, ada yang menaiki kemudian..
Setelah itu masing-masing duduk di tempat yang telah dikhaskan..ada yang eksklusif, ada yang ekonomi, ada yang low class, ada yang langsung tiada tempat duduk kerana sudah penuh..
Semasa perjalanan ada yang bersungut mengenai tempat duduk yang ‘dipersetujui/alastu’, ada yang tenang dan menerima baik tempat duduk yang dikhaskan..kemudian ada yang mula memasang kipas, mengadjust aircond, tingkap, ada yang ubah kedudukan tempat duduk, ada yg membuat kacau..ada yang buat hal masing-masing, ada yang cuba berkomunikasi (bersembang-sembang dan sebagainya), sepanjang perjalanan pula ada yang turun ke stesen-stesen dan berehat sebentar sebelum perjalanan.
Ada yang jatuh sakit, ada yang sakit perut dan mereka akan dipindahkan dan dimasukkan dalam gerabak khas untuk ‘rawatan’, ada yang meninggalkan kerusi dan berjalan-jalan, ada yang tersesat, ada yang curi-curi duduk tempat orang lain..
Semasa keretapi bergerak kadangkala perjalanan laju, perlahan dan berhenti, ada masanya gerabak bergegar dan bergoncang akibat kelajuan atau terlanggar sesuatu, tetapi ia tetap ditarik oleh keretapi ke depan, ada kala arah perjalanan ditukar menggunakan rel atau landasan pilihan yang lain (jarang berlaku), adakalanya satu dua gerabak terpaksa ditinggalkan akibat rosak (jarang-jarang berlaku) tetapi destinasi tetap diteruskan.
Pemandu-pemandu keretapi tidak kisah apa yang berlaku dalam gerabak as long gerabak terus berjalan (gerabak-gerabak dikunci rapi), setiap gerabak ada ‘penjaga’ masing-masing, tetapi ada satu dua penumpang yang ada ‘dokumen khas’ yang boleh keluar dari pintu-pintu ke gerabak lain, ada penumpang yang ada ‘kuasa’ memberi nasihat atau berbincang dengan pemandu untuk berhenti atau melambatkan perjalanan..tetapi penumpang ini tidak boleh menyuruh pemandu mengubah destinasi..pemandu juga boleh pergi ke gerabak-gerabak melihat suasana penumpang, memastikan gerabak dalam keadaan baik, menyuruh gerabak dikunci rapat dan sebagainya.
Rumusannya ini adalah sebagai contoh untuk lebih kita memahaminya.
Penumpang = Anda
Naik dahulu= Hidup lebih awal
Tempat duduk = Plan Anda ditetapkan seperti rezeki, jodoh,ajal,maut dan lain-lain (Alastu)
Kipas, tempat duduk dan lain-lain= triggering centre
Kelakuan dalam gerabak=usaha
Gerabak-gerabak=Alam-Alam Ilusi Matrix
Kunci=Consciousness atau hati (Kesedaran)
Gerabak-gerabak yang rosak dan ditinggalkan=Alam-alam yang musnah
Gerabak untuk ‘rawatan’=Alam Barzakh
Penjaga=Malaikat
Rel= Plan Alam
Penumpang Dokumen Khas= yang dapat makrifat/keluar dari matrix
Penumpang dengan ‘kuasa’= Aulia Allah
Pemandu Lokomotif = The One
Destinasi= Pertemuan dengan the source yang tidak diketahui dan dikenali sebenarnya kecuali
Sampai destinasi=The Source (Tauke keretapi)
Rasanya cukup lengkap tamsilan kehidupan ini dengan hanya perumpamaan sebuah keretapi yang menuju ke satu destinasi.! hakikatnya amat mudah dibaca, namun untuk merealisasikan konsep redha dengan qada` dan qadar itu ramai yang tertewas dan terperangkap.
0 comments:
Post a Comment