Friday, November 13, 2009

Ben10 melanda jiwa kanak-kanak lelaki





Setiap kanak-kanak mempunyai idolanya kalau sebelum ini aku menceritakan tentang patung yang menjadi idola bagi anak-anak perempuan..kalau anak-anak lelaki pula cam ner..hasil kajian aku kalau di Mesir ini saingan pada Fulla (patung Islam untuk perempuan) kalau lelaki mereka mengidolakan Ben 10..

Siapa pula Ben 10 ? Bila disebut idolanya barulah nak suruh apapun dia laju skit..kena pandai2lah men psikologinya..Tapi kekadang tiada siapa yang ajarkan, itulah naluri bagi kanak-kanak yang tidak boleh disekat untuk perkembangan mentalnya.Semua ciptaan yang wujud bukanlah sia-sia..bagaimana omputih leh create cite macam ini...kalau dikatakan aaah yahudi...jom boikot ! kita buat alternatif secara Islam..tapi yang Islam punya cam ne lak..aku pun tunggu2 gak....kalau kita tengok upin dan ipin bagi aku OK dan berpotensi juga untuk pergi jauh tapi support..cam ne ?

Boleh dirujuk melalui pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Ben_10

Benjamin "Ben" Kirby Tennyson a.k.a Ben 10 (latar suara oleh Tara Strong dan dilakonkan oleh Graham Phillips dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) merupakan pendukung utama dalam siri ini. Beliau seorang budak lelaki biasa berumur 10 tahun yang suka bermain permainan video, menunggang basikal dan bersikap degil. Sewaktu Ben menemui Omnitrix, ia melekap pada lengannya. Beliau menggunakan kuasa-kuasanya daripada Omnitrix yang tidak dapat ditanggalkan untuk menjadi superhero.

Namun begitu, Ben mendapati kerjanya menjadi lebih rumit daripada beliau sangkakan terutamanya dengan kejahatan hulubalang asing, Vilgax yang memburu Ben semata-semata untuk mendapatkan Omnitrix.

Ben dilihat seorang individu yang tamak, kadangkala menerima pujian yang tidak sepatutnya beliau dapat. Beliau juga tidak dapat menerima kekalahannya sendiri terutamanya seseorang itu adalah sepupunya sendiri, Gwen - dengannya Ben berkongsi hubungan cinta tetapi benci.

Ben menggunakan Omnitrix tidak lebih hanya sekadar gurauan, meskipun ketika keadaan terdesak. Sekalipun begitu, Ben bertimbang rasa dan sanggup berkorban demi melindungi keluarganya atau sesiapa sahaja dalam bahaya. Walaupun bukan dalam bentuk makhluk asing, kepintaran Ben telah menyelamatkan dirinya dan orang lain dari keadaan dashyat, terutamanya apabila Omnitrix tidak boleh diaktifkan ataupun tidak menukarkan beliau kepada bentuk yang beliau inginkan.

Hubungan Ben dengan Gwen dalam siri asal agak kompleks. Mereka sering bertengkar sesama sendiri, tidak mungkin bersetuju antara satu sama lain tentang perkara apa-apapun (pengecualian hanya masakan aneh Max yang mereka sememangnya tidak sukai).

Sungguhpun demikian, mereka benar-benar peduli antara satu sama lain, menunjukkan sikap ambil berat yang bukan dibuat-buat apabila seseorang itu dalam bahaya. Buktinya terdapat dalam cetera Ben 10: Secret of the Omnitrix semasa Ben benar-benar sedih apabila disangka bahawa Gwen sudah meninggal dunia dan mendakap sementara Gwen dalam linangan air mata apabila telah didedahkan bahawa Gwen terselamat.

Siri asal menunjukkan Ben mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah, Gwen sering diketahui untuk berjenaka tentangnya; beliau mengatakan bahawa Ben tidak pernah memberus giginya, jarang sekali bertukar pakaian dalamnya dan Ben sekali pun bercakap gah bahawa dia tidak pernah mandi selama tiga hari. Jenaka juga diteruskan dalam filem aksi sebenar; semasa Ben memakai tanda dagangan kemeja-T hitam dan putih selepas Max memutuskan untuk menyiasat Eon, Gwen telah bertanya kepada Ben jikalau beliau pernah mencuci kemeja itu malah sekali semasa musim panas kerana pakaiannya berbau busuk.


Gwen dalam siri asal.

Gwendolyn "Gwen" Tennyson (latar suara oleh Meagan Smith dan dilakonkan oleh Haley Ramm dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) adalah seorang sepupu Ben yang juga berumur 10 tahun (kedua-duanya berkongsi hari lahir yang serupa).

Gwen berkongsi hubungan cinta tetapi benci dengan Ben, sentiasa menghina Ben dengan kebijakan jenaka kering dan sindiran.Beliau menggunakan komputer riba untuk membuat penyelidikan tentang individu atau makhluk aneh serta merupakan ahli gimnastik berkebolehan dan mempunyai beberapa kemahiran dalam seni mempertahankan diri. Beliau juga dilihat mempunyai kemahiran semula jadi dalam menggunakan pelbagai peranti atau objek rumit, seperti dalam episod "Gwen 10" yang memaparkan Gwen mendapat Omnitrix dan bukan Ben, telah membuktikan bahawa beliau jauh lebih pandai menggunakannya berbanding Ben.

Keseluruhannya, kebanyakan kemahirannya yang ketara ialah keupayaan semula jadinya iaitu kemahiran dalam magis. Apa yang terdapat dalam dirinya yang dipanggil sebagai "aura magis" oleh Charmcaster, Gwen mampu menggunakan pelbagai artifak dan sihir magis.Sewaktu menggunakan magis pemberian tuah Mantera Bezel (Charm of Bezel), beliau berkebolehan mengaktifkannya secara kenalurian sedangkan Hex mungkin boleh atau sebaliknya. Kemudian, apabila Gwen mengambil dan menggunakan tongkatnya, beliau boleh melakukan tembakan bagas api - menurut Charmcaster, hanya seseorang yang mempunyai kemahiran Hex harus mempunyai kebolehan itu.

Pada masa itu, Gwen mempunyai Mantera Bezel untuk menjadi wirawati hebat yang bernama Lucky Girl. Pada permulaan, kebolehannya memperoleh "tuah" Mantera Bezel, telah memberikan nasib yang sempurna secara semula jadinya. Sementara memakai mantera, segala tindakan yang beliau ambil akan menghasilkan gaya rantaian tindak balas Rube Goldberg yang mendatangkan manfaat kepada niat asal beliau tetapi biasanya mencederakan Ben dalam proses terbabit. Seterusnya, beliau mengembalikan kepercaman wira hebat selepas memperoleh Baji Batu Bezel (Keystone of Bezel) yang meningkatkan kemampuan beliau kepada aras wira hebat lebih daripada hanya sekadar menentukan nasibnya. Pada masa itu juga, Gwen terpaksa bersara apabila Mantera Bezel musnah.

Namun, kerjayanya belum berakhir setelah Gwen mula menceburi dalam perihal kuasa ajaib apabila dia berjaya mendapat buku sihir daripada Charmcaster dalam episod "A Change of Face".



Max Tennyson


Max dalam siri asal.

Maxwell "Max" Tennyson (latar suara oleh Paul Eiding dan dilakonkan oleh Lee Majors dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) atau "Grandpa Max" sebagaimana cucunya panggil, berumur 60 tahun, agak gemuk dan kadangkala sedikit lembap, datuk kebapaan kepada sepupu Ben dan Gwen Tennyson. Pendiriannya yang berminat kepada sesuatu cabaran dan citarasa pelik dalam makanan (dikecualikan kepada episod "Perfect Day"), selalu berakhir dengan mengajak cucunya pada lawatan yang menarik. Sebaik sahaja cuti bermula, Ben menanti-nanti akan lawatan perjalanan musim panas dengan Max dalam kenderaan rekreasi (RV) yang digelar "The Rust Bucket" yang diubah suai oleh Max dengan teknologi maju. The Rust Bucket" merupakan replika GMC Classic Motorhome.

Max pernah melibatkan diri dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, telah menyertai program angkasawan. Pada mulanya, Ben dan Gwen menyangka datuknya seorang tukang paip ("plumber") sebagaimana diberitahu oleh Max. Bagaimanapun, cucunya mula meragui Max setelah beberapa kejadian yang memaparkan pengetahuan dan kepakaran yang tidak sepatutnya tukang paip ada; segalanya daripada isyarat tangan ala tentera hinggalah kepada pengetahuan menggunakan reaktor nuklear.

Sepanjang musim pertama, nampaknya bahawa Max mengetahui jauh lebih banyak tentang makhluk asing daripada apa yang diberitahunya, di mana kemuncak musim akhir telah mendedahkan bahawa beliau dan Vilgax merupakan musuh lama di mana Vilgax sanggup memanggil Max sebagai "duri dalam daging".

Sebenarnya, "plumber" yang dimaksudkannya adalah sebuah pertubuhan kerajaan yang dikenali sebagai "The Plumbers" yang mengendalikan aktiviti berkaitan ruang angkasa lepas, paranormal dan keadaan lain yang tidak boleh diuruskan oleh kebanyakan organisasi lain. Pangkalannya berada di bawah Gunung Rushmore. Kumpulan tersebut dibubarkan sementara setelah Max mengalahkan Vilgax buat pertama kali, menyarankan bahawa Vilgax sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap pelbagai kejadian yang mereka hadapi. Max pernah menjadi antara calon yang layak bagi misi Apollo 11 dan akan pergi sekiranya tiada urusan lain.

Ketika berusia 80 tahun, Max mengubah suai RV miliknya lebih lanjut, sudah berjanggut dan hilang lengan kanannya dalam Peperangan Limax pada tahun 2017. Beliau menggunakan replika neuroprostetik pada lengannya yang boleh dipanjangkan dan diubah kepada senjata futuristik pilihan.

Jauh ke hadapan (berusia 92 tahun) bersama-sama cicit lelakinya bernama Ken yang berusia 10 tahun, Max kehilangan janggutnya dan penurunan berat dan ketinggian yang ketara yang disebabkan oleh faktor usia dan diet makanan kesihatan futuristik yang tetap. Pada masa itu juga, lengan sibernetiknya kelihatan jauh lebih bersifat mekanikal berlainan daripada sebelumnya yang menampilkan replika lengan asal sebenarnya.

Max mempunyai rakan lama makhluk asing yang bernama Xylene. Xylene berhasrat untuk menghantar Omnitrix kepadanya tetapi Ben telah menjumpainya secara kebetulan. Max dan Xylene nampaknya telah terlibat dalam percintaan dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Xylene cuba meyakinkan Max bagi membentuk rakan kongsi dan menjelajah di serata galaksi dengannya, namun akhirnya Max menolak cadangannya kerana tugas beliau sebagai Plumber dan keperluannya untuk menjaga cucunya.

Penyangak

Vilgax

Vilgax (latar suara oleh Steven Blum) adalah seekor makhluk asing Chimera Sui Generis yang berkepala seakan-akan sotong, penakluk antara galaksi dan sanggup melakukan kemusnahan semata-mata memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan Omnitrix dan menggunakannya bagi menjajah setiap planet dalam alam semesta.

Beliau merupakan salah satu makhluk asing yang paling digeruni dalam galaksi, telah memusnahkan lima planet dan menghasilkan lohong hitam. Pada hakikatnya, sifat gerunnya itu menyebabkan hampir tiada satupun bentuk hidupan biologi yang sanggup bekerjanya dengannya, memaksa beliau untuk menggunakan robot sebagai krew secara keseluruhannya meskipun beliau mampu mencari tentera upahan yang hendak berkhidmat untuknya.

Beliau juga mengisytiharkan diri sebagai pakar Omnitrix sebagaimana dakwaan beliau bahawa membuka kunci fungsi kawalan Omnitrix merupakan satu kerja yang mudah baginya.

The Forever Knight

The Forever Knights adalah sebuah persatuan rahsia yang ditubuhkan semasa Abad Pertengahan yang dibaktikan untuk mengumpul teknologi makhluk asing.
Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios.

Siri animasi ini mengisahkan Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.

Onnitrix

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.



Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.

Dua filem Ben 10 telah dikeluarkan pada masa-masa berlainan pada tahun 2007 dan 2008. Filem pertama ialah cetera animasi pertama berjudul Secret of the Omnitrix, di mana Omnitrix disetkan untuk musnah sendiri secara tidak sengaja dan Ben mesti mencari pencipta alat itu untuk menghentikannya. Filem ini disiarkan pada 10 Ogos 2007. Dua versi berlainan yang menampakkan perbezaan dari keluaran asal masing-masing dikeluarkan pada 1 September 2007 dan 20 Oktober 2007.

Filem kedua ialah filem lakonan hidup berjudul Ben 10: Race Against Time yang disiarkan pada 21 November 2007. Plotnya mengisahkan Ben, Gwen dan Max kembali ke tempat asal mereka di Bellwood dan cuba kembali menjalani kehidupan 'normal'. Malangnya, hidup mereka diganggu oleh seekor makhluk asing bergelar Eon yang mempunyai hubungkait dengan Omnitrix. Race Against Time ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 21 November 2007. Filem ini diarah oleh Alex Winter.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.