Hidup Serba Tak Kena
Kehidupan yang Allah ciptakan bagi manusia cukup sempurna, yang tidak sempurna adalah sejauh mana kita mendekati Allah SWT dan mengingatinya serta bersyukur kepadaNya pada setiap detik.
Kerapian Tuhan dalam mentadbir alam ini, hanya mampu difahami dengan anugerahNya jua, bukannya boleh sengaja dibuat-buat. Walupun kita nampak ada negatif atau kejahatan yang pasti ia bukan kelemahan dan kekurangan daripada Allah SWT.
Sekiranya manusia dapat disedarkan dengan senang dan mudah saja maka, tidak akan ada aktiviti-aktiviti duniawiyah, umpamanya: kalau tiada orang yang tamak haloba, maka tiadalah kilang-kilang, bank, pejabat-pejabat dibuka. Jesteru itu, tidak ada tempat manusia mencari rezeki.
Sekiranya tiada orang-orang jahat, maka tiadalah polis, peguam, mahkamah, hakim dan sebagainya. Maka disini kita lihat secara lojik : Sepatutrnya polis terpaksa 'berterima kasih' kepada orang-orang yang menyalahi undang-undang.
Berlaku satu kes seorang gadis yang mencabar urusan tuhan dengan menyoal seorang penguatkuasa agama kerana kesalahan melacur di salah sebuah kelab malam.
Gadis : Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa Dia buat neraka ? Kenapa tidak disediakan syurga atau semua manusia atas bumi ini baik-baik saja ? Tidakkah Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ?
Ustaz : Kalau Tuhan tidak menciptakan neraka, Maka tidak jadilah saya seorang ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi atau bapa ayam. Gaji mesti lumayan dan hidup senang,lepas mati pun tak risau lagi sebab sudah tentu masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual. Kalau awak nak lari, saya bunuh saja. Tiada masalah lagi sebab neraka tiada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis : (terkejut dan tergamak dengan jawapan ustaz itu? dia terpinga-pinga dengan muka confused dengan jawapan ustaz tadi)
Ustaz : Jadi perkara-perkara jahat akan terus berlaku. Kalau Tuhan hanya sediakan syurga saja, orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' dengan percuma.
Dunia akan hancur begitu saja awak pun tak boleh nak cari makan kat kelab ini kan !
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..sebab takde siapa yang menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
Gadis : "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas cam tu je..(rungut si gadis.)
Ustaz : Sambil tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis : (terdiam..dan berfikir panjang)
Ustaz mengakhiri kata-katanya: " nasihat saya ini kerana kasih sayang saya sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud, untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian , berseronok sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "
Daripada diolag tersebut, fahamilah kita keberkesanan sifat "Kebesaran dan Kehebatan Allah SWT yang membelenggu perasaan serba tidak kena pada gadis tadi. Gadis tersebut merasai ketidakadilan tuhan, tanpa perlu fikir panjang. Hakikatnya Allah SWT mengatur perjalanan masing-masing yang mempunyai fungsinya tersendiri .Di situlah fungsi ketuhanan yang bersifat sempurna tanpa kita sedari.
Jadi, hukum kenerakaan akan dikenakan kepada mereka yang layak sahaja, bagi yang tidak mengerti tentang kerapian pentadbiran Ilahi. Maka tiadalah istilah hidup serba tidak kena dan ramai yang lupa bahawa kehidupan manusia merupakan seumpama segerombolan semut-semut yang saling bantu membantu antara satu sama lain dalam jaringan hayat. Tuhan tidak penah menzalimi sesiapapun.
Kalau kita taat segala perintahNya, pasti Allah akan membalas dengan nikmat di syurga, kalau derhaka perintahNya dan tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka dan menzalimi diri.
Begitulah kitaran kehidupan ada yang susah untuk mendapatkan rezeki ada yang senang saja dapat rezeki semuanya ada fungsinya dan terimalah takdir yang telah tuhan tetapkan serta berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan yang diredhaiNya kerana yang dikatakan tidak kena itu adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan.
Katakan anda kini berusia 30 tahun, Apakah yang anda telah rasai selama 30 tahun yang berlalu?
Mungkin akan menjawab; 'saya telah mengalami susah,senang, sakit, hina, kelaparan,dihina dan lain-lain
Saya akan tambah 30 tahun lagi, bermakna anda akan berumur 60 tahun ketika itu. Dan saya akan bertanya soalan yang sama: 'Apakah yang anda telah rasai selama 60 tahun yang berlalu?
Yang pastinya anda akan menjawab dengan nada yang sama: 'saya telah mengalami susah,senang, sakit, hina, kelaparan, dihina dan lain-lain'
Kemudian saya tambah lagi 60 tahun bermakna umur anda 120 tahun dan yang pasti anda akan menjawab senada saja. Aktiviti kehidupan kita akan berlalu detik demi detik seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Begitulah kehidupan insan yang sentiasa bermimpi dikala 'jaga'. Pada saya, hidup ini tidak punya apa-apa maksud, kecuali berinteraksi sementara dengan jaringan hayat. Tuhan tidak menzalimi sesiapapun, kerana tiada ada sesiapa disisiNya. Teruskan 'mimpi-mimpi hayat' kita seadanya, tanpa gentar kerana kita cuma menghadapi kesedaran yang sebenar dan jalanilah kehidupan dengan sebaiknya.
Aku masih ingat seorang ibu menggantungkan persoalan dari anak kecilnya yang berumur 5 tahun:-
Anak: Mak, kalau orang kena petir boleh mati tak ?
Mak : Boleh..
Anak: Orang yang kena petir tu jahat ke baik?
Mak : Ada yg baik ada yg jahat..
Anak: Petir tu Allah yang ciptakan mak ?
Mak : Ya…
Anak: Allah tu baik..tapi kenapa petir tu kena kat orang baik jugak.
Mak : Nanti adik dah besar mak terangkan….
Dialog terhenti di situ dan mungkin menganggap suatu yang negatif difikirannya, sebenarnya anaknya begitu cerdik, persoalan itu dapat memberi rangsangan kepada ibunya untuk berfikir tentang ketuhanan dan sentiasa menambahkan ilmu kerana pelbagai jawapan yang boleh kita andaikan secara logik dan positif.
0 comments:
Post a Comment