Thursday, November 5, 2009

Apa benda pula wujud ilusi ni ?

Wujud Ilusi bermaksud bahawa dunia yang ada hari ini adalah ulang tayang kepada filem CD yang sudah ditonton oleh kita di alam ruh (Matrix Ruh) semasa penyaksian antara hamba dengan tuhan.

Apabila bila ditanya [lebih kurang begini] “sanggupkah kau mainkan semula watak ini”....jawapannya “bahkan “(Alastu) semasa penjanjian ruh kita yang mana di alam ruh setelah Allah SWT hendak tiupkan ke dalam jasad kita.

Ini bermakna Ilusi ada dimana-mana saja kadang-kadang kita tertipu dengan dunia ini. Adakah wujud Ilusi,cuba kita berbalik pada kewujudan otak, dari pandangan mata zahir ini ia akan terus ke otak.

Tiba-tiba wujud satu persoalan, betul ke apa yang aku tengok tu wujud sebab mata kita hanya mengambil input cahaya sahaja dan otak yang mentafsirkannya.Cuba anda kaji bagaimana pula orang buta ? tanpa cahaya pastinya dia akan menggunakan daripada bunyi dan bau untuk ke mentafsirkan ke otaknya.

Otak merealize apa yang kita rasa, dengar,lihat yang dari input gelombang, sebenarnya diluar sana tidak wujud sesuatu yang kita panggil alam !
Tapi walaupun kita tahu sesuatu benda ini, kita juga tertipu dan selesa juga dengan alam ini. Kenapa sia-sia sebab ia tak wujud pun. Tapi perlu diingat, Kita tidak ciptakan sesuatu itu sia-sia.

Allah menjadikan alam ini (Ilusi) sebagai ujian bagi manusia ke satu alam yang lebih abadi untuk ke alam yang lebih baik dari ilusi ini kita perlulah beramal dan memakmurkan sebaik mungkin Ilusi ini.

Frederick Vester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan?, nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini .

Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut:

Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimanapun, persepsi kita hanyalah idea di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang dilihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada di dalam otak kita ?.

Memandangkan semua yang wujud ini hanya berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling kita wujud di luar minda kita.

Walaupun dikatakan Ilusi tetapi tidak memberi erti kerana ia ibarat tempat persinggahan kita di pelabuhan sebelum tiba ke destinasi terakhir (akhirat)
Manusia yang tidak menghargai peluang berlabuh untuk mengumpul bekalan itulah yang menjadi orang yang rugi dan sia-sia sedangkan ilusi itu akan menghilang sejurus kita tiba ke destinasi.

Ilusi itu tidak dihisab sedangkan watak-watak atau karekter dalam ilusi itulah yang akan dipertanggungjawab oleh pelaku di akhirat kelak.

Setiap orang atau bangsa atau kaum mempunyai watak-watak yang berbeza atas dunia ini dan macam-macam ada dan berlaku termasuk begitu juga dengan alam, negara perang, negara aman, negara bencana alam dan sebagainya.Apa yang berlaku samada kebaikan dan keburukan itu supaya kita terus berfikir dan perkembangan ilmu.

Contoh Pertama:

Kita bermimpi..kita merasai ianya ‘nyata’ tetapi sebenarnya dalam otak kita perkara itu kerana aktiviti neuro elektrik sahaja.

Anda sedar..anda makan..anda minum..anda melihat benda atau objek saja..bagaimana pula orang yang buta atau ’stroke acute’ mereka tidak melihat dan tidak merasa..Jadi: pengesanan deria berpunca aktiviti Neuro Elektrik .

Apakah perbezaan di antara sedar dengan tidak sedar ?
Saidina Ali k.w berkata: “Apabila anda mati barulah anda sedar”

Apakah yang membina elektron? Apakah yang membina partikel dan yang membina sub partikel elektron ?..Jawapanya ‘tiada’..hanya llusi Ilahi yang telah dimasukkan dalam ruh”..

Malah jasad kita ini illusi sahaja kerana atom-atom yang membina sel-sel badan sebenarnya tidak wujud, hanyalah Ilusi atau ‘khayalan saja”

Misalnya kita makan kek, sedap itu ditafsir oleh otak (siapa yang memberitahu makanan itu sedap atau tidak, siapa yang arahkan otak tafsirkan perasaan atau naluru seperti sedih, suka, gembira) inilah yang menjadi misteri. Oleh itu apa-apa yang pancaindera kita kesan ditafsir oleh satu ‘kuasa’ yang diluar kuasa diri kita..bukankah kehidupan ini ilusi ?

Tamsilan atau perumpamaan di bawah ini juga boleh dijadikan panduan.

Katakanlah anda ke kedai gunting. Dalam kedai itu ada banyak cermin di sekelilingnya..

Hasilnya adalah anda nampak bayang atau imej yang banyak di kiri kanan depan belakang anda..

Setiap imej itu kelihatan pula berlapis-lapis semakin ke dalam pula..
Imej-imej tersebut dipanggil sebagai alam maya atau Ilusi ..
Iaitu tamsilan bahawa apa yang kita nampak pada diri kita ini dan di sekeliling adalah maya atau ilusi sahaja (bukan wujud hakiki atau iaitu mumkinul wujud)..

Oleh itu, imej-imej yang berada dalam cermin itu dan apa-apa yang anda nampak di sekeliling setiap alam maya atau Ilusi itu dinamakan Matrix atau pun software.

Yang benar-benar wujud haqiqi (Al-Haq) adalah diri yang kena gunting itu yang dipanggil AKU

Imej-imej dalam cermin itu kadangkala berbagai rupa (berbeza) mengikut keadaan cermin tersebut..

Jika cermin itu kotor atau permukaan tidak rata maka lagi berbezalah imej dengan diri atau objek yang asal.

Untuk melihat dirinya, objek tadi atau si kena gunting tadi perlulah ada cermin atau menyediakan cermin.

Katakanlah dia seorang segak lagi tampan (macam Dr Sheikh Muzaffar) Dia perlu melihat imej dirinya dalam cermin atau matrix untuk dia lihat ketampanannya seterusnya memuji akan dirinya.

Jika cermin itu bersih dan rata, maka barulah diketahui akan ke 'handsome' mannya..

Jika cermin itu kotor maka terkejutlah ia dan merasa rendah dirinya kerana melihat betapa 'hodoh'nya dia..

Allah itu ibarat khazanah yang terpendam..Dijadikan makhluk untuk memujiNya (mencari,merasai perlindungan,memohon dan sebagainya) Cermin-cermin itu adalah tamsilan bagi hati..

Hanya satu cara membersihkan hati adalah zikrullah yang akan menjadikan cermin itu makin lama makin bersih dan licin..

Hanya dengan cara itu Dia dapat melihat dirinya yang cantik !
Sebenarnya hati itu adalah kesedaran atau consciousness..Lebih banyak zikrullah bermakna kesedaran bahawa apa yang kita percaya daripada apa yang kita lihat di dunia adalah imej yang maya atau Ilusi iaitu berada dalam satu sistem atau software yang dinamakan Matrix..

Imej-imej maya atau ilusi yang berbeza melambangkan matrix yang berbeza...Imej yang paling dekat dan paling terang atau jelas sekali adalalah dinamakan Nur Allah atau dalam istilah lain Matrix Nur Allah..

Imej-Imej seterusnya yang kurang terang sedikit dinamakan Nur Muhamad (matrix Nur Muhammad) seterusnya Matrix Ruh---->Matrix Embryo--> Matrix Manusia (yang kita 'tinggal')--> Mati-->Matrix Barzakh--->Matrix Akhirat.......>...>laluan matrix seterusnya dan akhirnya kembali.

Mereka yang bersungguh-sungguh berzikrullah kadangkala diberi peluang 'keluar dari matrix manusia' dan menjelajah ke matrix-matrix lain atau ke matrix yang lebih tinggi..

Ini dinamakan sebagai pembukaan makrifat atau kesedaran tentang Ilahi. Individu dari Matrix manusia yang pertama dan pernah tiba ke Matrix yang terhampir denganNya adalah nabi Muhammad SAW semasa Mikraj.

Selepas itu laluan-lauan 'menembusi' Matrix telah terbuka dan Nabi Muhammad s.a.w menjadi 'peneman' kepada semua 'jumper' untuk mikraj. Ini menunjukkan bahawa setiap Insan boleh mengikut jalan yang sama atau mencapai apa yang boleh dicapai oleh perintis jalan tadi..
Kreativiti guru-guru menyebabkan 'perjalanan' ini kelihatan berbeza dan dinamakan sebagai tarekat..

Penulis juga mengimbas dalam filem The Matrix. Apakah hubungan yang berkait di antara The Oracle, Neo dan The Architect yang dijelaskan pada siri The Matrix Reloaded .

Adegan tersebut rasanya mind blowing dan yakin akan digunakan sebagai topik perbincangan dalam kelas ‘Western Philosophy’ di institut pengajian tinggi di seluruh dunia.

Begitu sukarnya perjalanan Neo untuk berjumpa Architect, bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang lebih dalam dan bermakna (yang akan membuat mereka berdebat mengenai idea falsafah cause and effect dan fenomenologi) mungkin akan menyukai bahagian perbualan di antara The Architect dengan Neo.

Bahagian ini sengaja dipanjangkan dan mungkin sukar difahami oleh segelintir penonton.

Itulah hakikat kita juga bukan senang untuk menemui yang Maha Pencipta, bermacam pertempuran dan onak duri dijalanan harus dilalui.

Pada siri The Matrix Reloaded merupakan sebuah filem yang seronok ditonton. Watak-wataknya menarik. Ibarat dunia itu dicipta oleh adik beradik Wachowski memang nampak cool dengan penelitian kepada setting, kesan bunyi, suntingan serta rekaan kostum yang menarik.

Oleh itu, harus diingatkan disini agar tidak timbul kekeliruan bahawa penulis menggunakan terma matrix yang tidak menjadi 'candy' atau habuan menarik masyarakat mendalami ilmu tasauf atau mengenal rahsia diri, adalah wajar penulis jelaskan secara hitam putih dan risiko atau kekeliruan yang bakal ditempuh, pasti ada positif dan negatif. Khuatir mereka terima bulat-bulat terma matrix ini sama seperti filem matrix yang mereka tonton sebelum ini kemudian berangan sendiri, selain daripada unsur positif, yang negatif atau samar-samar juga membayangi konsep filem tersebut. Seperti :

Zion- Kota Harapan (Baitul Muqaddis) Dan Kota Piramid Dajjal di Bermuda Triangle.
6th Version Of Matrix- Perihal kemusnahan yahudi ke 6 kali.

Neo- Al-Maseh Muntazar Dajjal Vs 'One' = Isa Al-Maseh ).

Eye Of The Oracle- Hasrat Yahudi memantau atau menguasai dunia.

Trinity- Konsep ke '3 'an Tuhan

Free Mind- Aqidah Atheis

The One- Jesus Christ (Crucifixion oleh mesin matrix bagi menyelamatkan umat manusia sejagat) dan lain-lain.

Semuanya manifestasi media yahudi perihal survival dan grand plan mereka untuk menakluk dunia !

Walau bagaimanapun, jalan spiritual sebenarnya memerlukan pencapaian kerohanian dan ketajaman akal yang tinggi untuk memahaminya dan segala ibadah yang diperintahkan adalah salah satu jalan untuk mengintai perjalanan spiritual. That's why berkenaan dengan kisah syurga, neraka dan hal-hal ghaib lain, Al-Quran banyak menggunakan perjalanan hidup masyarakat pada masa tersebut dan juga tamsilan-tamsilan saintifik dan mudah seperti cahaya dari pelita dari minyak zaitun.

Agama-agama lain banyak terkeliru atau sengaja mengelirukan untuk kepentingan mereka umpamanya menukarkan kenyataan ditiup dari RohKu untuk menyatakan Saidina Isa a.s adalah anak tuhan. Walhal makna kenyataan itu jauh berbeza kerana keajaiban Roh juga dimiliki oleh semua insan bukannya Saidina Isa a.s sahaja.

Begitu juga dengan manusia dibangkitkan di alam akhirat berdasarkan amalan masing-masing. Agama Hindu terkeliru dengan 'lorong masa' sehingga menyatakan bahawa kebangkitan semula itu di dunia ini.

Jadinya, konsep matrix yang ingin dibincangkan disini agar dapat merungkai sekurang-kurangnya sebahagian masalah ruang dan masa dan kewujudan seolah-olah berganda dan 'melampaui' ruang kerana kita cuma menggunakan lebih kurang 0.03% hingga 5% keupayaan otak.

Oleh itu, kita harus belajar 'menggunakan' selebihnya. Kegagalan menggunakan minda ini menyebabkan kaum lain menguasai dunia dan kita sendiri tidak memahami Ad-Din Al-Islam itu sendiri lantas menyempit dan dijadikan alat untuk pertelingkahan.

Begitu juga lontaran dengan “tasyabbuh bil-kuffar” (menyerupai orang-orang kafir), maka penyerupaan yang dilarang adalah penyerupaan dalam hal keyakinan dan kepercayaan (aqidah). Bukannya terbatas dalam hal-hal yang bersifat zahir, kerana apabila difahami secara sempit seperti menaiki kereta, membuat kek atau menyambut birthday, memakai pakaian jeans, makan menggunakan sudu dan garpu, memakai perfume dan sebagainya, Adakah semua itu diharamkan ! selagi tiada setitik pun yang haram kenapa kita perlu sempitkan lagikan Islam Cara Hidup, sekiranya disempit-sempitkan kita boleh menganggap Islam itu mengongkong.

Penulis mengumpamakan, orang-orang Majusi mengelilingi api untuk menyembah, maka kita juga boleh mengikut cara mengelilingi api namun bukan untuk menyembah, melainkan sekadar untuk memanaskan badan saja. Niat dan aqidah-lah yang membezakan.Ini perlu kita fahami dengan luas berdasarkan ilmu.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.