Sunday, November 9, 2008

Batang Berjuntai Selangor...

Batang Berjuntai, Selangor: 'kecian bodoh2 telor... orang kat dalam, dia kat luar'.

Teloq: 'Yang ko masuk lubang kencing tu, wat pe?'

Batang Berjuntai, Selangor: 'Belaga lubang kencing...daging n daging.. kerja si Adam dan Hawa'.

Teloq: 'tak ko ukurkah berapa dalamnya?'

Batang Berjuntai , Selangor: '????????'.


Sebodoh bodoh telor pun, si telor yang di luar itulah yang menceritakan kisah si batang berjuntai yang sedang asyik di dalam selangor kepada tangan kaki dan yang lain lain.

kerana si batang berjuntai dah duduk dalam selangor dah tak nampak dirinya lagi ,
kerana bagi sibatang berjuntai dialah selangor , kerna yang ada ketika itu hanya selangor.

Maka si telur itu lah yang bercerita al kisah batang berjuntai dah masuk selangor tak kuar kuar.....

haha....

Walaubagaimana pun satu hari nanti si telur tak di sia sia kan...

Kalau telur masuk pun ,,,,,dia masuk cara lain..
Zahirnya di luar tapi Hakikatnya di dalam

Telur dengan Caranya
Batang dengan caranya
Musa lain caranya
Khaidir pula berlainan caranya
Dua yang berbeza....Hakikatnya sama

Read more...

Friday, June 27, 2008

Panduan Menulis Cerpen

TAKRIF CERPEN

Cerpen singkatan dari "Cerita Pendek" di mana pembaca boleh menyudahkan pembacaannya dalam masa yang singkat (6 – 9 muka surat) atau paling lama satu jam (20 – 30). Namun pada kebiasaannya panjang sesebuah cerpen antara 6 – 20 muka surat bersaiz A4. Namun ada juga cerpen yang melebihi 20 muka surat dan ini bergantung kepada kebolehan pengarang dan kehendak penerbit. Sebagai contoh, Untuk menyertai sesuatu sayembara panjang cerpen antara 15 – 20 muka surat bertaip langkau dua baris .

Untuk disiarkan di surat khabar pula tidak melebihi 10 muka surat. Ini bermakna kalau cerpen itu panjangnya 20 muka surat kalau dikirim kepada mana-mana surat khabar, alamat tidak akan disiarkan kerana terlalu panjang sedangkan ruangannya terbatas kecuali untuk majalah.

Saya pernah beberapa kali mengikuti bengkel penulisan cerpen dan biasanya peserta akan bertanya apakah ciri-ciri cerpen yang baik? Dan biasanya penceramah atau pembimbing akan menjawab begini.

“ Cerpen yang baik adalah yang mudah difahami, mudah dimengerti, informasi dan mesejnya jelas, menggunakan bahasa yang indah, mentaati kaedah bahasa, judulnya menarik, dan meyakinkan.”

Selain itu cerpen yang menarik juga yang menyentuh isu atau berita semasa (news value), yakni aktual, faktual, penting, dan menarik. Dan ciri-ciri cerpen yang buruk pula ialah yang sebaliknya.

Namun cerpen yang dianggap baik oleh seseorang tidak semestinya dianggap baik pula oleh orang lain kerana setiap pembaca berlainan cita rasanya.

Ada pembaca yang suka cerpen konvensional dan ada pula pembaca yang suka cerpen berbentuk non konvensional. Pada saya samaada konvensional atau non konvensional punya kelebihan dan tetap ada peminatnya.

Adapun perkara yang perlu ada pada seorang penulis ialah niat yang baik, motivasi, mampu menguasai bahasa, suka membaca dan pandai menyesuaikan gaya penulisan mengikut kehendak pembaca.

Menulis sebuah cerpen ibarat membina sebuah rumah, mesti ada bahan-bahan untuk membangunkannya. Kalau rumah mesti ada tiang, atap, dinding, lantai dan sebagainya maka cerpen juga mesti ada perkara berikut:

1. CERITA

Cerita merupakan perkara penting dalam sesebuah cerpen. Dan kita hendaklah pastikan dulu jenis cerita yang hendak ditulis. Contohnya:

Cerita kekeluargaan
Cerita jenaka
Fiksyen sains
Cerita seram
Cerita sindiran
Pengembaraan
Cerita binatang
Kisah cinta
Fantasi
Cerita agama

Cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” tergolong cerita kekeluargaan. Cerpen ini mengisahkan sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Suami menganggap isterinya adalah hadiah paling berharga dalam hidupnya. Begitu juga isteri menganggap suaminya adalah hadiah paling berharga. Namun keamanan dan kedamaian adalah hadiah yang paling berharga.

2. WATAK

Watak ialah pelakon yang mendukung cerita dalam sesebuah cerpen. Tanpa kehadiran watak maka cerita tidak dapat digerakkan. Kerana itu watak mesti wujud dalam sesebuah cerpen.

Watak terbahagi kepada dua jenis iaitu watak utama dan watak sampingan/pembantu. Kerana takrif cerpen ialah cerita pendek maka tidak perlu watak yang ramai.

3. TEMA

Tema juga amat penting dalam sesebuah cerpen. Tema yang menarik perhatian pembaca ialah yang membawa persoalan baru dan boleh menambah pengetahuan pembaca.

Mesej yang hendak disampaikan melalui cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” ialah keamanan, kedamaian, berkasih sayang adalah faktor utama kebahagiaan sesebuah rumah tangga,

4. SUASANA / LATAR BELAKANG

Latar belakang juga penting dalam sesebuah cerpen kerana membantu pembaca menghayatinya dengan jelas. Latar belakang terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya:

Latar belakang tempat
Latar belakang masa
Latar belakang umur
Latar belakang cuaca dan sebagainya.

Dengan adanya latar belakang ini memudahkan pembaca menggambarkan peristiwa yang sedang berlaku.

5. ALUR CERITA / TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan juga amat penting untuk menarik perhatian pembaca. Ini terpulang kepada kepintaran pengarang untuk memilih teknik penceritaannya. Ada teknik mendatar dan mudah sahaja iaitu dari A hingga Z. Namun ada pula menggunakan teknik sebaliknya. Bermula dari Z atau puncak cerita kemudian dibuat urutan kembali peristiwa.

Cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” bermula dengan teknik biasa kemudian diikuti flashback, monolog, kronologi, imbas kembali serta imbas muka watak-watak dalam cerita.

6. PERSOALAN

Persoalan dalam cerpen juga amat berkesan di hati pembaca. Ada persoalan yang dibiarkan tergantung jawapannya namun ada pula persoalan yang berjaya diselesaikan dengan baik.

Ada cerpen yang diakhiri dengan gembira dan ada pula cerpen yang diakhiri dengan sedih dan berduka. Ini juga terserah kepada pengarang untuk menentukannya.

7. AYAT AWAL

Ayat awal atau pembuka kata dalam sesebuah cerpen amat penting kerana di situlah letaknya minat pembaca. Jika ayat dimulakan dengan bahasa yang indah dan berjaya memikat pembaca maka besar kemungkinan pembaca akan terus membacanya hingga habis. Sebaliknya jika ayat dimulai dengan perkataan yang membosankan maka besar pula kemungkinan ditinggalkan begitu sahaja.

Kerana itu ada pengarang yang mengatakan paling sukar ialah hendak memulakan ayat pertama dalam sesebuah cerpen yang dihasilkannya. Ada kalanya terpaksa bermenung lama untuk memilih kata-kata yang indah dan memikat hati pembaca.

8. AYAT AKHIR

Ayat penutup juga amat penting kerana ia meninggalkan kesan di hati pembaca. Ayat penutup yang baik akan diingat oleh pembaca.

Read more...

Thursday, June 26, 2008

Panduan Menulis Novel

Untuk panduan awal untuk menghasilkan novel.

1) Fikirkan cerita apa yang hendak diceritakan.

2) Pilih nama yang anda fikirkan sesuai.

3) Create sinopsis secara rambang (mesti dibetulkan dari semasa ke semasa)

4) Tulislah apa yang anda mahu diceritakan. Tulis sahaja meski tidak ditil. dari semasa ke semasa terus perbetulkan, bentuk bab demi bab.

5) Jika sudah kehabisan idea / ilham, jangan putus asa, baca semula apa yang sudah kita tulis. memang agak penat sikit tapi itu salah satu cara untuk kita mengundang ilham.

6) Sambung cerita sedikit demi sedikit, jika sudah cukup panjang dan idea langsung tidak menyebelahi kita, simpan dan peram lama. Mungkin 2 ke 3 bulan? dalam masa itu, buat cerita lain. Buka semula apabila sudah lupa cerita pertama. Baru umh. Cubalah.....

- Ada dua cara menulis novel, saya pun ketahuinya dari rakan penulis juga... bukan pro sangat. Pertama : 1- Susun plot mengikut bab. 2- Terus menulis.
Anda boleh memilih yg mana dirasakan sesuai dgn anda, asalkan selesa.
Bye... jumpa lagi.

----------------------------------

copyright reserved : rio rashid

Kat sini aku nak ceritakan sikit pasal asas menulis novel kepada yang baru nak belajar menulis novel. PANDUAN NI UNTUK PENULIS AMATUR JE... diulangi PENULIS AMATUR aje! Kalau ada yg pro kat sini sila betulkan & beri tunjuk ajar kalo ada silap. Pengisiannya aku ambik dari pelbagai sumber. Kata orang, kalo ada ilmu tak elok simpan sorang2! Tapi aku tak pastilah kalo ada org lain yg dah buat pasal benda ni kat sini...

*Contoh cerita, nama dan watak dalam thread ni hanyalah rekaan semata2. Takde kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah mati. Kalau ada hanya kebetulan aje!

DEFINASI NOVEL
Novel merupakan sebuah cerita panjang tentang manusia & peristiwa yang ditulis & diterbitkan dalam bentuk buku, tapi skang ni dah ada novel online pun.
Biasanya ia digarap dlm bentuk prosa, tapi ada jugak sesetengah penulis mengabungkan dengan penulisan lain seperti puisi, pantun, surat kiriman dsb. Adunan penulisan ni merupakan gaya persembahan seseorang penulis, kalo komik kita panggil stroke (gaya lukisan). Jadik, kena ada gaya tersendiri supaya tak dibayangi oleh penulis lain.

PENCERITAAN
Macam kita berbual/ bercerita kat kengkawan jugak kita kena nyatakan:
1. Apa peristiwa yg berlaku?
2. Bila ia berlaku?
3. Di mana ia berlaku?
4. Mengapa ia berlaku?
5. Bagaimana ia boleh berlaku?
6. Siapa yang terlibat dlm peristiwa tu?
Kita kena terangkan dengan jelas supaya kengkawan kita paham dengan sebaiknya. Persoalan tu tak perlu dijawab direct satu persatu, ia boleh diadun untuk dijawab secara berperingkat2. Yg penting semuanya terjawab di akhir penceritaan kita.

PERWATAKAN
Penulis perlu tahu tentang 'watak' dan 'pelaku'. Watak adalah penggerak jalan cerita sesebuah novel, pelaku cuma berperanan sampingan dalam memenuhi sesuatu jalan cerita. Contohnnya:

Komputer yang digunakan Chunli terpadam tiba-tiba bila bekalan elektrik terputus.

Chunli dalam ayat di atas cuma 'pelaku'.

Chunli menghempas kuat kedua tangannya ke atas keyboard, marah kerana komputer terpadam tiba-tiba. Dia bangun dari kerusi sambil menyeranah komputer yang bisu itu.

Chunli kali ini adalah 'watak' kerana penulis memberi 'nafas' & 'sifat' dalam penceritaannya. Dia seorang yang pemarah dan sanggup menyeranah komputer yg tidak berdosa.

TEMA
Sebelum start menulis kita kena pikir dulu tema apa untuk novel kita. Tema merupakan 'dasar' sebuah penceritaan. Contohnya:
1. Novel BUDAK RAP (Ahadiat Akashah) bertema REMAJA.
2. Novel DONIA (Lamia Aimal) bertema CINTA/DRAMA.
3. Novel PEMBURU (Haron M. Dom) bertema MISTERI.
4. Novel HARRY POTTER bertema KANAK-KANAK/FIKSYEN.
5. Novel MATT ROMEO bertema HUMOR/CINTA.
6. Novel 1515 (Faizal Tehrani) bertema SEJARAH/PATRIOTISME.

SINOPSIS
Bila dah ada tema, kita tulis pulak sinopsisnya. Sinopsis adalah catatan ringkas dari keseluruhan novel. Ia boleh jadi panduan bila kita mula menulis nanti. Tulis lebih-kurang 1 page A4 aje cukuplah!

JUDUL KERJA
Judul kerja adalah tajuk persediaan untuk novel kita. Ia penting bila kita dah start menulis, contohnya bila kengkawan Tanya ko tulis novel apa? Cakaplah judul kerja tu dulu. Judul sebenar kita akan bagi bila dah siap keseluruhan novel tu, atau mungkin penerbit akan tukar kepada satu judul yang lebih bersesuaian. Jangan bantah kalo takde alasan munasabah pasal diorang lebih pro dalam hal ni!

RANGKA CERITA & PLOT
Rangka cerita (treatment) ni dalam penulisan skrip rasanya dipanggil 'scene'. Tapi aku confuse bila dalam animation 1 gambar storyboard tu dipanggil 'scene', sepetutnya 'shot'! Rangka cerita terbahagi kepada beberapa bab (bahagian) yang mana bila digabungkan akan menjadi satu cerita lengkap.


Di sini aku sediakan sebuah contoh merapu rangka cerita novel baru berjudul ADA APA DENGAN BDN?.

Prolog:
Emy sedang bersedih,
termanggu sendirian di bangku ruang menunggu KLIA.
Air matanya mula mengalir...
Bab 1:
Chinozie memutuskan pertunangan dengan Muntahmahal
kerana kecurangan tunangnya dengan rakan sejenis, PutriAmar.
Dia menghabiskan masanya melayari internet... join forum BDN.
Bab 2:
Chinozie berkenalan dgn Emy di gathering BDN ke-125 tahun,
detik pertemuan itu mencetus cinta pandang pertama antara mereka.
Bab 3:
Muntahmahal cuba untuk kembali merebut cinta Chinozie.
Tapi Chinozie tak dapat lagi terima kerana dah ada Emy.
Dia buat macam2 untuk balas dendam...
Bab 4:
Chinozie diarahkan oleh majikannya untuk menguruskan cawangan baru
rumah urut mereka di Kenya.
Sedih, tapi terpaksa berpisah jugak dengan Emy.
Bab 5:
Bertahun Chinozie berada di Kenya tanpa sebarang berita.
Emy dlm tekanan dan rindu yang amat sarat.
Satu ari, Emy mendapat tahu dari satu sumber Chinozie akan kembali
ke tanahair hari ini. Dia bergegas menaiki kereta kancilnya ke klia.
Epilog:
Back to klia...
Emy mengesat air mata bila melihat kelibat seorang yang
amat dirinduinya sedang berpelukan dengan seseorang
keluar dari balai ketibaan.
Emy hampa bila melihat Chinozie kini telah jauh berubah kecenderungannya...
mempunyai seorang boifren nigger yang sungguh perkasa.

Tamatlah sebuah rangka cerita yang macam s***. Korang jgn tiru camni plak, ni contoh je... kalau buatpun aku rasa tak sampai 20 page.

PLOT pulak huraian kepada rangka cerita tadi. Ia tak perlu dibuat mengikut turutan kronologi seperti cerita, yang penting setiap persoalan terjawab sepenuhnya.

SUBPLOT merupakan peristiwa lain yang melibatkan watak lain tetapi tetap berkaitan dengan cerita utama. Contohnya plot utama novel AADBDN adalah perchentaan Emy & Chinozie, subplotnya pulak adalah cemburu dan dendam Muntahmahal. Boleh tambah lagi subplot pasal camana Chinozie dapat kemahiran mengurut ke...

PROLOG adalah 'cerita sebelum cerita' digunakan sebagai intro atau pengenalan sebelum bermulanya cerita sebenar. EPILOG pulak 'cerita selepas cerita' sebagai penutup cerita dan biasanya sambungan dari prolog tadi. Kalo tak terrer lagi takyah buat novel ada prolog/epilog ni takut pembaca boleh agak dah endingnya.


LATAR MASA
Latar masa terbahagi kpd 2 iaitu latar masa keseluruhan cerita & latar belakang peristiwa. Latar masa keseluruhan cerita mungkin zaman sebelum merdeka (sejarah), zaman sekarang atau zaman akan datang (fiksyen), bergantung kpd tema cerita. Kadang2 tu latar masa boleh jadi terlalu panjang, dari zaman perang dunia pertama sampai sekarang.
Latar masa peristiwa boleh disampaikan dalam pelbagai cara. Contohnya melalui tarikh yang ditulis pada setiap awal bab.

BAB 25
18 Januari 1995


Atau melalui monolog seperti:

Jam dinding berdenting sebanyak sembilan kali. MaszMelati mengelabah bangun dari tidur. Tinggal 15 minit lagi masanya untuk menghadiri mesyuarat pagi ini. Mustahil dia sampai ke pejabat pada waktu itu walaupun tanpa kesesakan jalan raya.

Atau melalui dialog seperti:

"Weiii, bangunlah cepat! Dah nak masuk waktu Maghrib ni!" Laung Byha kepada Ryea yang sememangnya suka tidur waktu petang.

LATAR TEMPAT
Latar tempat jugak terbahagi kepada latar tempat keseluruhan cerita & latar tempat peristiwa. Latar keseluruhan cerita boleh jadi di kampung, bandar atau angkasa lepas (kalo cerita fiksyen). Latar tempat peristiwa pula mungkin di ruang tamu rumah, di dalam gua dsb. Ia jugak boleh disampaikan macam latar masa seperti:

BAB 25
18 Januari 1995
Alor Star, Kedah.


Adreen melabuhkan punggung ke sofa. Menatap tajuk utama akhbar sambil menghirup secawan kopi.

Biasanya org letak sofa kat ruang tamu, kan? Latar masapun kita boleh bayangkan melalui ayat di atas tu.

"Hati-hati sikit, Achique! Dalam gua ni dahlah gelap, licin pulak tu!" amaran Missy kepada Achique.

*Kalo untuk skrip takyah tulis dialog camni pasal kita dah nampak visualnya.

WATAK
Dalam novel ada 4 kategori watak:
1. Watak utama @ protogonis yang menjadi tumpuan utama penceritaan.
2. Watak pembantu @ antagonis yang merupakan penentang/lawan kepada watak utama.
3. Watak sampingan untuk menyokong perkembangan cerita dan watak utama & pembantu.
4. Watak pelengkap @ watak latar untuk memperkemaskan jalan cerita aje.

Ada jugak org membahagikan 2 kategori watak dalam novel.
1. Watak bundar @ watak bulat - watak lengkap dengan 'nafas' & 'sifat'nya ditampilkan dengan nyata (rupa, perangai, etc).
2. Watak pipih @ watak datar - Cuma satu aspek saja ditonjolkan.

Penjelasn watak boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya melalui monolog:
CikBintang berpaling, menyerlahkahkan keayuan wajahnya. Dengan kulit yang putih gebu, rambut lurus mencecah bahu serta lirikan mata yang redup, mengundang pesona setiap jejaka.

Atau melalui dialog:
"Fuh, sapa tu NcikMat?Cunnya..." ChefNizam memuncungkan mulut ke arah CikBintang.
"Ntahlah! Budak baru tempat ni kot... Kulit putih gebu, rambut cecah bahu, mata kuyu... ciri2 gadis idaman aku tu, Chef!"


GAYA BAHASA
Gaya bahasa biasanya mengikut tema cerita atau pembaca sasarannya. Kalau untuk hadiah sastera kenalah bermetafora sikit. Tapi kebanyakan novel biasanya guna sastera pop atau bahasa harian yg senang difahami & dihayati. Penggunaan bahasa yang terlalu bombastic sehingga memaksa pembaca membuka kamus akan membunuh minat membaca. Bahasa pasar (dah, tak, pasal, aje, etc) atau bahasa asing (I, you, best, so? etc) hanya digunakan dalam dialog. Pleaseeeelah jangan guna bahasa ciptaan sendiri macam cambestz, peningz, celakez, kipas-susah-hidup etc kalo taknak kena campak melalui tingkap oleh penerbit.

Cara bercerita biasanya menggunakan teknik AKUAN (pandangan org pertama) & DIAAN (pandangan org ketiga).
Teknik akuan menggunakan gantinama 'aku' dalam naratif cerita. Keseluruhan cerita dilihat dari sudut pandangan 'aku'. Macam novel grafik Blues Untuk Aku. Teknik ini agak terbatas kerana 'aku' hanya boleh bercerita tentang apa yang 'aku' nampak, dengar, rasa dll. Teknik diaan lebih bebas kerana penulis boleh garap semua hal dalam cerita.
Adakalanya kedua teknik ini boleh digabungkan!

Read more...

Tips Penulis



Bersangka baik

Menjadi penulis perlu bersangka baik.
Jika manuskrip ditolak,bersangkalah baik dengan menganggap ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Mungkin juga ia rezeki bersama penerbit lain.

Apabila editor lambat menjawab emel atau sms,anggaplah editor sibuk dan perlu menguruskan pelbagai kerja penting.

Dan jika royalti tidak seperti diharapkan,anggaplah ia kemelesetan ekonomi atau kurangnya permintaan terhadap buku berkenaan.

APabila manuskrip lambat diterbitkan setelah diterima,bersangkalah baik bahawa penerbit mahu menyusun jadual dengan tertaur dan berhemah agar buku itu berjaya di pasaran.
Kita perlu bersangka baik.Bersangka baik adalah sifat mahmudah yang perlu ada pada diri penulis.

Penulis syok sendiri

Menjadi doktor syok sendiri,mungkin menyebabkan nyawa pesakitnya terancam,malah membawa kematian.Menjadi politikus syok sendiri mungkin berjaya mengembangkan karier politik ke tahap tinggi,namun bakal memusnahkan sebuah negara dengan pelbagai doktrin dan teori mengarut.

Begitulah juga dengan seorang gadis yang hanya tahu syok sendiri dicintai dan disayangi oleh jejaka,akhirnya hidup bersendirian ke akhir hayat....

Begitulah bahayanya penyakit syok sendiri....

Begitulah juga dengan penulis syok sendiri.

JIka seseorang penulis menulis dengan berperasaan syok sendiri,ia akan menghancurkan karier dan bidang penulisan.Ini berlaku akibat sikap tersebut mempengaruhi bentuk penulisan.Bukan sahaja tidak berilmiah dan membuang masa mengadap komputer saban hari,malah manuskrip ditongsampahkan penerbit.

Penyakit syok sendiri adalah merbahaya dan perlu dibuang.Jika tidak,masa dan wang akan terbuang begitu sahaja.

Antara tanda-tanda seseorang itu penulis syok sendiri ialah :

1.Menulis mengikut cita rasa sendiri tanpa mengikut panduan dan nasihat editor dan syarikat penerbitan.

2.Malas membuat penyelidikan dan kajian.

3.Mengulang-ulang teori dan kaedah lapuk dan ketinggalan zaman.

4.Menganggap editor kurang bijak.

5.Tidak mahu memperbaiki diri.

6.Tidak mahu menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penulisan.

7.Tidak mahu berkenalan dengan para penulis yang telah berjaya.

8.Suka menganggap teguran dan kritikan sebagai sampah.

9.Membuang manuskrip jika gagal diterima .

10.Menjadi hamba wang dengan menjadi penulis picisan seperti novel lucah dan seangkatan dengannya.

Jauhi penyakit syok sendiri jika mahu berjaya,bukan sahaja di dunia,tetapi juga negara akhirat kekal abadi......

Niat adalah penting

Apakah niat anda menulis?ingin glamour?ingin mendapat wang?ingin mendapat penghargaan seperti pangkat dan anugerah?atau ingin melihat nama anda pada kulit buku?

Manusia mempunyai pelbagai niat dan tujuan dalam menceburi penulisan.

Namun perlu diingat bahawa niat yang paling penting ialah menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui buku.Ia adalah niat yang perlu ditanam dalam diri.

Lupakan dulu anugerah,glamour,royalti dan lain-lain.

Ambillah contoh penulis tersohor,imam Nawawi.Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menulis.Menurut kajian,beliau menulis 40 muka surat sehari.Walaupun hidup dalam kemiskinan dan kedaifan,menulis terus dilakukan sehingga akhir hayat.Beliau tidak meninggalkan zuriat dan anak cucu kerana tidak berkahwin,namun beliau meninggalkan jutaan ilmu yang teramat berharga nilainya.

Buku-buku beliau dibaca ratusan juta manusia sehingga kini dan diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia..

Jadikan beliau role model dalam penulisan,insyaAllah berjaya. Ingat,niat adalah penting.

Manuskrip ditolak

Apabila bersusah payah menulis dan menyiapkan sesebuah manuskrip,namun ia ditolak penerbit memang mengecewakan.
Namun anda jangan berputus asa kerana ia bukan penamat.
APa yang perlu dilakuakn ialah :

1.Bincang dengan editor.

Cuba berbincang dengan editor agar dapat mengenalpasti punca dan sebab manuskrip ditolak.Dapatkan idea-idea dari editor agar manuskrip tersebut dapat ditambahbaik dan dikemaskini.

2.Buat pembacaan.

ANda perlu membuat pembacaan manuskrip tersebut dan lihat kelemahan dan kekurangan yang ada.Analisa dan pemerhatian teliti perlu dilakukan agar mendapat idea-idea lain yang lebih bernas dalam mengemaskini manuskrip.

3.Buat olahan semula.

Mungkin manuskrip terlalu banyak keurangan seperti fakta berulang,bahasa lemah,penyampaian tidak mesra dan lain-lain.Justeru buat olahan sebaik mungkin agar ia lebih menarik dan diterima penerbit.

4.Cari bahan baru.

Penambahan fakta,isi,kandungan,bab mungkin perlu dilakukan agar manuskrip lebih menarik dan padat.Justeru anda perlu mencari pelbagai bahan-bahan baru dan terkini agar dapat dimasukkan dalam penulisan.

5.Kekalkan isi utama.

Cuba kekalkan isi-isi utama dan penting.Manakala isu-isu dan bahagian yang kurang penting dan tidak relevan perlu dibuang dan digantikan dengan bahan-bahan yang lebih menarik.

6.Cari kelainan.

Mungkin manuskrip anda mempunyai isi kandungan yang hampir sama dengan buku yang telah terbit atau manuskrip penulis lain.
Justeru anda perlu cari kelainan agar ia menunjukkan perbezaan pada isi kandungan,gaya bahasa,fakta dan lain-lain.

Apabila manuskrip ditolak,anda perlu berusaha agar dapat mengemaskini dan menambahbaik manuskrip tersebut.Jangan sia-siakan usaha anda yang telah bermula.Kejayaan tidak mungkin datang dengan mudah.

Perbaiki kelemahan dan cari pelbagai isi-isi yang lebih padat dan relevan agar ia mampu memberi tarikan kepada penerbit.Berusahalah,manuskrip anda akan diterima nanti setelah penambahbaikan dan kemaskini dilakukan dengan lebih baik,insyaAllah.

Hubungan penulis-editor

Menjalin dan Memelihara Hubungan Baik dengan Editor
Menjalin dan menjaga hubungan baik dengan editor adalah amat mustahak. Editor bertanggungjawab menentukan judul yang tepat bagi buku-buku yang mereka uruskan. Jika buku itu laku, mereka menerima pujian, jika tidak, mereka dipersoal dalam mesyuarat pengurusan.

Ada penulis sanggup merosakkan hubungan baik dengan editor semata-mata kerana tidak setuju judul buku mereka diubah oleh editor.

Merosakkan hubungan baik dengan editor adalah kesilapan serius kerana faktor-faktor berikut:

(i) Editor yang kecewa dengan sikap penulis akan bercerita kepada editor-editor lain.

Kakitangan syarikat lebih setia kepada rakan sejawat daripada setia kepada penulis. Apabila staf di bahagian sales tahu ada penulis bergaduh dengan editor, mereka hilang minat hendak bersungguh-sungguh mempromosi dan menjual buku penulis itu.

Begitu juga halnya dengan sikap staf di bahagian grafik. Penulis yang popular di kalangan editor juga popular di kalangan staf bahagian sales dan bahagian grafik. Hasilnya buku-buku penulis itu diterbitkan dengan wajah yang lebih cantik dan jualannya lebih laju.

(ii) Penulis tentu kecewa apabila judul cadangannya tidak diterima oleh editor.


Penulis tentu suka judul ciptaannya. Tetapi, secara komparitif, syarikat penerbitan lebih tahu judul yang laku.

(iii) Sebelum sesuatu judul itu dipilih, judul itu akan dikemukakan dahulu kepada bahagian pemasaran disebabkan merekalah yang dapat memberi maklumbalas kepada editor berkenaan kesesuaian judul itu.

Pegawai-pegawai di jabatan sales setiap hari pergi ke kedai-kedai buku, oleh itu mereka tahu judul-judul buku penerbit lain yang sudah ada dalam pasaran dan menjadi pesaing. Mereka akan memberikan maklumat itu kepada editor supaya jangan menggunakan judul yang serupa dengan buku terbitan syarikat lain.

(iv) Editor bekerja dalam keadaan yang stressfull, dan mereka mempunyai perasaan.

Apabila penulis tidak berbaik-baik dengan editor, mereka mungkin menolak bukunya, ataupun melambatkan proses penerbitannya dan mendahulukan buku penulis lain.

(v) Jumlah penerbit buku yang kredibel adalah terbatas.

Staf syarikat-syarikat penerbitan pula banyak yang berkawan-kawan sesama mereka dan bertukar-tukar maklumat berkenaan penulis yang bermasalah. Kalau hari ini ada penulis bermasalah dengan satu penerbit, dalam masa sekejap sahaja maklumat itu akan diketahui oleh staf penerbit-penerbit lain.

(vi) Bagi sesetengah penerbit, mereka sudah memasukkan dalam klausa perjanjian penerbitan bahawa hak menentukan judul adalah hak penerbit.

Ada penulis tidak mahu menjalin hubungan yang baik dengan editor atas pelbagai alasan. Ada yang malu dan tidak tahu apa cara yang betul kalau mahu mendekati editor. Ada penulis yang percaya tidak perlu berkenalan dengan editor. Ada yang berasa perbuatan menjalin hubungan baik dengan editor adalah tidak baik sebab ia boleh disalah tafsir.

Sebenarnya, sikap tidak berbaik-baik dengan editor adalah tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Penerbit untung apabila hubungan kerjasama antara penulis dan editor adalah baik dan lancar. Ia menghasilkan lebih banyak buku-buku yang memenuhi kehendak penerbit. Ia juga meningkatkan kesetiaan penulis kepada penerbit.

sumber :
http://universitipts.com/

Senarai penerbit

Jika anda telah menyiapkan sesebuah manuskrip dan tercari -cari penerbit untuk manuskrip anda,boleh melayari alam web berikut:
http://mabopa.com.my/index.php/members/

Terdapat ratusan penerbit yang boleh anda pilih! Selamat menghantar manuskrip.

Sumber : http://jomtulis.blogspot.com/

Read more...

Monday, June 16, 2008

Mengatasi GRUB yang hilang

Aku pakai 2 boot xp crystal dan ubuntu..so format drive C: dan setup lain windows…seperti kita tahulah kan bila install windows lain pasti boot akan hilang masalah ini memang memeningkan kalau tade guide aku dulu pun banyak try and error je dan main redah aja.

Bagaimana mengatasi GRUB yang hilang ?

Opps sebelum pergi jauh apakah yang dikatakan GRUB ? GRUB (Grand Unified Boot Loader) adalah boot loader canggih yang memiliki banyak fitur yang menarik. GRUB digunakan oleh sebahagian besar distro popular karena kelebihannya yang aman dan fleksibel.

Sejarah GRUB
GRUB berawal dari percobaan Erich Stefan Boleyn di University of Utah pada tahun 1995. Pada awalnya Erich memodifikasi boot loader GNU Hurd untuk membantu proses boot GNU Hurd. Namun Erich merasa lebih mudah jika membuat boot loader sendiri. Dan akhirnya GRUB lahir. Erich
menambahkan banyak fitur pada GRUB sampai akhirnya beliau menghentikannya karena ada prioritas yang lebih penting untuk dikerjakan. Tahun 1999 GRUB diadopsi oleh Gordon Matzigkeit dan Yoshinori K. Okuji sebagai paket GNU yang resmi. Dan semenjak itulah GRUB dikembangkan bersama-sama oleh komuniti.

So,kita nak panggikan balik seperti asal 2 boot itu..caranya seperti dibawah :

Langkah-langkahnya seperti berikut:-

* Gunakan LiveCD Ubuntu anda bagi yang tidak boleh akses masuk Ubuntu

* Buka terminal anda (Talian Internet tidak diperlukan)

* Masukkan/taip command : sudo grub

* Terminal akan muncul dengan pangkalan “grub>”

* Masukkan command : find /boot/grub/stage1

* Command diatas akan merujuk kepada bilangan OS anda. Jika anda menggunakan 2 OS, secara automatik grub akan membalas command anda dengan 2 barisan.

* Masih dalam grub, masukkan pula command : root (hd?,?). Ini adalah untuk mengenalpasti antara partition cakera keras anda yang mempunyai OS.

* Jika grub membalas (hd0,1), anda masukkan pula command line yang sama kepada balasan command line yang anda berikan tadi. Sebagai contoh dalam situai ini, anda masukkan ke grub :- (hd0,1)

* Selepas anda memasukkan command line tersebut, anda masukkan pula command :- setup (hd0), merujuk kepada nama partition anda seperti langkah ke-8. Jika (hd0,1), anda masukkan (hd0) pada command line setup grub tersebut.

* Akhir sekali, masukkan command : quit

Sebenarnya kehilangan grub menjadi masalah besar kepada pengguna Ubuntu kerana kehilangan pilihan akses antara Ubuntu dan sistem pengoperasian yang lain. Bagi grub yang rosak pula menjadi satu masalah kerana anda pastinya tidak dapat mengakses masuk mana-mana sistem pengoperasian baik Ubuntu atau yang lain. Namuni,grub yang hilang kita dapat atasi dengan langkah2 seperti aku terangkan tadi.

ni yang aku punya wat cam ni jerk..

grub> find /boot/grub/stage1
(hd0,5)

grub> -(hd0,5)

Error 27: Unrecognized command

grub> setup (hd0)
Checking if “/boot/grub/stage1″ exists… yes
Checking if “/boot/grub/stage2″ exists… yes
Checking if “/boot/grub/e2fs_stage1_5″ exists… yes
Running “embed /boot/grub/e2fs_stage1_5 (hd0)”… 16 sectors are embedded.
succeeded
Running “install /boot/grub/stage1 (hd0) (hd0)1+16 p (hd0,5)/boot/grub/stage2
/boot/grub/menu.lst”… succeeded
Done.

bila dah berjayaaaa


Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.