Monday, November 16, 2009

Seni dan berinternet itu satu kerja yang amat bebas ?



Seni dan berinternet adalah suatu yang boleh dilihat kreativiti manusia yang mewarnai alam..masyarakat eropah mereka suka berseni..romantik katanya..kalau di italy...france..sepanyol...betul ke? aaaah..

Sebelum kakiku melangkah pergi...pasti ia bermula dengan langkah pertama..namun,melangkah ke bumi seribu menara, muzium raksasa ini pastinya mengundang seribu satu macam keanehan dan ketakjuban, lebih lebih lagilah mereka yang pertama kalinya menjejakkan kakinya le bumi kinanah ini.

Dengan peradabannya yang telah dimulai sejak sekitar 7000 tahun yang lampau Mesir masih gah menyenaraikan dirinya dalam senarai dunia sebagai sebuah negara yang pernah mencatatkan tamadunnya yang agung. Contohnya Pyramid dan Sphinx yang telah menjangkau usia berabad lamanya, namun masih berdiri kukuh dan masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini.

Tidak hairanlah, setiap langkah yang kita susuri di bumi Anbia` ini pernah mencatatkan cerita dan nostalgia yang masih terukir sehingga ke hari ini.

Kalau kita ada kelapangan untuk berjalan dan menggelilingi sekitar bumi Mesir ini, kita dapat melihat dengan jelas, rata-rata bangunannya sangat usang dan dindingnya yang bertampal, serta atapnya yang berdebu tebal, dinding yang lusuh, dan kebanyakan bangunannya berwarna kelabu.

Mungkin kerana bumi ini yang sentiasa berdebu, di kelilingi oleh padang pasir dan sering dilanda ribut pasir, justeru memilih warna kelabu adalah pilihan yang paling selamat, untuk mengelakkan pencemaran dinding bangunan untuk jangka panjang. Di dalam bangunan usang itu jugalah pelbagai generasi silih berganti meneruskan kehidupan berabad abad lamanya.

Bercakap tentang sosio budaya masyarakat, rata-rata secara umum, Islam tidaklah sepenuhnya dimenifestasikan dalam kehidupan rakyatnya, dan kekuatan beragama pada aspek tertentu kelihatan semakin luntur. Untunglah fenomena Arab Islam dalam sosial budaya masyarakat Mesir masih sangat menonjol. Kalaulah bukan peranan dan perjuangan ulama’ Islam sudah pastilah telah lama bangsa Arab ini melepaskan ikatan Islam di dalam kehidupan mereka secara total.

Meskipun rakyat Mesir terpaksa ‘berkerat rotan berpatah arang’, menyaring budaya kuning yang saban hari menujah pemikiran anak bangsa mereka, sama ada melalui media cetak, televisyen atau pelancongan, kehidupan beragama masih dapat kita perhatikan di mana-mana.

Alunan bacaan al-quran masih dapat kita dengari sama ada di kedai-kedai Arab, mahu pun dalam kenderaan, yang adakalanya terpaksa bersaing dengan lagu pop yang menjadi kegemaran anak muda Arab, seperti Amru Diyab, Majdah Rumi, Diana Haddad, Hisyam Abbas dan lain-lain lagi.

Tulisan bertulis ayat al-quran juga masih banyak kelihatan di dinding bangunan, pintu-pintu rumah, malah kalau kita perhatikan di tembok tembok tapak bangunan yang belum dibina kita dapat perhatikan ‘kalamullah’ adakalanya dipaparkan dengan tulisan tangan dengan nyata.

Tentang kehidupan umum masyarakat Mesir, kita menyaksikan budaya masyarakat kaya yang gemarkan kereta mewah sementara di aspek lain lain kita juga dapat menyaksikan orang miskin yang mengenderai haiwan kaldai sebagai tunggangan, sumber untuk mendapatkan sesuap rezeki menyambung kehidupan.

Pada beberapa aspek lain juga, kita boleh katakan bangsa Mesir ini sangat beradab sopan dan tinggi budi pekertinya, contohnya mereka suka tolong menolong dan membantu orang orang tua. Hinggakan adakalanya kita terlihat penumpang teksi yang membantu pemandu menolak kenderaan mereka yang rosak.

Fenomena begini tentulah sukar dilihat di negara kita sendiri. Di dalam bas juga kaum wanita sering mendapat priority untuk duduk. Anak anak muda dan kaum lelaki sering mendahulukan orang tua dan kaum wanita mereka untuk duduk di dalam kenderaan awam.

Di samping itu kita tidak nafikan sifat negatif seperti pembengis, suka marah marah, mencela, sikap puas, bangga dan memuja keadaan yang sedia ada sehingga muncul ungkapan memuja bumi tanah air mereka sepeti ‘Misr Ummud Dunya’, ‘Misr Ahsan Fil Alam’ dan lain lain lagi.

Bangsa Mesir merupakan bangsa yang memiliki citra dan wawasan yang tersendiri. Di tengah-tengah desakan hidup dan kepayahan yang bertumpang tindih dalam kehidupan mereka, kita melihat bangsa ini masih mampu tersenyum dalam kesukaran dan kepayahan mereka meneruskan hidup, dalam keadaan rakyat peribumi mereka hidup dengan serba kepayahan dan bersesak-sesak di mana-mana, kerana kepadatan penduduk. Masyarakat Mesir memang satu bangsa yang tidak kenal erti rendah diri atau ‘inferiority complex’, baik orang miskin mahupun orang kaya.

Keramahan mereka yang luar biasa juga adakalanya amat merimaskan, terutamanya bagi orang Malaysia seperti kita yang tidak gemar bergurau keterlaluan atau ‘over acting’. Lebih lebih lagi bila diajukan pertanyaan yang adakalanya langsung tidak munasabah dan lojik, lebih layak dikatakan soalan bodoh.

Bagi mereka, orang Malaysia yang belajar di sini sama saja, jika pada pandangan mereka kita telah melakukan suatu yang menyalahi, lantas ditengking sesuka hati tanpa teragak-agak, tak kira siapa, ustaz ke..., orang tua ke..., atau orang perempuan, bagi mereka semuanya sama saja.


Meminum ‘syai’ (teh) merupakan satu kegemaran yang tak asing lagi pada bangsa ini, bahkan merupakan satu kebanggaan dan tanda penghormatan kepada para tetamu yang berkunjung. Kalau anda sedang berehat, tiba tiba dikejutkan dengan sorakan, anda jangan terperanjat kerana itu adalah sorakan penonton perlawanan bola yang merupakan satu permainan yang paling digemari oleh bangsa ini.

Anda mungkin pernah menyaksikan anak bangsa ini bermain sepanjang hari dan adakalanya sampai ke larut malam. Suatu hobi yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan bangsa mereka yang telah berakar umbi sejak nenek moyang mereka.

Bangsa Mesir juga dikenal sebagai bangsa yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang erat. Rata-rata kita dapat lihat, anak-anak berjalan berdampingan dengan ayah dan ibu mereka, berpegang-pegangan tangan, berbual rancak dan mesra, tak kering idea. Kadang-kadang kita merasa sangsi adakah mereka berbual sesama anak-beranak atau dengan orang lain yang baru mereka kenal.

Ini kerana pemandangan begini sukar dilihat pada bangsa kita sendiri. Mereka sering berjalan berpegang-pegangan tangan. Demikian juga dengan pasangan suami isteri, meskipun usia perkahwinan menjangkau separuh abad, namun keintiman dan sifat romantik masih jelas dapat kita saksikan. Mereka masih boleh berbicara panjang lebar dan berbual mesra. Mereka berjalan seiring dan saling berpimpinan tangan, melambangkan bangsa ini sangat memelihara hubungan kekeluargaan dan ikatan sesama mereka.

Seorang Jerman menyuarakan komentarnya: Saya sangat kagum bagaimana bangsa ini dapat meneruskan hidup di tengah tengah kesesakan dan kepadatan penduduk, kecelaruan yang bersimpang-perenang, penempatan yang tidak sistematik. Kalau bangsa lain menghadapi keadaan sebegini rupa nescaya timbul pelbagai krisis yang tidak diduga..” ujarnya.


Seorang wartawan Cina pernah menyuarakan: Yang menjadi perhatian saya terhadap bangsa ini adalah sikap puas, merasa cukup dan berpada dengan apa yang ada, ini kerana dorongan spritual dalam kehidupan mereka” Beliau menjelaskan lagi: Saya sering memerhatikan ‘bawwab’ di hadapan rumah saya yang hidup seadanya, hanya dengan ruang rumah di lantai ‘ardhiyyah’ yang kecil dan satu kamar mandi, sudah cukup untuk menaungi kehidupan mereka sekeluarga. Meskipun begitu, saya tidak pernah mendengar mereka mengeluh dengan kehidupan mereka, bahkan mereka masih mampu tersenyum dan bergurau senda.

Orang orang cacat juga masih mendapat tempat di dalam kehidupan sosial, masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiri.

Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkorban memikul rakannya yang cacat menaiki bas dan memanjat tangga bangunan, mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain yang sempurna. Demikianlan tabahnya bangsa ini dan sikap tolong-menolong, serta pengorbanan yang bukan kepalang dan begitu sukar untuk kita saksikan di dalam masyarakat kita sendiri.

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Cara mudah Install Windows 7 Menggunakan Pendrive


SUMBER: http://ITnTechnology.blogspot.com



[Image: windows-7-aurora-green-wallpaper.jpg]

Menginstall Windows menggunakan pendrive lebih cepat dan teratur berbanding menggunakan DVD.Ikuti cara-cara menginstall Windows 7 menggunakan pendrive:

-Download Windows 7 USB/DVD Download Tool
-Install program tersebut seperti biasa.

[Image: windows71.jpg]

-Buka program tersebut dan klik pada Browse

[Image: windows72.jpg]

-Kemudian cari file windows tersebut dan klik Open.

[Image: windows73.jpg]

-Setelah fail telah dipilih, klik pada USB device.

[Image: windows74.jpg]

-Pilih device yang anda ingin gunakan untuk menginstall Windows 7 dan klik pada Begin copying.

[Image: windows75.jpg]

-Tunggu sehingga proses dan selesai.
-Kemudian anda boleh menginstall Windows 7 menggunakan pendrive anda.

**Dicadangkan cadangkan pkai pendrive 4gb ke atas. file installer yang 946KB

**Software utk window vista ngn xp tak ada ker? Kalau tak silap utk XP leh pakai USB_multiboot_10. kalu tak silap la.... cara penggunaannyer lebih kurang cam post nih...

Aku install window 7 ok jer...mmg bgus laa...memudahkan tak perlu guna cd....Jika ada error tu maybe pendrive tak cukup besar sebab window 7 aku wat guna pendrive 8 giga pas aku wt menda alah ni aku check pendrive aku dah mkn space 5G lebih. korang boleh cuba guna pendrive size besau...Insyallah berjaya.


Read more...

Friday, November 13, 2009

Ben10 melanda jiwa kanak-kanak lelaki





Setiap kanak-kanak mempunyai idolanya kalau sebelum ini aku menceritakan tentang patung yang menjadi idola bagi anak-anak perempuan..kalau anak-anak lelaki pula cam ner..hasil kajian aku kalau di Mesir ini saingan pada Fulla (patung Islam untuk perempuan) kalau lelaki mereka mengidolakan Ben 10..

Siapa pula Ben 10 ? Bila disebut idolanya barulah nak suruh apapun dia laju skit..kena pandai2lah men psikologinya..Tapi kekadang tiada siapa yang ajarkan, itulah naluri bagi kanak-kanak yang tidak boleh disekat untuk perkembangan mentalnya.Semua ciptaan yang wujud bukanlah sia-sia..bagaimana omputih leh create cite macam ini...kalau dikatakan aaah yahudi...jom boikot ! kita buat alternatif secara Islam..tapi yang Islam punya cam ne lak..aku pun tunggu2 gak....kalau kita tengok upin dan ipin bagi aku OK dan berpotensi juga untuk pergi jauh tapi support..cam ne ?

Boleh dirujuk melalui pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Ben_10

Benjamin "Ben" Kirby Tennyson a.k.a Ben 10 (latar suara oleh Tara Strong dan dilakonkan oleh Graham Phillips dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) merupakan pendukung utama dalam siri ini. Beliau seorang budak lelaki biasa berumur 10 tahun yang suka bermain permainan video, menunggang basikal dan bersikap degil. Sewaktu Ben menemui Omnitrix, ia melekap pada lengannya. Beliau menggunakan kuasa-kuasanya daripada Omnitrix yang tidak dapat ditanggalkan untuk menjadi superhero.

Namun begitu, Ben mendapati kerjanya menjadi lebih rumit daripada beliau sangkakan terutamanya dengan kejahatan hulubalang asing, Vilgax yang memburu Ben semata-semata untuk mendapatkan Omnitrix.

Ben dilihat seorang individu yang tamak, kadangkala menerima pujian yang tidak sepatutnya beliau dapat. Beliau juga tidak dapat menerima kekalahannya sendiri terutamanya seseorang itu adalah sepupunya sendiri, Gwen - dengannya Ben berkongsi hubungan cinta tetapi benci.

Ben menggunakan Omnitrix tidak lebih hanya sekadar gurauan, meskipun ketika keadaan terdesak. Sekalipun begitu, Ben bertimbang rasa dan sanggup berkorban demi melindungi keluarganya atau sesiapa sahaja dalam bahaya. Walaupun bukan dalam bentuk makhluk asing, kepintaran Ben telah menyelamatkan dirinya dan orang lain dari keadaan dashyat, terutamanya apabila Omnitrix tidak boleh diaktifkan ataupun tidak menukarkan beliau kepada bentuk yang beliau inginkan.

Hubungan Ben dengan Gwen dalam siri asal agak kompleks. Mereka sering bertengkar sesama sendiri, tidak mungkin bersetuju antara satu sama lain tentang perkara apa-apapun (pengecualian hanya masakan aneh Max yang mereka sememangnya tidak sukai).

Sungguhpun demikian, mereka benar-benar peduli antara satu sama lain, menunjukkan sikap ambil berat yang bukan dibuat-buat apabila seseorang itu dalam bahaya. Buktinya terdapat dalam cetera Ben 10: Secret of the Omnitrix semasa Ben benar-benar sedih apabila disangka bahawa Gwen sudah meninggal dunia dan mendakap sementara Gwen dalam linangan air mata apabila telah didedahkan bahawa Gwen terselamat.

Siri asal menunjukkan Ben mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah, Gwen sering diketahui untuk berjenaka tentangnya; beliau mengatakan bahawa Ben tidak pernah memberus giginya, jarang sekali bertukar pakaian dalamnya dan Ben sekali pun bercakap gah bahawa dia tidak pernah mandi selama tiga hari. Jenaka juga diteruskan dalam filem aksi sebenar; semasa Ben memakai tanda dagangan kemeja-T hitam dan putih selepas Max memutuskan untuk menyiasat Eon, Gwen telah bertanya kepada Ben jikalau beliau pernah mencuci kemeja itu malah sekali semasa musim panas kerana pakaiannya berbau busuk.


Gwen dalam siri asal.

Gwendolyn "Gwen" Tennyson (latar suara oleh Meagan Smith dan dilakonkan oleh Haley Ramm dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) adalah seorang sepupu Ben yang juga berumur 10 tahun (kedua-duanya berkongsi hari lahir yang serupa).

Gwen berkongsi hubungan cinta tetapi benci dengan Ben, sentiasa menghina Ben dengan kebijakan jenaka kering dan sindiran.Beliau menggunakan komputer riba untuk membuat penyelidikan tentang individu atau makhluk aneh serta merupakan ahli gimnastik berkebolehan dan mempunyai beberapa kemahiran dalam seni mempertahankan diri. Beliau juga dilihat mempunyai kemahiran semula jadi dalam menggunakan pelbagai peranti atau objek rumit, seperti dalam episod "Gwen 10" yang memaparkan Gwen mendapat Omnitrix dan bukan Ben, telah membuktikan bahawa beliau jauh lebih pandai menggunakannya berbanding Ben.

Keseluruhannya, kebanyakan kemahirannya yang ketara ialah keupayaan semula jadinya iaitu kemahiran dalam magis. Apa yang terdapat dalam dirinya yang dipanggil sebagai "aura magis" oleh Charmcaster, Gwen mampu menggunakan pelbagai artifak dan sihir magis.Sewaktu menggunakan magis pemberian tuah Mantera Bezel (Charm of Bezel), beliau berkebolehan mengaktifkannya secara kenalurian sedangkan Hex mungkin boleh atau sebaliknya. Kemudian, apabila Gwen mengambil dan menggunakan tongkatnya, beliau boleh melakukan tembakan bagas api - menurut Charmcaster, hanya seseorang yang mempunyai kemahiran Hex harus mempunyai kebolehan itu.

Pada masa itu, Gwen mempunyai Mantera Bezel untuk menjadi wirawati hebat yang bernama Lucky Girl. Pada permulaan, kebolehannya memperoleh "tuah" Mantera Bezel, telah memberikan nasib yang sempurna secara semula jadinya. Sementara memakai mantera, segala tindakan yang beliau ambil akan menghasilkan gaya rantaian tindak balas Rube Goldberg yang mendatangkan manfaat kepada niat asal beliau tetapi biasanya mencederakan Ben dalam proses terbabit. Seterusnya, beliau mengembalikan kepercaman wira hebat selepas memperoleh Baji Batu Bezel (Keystone of Bezel) yang meningkatkan kemampuan beliau kepada aras wira hebat lebih daripada hanya sekadar menentukan nasibnya. Pada masa itu juga, Gwen terpaksa bersara apabila Mantera Bezel musnah.

Namun, kerjayanya belum berakhir setelah Gwen mula menceburi dalam perihal kuasa ajaib apabila dia berjaya mendapat buku sihir daripada Charmcaster dalam episod "A Change of Face".



Max Tennyson


Max dalam siri asal.

Maxwell "Max" Tennyson (latar suara oleh Paul Eiding dan dilakonkan oleh Lee Majors dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) atau "Grandpa Max" sebagaimana cucunya panggil, berumur 60 tahun, agak gemuk dan kadangkala sedikit lembap, datuk kebapaan kepada sepupu Ben dan Gwen Tennyson. Pendiriannya yang berminat kepada sesuatu cabaran dan citarasa pelik dalam makanan (dikecualikan kepada episod "Perfect Day"), selalu berakhir dengan mengajak cucunya pada lawatan yang menarik. Sebaik sahaja cuti bermula, Ben menanti-nanti akan lawatan perjalanan musim panas dengan Max dalam kenderaan rekreasi (RV) yang digelar "The Rust Bucket" yang diubah suai oleh Max dengan teknologi maju. The Rust Bucket" merupakan replika GMC Classic Motorhome.

Max pernah melibatkan diri dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, telah menyertai program angkasawan. Pada mulanya, Ben dan Gwen menyangka datuknya seorang tukang paip ("plumber") sebagaimana diberitahu oleh Max. Bagaimanapun, cucunya mula meragui Max setelah beberapa kejadian yang memaparkan pengetahuan dan kepakaran yang tidak sepatutnya tukang paip ada; segalanya daripada isyarat tangan ala tentera hinggalah kepada pengetahuan menggunakan reaktor nuklear.

Sepanjang musim pertama, nampaknya bahawa Max mengetahui jauh lebih banyak tentang makhluk asing daripada apa yang diberitahunya, di mana kemuncak musim akhir telah mendedahkan bahawa beliau dan Vilgax merupakan musuh lama di mana Vilgax sanggup memanggil Max sebagai "duri dalam daging".

Sebenarnya, "plumber" yang dimaksudkannya adalah sebuah pertubuhan kerajaan yang dikenali sebagai "The Plumbers" yang mengendalikan aktiviti berkaitan ruang angkasa lepas, paranormal dan keadaan lain yang tidak boleh diuruskan oleh kebanyakan organisasi lain. Pangkalannya berada di bawah Gunung Rushmore. Kumpulan tersebut dibubarkan sementara setelah Max mengalahkan Vilgax buat pertama kali, menyarankan bahawa Vilgax sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap pelbagai kejadian yang mereka hadapi. Max pernah menjadi antara calon yang layak bagi misi Apollo 11 dan akan pergi sekiranya tiada urusan lain.

Ketika berusia 80 tahun, Max mengubah suai RV miliknya lebih lanjut, sudah berjanggut dan hilang lengan kanannya dalam Peperangan Limax pada tahun 2017. Beliau menggunakan replika neuroprostetik pada lengannya yang boleh dipanjangkan dan diubah kepada senjata futuristik pilihan.

Jauh ke hadapan (berusia 92 tahun) bersama-sama cicit lelakinya bernama Ken yang berusia 10 tahun, Max kehilangan janggutnya dan penurunan berat dan ketinggian yang ketara yang disebabkan oleh faktor usia dan diet makanan kesihatan futuristik yang tetap. Pada masa itu juga, lengan sibernetiknya kelihatan jauh lebih bersifat mekanikal berlainan daripada sebelumnya yang menampilkan replika lengan asal sebenarnya.

Max mempunyai rakan lama makhluk asing yang bernama Xylene. Xylene berhasrat untuk menghantar Omnitrix kepadanya tetapi Ben telah menjumpainya secara kebetulan. Max dan Xylene nampaknya telah terlibat dalam percintaan dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Xylene cuba meyakinkan Max bagi membentuk rakan kongsi dan menjelajah di serata galaksi dengannya, namun akhirnya Max menolak cadangannya kerana tugas beliau sebagai Plumber dan keperluannya untuk menjaga cucunya.

Penyangak

Vilgax

Vilgax (latar suara oleh Steven Blum) adalah seekor makhluk asing Chimera Sui Generis yang berkepala seakan-akan sotong, penakluk antara galaksi dan sanggup melakukan kemusnahan semata-mata memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan Omnitrix dan menggunakannya bagi menjajah setiap planet dalam alam semesta.

Beliau merupakan salah satu makhluk asing yang paling digeruni dalam galaksi, telah memusnahkan lima planet dan menghasilkan lohong hitam. Pada hakikatnya, sifat gerunnya itu menyebabkan hampir tiada satupun bentuk hidupan biologi yang sanggup bekerjanya dengannya, memaksa beliau untuk menggunakan robot sebagai krew secara keseluruhannya meskipun beliau mampu mencari tentera upahan yang hendak berkhidmat untuknya.

Beliau juga mengisytiharkan diri sebagai pakar Omnitrix sebagaimana dakwaan beliau bahawa membuka kunci fungsi kawalan Omnitrix merupakan satu kerja yang mudah baginya.

The Forever Knight

The Forever Knights adalah sebuah persatuan rahsia yang ditubuhkan semasa Abad Pertengahan yang dibaktikan untuk mengumpul teknologi makhluk asing.
Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios.

Siri animasi ini mengisahkan Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.

Onnitrix

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.



Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.

Dua filem Ben 10 telah dikeluarkan pada masa-masa berlainan pada tahun 2007 dan 2008. Filem pertama ialah cetera animasi pertama berjudul Secret of the Omnitrix, di mana Omnitrix disetkan untuk musnah sendiri secara tidak sengaja dan Ben mesti mencari pencipta alat itu untuk menghentikannya. Filem ini disiarkan pada 10 Ogos 2007. Dua versi berlainan yang menampakkan perbezaan dari keluaran asal masing-masing dikeluarkan pada 1 September 2007 dan 20 Oktober 2007.

Filem kedua ialah filem lakonan hidup berjudul Ben 10: Race Against Time yang disiarkan pada 21 November 2007. Plotnya mengisahkan Ben, Gwen dan Max kembali ke tempat asal mereka di Bellwood dan cuba kembali menjalani kehidupan 'normal'. Malangnya, hidup mereka diganggu oleh seekor makhluk asing bergelar Eon yang mempunyai hubungkait dengan Omnitrix. Race Against Time ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 21 November 2007. Filem ini diarah oleh Alex Winter.

Read more...

Thursday, November 12, 2009

Pakej aku adalah menulis, pakej anda adalah membaca,berfikir dan fahamkan

Ok posting yang masih berkisar dengan patung pembaca boleh membuat kesimpulan sendiri dengan pemahaman yang mantap ! Pakej aku adalah menulis, pakej anda adalah membaca,berfikir dan fahamkan..hehehe..dan pakej tertinggi buatlah kesimpulan...

‘Turtah’ sejenis biskut di Mesir adalah bid’ah…tanpa mereka sedar bahawa kandungannya ialah gandum, susu, gula dan minyak sapi.

Adakah terdapat apa-apa yang haram di dalam kandungan tersebut ? mereka juga menyatakan bahawa patung pengantin dan kuda yang dibuat pada bulan Maulud Nabi s.a.w itu adalah bid’ah (di Mesir apabila tibanya bulan Rabiul Awwal telah menjadi adat masyarakat Islam membuat patung pengantin dan kuda yang diperbuat dari gula, dan bahan-bahan halal yang lain sebagai manisan, sebagai tanda kegembiraan, kemenangan dan kebahagiaan dengan lahirlah Rasul akhir zaman, kekasih Allah yang paling agung s.a.w.)

Di dalam manisan ini tidak terdapat setitik pun benda yang haram. Adapun kebimbangan setengah pihak tentang manisan ini (yang berupa patung pengantin dan kuda) akan menjadi berhala…perkara dan kata-kata seumpama ini mudah untuk diperincikan. Patung atau ukiran , apabila tidak disembah bagi dirinya atau tidak disembah untuk mendapatkan apa-apa kehendak atau tidak disembah untuk mendekatkan diri kepada Allah. ….Maka ia adalah semata-mata patung mainan (bukan berhala).

Sekiranya kita menyembah parung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala ( shonam ). Jika kita menyembahnya kerana dirinya maka ia adalah berhala ( watsan )

Adapun patung-patung yang diperbuat dari manisan tersebut yang mana ianya ( berhala atau patung ) disembah oleh pembesar-pembesar jahiliah sebelum kedatangan Islam, telah menjadi permainan kanak-kanak selepas Islam. Tidak pernah kita dengar bahawa ada orang menyembah patung-patung manisan tersebut. Dan jika kita bimbangkan iman kita terhadap ukiran kuda tersebut…..maka apatah lagi jika terdapat kuda yang benar di hadapan kita?!

Sesungguhnya para sahabat telah memasuki Mesir pada zaman pemerintahan Saidina Umar ibnu Al-Khatab r.a, mereka merupakan pemerintah Gabenor dan Para Hakim. Meraka bukannya orang-orang biasa yang lemah. Mereka telah meninjau utara selatan timur dan barat negara tersebut dan telah melihat tempat penyembahan zaman Firaun, patung-patung mereka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

Akan tetapi kita tidak pernah mendengar bahawa ada seorang sahabat yang mulia memecahkan patung-patung ukiran tersebut. Ini kerana mereka begitu arif bahawa ia merupakan terjemahan bagi satu-satu tamadun dan kemajuan tidak patut menghancurkannya…..Patung Ramses di Mesir menjadi saksi di atas perkara ini berpuluh-puluh kurun dahulu.

Kita tidak menjumpai seorang pun yang mengorbankan sesuatu kepadanya atau mendekatkan diri kepadanya dengan sesuatu…..adakah kita lebih mengetahui daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang belajar sendiri dari Baginda?!

Rasulullah s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah, baginda sering bertawaf di Baitul Haram ketika mana berhala-berhala jahiliah masih wujud di sekitar Kaabah. Ia merupakan sesuatu yang disembah oleh orang-orang jahiliah, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa erti dan harga kepada Baginda. Demikian itu tidak dapat menegahkan keadaan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah.

Ketika mana Baginda berhijrah ke Madinah dan selepas pertukaran kiblat, Baginda mula bersolat kea rah Baitul Haram ( Kaabah ) sedangkan berhala-berhala masih wujud di sekitar Kaabah…..Kenapakah Rasulullah s.a.w tidak menghentikannya sebagaimana datuk Baginda Nabi Ibrahim a.s menghancurkannya…..

Nabi Ibrahim a.s telah menghancurkan setengah daripada berhala-berhala pada zamannya dan setengah yang lain ditinggalkan. Perbuatan baginda ini telah memberi natijah kepada penyembah-penyembah berhala bahawa ia begitu rapuh….diperbuat dari tanah….oleh kerana kejahilan mereka…..mereka telah merekacipta kaedah baru dan mengukir patung-patung pada batu yang pejal supaya susah untuk pecah. Meraka telah mengukirnya dengan begitu cantik sekali dan menghiaskannya….. Lantaran baru, ia amat laris di pasaran.

Kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk mencabut serta menanggalkan hubungan dalaman di antara hati seseorang mukmin dengan patung-patung atau ukiran-ukiran. Maka orang-orang Islam telah yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, mereka ketahui bahawa patung-patung tersebut bukannya Tuhan- lantaran itu tercabut kehebatannya daripada hati-hati orang Islam. Dengan itu ia telah mati ( tidak mempunyai apa apa nilai ) dalam keadaan tegak berdiri – tanpa Rasulullah s.a.w menghancurkannya dengan tangan baginda yang mulia.

Setelah Allah bukakan kota Mekah kepada Baginda, Baginda masuk kepadanya tanpa memegang kapak atau senjata. Bahkan baginda hanya memegang sebatang tongkat yang kecil. Baginda masuk ke dalam Baitul Haram sambil membaca firman Allah :
” Dan katakanlah ( Wahai Rasul ) telah datang kebenaran dan leburlah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu adalah binasa.”

Dan setiap kali Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan tangan Baginda ke arah patung-patung tersebut, ia tersungkur menyembah bumi. Para sahabat pula mengenyahkannya dengan kaki-kaki mereka sehinggalah patung-patung itu terkeluar dari Baitul Haram.
Kesemuanya ini adalah kerana Islam telah mencabut hubungan hati di antara manusia dan batu.

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Demam FULLA terus melanda



Demam FULLA melanda anak perempuan anda...begitulah title pada entry lepas aku ingin sambung lagi perbincangan topik ini untuk tontonan umum bagi para ibu dan bapa yang mempunyai anak perempuan..bukan untuk iklan tetapi maklumat yang positif.

Walaupun ada yang tidak bersetuju pasal patung ini..tetapi aku ada pandangan tersendiri yang akan dibincangkan..bagi masyarakat yang masih mengamalkan nilai-nilai negatif ia menganggap kehendak anak-anaknya disekat..Aah tak payah belilah..!! rugi duit lah !! baik suruh anak main tanah dan main pasir je lah..eh nanti berkudis sana sini lak, tk mau gak !!..apa pun terpulanglah kepada pembaca tentang isu anak patung yang dikatakan 'haram' berada di dalam rumah !walaupun hanya sekadar hiasan semata-mata atau hobi mengumpul anak patung.


Nak kata apa pun..aku tarak kisahlah pandangan dan kefahaman masing-masing..cuma sekadar berkongsi info..kerana ini peluang bisnes juga !! cari duit..buat duit hahaha tarak duit susah woooo nak idup tu..payah lah nak kata tade duit hati senang kan..! So, fikir2lahh.

Sebelum nak bagi pandangan aku tentang dollydoll nie or anything yang berbentuk patung..Almaklumlah kat Mesir nie dari sekecil2 patung sampai ke besar2 makhluk pun ada... so,kita sambung skit lagi tentang dolly Fulla nie...info ini hanyalah untuk dikongsikan tentang kanak-kanak masa kini yang dikatakan tengah hangat dengan "Fulla" kalau di negara Asia Barat terutamanya.

Fulla merupakan nama anak patung Islam yang 'dilahirkan' oleh NewBoy Design Studio yang beribu pejabat di Damsyik pada tahun 2005 yang diambil asal perkataan bahasa Arab yang bermakna sejenis spesies bunga jasmine yang hanya boleh ditemui di negara-negara Asia Barat.

Konsep Fulla hadir sekitar tahun 1999, berfokus pada pakaian yang digunakan oleh Fulla (nama sebuah jenis bunga melati yang tumbuh di Timur Tengah), berpakaian kontemporer dan moden Islam, dengan tambahan asesori tudung, yang sesuai dengan budaya dan tradisi orang Islam. Jenis pakaian lain termasuk pakaian di dalam rumah, pakaian keraian dan pakaian di luar rumah yang menutupi aurat.

Fulla ditujukan sebagai mainan alternatif untuk anak-anak perempuan dengan target usia 3 hingga 9 tahun. Sebagai idola, Fulla dapat mendidik dari sudut pandangan ibubapa, kerana kualiti dan nilai-nilai yang dimiliki Fulla.

Semua elemen positif yang berorientasikan kekeluargaan dan Islam menjadi teras agar ia mempengaruhi secara langsung kepada kanak-kanak.

Sekalipun sekadar boneka, namun permainan ini didapati memberikan pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan mental, daya intelektual dan budaya kanak-kanak yang sedang membesar.

Secara semulajadi semua kanak-kanak menyukai anak patung dan sebagai ibu bapa kita tidak akan mampu menahan keinginan si anak untuk memiliki anak patung sebagai teman sepermainan.

Kini telah banyak produk-produk berjenama Fulla telah dikeluarkan, di Mesir sambutan hangat dikalangan kanak-kanak barangan dari Fulla begitu menggalakkan dan laris dipasaran.

Syarikat NewBoy membuat sebuah karakter dengan nilai-nilai positif yang diambil oleh ibubapa dan anak-anak. Karekter Fulla adalah jujur, penyayang dan peduli, dan ia menghormati ibu dan ayahnya.
Kesan yang terpancar oleh Fulla yang merupakan gadis berusia enam belas tahun, tinggal dengan orang tuanya, bersama dengan saudara perempuan dan laki-laki. Sebenarnya nilai-nilai yang ditekankan oleh Fulla adalah keluguannya, keceriaannya, mudah bergaul, mudah berteman, dan popular tidak hanya karena kecantikannya, tetapi juga kerana kepribadiannya yang menyenangkan, kerana ia bukan anak yang 'peminta dan pengarah' bahkan dia suka membantu ibunya mengerjakan hal ehwal di rumah.
Fulla boleh dijadikan aspirasi teladan kepada anak-anak perempuan dan dapat belajar dari Fulla bagaimana cara berpakaian sopan yang mengikuti perkembangan mode.
Fulla telah berada di pasar pada bulan November 2003 dan menjadi boneka nombor satu di Timur Tengah. Sejak pembuatan, dan penjualan, Fulla telah menjadi boneka terlaris di kawasan Timur Tengah (Syria, Mesir, Yordania, Qatar, UAE, Saudi Arabia, Kuwait dan Bahrain), telah terjual sekitar 5 juta boneka.
Negara-negara lain yang telah menjual Fulla adalah Mesir, Marocco, Kanada, Amerika Syarikat dan Indonesia. ( Kat Malaysia tak sure plak perkembangan pasarannya di saat entry blog ini). :)
Cuma kalau di Mesir mengikut pemerhatian aku ia menunjukkan rangsanganya amat positif terhadap patung Fulla. Terutama para ibu, , percaya bahawa Fulla dapat “mendidik" anak perempuan mereka, bagaimana cara berpakaian yang sopan, konservatif tetapi tetap moden. Para ibu-ibu juga percaya bahawa anak perempuan mereka beruntung dapat berinteraksi bersama Fulla dengan mengganti-ganti pakaian Fulla, dapat membuat mereka menjadi berpenampilan bagus dan bersih seperti Fulla, dan dapat melakukan role play. Anda boleh melayari http://fulla.com/ .
Pada pandangan akulah, mungkin juga kalau di Malaysia dapat ditukarkan nama untuk menyenangkan kanak-kanak kita menyebut dalam bahasa Melayu.Mungkin di Malaysia dikenali sebagai nama Siti ??? (atas kekreatifan orang malay lah yerk).So, kat sinilah aku kata boleh buat duit..hehehe..kalau tak caya tengok Si Ipin dan Upin tu....
Selain Fulla, kalau dibarat ia dikenali sebagai Barbie dan di Asia Barat di kenali sebagai Fulla, Manakala di Iran di kenali sebagai Dara dan Sara, patung Barbie doll mula2 dicipta dan sekarang masih lagi terkenal di dunia,dah kaya raya pakcik yang reka nie.. Kebanyakan permainan ini dimainkan oleh golongan perempuan tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.Cuma Fulla direkacipta dengan cara hidup orang Islam dan untuk dijadikan idola bagi kanak-kanak perempuan muslim.
Barbie pula adalah gadis jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik, teman lelaki yang tampan, dan macam-macam lagi. Dia kelihatan sempurna tetapi hakikatnya dia hanyalah anak patung!
Kenalkah anda pada Babie? Siapakah yang memperkenalkan anak patung ini kepada dunia?
Ruth Handler antara pengasas syarikat alat permainan terkemuka. Nattle merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta anak patung ini. Barbie dicipta pada tahun 1959 dan diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di bandar New York.
Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36, 18, 38, tidak relevan dengan ukuran manusia normal.
Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.
Bagaimanakah anak patung Barbie mendapat namanya?
Pencipta anak patung ini, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya, Barbara. "Kekasih" Barbie, Ken pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth.
Oklah itu serba skit info, semalam masa dok cari2 barang fulla untuk doter aku, ada satu lagi produk baru keluar kt mesir nie..tk sure plak dari ejen mana, tapi ala2 fulla gak..nama dia "JANNA"..warna pink gak muka hampir seiras dengan fulla cuma tk bertudung jer..kata is jual tu janna nie banyak koleksi untuk perkakasan sekolah. Hah ! kan aku dah kata boleh buat duit
...Sebelum melalut jauh aku kasi skit pandangan kau tentang permainan dollydoll nie or patung2 biasa ,hiasan dan sebagainya...kat mesir nie terkenal dengan patung....lazimnya yg berkaitan dengan firaun , difinasi patung perlu kita tahu dahulu..ini kerana untuk kita membezakan mana satu patung yang dimaksudkan dalam hadis rasulullah SAW...sebelum kita terus berpegang dengan pendangan2 lama dan terus jahil.
Kalau diperhatikan kenapa patung2 kat Mesir ini terus kekal..sedangkan kedatangan Islam lebih awal dari negra kita. Mari kita kupas bersama2...kerana dalam memahami tentang patung kita perlu tahu dan fahami yang dapat dibahagikan kepada 3 jenis sebagaimana juga diterangkan oleh guruku Syeikh Dr.Mukhtar Ali Ad-Dusuqi iaitu :
1-Timsal (Patung perhiasan yang tiada apa2 maksud)
2-Watsan (Jika kita menyembahnya kerana dirinya atau zatnya)
3-Shonam (kita menyembah patung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala)
Di zaman dulu, ketika orang-orang Muslim telah menguasai negeri Mesir, samada di sebelah utara, selatan, timur dan barat. Mereka menemukan banyak peninggalan-peninggalan Firaun, Qibti dan Romawi dari segala bentuk seperti patung manusia,haiwan-haiwan,tumbuh-tumbuhan dan serangga-serangga.
Akan tetapi mereka tidak mendekatinya dan tidak menghancurkannya. Dan peninggalan-peninggalan patung itu sampai sekarang masih ada. Sekarang timbul pertanyaan, kenapa para sahabat Rasulullah yang mebuka negeri Mesir tidak menghancurkan patung-patung peninggalan tersebut ? Apakah sebenarnya di sebalik itu semua ?

Mungkinkah terdapat beberapa kemungkinan yang dapat kita selidiki:

1- Kemungkinan bahawa peninggalan-peninggalan patung pada hari itu tersembunyi di bawah tanah, sehingga mereka tidak melihatnya.

2- Kemungkinan bahawa peninggalan-peninggalan ini sukar untuk dipecahkan (dihancurkan), sehingga mereka tidak mampu untuk merobohkannya jadi terpaksa mereka membiarkannya.

3- Kemungkinan bahawa, para sahabat pada hari itu dalam keadaan lemah sehingga tidak ada daya dan kekuatan untuk menghancurkannya..

4- Kemungkinan bahawa para sahabat telah mengetahui sebenarnya dari Rasulullah tentang perbezaan timtsal , watsan dan shonam.

Dari kemungkinan-kemungkinan di atas dapat kita menguji kebenarannya;

1. Kemungkinan pertama ditolak, kerana peninggalan-peninggalan itu tidak berada di bawah tanah, itu sudah dijadikan sebagai tempat-tempat penyembahan dan patung-patung itu besar, tinggi menjulang ke 'angkasa'.

2. Kemungkinan kedua juga ditolak, kerana peninggalan-peninggalan itu mungkin untuk dihancurkan, sedangkan peralatan pada ketika itu mampu memecahnya berkeping-keping.

3. Kemungkinan ketiga ditolak juga, kerana para sahabat pada saat itu kuat dan tidak lemah sehingga dapat menaklukkan dan menguasai mesir seluruhnya.

Ketiga-tiga kemungkinan di atas ternyata ditolak dan masih ada satu baki kemungkinan,

Kemungkinan yang keempat adalah :
Sebenarnya mereka telah mengetahui perbezaan antara timtsal, watsan dan shonam, dan mereka juga telah belajar makna tauhid dari Rasulullah SAW, yang tidak taklid buta kepada datuknya iatu Nabi Ibrahim AS, di dalam berinteraksi dengan patung-patung.
Beliau menghancurkan patung-patung watsan, walaupun tidak semuanya dihancurkan, melainkan ditinggalkan satu patung yang bernama Ramza. Kerana kaum Nabi Ibrahim sangat keterlaluan, mereka membuat patung-patung dengan bentuk yang baik dan dengan bahan yang keras supaya tidak mudah dipecahkan kemudian mereka menamakannya Tuhan.
Nabi Ibrahim menghancurkan patung-patung watsan bukan membenci patung-patung tersebut akan tetapi membenci kepercayaan yang diyakini oleh kaumnya, iatu menyembah patung-patung itu.
Adapun Rasulullah SAW tidak mendekati patung-patung dan tidak pula menghancurkannya, bahkan pada ketika itu beliau solat di Masjid al-Haram berhampiran ka’bah yang dikelilingi dengan patung-patung.
Ini bukan merupakan ketetapan (Iqrar) Nabi, tetapi keadaan pada zaman Rasulullah berbeza dengan zamannya Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah SAW tidak menghancurkan patung-patung itu kerana telah tertanam tauhid yang kuat pada hati para sahabat, sehingga tidak terjerumus melakukan syirik kepada Allah, sebagaimana cahaya yang terang menolak kegelapan.
Ini menunjukkan bahawa para sahabat telah belajar daripada Rasulullah, tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah, maka semua penyembahan yang lain adalah tertolak.
Rasulullah SAW solat di Masjid al-Haram sedangkan dikelilingi oleh patung-patung di sekitarnya, kemudian ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj dan difardhukannya solat lima waktu, Rasulullah SAW tidak diperintahkan untuk menghancurkan patung-patung tersebut.

Kemudian Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah sedangkan patung-patung masih lagi berada di sekeliling Ka’bah sehingga turunlah perintah untuk mengubah kiblat dari Bait Al-Muqoddis ke Bait Al-Haram. Dan pada hari itu juga patung-patung masih berada disekeliling ka’bah sehingga Fathu Makkah [Pembukaan Kota Mekah] tiba.
Pada ketika pembukaan kota Mekah tiba, Rasulullah SAW bersama tokoh-tokoh pembesar Quraisy yang dulunya menyembah patung-patung itu dan mereka sendiri yang menghancurkan patung-patung itu, bukan rasulullah.
Rasulullah SAW hanya memberi isyarat kepada patung-patung shonam itu dengan sebuah tongkat kecil yang berada pada tangannya bukan menggunakan cangkul ataupun kapak, lalu beliau berkata:
” وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا “
Maksudnya :”Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap” (QS : Al-Isra’ :81).
Ketika patung-patung shonam telah diturunkan kedudukannya, maka tidak ada orang yang mengadili dengannya, dan ketika telah lenyap keberadaannya maka tidak ada yang meminta tolong melalui patung apatah lagi menyembahnya.
Para sahabat telah menggulingkan tuhan-tuhan yang telah mereka akui sebelumnya dengan kaki-kaki mereka sendiri. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menghilangkan kepercayaan-kepercayaan pada patung-patung itu dari hati mereka dan kemudian mereka menguburkan sedalam-dalamnya kepercayaan itu.
Ini menjelaskan bahawa para sahabat yang membuka negeri Mesir itu benar- benar telah memahami dan mengetahui sebenarnya tentang ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Dan mereka mengetahui daripadanya.
Persoalannya, Bilakah sebuah timtsal (patung biasa) menjadi timstal ? Bilakah sebuah timtsal menjadi shonam (patung yang disembah untuk mendekatkan diri kepadanya.)? Dan bilakah sebuah timtsal menjadi watsan (patung yang disembah pada zatnya) ? Sesungguhnya timstal pada batasan zatnya tiada apa-apa (di bolehkan).
Nabi Sulaiman AS, menyuruh jin untuk membuat mihrab-mihrab dan timtsal-timtsal yang di kehendakinya sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran:
Maksudnya : ”Para jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku)”.(QS: Al-Saba’: 13).
Nabi Sulaiman menyuruh jin untuk membuat patung-patung (timtsal), sikap ini tidak akan mengurangi kenabiannya kerana beliau merupakan seorang nabi, rasul, khalifah dan raja.
Dan pembuatannya tentang patung-patung timtsal ini, tidak akan mengurangi kemuliaan dari kerasulan dan kenabiannya, kerana timtsal (patung-patung hiasan) itu hukumnya tiada apa-apa.
Timtsal (patung biasa) itu tiada hukumnya ataupun dibolehkan, tetapi jikalau timtsal tersebut disembah oleh suatu kaum untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ketika itu namanya berubah menjadi shonam dan hukumnya haram (syirik).
Dan jikalau ada kaum yang lain menyembah timtsal tersebut sebagai tuhan dan bukan untuk mendekatkan diri kepada Allah maka namanya berubah menjadi watsan dan ini hukumnya haram (kufur) bagi mereka saja secara aqidahnya dan bukan pada zat timtsal tersebut.
Dalam Islam, syirik merupakan dosa besar dan salah satu perbuatan yang tidak diperkenankan Allah adalah menduakanNya, mensyarikatkanNya dengan sebarang apa jua . Allah ujud dan berdiri dengan sendiri tanpa kebergantungan pada apa pun jua. Semoga kita semua terpelihara dari kejahatan syaitan yang mahu kita syirik. Maha suci Tuhan dari apa yang mereka sifatkan.
Firman Allah SWT:
[91] Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.
Jadi, apa yang penting adalah kefahaman dari segi tauhid (keesaan Allah SWT) yang kukuh dan ilmu serta kefahaman yang mantap,segala was-was akan dapat dihilangkan dan menganggap patung permainan adalah sekadar hiasan dan tiada niat apa jua dan menganggap semua kejadian yang ada adalah makhluk saja.
Ada yang menyandarkan kepada hadis, bahawa malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung, yang dimaksudkan 'rumah' adalah hati yang merupakan tempat 'kesedaran' kepada Allah SWT bukan selain daripadanya.

Read more...

Demam FULLA Melanda Anak Perempuan Anda


Anak patung Barbie atau boneka yang di dewasakan imejnya melalui pelbagai fesyen baju dan gaya sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia sebenarnya ada pesaing yang hebat!

Tidak kurang comel dan menarik, boneka yang menjadi saingan kepada Barbie itu bertambah comel. Ini apabila rambutnya yang hitam halus itu dilitupi skarf dan dalam aksi dan gaya yang lebih sopan dan manis, tanpa menampakkan sebarang aurat yang terdedah.

Boneka tersebut merupakan kelahiran Islam yang diberi nama Fulla, asal perkataan bahasa Arab yang bermakna sejenis spesies bunga jasmine yang hanya boleh ditemui di negara-negara Asia Barat.

Jika patung Barbie membawakan fenomena yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berkhayal untuk menjadi wanita yang cantik dan bergaya tetapi berbeza jika mereka bermain dengan anak patung Fulla.

Ini termasuk dalam iklan-iklan komersial bagi mempromosikan anak patung ini, menyaksikan bagaimana anak patung itu akan mendirikan solat subuh, menghadiahkan kek sebagai hadiah yang mengejutkan buat kawan-kawannya. Sehinggalah jangan lupa memakaikan Fulla, jubah kesukaannya ketika membawanya keluar berjalan-jalan!

Semua elemen positif yang berorientasikan kekeluargaan dan Islam menjadi teras agar ia mempengaruhi secara langsung kepada kanak-kanak.

Fulla 'dilahirkan' oleh NewBoy Design Studio yang beribu pejabat di Damsyik pada tahun 2005. Ketika mula-mula Fulla dilahirkan, kesemua stok anak patung ini habis dijual dalam tempoh 15 hari sahaja. Iaitu set anak patung Fulla bersama sehelai sejadah kecil, skirt labuh dan skarf yang dijual dengan harga RM140, ia mendapat sambutan hangat.

Pengurus Syarikat NewBoy, Fawaz Abidin berkata, Fulla adalah untuk pasaran Arab. Ia bukan bertujuan menjadi saingan kepada Barbie tetapi satu refleks kepada nilai-nilai Arab dan Islam itu sendiri.

"Fulla bukan seorang anak gadis yang seksi tetapi dia seorang yang jujur, pengasih dan mengambil berat serta menghormati kedua-dua orang tua, iaitu sifat-sifat yang semua ibu bapa orang Arab mahukan terhadap anak mereka," katanya.

Jika anak patung Barbie terkenal dengan rambut perangnya manakala Fulla mempunyai rambut hitam dan mempunyai anak mata bundar berwarna coklat.

Fulla memakai busana jubah dan berskarf di kepala tanpa perlu menutup muka.
"Mungkin agak berlebihan jika Fulla mengenakan jilbab, dalam Islam adalah tidak wajib untuk wanita-wanitanya menutup muka. Kita tidak mahu dituduh sebagai terlalu ekstremis," kata Fawaz.




Dara dan Sara

Namun fakta yang menarik, kedua-dua anak patung ini, Barbie dan Fulla masing-masing dikeluarkan dari kilang yang sama di China.

Ini kerana kilang tersebut tidak bermasalah untuk mengeluarkan patung tersebut yang diperbuat dari bahan yang sama, cuma berbeza bentuk di samping kilang tersebut mampu memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh Amerika dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Fulla turut didatangi dengan dua lagi rakannya, iaitu Nada dan Yasmeen tetapi terdapat juga anak patung 'Cikgu Fulla' dan 'Doktor Fulla'. Ia bertujuan menggalakkan anak perempuan apabila dewasa kelak menjadi guru dan doktor yang baik serta berguna untuk masyarakat mereka.



Apabila ditanya mengapa Fulla tidak didatangkan dengan pasangan atau teman lelaki sebagaimana Barbie yang mempunyai Ken untuk dipadankan bersama, Fawaz berkata, bukan menjadi satu budaya bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin berpasang-pasangan dan beliau tidak mahu merosakkan imej yang telah ditetapkan.

Berbeza pula di Iran, kanak-kanak di sana gembira dengan kehadiran anak patung yang dikenali sebagai Dara dan Sara, sebagai pengganti Ken dan Barbie.

Dara dan Sara dilahirkan juga sebagai mengimbangi pasaran anak-anak patung Amerika dan semua aksesori patung yang membanjiri pasaran Iran.

Di samping anak patung Barbie itu mempunyai penampilan diri yang asing dari budaya Iran. Sehingga dikatakan anak patung Barbie itu lebih bahaya berbanding senjata perang Amerika.

Yang menariknya anak patung Dara dan Sara ini dilahirkan oleh sebuah institut pendidikan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Iran, iaitu Institut Pembangunan Intelektual untuk Kanak-kanak dan Remaja.

Anak-anak patung mereka jadikan satu produk penting sebagai strategi mengekalkan warisan tempatan dari terpengaruh dari gaya dan budaya yang dibawa oleh anak patung yang dibawa dari luar khususnya dari Barat.

Sekalipun sekadar boneka, namun permainan ini didapati memberikan pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan mental, daya intelektual dan budaya kanak-kanak yang sedang membesar.

Secara semulajadi semua kanak-kanak menyukai anak patung dan sebagai ibu bapa kita tidak akan mampu menahan keinginan si anak untuk memiliki anak patung sebagai teman sepermainan.

Kenapa mesti dihalang? Ini kerana Islam sendiri membenarkan.

Hukumnya harus kerana ada riwayat daripada Nabi SAW yang memberi rukhsah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengecualian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a berkata yang maksudnya:

"Sewaktu Rasulullah SAW (sampai di rumah) daripada peperangan Tabuk atau Khaibar, pada rak (kepunyaan Aisyah) ada kain penutup, lalu angin berhembus, maka tersingkap tepi kain penutup itu (sehingga) menampakkan beberapa anak patung perempuan mainan Aisyah. Maka Baginda bersabda: "Apa ini wahai Aisyah?" Aisyah menjawab: "Anak-anak patung perempuan milikku".

Dan Baginda terlihat pula di antara patung-patung tersebut ada patung kuda yang mempunyai dua sayap yang bertambah. Lalu Baginda bersabda: "Apa benda di atas kuda ini?" Aisyah menjawab: "Dua sayap". Baginda bersabda: "Kuda ada dua sayap?" Aisyah menjawab: "Tidakkah Tuan pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap?" Aisyah berkata (menceritakan selanjutnya): "Maka Rasulullah tertawa sehingga aku melihat gigi-gigi geraham Baginda". (riwayat Abu Daud).

Daripada hadis ini, jelas menerangkan bahawa patung permainan bagi kanak-kanak adalah harus membuatnya dan memanfaatkannya berdasarkan tidak ada tegahan daripada Nabi SAW ketika melihatnya.

Rasanya ini antara peluang besar kepada usahawan tempatan untuk membawa masuk ke negara Malaysia, pastinya pengaruh Fulla dapat dikongsi bersama!

Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Hidup Serba Tak Kena

Kehidupan yang Allah ciptakan bagi manusia cukup sempurna, yang tidak sempurna adalah sejauh mana kita mendekati Allah SWT dan mengingatinya serta bersyukur kepadaNya pada setiap detik.

Kerapian Tuhan dalam mentadbir alam ini, hanya mampu difahami dengan anugerahNya jua, bukannya boleh sengaja dibuat-buat. Walupun kita nampak ada negatif atau kejahatan yang pasti ia bukan kelemahan dan kekurangan daripada Allah SWT.

Sekiranya manusia dapat disedarkan dengan senang dan mudah saja maka, tidak akan ada aktiviti-aktiviti duniawiyah, umpamanya: kalau tiada orang yang tamak haloba, maka tiadalah kilang-kilang, bank, pejabat-pejabat dibuka. Jesteru itu, tidak ada tempat manusia mencari rezeki.

Sekiranya tiada orang-orang jahat, maka tiadalah polis, peguam, mahkamah, hakim dan sebagainya. Maka disini kita lihat secara lojik : Sepatutrnya polis terpaksa 'berterima kasih' kepada orang-orang yang menyalahi undang-undang.


Berlaku satu kes seorang gadis yang mencabar urusan tuhan dengan menyoal seorang penguatkuasa agama kerana kesalahan melacur di salah sebuah kelab malam.


Gadis : Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa Dia buat neraka ? Kenapa tidak disediakan syurga atau semua manusia atas bumi ini baik-baik saja ? Tidakkah Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih ?


Ustaz : Kalau Tuhan tidak menciptakan neraka, Maka tidak jadilah saya seorang ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi atau bapa ayam. Gaji mesti lumayan dan hidup senang,lepas mati pun tak risau lagi sebab sudah tentu masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual. Kalau awak nak lari, saya bunuh saja. Tiada masalah lagi sebab neraka tiada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis : (terkejut dan tergamak dengan jawapan ustaz itu? dia terpinga-pinga dengan muka confused dengan jawapan ustaz tadi)


Ustaz : Jadi perkara-perkara jahat akan terus berlaku. Kalau Tuhan hanya sediakan syurga saja, orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' dengan percuma.


Dunia akan hancur begitu saja awak pun tak boleh nak cari makan kat kelab ini kan !

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..sebab takde siapa yang menerima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


Gadis : "Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas cam tu je..(rungut si gadis.)


Ustaz : Sambil tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"


Gadis : (terdiam..dan berfikir panjang)


Ustaz mengakhiri kata-katanya: " nasihat saya ini kerana kasih sayang saya sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud, untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian , berseronok sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Daripada diolag tersebut, fahamilah kita keberkesanan sifat "Kebesaran dan Kehebatan Allah SWT yang membelenggu perasaan serba tidak kena pada gadis tadi. Gadis tersebut merasai ketidakadilan tuhan, tanpa perlu fikir panjang. Hakikatnya Allah SWT mengatur perjalanan masing-masing yang mempunyai fungsinya tersendiri .Di situlah fungsi ketuhanan yang bersifat sempurna tanpa kita sedari.


Jadi, hukum kenerakaan akan dikenakan kepada mereka yang layak sahaja, bagi yang tidak mengerti tentang kerapian pentadbiran Ilahi. Maka tiadalah istilah hidup serba tidak kena dan ramai yang lupa bahawa kehidupan manusia merupakan seumpama segerombolan semut-semut yang saling bantu membantu antara satu sama lain dalam jaringan hayat. Tuhan tidak penah menzalimi sesiapapun.


Kalau kita taat segala perintahNya, pasti Allah akan membalas dengan nikmat di syurga, kalau derhaka perintahNya dan tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka dan menzalimi diri.


Begitulah kitaran kehidupan ada yang susah untuk mendapatkan rezeki ada yang senang saja dapat rezeki semuanya ada fungsinya dan terimalah takdir yang telah tuhan tetapkan serta berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan yang diredhaiNya kerana yang dikatakan tidak kena itu adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan.

Katakan anda kini berusia 30 tahun, Apakah yang anda telah rasai selama 30 tahun yang berlalu?

Mungkin akan menjawab; 'saya telah mengalami susah,senang, sakit, hina, kelaparan,dihina dan lain-lain


Saya akan tambah 30 tahun lagi, bermakna anda akan berumur 60 tahun ketika itu. Dan saya akan bertanya soalan yang sama: 'Apakah yang anda telah rasai selama 60 tahun yang berlalu?

Yang pastinya anda akan menjawab dengan nada yang sama: 'saya telah mengalami susah,senang, sakit, hina, kelaparan, dihina dan lain-lain'


Kemudian saya tambah lagi 60 tahun bermakna umur anda 120 tahun dan yang pasti anda akan menjawab senada saja. Aktiviti kehidupan kita akan berlalu detik demi detik seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku. Begitulah kehidupan insan yang sentiasa bermimpi dikala 'jaga'. Pada saya, hidup ini tidak punya apa-apa maksud, kecuali berinteraksi sementara dengan jaringan hayat. Tuhan tidak menzalimi sesiapapun, kerana tiada ada sesiapa disisiNya. Teruskan 'mimpi-mimpi hayat' kita seadanya, tanpa gentar kerana kita cuma menghadapi kesedaran yang sebenar dan jalanilah kehidupan dengan sebaiknya.


Aku masih ingat seorang ibu menggantungkan persoalan dari anak kecilnya yang berumur 5 tahun:-

Anak: Mak, kalau orang kena petir boleh mati tak ?

Mak : Boleh..

Anak: Orang yang kena petir tu jahat ke baik?

Mak : Ada yg baik ada yg jahat..

Anak: Petir tu Allah yang ciptakan mak ?

Mak : Ya…

Anak: Allah tu baik..tapi kenapa petir tu kena kat orang baik jugak.

Mak : Nanti adik dah besar mak terangkan….

Dialog terhenti di situ dan mungkin menganggap suatu yang negatif difikirannya, sebenarnya anaknya begitu cerdik, persoalan itu dapat memberi rangsangan kepada ibunya untuk berfikir tentang ketuhanan dan sentiasa menambahkan ilmu kerana pelbagai jawapan yang boleh kita andaikan secara logik dan positif.

Read more...

Monday, November 9, 2009

Orang berniaga kita berniaga juga..iklan mana?


Orang berniaga kita berniaga tapi sejauh manakah promosi atau pengiklanan yang mampu menawan hati pembeli ?

Agenda jual beli adalah dengan iklan, sesebuah syarikat perniagaan sanggup memperuntukan dalam pelan perniagaannya dengan ribuan atau puluan ribu untuk mempromosikan barangan yang dijual agar lebih ramai pelanggan membeli dan pergerakan jual-beli barangan kita lebih cepat dan pantas dengan kelajuan seperti cahaya atau secepat teknologi masa kini.

Kini teknologi internet merupakan salah satu medium untuk pengiklanan yang paling berkesan dalam mencapai target pelanggan yang lebih mantap dan ramai dan kosnya tidak begitu mahal untuk melanggani pakej pengiklanan berbanding dengan media-media utama yang tersedia ada.Walaupun dikatakan persaingan tetapi ianya bagus dalam merancakan peniagaan bagi sesebuah syarikat atau individu.

Iklan harus diwar-warkan dan disampaikan dengan pantas dan cepat dimana jua terutama tempat orang ramai menjadi tumpuan samada di tv,akhbar atau internet.Selagi di sebut dan disiarkan iklan berkali-kali maka lama kelamaan akan memberi impak lebih berkesan.

Jadi, disini kalau di internet bermacam-macam pakej pengiklanan dan jenis yang telah disediakan oleh sesebuah komuniti atau website atau blog secara individu samada berbentuk banner, video atau audio dengan harga yang berpatutan.

Di mana-mana negara pun, rancaknya aktiviti perniagaannya adalah bergantung kepada iklan dan promosi yang dilakukan.Tanpa strategi pengiklanan yang betul menyebabkan perniagaan tersebut menjadi hambar dan lesu.

Di Mesir misalnya, masyarakatnya suka berniaga kerana penduduknya ramai yang mencecah ke 72 juta penduduk dan aktiviti perniagaan begitu rancak samada menjual barangan-barangan terpakai atau lama.

Apa yang saya perhatikan walaupun ada persaingan tetapi ia masih sihat dan aman kerana hubungan komuniti atau 'kemanusiaan' dan kekeluargaan yang begitu kuat dan tidak mengambil kisah walaupun kedai berdekatan dengannya menjual barang yang sama dengan kata lain tiada kes dengki dan menyerahkan usaha perniagaannya semua rezeki itu datang daripada Allah dan
Allah itu Maha Kaya menjadi 'slogan' dalam perniagaanya.

Kalau melihat strategi pengiklanan yang dilakukan antaranya :

1-Semasa pembukaan kedai baru mereka mewar-warkan dengan harga promosi dan bunyian lagu-lagu beserta lampu-lampu berkuasa tinggi dipasang supaya menarik perhatian orang ramai.

2-Penyebaran risalah-risalah di merata tempat orang ramai berkumpul termasuk di kesesakan lalulintas semasa kenderaan berhenti.Selepas orang menunaikan solat jumaat dan menyebaran risalan iklan ke setiap apartment.

3-Mengeluarkan Akhbar khusus untuk iklan mengikut jaringan peniagaan lain.

4-Melalui rangkaian-rangkaian siaran parabola tertentu.

5-Khidmat penghantaran yang diterima melalui telefon terutamanya kedai runcit, farmasi dan pemakanan (keutamaan kepada barangan keperluan utama).

6-Kekuatan kekeluargaan yang kukuh.

7-Masyarakat penyayang kepada kanak-kanak.

Berdasarkan daripada strategi tersebut, dari segi perniagaan online masih lagi bergerak perlahan kerana hubungan luar mereka begitu kuat.

Bagaimana mencari atau membeli pakej pengiklanan yang paling berkesan dan harga berpatutan di internet ?

Setiap perniagaan kita telah merancang sasaran pelanggan samada mengikut umur, barangan, profesion dan sebagainnya.Maka, kita akan mencari komuniti tertentu untuk memasang/sewa iklan tersebut.

Jadi kita harus meneliti dan membuat kajian sedikit masa yang paling popular buat masa ini kita akan mencari komuniti blogger yang ratusan ribu orang ramai berkumpul dan mesejnya begitu cepat seperti melanggan iklan banner di http://www.nuffnang.com.my/advertiser-registration/

Berdasarkan kajian, mentaliti peniaga masih negatif dan menganggap satu kerugian untuk membeli pakej-pakej pengiklanan dan tidak menganggap sebagai 'pelaburan' yang telah diperuntukkan dalam pelan peniagaannya.

Sebenarnya kekuatan pengiklanan akan lebih cepat tersebar jika kita menyertai sesuatu komuniti yang kuat dan besar.

Komuniti blogger yang telah dikumpulkan melalui komuniti Nuffnang misalnya merupakan kumpulan kaki-kaki blogger yang sering memasang pengiklannnya dari syarikatnya.Kini sudah melebihi 100 ribu orang ramai telah menyertai komuniti tersebut, jika kita membeli pakej iklan daripadanya pastinya iklan perniagaan kita akan tersebut 100 ribu blog dengan sasaran pengguna setakat ini 4 negara iaitu Singapore, Malaysia ,Philippines dan Australia.

Telah banyak syarikat2 besar juga merebut peluang untuk membeli pakej iklan melalui Nuffnang seperti Citibank, Nokia, Sony, Proctor & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi.

Masa kini, blog merupakan salah satu medium yang paling pantas bergerak di mesin pencarian seperti google,yahoo dan sebagainya.

Selamat menilai dan mengkaji serta mengomen...

Sumber : http://alkiram.net

Read more...

Pelayan Seks


Di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih kurang 142,000 perkerja seks (mengikut analisis International Labour Oragnisation).

Sementara kebanyakkan kajian terkini mengutarakan kisah-kisah tragik para pekerja seks, terutamanya wanita dan kanak-kanak yang telah ditipu atau dipaksa kedalam kancah pelacuran, akan tetapi survey yang dijalankan oleh International Labour Organisation menunjukkan bahawa kebanyakkan pekerja yang berkerja dalam industri seks adalah bagi tujuan-tujuan yang agak paragmatik dan sedar akan bahaya pilihan yang mereka buat.

Hampir separuh daripada responden yang diwawancara bagi kajian tersebut telah menyatakan bahawa rakan-rakan adalah punca mereka terlibat kedalam kancah pelacuran yang mulanya untuk mencari wang mudah. Pekerjaan seks menjamin bayaran yang lumayan khasnya bagi gadis muda yang tidak berpedidikan, biarpun stigma dan bahaya yang terdapat dalam pekerjaan tersebut. Dalam kebanyakkan kes, pekerjaan seks mereupakan satu-satunya alternatif bagi perempuan di dalam komuniti yang berdepan dengan masalah kemiskinan, penganguran, perkhawinan yang gagal dan tanggunjawab keluarga dalam ketidakhadiran program-program kebajikan sosial.

Bagi ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak, ia merupakan jalan yang paling mudah dan fleksibel, menjimatkan masa, dan berbayaran tinggi berbanding dengan pekerjaan kilang atau sektor perkhidmatan lain. Survey telah mendedahkan bahawa terdapat ramai pekerja seks yang ingin meninggalkan pekerjaan tersebut jika boleh, tetapi khuatir akan kehilangan sumber pendapatan yang lumayan jika bertukar kerja.

Walaupun sebegitu, survey juga menunjukkan bahawa dari pengalaman kebanyakan pekerja dalam industri tersebut, pelacuran merupakan antara pekerjaan yang paling mengasingkan. Di Malaysia, pendapatan dalam sektor seks adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana buruh tidak mahir. Dalam sektor pembuatan misalnya, purata pendapatan setahun pada tahun 1990 adalah sekitar USD2,852.00 bagi buruh mahir dan USD1,711.00 bagi buruh tidak mahir. Secara perbandingan, seorang pekerja seks yang bekerja di rumah tumpangan termurah dengan pendapatan USD4 perpelanggan, dengan melayan 10 pelanggan sehari, dan hanya bekerja sehari dalam seminggu bagi tempoh lebih kurang 12 jam, mendapat purata pendapatan sebanyak USD2080 setahun.

Salah seorang pekerja seks yang diwawancara, menerangkan

“I dapat cari duit untuk tampung perbelanjaan kedua orang anak-anak aku. Susah nak cari orang jaga anak-anak bila kerja kat tempat lain. Kat sini i datang bila perlukan duit jer, dan senang sikit cari orang jaga anak tuk sehari”.

Kajian oleh International Labour Organisation ini hanya dikalangan pekerja seks yang mencari pelanggan sendiri dan bukannya dari kalangan peerja yang terlibat dalam operasi rumah pelacuran. Kajian juga menunjukkan bahawa pekerjaan seks lebih banyak dikawasan bandar dimana kos sara hidup adalah lebih tinggi.

Read more...

Sunday, November 8, 2009

Tips Untuk Dapatkan Anak ?

Banyak email yang saya terima bertanyakan tentang bagaimana cara untuk mendapatkan anak, kebetulan saya pernah diberitahu oleh seorang makcik arab badawi (kampung) boleh dikatakan bidan arab kampung.

Pertemuan saya 10 tahun lepas.Ketika itu saya ada bergurau dengan dia sambil sembang2 dan berhajat nak dapatkan anak berselang seli perempuan dan lelaki..Alhamdulillah...dengan amalan tersebut dan niat sekarang saya dikurniakan anak berselang seli perempuan lelaki.Selain itu saya juga di beri tips ketika mengandung dan saat2 kelahiran serta penyusuan.

Ini antara tips yang dia berikan kepada saya sewaktu dulu dan diamalkan sehingga sekarang,so, bagi yang mahu mencuba,boleh amalkan Insyallah.

Cara yang paling berkesan selalu sebut dan doa serta melihat atau bayangkan (imagine) wajah2 baby samada lelaki dan perempuan setiap hari.Sewaktu nak tidur dan bangun tidur.

Dan kalau jumpa bayi atau kanak-kanak...

-Selalu usap ubun-ubun bayi dan kanak-kanak selalu doakan untuk dia "Rabbuna Khalli" atau "Rabbuna Sturna" dalam bahasa mudah kita Semoga Allah Melindungi dan memuliakan kamu. (Doa saja dalam hati kita dengan bahasa kita yang rasa mudah yang penting doa untuk kebaikan kepadanya)

-Cium tangan, dahi dan dua keningnya.

-Selalu memberi hadiah atau sedekah kepada golongan mereka ini walaupun sebiji gula-gula kepadanya.

-Selalu tanamkan sikap penyayang kepada mereka.

Di samping kombinekan dengan amalan seperti berikut :

(Amalkan setiap hari hari selepas solat subuh dan asar).

-Bismillahirahmani Rahim 100x

-Bacaan Istighfar ( Astaghfirullah Al-Azim Huwa Tawwaburrahim 100x)

-Laila Ha Illah 100x

-Subha Ha Na Allah Wal Hamdulillah Wallahu Akbar 300x

-Selawat kepada junjungan besar 100x (`Allahumma Sholli ´Ala Sayyidina

Muhammadin Wa âlihi Wasallim)

-Doakan kepada Allah agar dikurniakan anak lelaki atau perempuan dan

bayangkan (wajah anak lelaki atau perempuan) sambil usap di sekitar rahim.

Kemudian mengamalkan amalan ini dimana jua atau mana-mana waktu

(niatkan sedekah kepada junjungan besar SAW.)

1-Bacaan Surah Al-Fatihah 100x

2-Bacaan Surah Al-Ikhlas 300x

Guru saya berpesan carilah tempat-tempat mulia seperti Masjid, Ka'bah, Maqam Rasulullah, Maqam Ahlul-Bait dan para wali.

Allah SWT menceritakan dalam surah Ali Imran ayat 37-39 bahawa doa Saidina Zakaria saja (sebagai nabi) baru terkabul sewaktu berdoa di mihrab (tempat berdoa) Siti Maryam (yang hanya seorang wali perempuan).

Kalau musim haji jika ada sesiapa yang pergi ke Mekah kirimkan doa kita kepada orang mengerjakan haji agar didoakan di depan kaabah dan juga semasa menziarahi maqam rasulullah s.a.w serta sampaikan salam kepadanya.(tuliskan kepada nya agar dia dapat baca nanti).

Ok itu,saja sebagai tips yang dapat dikongsi, Insyallah di kesempatan lain saya akan menceritakan amalan-amalan lain sewaktu mengandung, melahirkan anak dan menyusu.Alhamdulillah kebanyakkan anak-anak saya dilahirkan di Mesir bumi para nabi-nabi dan wali Allah.

Saya rasa bangga sebab ramai orang malaysia rasa takut dan tidak berkeyakinan diri yang tinggi untuk melahirkan anak di sini.Alhamdulillah berkat doa dan hajat saya tercapai.

Sebenarnya, kita perlu tukarkan dengan yang positif dan memberi dorongan dengan bijaksana dan berhikmah sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam. Misalnya kalau seorang ibu, doa mereka selalunya makbul dan perempuan ini selalunya berkat mereka lebih besar dari orang lelaki kerana dia mempunyai sifat penyayang dan keibuan walaupun mereka ini sensitif dan emosi tinggi lebih dari orang lelaki.

Inilah antara satu pembuktian kelebihan penciptaan Allah SWT yang mana Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk Saidina Adam AS dari suatu benda yang sudah hidup berbanding dengan Saidina Adam AS yang dicipta daripada benda yang mati kemudian dimasukkan roh, ini menunjukkan kerohanian perempuan ini amat tinggi berbanding lelaki walaupun dia mudah sensitif dan emosi.

Namun, kekuatan minda dan imaginasi yang ada pada perempuan lebih tinggi, kita biasa dengar apabila dia teringin dan percaya sangat yang dia sudah ada bayi dalam perutnya sehingga sampai benar-benar rupa seperti orang mengandung tetapi tiada bayi pun, akhirnya dia memperolehi cahaya mata apabila diringi dengan zikir,doa dan imaginasi selalu.

Kita juga pernah dengar seorang perempuan apabila mengandung selalu melihat gambar bayi-bayi yang comel, dan akhirnya bila dia melahirkan anak rupa bayi tersebut sama dengan gambar yang selalu dia lihat.

Oleh yang demikian, doa dengan keyakinan merupakan asas penting dalam kehidupan manusia kerana itulah Islam mengajar kita agar sentiasa sebut sesuatu yang positif kerana sebutan dan ucapan itu adalah doa kita.

Maka, memohon doa ini bukannya hanya dalam bahasa arab bahkan yang paling menyerap adalah dalam bahasa kita sendiri kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu kebiasaanya apa-apa saja yang kita terlintas di hati dan kita ada idea atau ilham untuk memanjatkan doa, rasakan seolah-olah anda sentiasa bersama Allah SWT setiap masa, berkomunikasilah dengan walapun di dalam hati setiap masa dan di mana saja.

Berdoalah dengan penuh yakin, mintalah dari Allah sesuai keyakinanmu akan kekuasaanNya. Percayalah bahawa Ia Maha Kuasa atas segala-galanya.

Sedangkan kita pun tercipta dari tiada, apakah Ia tidak sanggup memberi kita walau sekadar dari yang ada !

Insyallah semoga kita dapat apa yang diniatkan dan dihajati selalu termakbul..Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki.

Sumber :

http://alkiram.net

Read more...

Apakah Nuffnang ?

Nuffnang ialah salah satu rangkaian komuniti blogger/website yang menawarkan pakej Blogger or Advertiser. Secara rasminya telah ditubuhkan pada 27 Februari 2007 oleh 2 orang sahabat iaitu Timothy Tiah dan Cheong Ming Shen.Berbekalkan pengalaman yang mereka peroleh ketika melanjutkan pelajaran diluar negara dan menjadi blogger buat duit seperti Google Adsense dan lain-lain, dari situ mereka telah mengkreativifkan dan mengembangkan lagi program ini dan kini telah pun menembusi empat buah negara iaitu MALAYSIA,SINGAPURA, FILIPINA dan AUSTRALIA.

Kalau semasa awal penubuhannya target malaysia dan singapore..memandangkan sekarang ramai dah orang malaysia khususnya ramai yang ada blog dah (tak macam dulu2 lagi teknologi semakin berkembang dan akan basi kemudian direcycle dengan revolusi2 yang semakin hebat) jadi kalau sekarang ni malulah kan kalau individu atau sapa2 tak de blog ke website ke ! kalau dulu rasa malu gak kalau tade email hehe..

Ok..Program atau pakej ini telah diterima baik oleh blogger2 dari Malaysia,Singapura,Filipina dan Australia dan sekarang hampir mencecah ke 150,000 blogger yang telah berdaftar dengan Nuffnang. (boleh dikatakan dari tahun ke tahun sudah maju ke depan dan akan bertambah majulah...HIDUP NUFFNANG !! hahah cam penyokong setia lak..memang pun hohoho sebab aku dapat gak hasil skit sebanyak sambil2 memblog hehehe

Apa yang menarik tentang Nuffnang ini ialah ianya salah satu program buat duit yang TIDAK memerlukan modal untuk mencubanya..apa yang perlu kita ada ialah blog atau website.

Ramai blogger2 yang telah mendapat CEK dari nuffnang ini antaranya aku sendirilah (aku kat luar negara..so aku pakai nama mak je lah lagipun company ni kat msia..sbb tu aku pun tak dapat nak snap gambar cek..mak aku pun tertanya2 gak dulu cek apa hehehe hentam saja lah erk).

Kalau ikut sejarah ni aku lak pasal nuffnang ni aku dapat tahu dari tahun lepas dah nak dekat setahun dah cuma pendapatan jerk masih mendatar sebab tak de lah fokus sangat..Tapi memandangkan web nuffnang pun semakin mantap dah sekarang ni ada lah aku dok belek2 semalam lama gak tak belek..sebab dalam tu mmg kita kena belek pun..utk buat analisis tentang blog kita agar satu2 bahan kita nak publish tu dapat menarik ramai pelanggan ke blog kita..hohoho..Ok..masa tu kawan aku gitau dia pun baca blog orang ada yang dapat ribuan RM sebulan..cam ne dia buat ? pandai2 lew atas kreativiti dan rahsia empunya blog ar tu menarik traffic kat search engin yang popular seperti pakcik google atau pakcik yahoo dan sewaktu dengannya dan juga pertukaran link di antara blog2 kawan dsb...jadi aku pun terus jerk daftar sebab aku biasa men ngan google adsense jerk dapat earning USD100 baru leh request tapi lambat juga ar aku pun dulu pernah terima cek skali pastu kena bann saje (akibat rakus) pastu aku buat nama lain lak aku biarkan jerk malas nak klik2 kira orang view dah lah tak penting semua tu yang penting kt website atau blog kita tu..apa bahan yang boleh orang ramai masuk..penting 'ramai pelanggan' hohohohhoho..dan kat nuffnang pun aku tak jemput pun sapa2 suh klik..biarkan orang view jerk site mmg dapat juga..dia kira page impression kalau klik memang mantap lagi tu !

Jadi ringkasnya, Program buat duit Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain. Berbeza dengan Google Adsense dan program pay per click yang lain yang membuka penyertaan dari kebanyakan negara di dunia, Nuffnang buat masa ini hanya membuka penyertaan dari Malaysia dan Singapura sahaja.

Mereka yang menyertai Nuffnang sebagai publisher akan mendapat pendapatan melalui klik pada iklan yang diletakkan di dalam blog masing-masing. Jika klik anda tinggi, pendapatan anda bertambah, jika klik pada iklan kurang, pendapatan anda kurang. So, dengan ringkasnya kita boleh katakan, blog yang mempunyai pengunjung yang ramai akan menjana lebih pendapatan, manakala blog yang kurang pengunjung, pendapatan dari nuffnang juga kurang.

Dulu macam2 gak aku join cam affiliate terutamanya aku dpt byk juga hasil hohoho (tade lah sampai berjuta2 agi tu ).

Tadi baru saja ajar kawan aku ni en.afzam http://superbrands-afzam.blogspot.com/
dulu sms aku nak belajar wat blog pastu aku suh bubuh nuffnang dan terus ajar sampai dia faham..dan rajin2 la update blog tu kalau pendapatan sampingan hehe halal ke? kalau nak cakap pasal hukum ni..sepanjanng aku tgk iklan pun tade lah lucah2 pun..iklan patato, cimb, LG dan lain2 company barangan..tapi ok lah...sebab komuniti diorang ni pun dah mantap dan dipercayai..lagipun dah ramai dah kaki blog dok pasang nuffnang kat blog masing2..

Plan aku nak tingkatkan lagi visitor dan juga nanti aku nak langgan iklan lak ngan nuffnang ni untuk bisnes...apalagi kalau sapa2 ada bisnes besar tu langgan lah iklan kat nuffnang ni..kalau nak iklan kat media arus perdana atau akhbar mungkin mahalkan tapi apa salahnya pengiklan mencuba juga kat nuffnang nih kan..hehehe

Tips : Blog anda akan jadi Membership status : Glitterati jika blog anda tiada apa rangkaian iklan lain..hanya nuffnang semata2..kalau tak masih berstatus no exclusive..Glitterati adalah lebihan yang banyak lagi berbanding no exlusive..ok


Jadi, tunggu apa lagi..kalau rasa nak buat duit gak meh ar join Nuffnang ni..Banyak lagi blogger2 yang telah pun dapat cek dengan nuffnang nih (termasuk aku) .So, apa tunggu lagi? yang mana tak join lagi tu, eloklah daftar dengan nuffnang ni dan yang mana tak ada blog lagi, buat lah blog, tak payah bayar duit pon ,buat blog free daftar dengan nuffnang pun free.MAU dengan TAK MAU saja. Tepuk dada tanyalah selera..nak daftar dengan nuffnang click disini www.nuffnang.com.my dan kepada yang tak ada blog lagi boleh daftar disini www.blogger.com.

Kalau perlukan bantuan kita ke meja rundingan hahahahaha utk diplomasi...ok pak2..ibu2..gue permisi dulu..

Read more...

Nuffnang Oh Nuffnang


Seruan nuffnang.. begitulah seruanya yang menjadi bualan dikalangan blogger2 yang ternama dan tersohor sebagai mencari pendapatan sampingan gitu lah kot..hehe aku pun berkecimpung gak dalam komuniti nuffnang ni utk menyebarkan iklan diorang ni dapat gak kemasukan skit walaupun tak banyak sambil memblog dan menconteng2 kat pc ni haa hohoho..

Jadi aku punya planning ni cuma nak meningkatkan lagi kualiti blog aku jerk dok memikirkan mencari info atau tips berguna kepada penterjah2 blog yang hampasss ini hohoho

Rasanya nak cukup setahun dah aku join nuffnang ni..pendapatan pun ada turun naik lagi..kalau capai permulaan ni aku nak target RM500/month ok gak tu lepas bil2 ni..sapa2 tak register agi leh ar join http://www.nuffnang.com.my

Aku pun baru dapat Membership status : Glitterati pasni tak lama ar tunggu request..kalau no exclusive 2 bulan kalau cam aku dah Glitterati sebulan cam tu ar..tapi sepanjang kajian aku mmg bagus ar nuffnang ni..selain dapat buat rangkaian blogger tapi gak pendapatan...

bila register abik code dia tu tempek la kt blog korang tu..hasil kajian aku juga satu iklan yg pernah aku dapat kat RM50 mantap tul...tapi kalau biasa2 tu pun ok jerk skit2..lama2 jadi lah gunung hahaha..ok sape nak tanya tinggal komen..sbb aku perati pendedahan dikalangan org malaya tak berapa memuncak ke tahap gaban lagi ni..cepat2 rembat peluang ni..hohoho

Read more...

Friday, November 6, 2009

Kehebatan Rasulullah

Apa hebatnya manusia sehingga diakui oleh para malaikat..Insan mampu keluar atau melintasi keluar dari Matrix ! Insan yang pertama melaluinya adalah Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha. Jika mengikut kalender ianya berlaku 1500 tahun tetapi dalam alam matrix ianya melipat masa atau dimensi maknanya setiap masa.

Ini menunjukkan sebelum Nabi Muhammad s.a.w belum ada individu yang paling hebat spiritual (yang melepasi matrix manusia) yang mampu sampai ke peringkat itu, sekalipun Malaikat sebagaimana peristiwa Mikraj semasa di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra` Dan Mikraj :

فقال جبريل : يعز علي فراقك يارسول الله ..
يارسول الله ..أنت إذا تقدمت إخترقت وأنا إذاتقدمت إحترقت !
والذي بعثك بالحق لو أني تقدمت خطوة واحدة لحترقت بنور الجلال.....

Peristiwa Isra` dan Mikraj cuba antara bukti kebesaran bahawa Nabi s.a.w mengatasi Malaikat Saidina Jibril A.s di mana malaikat Jibril tidak dapat meneruskan perjalanannya semasa dilangit Sidratul Muntaha sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Jibril a.s “Sekiranya kamu mendahului aku kamu akan terbakar” kerana kekuatan Nur-Allah tidak dapat ditangkis oleh nur malaikat…[sedangkan Malaikat dijadikan daripada Nur..]..Itulah kehebatan Nur Muhammad yang mengatasi Nur Malaikat.

Ini menunjukkan bahawa manusia adalah hebat ! walaupun tahap kedudukan manusia yang dikatakan neutral antara baik dan buruk..sekiranya ia ke arah kebaikkan mereka juga boleh mengatasi alam malaikat dan sekiranya mereka itu ke arah kejahatan mereka lebih sesat dan teruk dari haiwan !

Dalam peristiwa Isra` dan Mikraj juga sebenarnya menggambarkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w yang mana umat Nabi Muhammad s.a.w menerima syariat fardhu solat lima waktu sehari semalam berbanding umat sebelum ini lima puluh waktu.

Turun naik Nabi Muhammad s.a.w untuk meringankan beban ketika bertemu dengan Nabi Musa a.s dalam perjalanan tersebut baginda menasihatkan supaya Nabi Muhammad s.a.w meminta agar Allah mengurangkan bebanan, selain itu kerana nabi-nabi lain termasuk Nabi Musa a.s sendiri ingin melihat Nabi Muhammad s.a.w yang agung seolah-olah ingin melihat kekasih yang dirindui dan dicinta yang disebut-sebutkan sebelum ini dan tertulis pada dua kalimat syahadah di pintu syurga.

Nur Muhammad awal kejadian segalanya.Perlu difahami Nur-nya bukan Jasadnya kerana dikatakan di alam arwah atau ruh semua kejadian bermula daripada percikan Nur Muhammad atau sumber asal kejadian alam ini.
Hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, "Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;

" Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala...hingga akhir al hadis.

Menurut Dr. Ali Jum'ah As-Syafi'i yang merupakan Mufti Republik Arab Mesir antara menjawab persoalan mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. Di dalam kitab "Al-Bayan Lima Yusyghil Al-Adzhan".

Benarkah Rasulullah s.a.w adalah cahaya atau manusia seperti kita?

Rasulullah adalah cahaya, itu adalah benar. Berdasarkan firman Allah s.w.t :

"Wahai Ahli kitab, telah datang kepadamu cahaya dan kitab yang menerangkan".

Allah juga berfirman: "Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk jadi cahaya yang menerangi".

Jadi, tidak salah bila meyakini beliau sebagai cahaya selama Allah sendiri yang menyatakannya.

Dalam banyak hadis juga akan ditemukan para sahabat mengatakan bahawa wajah Rasulullah s.a.w seperti bulan, dan kecahayaan tersebut bersifat fisikis dan bukan sekadar pujian saja dari para sahabat.

Namun, di waktu yang sama, kita tidak boleh menafikan kemanusiaan Rasulullah s.a.w. kerana Allah juga berfirman "Katakanlah: Aku manusia seperti kalian, akan tetapi aku diwahyukan". Mari kita yakini beliau sebagai cahaya berbentuk manusia, tanpa harus melakukan penelitian secara detail. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lebih terang dari bulan dan lebih mulia dari semua ciptaan.

Adakah Rasulullah s.a.w. adalah awal ciptaan Allah s.w.t ?

Meskipun hadis yang menyatakan hal tersebut tidak sahih atau maudhu', namun kewujudannya boleh dikatakan benar, sebab alam-alam Allah begitu banyak seperti alam ghaib, alam roh, alam jin, alam mala'ikat, alam malakut, alam mulk, alam syahadah dan lain-lain. Di sana terdapat cahaya-cahaya ciptaan Allah. Kemungkinan jua Rasulullah s.a.w. adalah cahaya Allah yang pertama kali diciptakan sebagai penguat umat manusia di alam roh.


Benarkah Saidina Muhammad s.a.w. adalah ciptaan Allah yang paling mulia nasabnya [keturunannya] ? Apakah dalilnya?

Saidina Muhammad s.a.w. adalah manusia teragung sebagaimana sabdanya "Aku adalah penghulu seluruh manusia, dan aku pun tidak bangga". Bahkan beliau adalah ciptaan Tuhan yang paling agung. Beliau lebih mulia dari Arsyi. Dari itu, tidaklah layak jika dimuliakan seseorang (meskipun seorang nabi) atau makhluk apapun di atas kemuliaan beliau dalam hal apa pun.

Garis keturunan yang mulia adalah keutamaan terpenting yang dimiliki beliau. Allah s.w.t telah memuji garis keturunan beliau dalam ayat "Dan perpindahanmu di antara orang-orang yang sujud". Saidina Ibnu Abbas ra. menafsirkan ayat tersebut dengan perkataannya: "Dan perpindahan beliau dari (tulang rusuk) nabi ke nabi, dari Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, sampai akhirnya lahir menjadi seorang nabi terunggul". Maka Rasulullah Saw. adalah nabi tersuci nasabnya secara mutlak.

Dalam sebuah hadis dikatakan: "Allah telah memilih Nabi Isma'il dari keturunan Nabi Ibrahim, lalu Allah memilih Bani Kinanah dari Keturunan Nabi Isma'il, kemudian Allah memilih Quraish dari keturunan Bani Kinanah, lalu Allah memilih Bani Hasyim dari keturunan Quraish, dan akhirnya Allah memilihku dari keturunan Bani Hasyim".

Adakah benar Allah s.w.t menciptakan semua ciptaan-Nya kerana Rasulullah s.a.w.?

Ungkapan-ungkapan seperti itu harus difahami dengan benar dan jangan semudahnya menuduh kafir, fasiq, sesat dan bid'ah.

Ini kaedah yang harus dipegang oleh umat Islam ketika mendengar ungkapan apapun dari saudara-saudara mereka yang seagama.

Contohnya, seseorang beragama kristian ketika mengungkap bahawa Nabi Isa a.s dapat menghidupkan orang mati, maka jangan cepat menuduh syirik kepada orang muslim yang senada dengan orang kristian tersebut, sebab orang kristian menyakini bahwa Nabi Isa a.s memiliki kekuatan yang tulen tanpa sumber, sementara orang muslim menyakini bahwa kekuatan itu murni dari Allah dan berlandaskan restu atau izin Allah s.w.t.

Keyakinan sebahagian umat Islam bahawa penciptaan Allah s.w.t. terjadi hanya kerana Rasulullah s.a.w sama sekali tidak mengandung nilai syirik. Di manakah letak kekufuran itu apabila seseorang menyakini bahawa Allah menciptakan suatu ciptaan kerana seseorang ?

Keyakinan tersebut sama sekali tidak kontra dengan Islam, prinsip-prinsip akidah maupun dasar-dasar tauhid. Keyakinan tersebut sungguh benar apabila difahami dengan benar pula.


Allah berfirman: "Sungguh Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepada-Ku". Pengabdian tersebut tidak dapat direalisasikan kecuali melalui Rasulullah s.a.w. Maka, Rasulullah merupakan satu-satunya rujukan atau sumber bagi umat manusia.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.