Cara Hilang Marah....
Bagaimana hilangkan MARAH? (untuk warga israel,amerika,denmark dan seluruh warga dunia yang membencinya)
Kasihan umat Islam sekarang..berdoa ntahapapanthah!(termasuk aku kadang2)
Ada yang mintak panjang umur… Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!
Ada yang mintak nak makan banyak….aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 tan seharí korang tahu?
Ada pulak yang mintak rumah besar…he he he kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ‘ziarah’
Nampaknya manusia tak sedar yang mereka ni nak jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak payah baca…aku bukan ustaz, memang korang boleh hujah@pertikai apa yang aku kata nih…
Ada pulak yang nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramai pun 4 jer…kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !
Yang ni lain cerita pulak, belajar agama supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku ‘shor’ jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yang doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik….argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang duduk dalam air…
Tapi semua yang di atas tu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyat, aku nak cerita hari ini…orang yang doa supaya Allah turunkan Bala kat org kafir, doa LAKNATkan org kafir..mereka dah lah mati masuk neraka, korang pulak doa cam tuh…kasihan..kasihan…
Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala? Selepas 980 tahun buat dakwah…, korang doa bala2 nih dah berapa lama dakwah kat orang kafir tu?
Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh tanya camne nak buat kapal, pokok takde? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pulak Allah bagi peluang kat orang kafir ni untuk taubat korang fikir2kanlah…
Nabi Yunus a.s pula, bila dia doa bala? Allah bagitahu buat dakwah lagi 40 hari , hari yang ke 40 Allah turunkan bala… pendek cerita hari ke 39 nabi Nuh dah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan, dicampak ke laut yg hitam pada malam yang gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan (ikan makan ikan)… pendek cerita lagi… dah ikan tu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari,
Allah perintahkan pulak Nabi Yunus buat bikar@pasu@tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi Yunus ambil masa siapkan pasu tu , maklumlah Allah suruh..bila Siap, bukan main cantik dan besar pasu tu…
Lepas tu Allah perintahkan Nabi Yunus pecahkan pasu tu! Terkejut Nabi Yunus as…Allah buat perumpamaan lebih kurang.. adakah aku cipta orang kafir itu untuk dibinasakan?… Jadi korang semua…Adakah korang ingat Allah cipta orang kafir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Orang kapir duduk neraka tingkat ke-3, orang yang berpura2 Islam duduk neraka bawah sekali!(naudzubillah)
Ingatlah wahai kawan-kawan, satu orang kafir mati semua orang islam berdosa tau! Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka... Aku jika sempat tengok ‘bersama-mu tv3’, kalau orang Islam susah, aku takde hal, tapi kalau orang bukan islam hidup susah dan merempat, aku sedey woo..kasihan, atas dunia dah macam tu, akhirat ?
isk..isk…( mereka ‘perwira’ di medan derita-neraka-)
INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kafir….sekarang siapa yang teraniaya: kita orag Islam ke atau mereka orang kafir? mereka orang bukan Islam telah di zalimi oleh orang Islam kerana tak menyampaikan dakwah kepada mereka…sebab tu bila orang Islam perang dengan orang kafir...orang kafir menang-sebab mereka telah di zalimi-org Islam tak dakwah mereka…
Zaman ini bilangan orang pergi hají dan bilangan orang Islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan orang Islam zaman Nabi, dan ada yang doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, israel, bush, mesir, pak man telo, mamat yg tipu duit aku RM100 dll. .
Tapi bila perang Amarika-Iraq, Amerika-Afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yang tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong orang Islam?
Ingat dalam sejarah Islam kemenagan hanya apabila Allah bantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak dakwah pada org kafir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak berperang dengan Denmark,Amerika dll, dah berapa lama buat dakwah kat mereka..satu jam? Seminit ? menangislah kawan..
Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat dakwah 3 hari dulu, kalau mereka tak nak suruh mereka bayar “macam zakat”..kalau tak nak jugak ,HA!
Baru serang!!! Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaum (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…
Aku tahu korang tengah marah, aku pun marah gak bila mereka bila Palestine kena serang, Islam dipijak, kena kutuk dengan mmb, org xbayaq hutang…Tapi kalau nak marah, marahlah kerana Allah, bukan nafsu..
Marahlah cara Nabi kita marah…
Macamana?
Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud)
Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH…. (Nabi ulang 3 kali)
"ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH” (hadith)
Maknanya marah memang dah ada Cuma korang kena telan marah…! TAPI bila korang telan marah sahaja korang akan dapat penyakit2 lain..(pulak…)
Orang melayu ramai kes macam ni, bila marah, dia telan, siap senyum tu, tapi lama2@lama kelamaan datang penyakit baru iaitu AMUK!
Kes Hang Jebat! Pasir Salak! Sultan Mahmud mangkat di julang! Bla la bla!
Jadi bila korang dah telan marah korang kena buat dua perkara lagi iaitu: Maafkan dan bagi hadiah, amacam boleh?
diulangi:
3 CARA MENCEGAH MARAH:
1.Telan Marah
2.Maafkan.
3.Bagi Hadiah.
Bersambung......esok lah kasi hit marah org jerk nih hahaha
1 comments:
tima kasih for this post. tu la kan skrg ni kita marah mmg xbtempat huhuh.. cmne la org lain nk ambik iktibar dr agama kita huhuh..
Post a Comment