Thursday, November 12, 2009

Pakej aku adalah menulis, pakej anda adalah membaca,berfikir dan fahamkan

Ok posting yang masih berkisar dengan patung pembaca boleh membuat kesimpulan sendiri dengan pemahaman yang mantap ! Pakej aku adalah menulis, pakej anda adalah membaca,berfikir dan fahamkan..hehehe..dan pakej tertinggi buatlah kesimpulan...

‘Turtah’ sejenis biskut di Mesir adalah bid’ah…tanpa mereka sedar bahawa kandungannya ialah gandum, susu, gula dan minyak sapi.

Adakah terdapat apa-apa yang haram di dalam kandungan tersebut ? mereka juga menyatakan bahawa patung pengantin dan kuda yang dibuat pada bulan Maulud Nabi s.a.w itu adalah bid’ah (di Mesir apabila tibanya bulan Rabiul Awwal telah menjadi adat masyarakat Islam membuat patung pengantin dan kuda yang diperbuat dari gula, dan bahan-bahan halal yang lain sebagai manisan, sebagai tanda kegembiraan, kemenangan dan kebahagiaan dengan lahirlah Rasul akhir zaman, kekasih Allah yang paling agung s.a.w.)

Di dalam manisan ini tidak terdapat setitik pun benda yang haram. Adapun kebimbangan setengah pihak tentang manisan ini (yang berupa patung pengantin dan kuda) akan menjadi berhala…perkara dan kata-kata seumpama ini mudah untuk diperincikan. Patung atau ukiran , apabila tidak disembah bagi dirinya atau tidak disembah untuk mendapatkan apa-apa kehendak atau tidak disembah untuk mendekatkan diri kepada Allah. ….Maka ia adalah semata-mata patung mainan (bukan berhala).

Sekiranya kita menyembah parung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala ( shonam ). Jika kita menyembahnya kerana dirinya maka ia adalah berhala ( watsan )

Adapun patung-patung yang diperbuat dari manisan tersebut yang mana ianya ( berhala atau patung ) disembah oleh pembesar-pembesar jahiliah sebelum kedatangan Islam, telah menjadi permainan kanak-kanak selepas Islam. Tidak pernah kita dengar bahawa ada orang menyembah patung-patung manisan tersebut. Dan jika kita bimbangkan iman kita terhadap ukiran kuda tersebut…..maka apatah lagi jika terdapat kuda yang benar di hadapan kita?!

Sesungguhnya para sahabat telah memasuki Mesir pada zaman pemerintahan Saidina Umar ibnu Al-Khatab r.a, mereka merupakan pemerintah Gabenor dan Para Hakim. Meraka bukannya orang-orang biasa yang lemah. Mereka telah meninjau utara selatan timur dan barat negara tersebut dan telah melihat tempat penyembahan zaman Firaun, patung-patung mereka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

Akan tetapi kita tidak pernah mendengar bahawa ada seorang sahabat yang mulia memecahkan patung-patung ukiran tersebut. Ini kerana mereka begitu arif bahawa ia merupakan terjemahan bagi satu-satu tamadun dan kemajuan tidak patut menghancurkannya…..Patung Ramses di Mesir menjadi saksi di atas perkara ini berpuluh-puluh kurun dahulu.

Kita tidak menjumpai seorang pun yang mengorbankan sesuatu kepadanya atau mendekatkan diri kepadanya dengan sesuatu…..adakah kita lebih mengetahui daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang belajar sendiri dari Baginda?!

Rasulullah s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah, baginda sering bertawaf di Baitul Haram ketika mana berhala-berhala jahiliah masih wujud di sekitar Kaabah. Ia merupakan sesuatu yang disembah oleh orang-orang jahiliah, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa erti dan harga kepada Baginda. Demikian itu tidak dapat menegahkan keadaan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah.

Ketika mana Baginda berhijrah ke Madinah dan selepas pertukaran kiblat, Baginda mula bersolat kea rah Baitul Haram ( Kaabah ) sedangkan berhala-berhala masih wujud di sekitar Kaabah…..Kenapakah Rasulullah s.a.w tidak menghentikannya sebagaimana datuk Baginda Nabi Ibrahim a.s menghancurkannya…..

Nabi Ibrahim a.s telah menghancurkan setengah daripada berhala-berhala pada zamannya dan setengah yang lain ditinggalkan. Perbuatan baginda ini telah memberi natijah kepada penyembah-penyembah berhala bahawa ia begitu rapuh….diperbuat dari tanah….oleh kerana kejahilan mereka…..mereka telah merekacipta kaedah baru dan mengukir patung-patung pada batu yang pejal supaya susah untuk pecah. Meraka telah mengukirnya dengan begitu cantik sekali dan menghiaskannya….. Lantaran baru, ia amat laris di pasaran.

Kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk mencabut serta menanggalkan hubungan dalaman di antara hati seseorang mukmin dengan patung-patung atau ukiran-ukiran. Maka orang-orang Islam telah yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, mereka ketahui bahawa patung-patung tersebut bukannya Tuhan- lantaran itu tercabut kehebatannya daripada hati-hati orang Islam. Dengan itu ia telah mati ( tidak mempunyai apa apa nilai ) dalam keadaan tegak berdiri – tanpa Rasulullah s.a.w menghancurkannya dengan tangan baginda yang mulia.

Setelah Allah bukakan kota Mekah kepada Baginda, Baginda masuk kepadanya tanpa memegang kapak atau senjata. Bahkan baginda hanya memegang sebatang tongkat yang kecil. Baginda masuk ke dalam Baitul Haram sambil membaca firman Allah :
” Dan katakanlah ( Wahai Rasul ) telah datang kebenaran dan leburlah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu adalah binasa.”

Dan setiap kali Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan tangan Baginda ke arah patung-patung tersebut, ia tersungkur menyembah bumi. Para sahabat pula mengenyahkannya dengan kaki-kaki mereka sehinggalah patung-patung itu terkeluar dari Baitul Haram.
Kesemuanya ini adalah kerana Islam telah mencabut hubungan hati di antara manusia dan batu.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.