boring..serabut..tenang..senang...!! baik tdo jerk cam ni kan...hoho
Kiranya 'manusia' itu 'dipintarkan', nescaya ia melihat kesemua yang dilihat, didengar, dirasa, di' perkatakan' adalah sesuatu yang sama, tanpa beza. (infiniti '0')
Dan sekiranya otak yang bersifat cecair, daging, urat... dibedah, nescaya tiada akan 'ada' sesuatu yang pernah dialaminya dari gambar2 duniawiyah, ilmu, manusia, jasad, anggota tubuh, didalam otaknya. Telitilah tentang keanihan otak, yang dibahasakan 'mampu berfikir'.
Manusia, pada asasnya, mengalami pengalaman yang diulang2, tanpa disedarinya.
Manusia menjalani jaringan hayatnya dengan perkara yang diulang2 ,walau apapun darjat dan keturunannya, serta berapa banyak harta kekayaannya:
1. Siang, malam, pagi, petang, walau apapun dinamakan hari2nya. Ahad, Isnin.. tahun.. jam.. saat.
2. Makan, tidur, berak, kencing, berkerja.. berjima',( kalau ada pasangan).
3. Makanan yang dimakan adalah dari unsur yang sama. Umpamanya tanah, air, api (haba) dan angin (oksigen)
4. Matahari, bulan, bumi, bintang yang sama.
Keseluruhan yang dialami 'yang berjiwa', cuma bersifat datang dan pergi, datang tanpa dipanggil dan pergi tanpa disuruh.
Dan kalau manusia mengalami tidur nyenyak, senyenyak2nya, maka tidak tergambar apa yang dialaminya sebelum tidur, walaupun tentang kehadiran jasadnya, anak bini, dunia dan akhiratnya.
Jadi, apakah yang nak dibanggakan tentang hidup ini? sebab itu kadang2 dirasakan boring..serabut..tenang..senang...!! baik tdo jerk cam ni kan...hoho
0 comments:
Post a Comment