Demam FULLA terus melanda
Demam FULLA melanda anak perempuan anda...begitulah title pada entry lepas aku ingin sambung lagi perbincangan topik ini untuk tontonan umum bagi para ibu dan bapa yang mempunyai anak perempuan..bukan untuk iklan tetapi maklumat yang positif.
Walaupun ada yang tidak bersetuju pasal patung ini..tetapi aku ada pandangan tersendiri yang akan dibincangkan..bagi masyarakat yang masih mengamalkan nilai-nilai negatif ia menganggap kehendak anak-anaknya disekat..Aah tak payah belilah..!! rugi duit lah !! baik suruh anak main tanah dan main pasir je lah..eh nanti berkudis sana sini lak, tk mau gak !!..apa pun terpulanglah kepada pembaca tentang isu anak patung yang dikatakan 'haram' berada di dalam rumah !walaupun hanya sekadar hiasan semata-mata atau hobi mengumpul anak patung.
Nak kata apa pun..aku tarak kisahlah pandangan dan kefahaman masing-masing..cuma sekadar berkongsi info..kerana ini peluang bisnes juga !! cari duit..buat duit hahaha tarak duit susah woooo nak idup tu..payah lah nak kata tade duit hati senang kan..! So, fikir2lahh.
Sebelum nak bagi pandangan aku tentang dollydoll nie or anything yang berbentuk patung..Almaklumlah kat Mesir nie dari sekecil2 patung sampai ke besar2 makhluk pun ada... so,kita sambung skit lagi tentang dolly Fulla nie...info ini hanyalah untuk dikongsikan tentang kanak-kanak masa kini yang dikatakan tengah hangat dengan "Fulla" kalau di negara Asia Barat terutamanya.
Fulla merupakan nama anak patung Islam yang 'dilahirkan' oleh NewBoy Design Studio yang beribu pejabat di Damsyik pada tahun 2005 yang diambil asal perkataan bahasa Arab yang bermakna sejenis spesies bunga jasmine yang hanya boleh ditemui di negara-negara Asia Barat.
Konsep Fulla hadir sekitar tahun 1999, berfokus pada pakaian yang digunakan oleh Fulla (nama sebuah jenis bunga melati yang tumbuh di Timur Tengah), berpakaian kontemporer dan moden Islam, dengan tambahan asesori tudung, yang sesuai dengan budaya dan tradisi orang Islam. Jenis pakaian lain termasuk pakaian di dalam rumah, pakaian keraian dan pakaian di luar rumah yang menutupi aurat.
Fulla ditujukan sebagai mainan alternatif untuk anak-anak perempuan dengan target usia 3 hingga 9 tahun. Sebagai idola, Fulla dapat mendidik dari sudut pandangan ibubapa, kerana kualiti dan nilai-nilai yang dimiliki Fulla.
Semua elemen positif yang berorientasikan kekeluargaan dan Islam menjadi teras agar ia mempengaruhi secara langsung kepada kanak-kanak.
Sekalipun sekadar boneka, namun permainan ini didapati memberikan pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan mental, daya intelektual dan budaya kanak-kanak yang sedang membesar.
Secara semulajadi semua kanak-kanak menyukai anak patung dan sebagai ibu bapa kita tidak akan mampu menahan keinginan si anak untuk memiliki anak patung sebagai teman sepermainan.
Kini telah banyak produk-produk berjenama Fulla telah dikeluarkan, di Mesir sambutan hangat dikalangan kanak-kanak barangan dari Fulla begitu menggalakkan dan laris dipasaran.
Syarikat NewBoy membuat sebuah karakter dengan nilai-nilai positif yang diambil oleh ibubapa dan anak-anak. Karekter Fulla adalah jujur, penyayang dan peduli, dan ia menghormati ibu dan ayahnya.
Kesan yang terpancar oleh Fulla yang merupakan gadis berusia enam belas tahun, tinggal dengan orang tuanya, bersama dengan saudara perempuan dan laki-laki. Sebenarnya nilai-nilai yang ditekankan oleh Fulla adalah keluguannya, keceriaannya, mudah bergaul, mudah berteman, dan popular tidak hanya karena kecantikannya, tetapi juga kerana kepribadiannya yang menyenangkan, kerana ia bukan anak yang 'peminta dan pengarah' bahkan dia suka membantu ibunya mengerjakan hal ehwal di rumah.
Fulla boleh dijadikan aspirasi teladan kepada anak-anak perempuan dan dapat belajar dari Fulla bagaimana cara berpakaian sopan yang mengikuti perkembangan mode.
Fulla telah berada di pasar pada bulan November 2003 dan menjadi boneka nombor satu di Timur Tengah. Sejak pembuatan, dan penjualan, Fulla telah menjadi boneka terlaris di kawasan Timur Tengah (Syria, Mesir, Yordania, Qatar, UAE, Saudi Arabia, Kuwait dan Bahrain), telah terjual sekitar 5 juta boneka.
Negara-negara lain yang telah menjual Fulla adalah Mesir, Marocco, Kanada, Amerika Syarikat dan Indonesia. ( Kat Malaysia tak sure plak perkembangan pasarannya di saat entry blog ini). :)
Cuma kalau di Mesir mengikut pemerhatian aku ia menunjukkan rangsanganya amat positif terhadap patung Fulla. Terutama para ibu, , percaya bahawa Fulla dapat “mendidik" anak perempuan mereka, bagaimana cara berpakaian yang sopan, konservatif tetapi tetap moden. Para ibu-ibu juga percaya bahawa anak perempuan mereka beruntung dapat berinteraksi bersama Fulla dengan mengganti-ganti pakaian Fulla, dapat membuat mereka menjadi berpenampilan bagus dan bersih seperti Fulla, dan dapat melakukan role play. Anda boleh melayari http://fulla.com/ .
Pada pandangan akulah, mungkin juga kalau di Malaysia dapat ditukarkan nama untuk menyenangkan kanak-kanak kita menyebut dalam bahasa Melayu.Mungkin di Malaysia dikenali sebagai nama Siti ??? (atas kekreatifan orang malay lah yerk).So, kat sinilah aku kata boleh buat duit..hehehe..kalau tak caya tengok Si Ipin dan Upin tu....
Selain Fulla, kalau dibarat ia dikenali sebagai Barbie dan di Asia Barat di kenali sebagai Fulla, Manakala di Iran di kenali sebagai Dara dan Sara, patung Barbie doll mula2 dicipta dan sekarang masih lagi terkenal di dunia,dah kaya raya pakcik yang reka nie.. Kebanyakan permainan ini dimainkan oleh golongan perempuan tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.Cuma Fulla direkacipta dengan cara hidup orang Islam dan untuk dijadikan idola bagi kanak-kanak perempuan muslim.
Barbie pula adalah gadis jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik, teman lelaki yang tampan, dan macam-macam lagi. Dia kelihatan sempurna tetapi hakikatnya dia hanyalah anak patung!
Kenalkah anda pada Babie? Siapakah yang memperkenalkan anak patung ini kepada dunia?
Ruth Handler antara pengasas syarikat alat permainan terkemuka. Nattle merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta anak patung ini. Barbie dicipta pada tahun 1959 dan diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di bandar New York.
Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36, 18, 38, tidak relevan dengan ukuran manusia normal.
Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.
Bagaimanakah anak patung Barbie mendapat namanya?
Pencipta anak patung ini, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya, Barbara. "Kekasih" Barbie, Ken pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth.
Oklah itu serba skit info, semalam masa dok cari2 barang fulla untuk doter aku, ada satu lagi produk baru keluar kt mesir nie..tk sure plak dari ejen mana, tapi ala2 fulla gak..nama dia "JANNA"..warna pink gak muka hampir seiras dengan fulla cuma tk bertudung jer..kata is jual tu janna nie banyak koleksi untuk perkakasan sekolah. Hah ! kan aku dah kata boleh buat duit
...Sebelum melalut jauh aku kasi skit pandangan kau tentang permainan dollydoll nie or patung2 biasa ,hiasan dan sebagainya...kat mesir nie terkenal dengan patung....lazimnya yg berkaitan dengan firaun , difinasi patung perlu kita tahu dahulu..ini kerana untuk kita membezakan mana satu patung yang dimaksudkan dalam hadis rasulullah SAW...sebelum kita terus berpegang dengan pendangan2 lama dan terus jahil.
Kalau diperhatikan kenapa patung2 kat Mesir ini terus kekal..sedangkan kedatangan Islam lebih awal dari negra kita. Mari kita kupas bersama2...kerana dalam memahami tentang patung kita perlu tahu dan fahami yang dapat dibahagikan kepada 3 jenis sebagaimana juga diterangkan oleh guruku Syeikh Dr.Mukhtar Ali Ad-Dusuqi iaitu :
1-Timsal (Patung perhiasan yang tiada apa2 maksud)
2-Watsan (Jika kita menyembahnya kerana dirinya atau zatnya)
3-Shonam (kita menyembah patung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala)
Di zaman dulu, ketika orang-orang Muslim telah menguasai negeri Mesir, samada di sebelah utara, selatan, timur dan barat. Mereka menemukan banyak peninggalan-peninggalan Firaun, Qibti dan Romawi dari segala bentuk seperti patung manusia,haiwan-haiwan,tumbuh-tumbuhan dan serangga-serangga.
Akan tetapi mereka tidak mendekatinya dan tidak menghancurkannya. Dan peninggalan-peninggalan patung itu sampai sekarang masih ada. Sekarang timbul pertanyaan, kenapa para sahabat Rasulullah yang mebuka negeri Mesir tidak menghancurkan patung-patung peninggalan tersebut ? Apakah sebenarnya di sebalik itu semua ?
Mungkinkah terdapat beberapa kemungkinan yang dapat kita selidiki:
1- Kemungkinan bahawa peninggalan-peninggalan patung pada hari itu tersembunyi di bawah tanah, sehingga mereka tidak melihatnya.
2- Kemungkinan bahawa peninggalan-peninggalan ini sukar untuk dipecahkan (dihancurkan), sehingga mereka tidak mampu untuk merobohkannya jadi terpaksa mereka membiarkannya.
3- Kemungkinan bahawa, para sahabat pada hari itu dalam keadaan lemah sehingga tidak ada daya dan kekuatan untuk menghancurkannya..
4- Kemungkinan bahawa para sahabat telah mengetahui sebenarnya dari Rasulullah tentang perbezaan timtsal , watsan dan shonam.
Dari kemungkinan-kemungkinan di atas dapat kita menguji kebenarannya;
1. Kemungkinan pertama ditolak, kerana peninggalan-peninggalan itu tidak berada di bawah tanah, itu sudah dijadikan sebagai tempat-tempat penyembahan dan patung-patung itu besar, tinggi menjulang ke 'angkasa'.
2. Kemungkinan kedua juga ditolak, kerana peninggalan-peninggalan itu mungkin untuk dihancurkan, sedangkan peralatan pada ketika itu mampu memecahnya berkeping-keping.
3. Kemungkinan ketiga ditolak juga, kerana para sahabat pada saat itu kuat dan tidak lemah sehingga dapat menaklukkan dan menguasai mesir seluruhnya.
Ketiga-tiga kemungkinan di atas ternyata ditolak dan masih ada satu baki kemungkinan,
Kemungkinan yang keempat adalah :
Sebenarnya mereka telah mengetahui perbezaan antara timtsal, watsan dan shonam, dan mereka juga telah belajar makna tauhid dari Rasulullah SAW, yang tidak taklid buta kepada datuknya iatu Nabi Ibrahim AS, di dalam berinteraksi dengan patung-patung.
Beliau menghancurkan patung-patung watsan, walaupun tidak semuanya dihancurkan, melainkan ditinggalkan satu patung yang bernama Ramza. Kerana kaum Nabi Ibrahim sangat keterlaluan, mereka membuat patung-patung dengan bentuk yang baik dan dengan bahan yang keras supaya tidak mudah dipecahkan kemudian mereka menamakannya Tuhan.
Nabi Ibrahim menghancurkan patung-patung watsan bukan membenci patung-patung tersebut akan tetapi membenci kepercayaan yang diyakini oleh kaumnya, iatu menyembah patung-patung itu.
Adapun Rasulullah SAW tidak mendekati patung-patung dan tidak pula menghancurkannya, bahkan pada ketika itu beliau solat di Masjid al-Haram berhampiran ka’bah yang dikelilingi dengan patung-patung.
Ini bukan merupakan ketetapan (Iqrar) Nabi, tetapi keadaan pada zaman Rasulullah berbeza dengan zamannya Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah SAW tidak menghancurkan patung-patung itu kerana telah tertanam tauhid yang kuat pada hati para sahabat, sehingga tidak terjerumus melakukan syirik kepada Allah, sebagaimana cahaya yang terang menolak kegelapan.
Ini menunjukkan bahawa para sahabat telah belajar daripada Rasulullah, tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah, maka semua penyembahan yang lain adalah tertolak.
Rasulullah SAW solat di Masjid al-Haram sedangkan dikelilingi oleh patung-patung di sekitarnya, kemudian ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj dan difardhukannya solat lima waktu, Rasulullah SAW tidak diperintahkan untuk menghancurkan patung-patung tersebut.
Kemudian Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah sedangkan patung-patung masih lagi berada di sekeliling Ka’bah sehingga turunlah perintah untuk mengubah kiblat dari Bait Al-Muqoddis ke Bait Al-Haram. Dan pada hari itu juga patung-patung masih berada disekeliling ka’bah sehingga Fathu Makkah [Pembukaan Kota Mekah] tiba.
Pada ketika pembukaan kota Mekah tiba, Rasulullah SAW bersama tokoh-tokoh pembesar Quraisy yang dulunya menyembah patung-patung itu dan mereka sendiri yang menghancurkan patung-patung itu, bukan rasulullah.
Rasulullah SAW hanya memberi isyarat kepada patung-patung shonam itu dengan sebuah tongkat kecil yang berada pada tangannya bukan menggunakan cangkul ataupun kapak, lalu beliau berkata:
” وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا “
Maksudnya :”Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap” (QS : Al-Isra’ :81).
Ketika patung-patung shonam telah diturunkan kedudukannya, maka tidak ada orang yang mengadili dengannya, dan ketika telah lenyap keberadaannya maka tidak ada yang meminta tolong melalui patung apatah lagi menyembahnya.
Para sahabat telah menggulingkan tuhan-tuhan yang telah mereka akui sebelumnya dengan kaki-kaki mereka sendiri. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menghilangkan kepercayaan-kepercayaan pada patung-patung itu dari hati mereka dan kemudian mereka menguburkan sedalam-dalamnya kepercayaan itu.
Ini menjelaskan bahawa para sahabat yang membuka negeri Mesir itu benar- benar telah memahami dan mengetahui sebenarnya tentang ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Dan mereka mengetahui daripadanya.
Persoalannya, Bilakah sebuah timtsal (patung biasa) menjadi timstal ? Bilakah sebuah timtsal menjadi shonam (patung yang disembah untuk mendekatkan diri kepadanya.)? Dan bilakah sebuah timtsal menjadi watsan (patung yang disembah pada zatnya) ? Sesungguhnya timstal pada batasan zatnya tiada apa-apa (di bolehkan).
Nabi Sulaiman AS, menyuruh jin untuk membuat mihrab-mihrab dan timtsal-timtsal yang di kehendakinya sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran:
Maksudnya : ”Para jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku)”.(QS: Al-Saba’: 13).
Nabi Sulaiman menyuruh jin untuk membuat patung-patung (timtsal), sikap ini tidak akan mengurangi kenabiannya kerana beliau merupakan seorang nabi, rasul, khalifah dan raja.
Dan pembuatannya tentang patung-patung timtsal ini, tidak akan mengurangi kemuliaan dari kerasulan dan kenabiannya, kerana timtsal (patung-patung hiasan) itu hukumnya tiada apa-apa.
Timtsal (patung biasa) itu tiada hukumnya ataupun dibolehkan, tetapi jikalau timtsal tersebut disembah oleh suatu kaum untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ketika itu namanya berubah menjadi shonam dan hukumnya haram (syirik).
Dan jikalau ada kaum yang lain menyembah timtsal tersebut sebagai tuhan dan bukan untuk mendekatkan diri kepada Allah maka namanya berubah menjadi watsan dan ini hukumnya haram (kufur) bagi mereka saja secara aqidahnya dan bukan pada zat timtsal tersebut.
Dalam Islam, syirik merupakan dosa besar dan salah satu perbuatan yang tidak diperkenankan Allah adalah menduakanNya, mensyarikatkanNya dengan sebarang apa jua . Allah ujud dan berdiri dengan sendiri tanpa kebergantungan pada apa pun jua. Semoga kita semua terpelihara dari kejahatan syaitan yang mahu kita syirik. Maha suci Tuhan dari apa yang mereka sifatkan.
Firman Allah SWT:
[91] Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.
Jadi, apa yang penting adalah kefahaman dari segi tauhid (keesaan Allah SWT) yang kukuh dan ilmu serta kefahaman yang mantap,segala was-was akan dapat dihilangkan dan menganggap patung permainan adalah sekadar hiasan dan tiada niat apa jua dan menganggap semua kejadian yang ada adalah makhluk saja.
Ada yang menyandarkan kepada hadis, bahawa malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung, yang dimaksudkan 'rumah' adalah hati yang merupakan tempat 'kesedaran' kepada Allah SWT bukan selain daripadanya.
0 comments:
Post a Comment