Sunday, January 10, 2010

Sambung pasal marah2...

Jangan ingat yang ni rekaan semata2 tau...Nabi dah praktikan dah 1400(plus minus) dulu

Cerita 1: Bila Nabi lihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?

Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kapir macam tu juga….

Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”. (((Ha! Untuk org yg bergaduh, bila aku mintak maaf, tak nak maaf, bila aku cakap: “lagikan Nabi ampunkan umat”,

korang siap jawab;” “Itu Nabi, nabi lain, taraf dia tinggi”

Woi manusia!, (aik? Marah nampak)Nabi yang takde dosapun nak lebih baik, nak maafkan, apatah lagi korang yang bergelumang dengan dosa!(termasuk aku),
jadi: maafkanlah aku wahai kawan, maafkan aku wahai makhluk tuhan…

Arghh! Kalau semua kesalahan boleh di maafkan hanya dengan ucapan maaf, APA GUNANYA BALAI POLIS? Lantak engkau lah!, kau tak nak sory aku naik lorry…)))

Ok OK..Sambung balik,

Apa Nabi buat?

1. Nabi Telan marah….(semua dari Allah)

2. Nabi maafkan Hindun yg buat kerja2 tuh?

3. Nabi bagi hadiah kepada hindun berupa doa hidayat…

Akhirnya Hindun masuk islam dan pembunuh Hamzah r.a. juga masuh islam.
Hindun yg pernah bersumpah tak nak masuk islam cakap:Bukan aku yg masuk islam tapi islam yg telah masuk ke dalam aku… (Subha naAllah)

Cerita 2.
Nabi di baling batu di taif(rujuk:Apa itu hijrah?)
Apa Nabi buat.

1. Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah2)
2. Nabi maafkan org Taif(Malaikat offer nak datangkan bala-Nabi tolak)
3. Nabi bagi hadiah berupa doa hidayat…

dan akhirnya anak org2 taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah dakwah ke Asia..(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)

Cerita 3.
Seorang sahabat kematian anaknya akibat hamba sahayanya dengan tidak sengaja telah tertumpah air panas.

Lihat apa sahabat buat:

1. Sahabat telan marah(pada mulanya dia memang nak marah, tapi bila dia lihat hamba dia menangis dan berkata”maafkan hamba, tidak sengaja” maka dia tahu semua ini adalah dari Allah.
2. Sahabat maafkan Hambanya.
3. Sahabat bagi hadiah iaitu kebebasan…

Di beritakan Sejak sahabat2 Nabi amalkan hadith ini, bilangan hamba2 semakin berkurang dan akhirnya tiada terus….

Cerita 4.
Seorang hamba Allah telah lakukan banyak kesalahan dan Hamba Allah ini hanya ada iman sebesar zarah.

1. Allah hilang Murka bila hamba ni bertaubat(walaupun dalam neraka)
2. Allah ampunkan dosa dia
3. Allah bagi hadiah iaitu shurga….(yg luasnya 10 X dunia! Punya besar)

Cerita 5(bukan hadith) Isteri kawan aku baru saje mandikan anak, sementara dia mengambil kelengkapan bayi dia kawan aku pun bermain dengan anaknya.
tiba2 anak dia pancut air kencingnya ke muka dia! Mari kita lihat apa dia buat:

1. Dia telan marah(bukan telan air kencing hmmm ape ni rasa masin2..isk..)

2. Dia maafkan anak dia (alah…bebudak)

3. Dia bagi hadiah iaitu pampers dan susu dan dodoikan anak dia tidur dengan menyayi beberapa buah lagu…(kira hadiahlah sebab pampers dan susu dia suruh aku beli kat Giant: peneraju harga terendah he3)

Korang tak setuju? Korang tak nak bagi hadiah?

Kalau tak nak bagi hadiah janganlah marah!

Banyak lagilah cerita2 yg korang dan aku boleh ambil iktibar, kalau korang ingat masa Nabi dan para sahabat nak gi Haji tapi org kapir sekat tak bagi masuk dan buat perjanjian ‘hudaibiah’….
lepas tu bila tanda tangan mereka org kapir tak nak tulis perkatatan Pesuruh Allah yg membuatkan sahabat meradang, tapi Nabi ‘cool’…lepas tu Nabi suruh sahabat patah balik, korang bayangkanlah jalan kaki dari johor bharu ke KL lepas tu kena patah balik, tapi nabi ‘cool’…

Bila Nabi botakkan kepala, barulah sahabat2 faham kesungguhan Nabi dan mereka2 yakni para sahabat telah mencukur rambut mereka sampai berdarah2 kerana menahan marah….telan marah…maafkan….dan perjajjian itu telah di anggap ‘hadiah’ oleh org kapir..macam berat sebelah, tapi Allah Maha Mengetahui… Antara perjanjian itu adalah: Gencatan senjata.

Tidak boleh berperang, maka barulah org islam dapat bergaul bebas ngan orang kafir, Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdakwah di mekah 313 org je yang ikut gi perang badar, lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 10 ribu sahabat nak pergi haji…tapi lepas perjanjian tu beberapa tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 124 ribu org…
kenapa?

Kerana akhlak orang islam bagus-bagus, org kafir datang madinah terus terkesan…tapi hari ini,

akhlak orang Islam berada pada paras yang membimbangkan, kalau banjir, leh lemas…Orang kafir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam org islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata2…

Org kapir takut org islam hampir pada mereka, takut kat badan org islam ada BOM! Penutup..

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Umar yg nak bunuh Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Khalid yg membunuh 70 org islam dalam perang UHUD…

Ya Allah berilah Hidayat pada Hindun yg makan hati Saidina Hamzah…

Ya Allah berilah Hidayat pada Penduduk Taif yg baling batu pada Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Supian yg banyak menghina Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Denmark, Amerika, israel..dll

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg tulis ni…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca ni…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg menghina Nabi Ya Allah berilah Hidayat pada org yg laknat mereka yg menghina Nabi

Ya Allah berilah Hidayat pada Seluruh umat Kekalkanlah aku dalam hidayat..
Jadikan aku asbab hidayat

Amin…

Ps: Bertaubatlah sebelum menjadi kena usung nnt…kalau korang marah kat aku pasal tulis ini, korang kena telan marah, lepas tu maafkan aku dan yang paling best: KORANG KENALAH BAGI HADIAH HE HE HE...

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.