Thursday, January 21, 2010

Berfikir sambil menilik..

Ada yang berfikir tentang kenapa Allah ingin menguji.Apakah IA tidak tahu hasil ujiannya
ke atas manusia yang ia telah programkan.

Dalam Al-Quran banyak menjelaskan perihal manusia diuji....dan Allah menyebut tujuan
Ia menguji adalah untuk mengetahui hambanya yang benar-benar beriman.

Walau pun ayat tersebut mengambarkan seperti Allah itu lemah.....kerana ayat itu
adalah tafsiran manusia. Apabila mengenal Allah dan mengenal diri, Maka fahamlah
akan sebenarnya ayat tersebut.

Yang nak mengenal diri itu tahan diuji adalah insan itu sendiri. Persoalannya bukan
atas dasar berjaya atau tidak melalui ujian tapi,adalah persoalan keredhaan,kesabaran
dan keikhlasan sang hamba melalui ujian.

Ujian tidak akan tamat selagi jiwa tak mengenal tenang.Kerana jiwa yg.tenang tiada
falsafah susah dan senang.

Adakah hidup ini bukan suatu ujian dan bukan suatu paksaan atau suatu pilihan.
Tuhan menghidupkan ramai jiwa-jiwa yang bernama macam2, berbagai bangsa,berbagai syariat, proses tak henti2 hingga dunia ini akan hancur sehancurnya.

Setiap orang melihat dirinya dan melihat di sekelilingnya terdapat banyak bilangan.Kehidupan yang bermacam2...hingga kita kata ini ujian Allah.Ada rasa bertuah ada rasa malangnya hidup ini kerana gagal dalam ujian.

Disisi Allah memandang hanya dirinya yang terperi saja.Sebaliknya manusia memandang diri dari sudut berbilang.

Hakikat meleburkan diri dan pandang pada satu hakikat Wujud akan memahami erti ujian.

Sebenarnya bukan ujian tapi KEADILAN DAN KEIKHLASAN atas dasar perjanjian dan amanah.S ebab itu Allah kata..apa yang diamalkan manusia adalah kembali pada diri manusia itu sendiri...hanya amalan puasa untuknya.

Pengertian puasa itu luas.Begitu juga pengertian solat itu meliputi setiap gerak berserta dengan kehadiran. Jika ingat Allah sahaja tak menyampai erti solat.

Apakah perasaan kita jika berjalan tanpa pakaian?Mujurlah kera2 dihutan ada bulu. Jadi tak lah terasa sangat jika tak berpakaian.

Sebenarnya, memang payah berbahas tentang ilmu dengan pemikir2 yang taksub ditambah lagi dengan jumudnya dan memahami ilmu.

Kebanyakan manusia beragama tidak memahami isi ajaran kitab.Samada kitab taurat dari umat Musa,Injil oleh umat Isa dan Al-Quran untuk umat Muhammad. Masing2 ada syariat dan nabinya. Syariat yang banyak dengan tauhid yang satu.

Umat Muhammad tidak perlu mencampuri urusan umat2 yang lain kerana ia juga tidak memahami tentang umat siapa. Apakah di kira akhir zaman ini semuanya sebagai umat Muhammad. Semuanya wajib menjalani syariat Muhammad.

Allah menyatakan bahawa Ia mengetahui siapa diantaranya yang benar pembawaan amalnya. Mengesakan Allah dengan jalan yang layak.

Hanya syariat yang berdasarkan jalan agama masing2 yang tulin sahaja diterima Allah.Yang taat dan tidak mengubah isi kitab mereka.

Begitu juga dalam Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad. Sedangkan syariat itu telah dimulakan oleh Nabi Ibrahim as. Allah juga memerintahkan nabi untuk meneruskan syariat dan cara Nabi Ibrahim bertauhid.

Umat Islam berpecah sebab isu kecil dan kejahilan memahami pelbagai sudut ilmu.Umat Islam perlu menghormati nabi Muhammad dan nabi2 lain juga. Sebaliknya mereka lupa tentang imam sebenar umat muhammad iaitu nabi Ibrahim as.Allah angkatnya menjadi ikutan dan imam. Anugerahkan ia doa yang dikabulkan.Berjasa dalam mendirikan Kaabah,ibadah haji,korban dan sebagainya.

Hanya Solat 5 waktu untuk umat muhammad sebagai satu syariat tetap yang diwajibkan.Sebelum itu solat manusia adalah sunat yang kepelbagaian dan banyak.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.