Thursday, January 7, 2010

Jalan agama yang satu dan berbagai wajah.

Seseorang yang ingin kenal siapa tuhan pasti ada sebab tertentu. Samada penting atau sebagai
ingin tahu.Keadaan manusia yang inginkan pembelaan,keadilan,takut kepada sesuatu misteri ghaib dan sebagainya akan berusaha mencari jalan penemuan itu.Selain itu agama bermula dari adat suatu kaum yang turun temurun.Tradisi turun temurun ini memang sukar dipisahkan dari pegangan suatu kaum.

Segala kejadian yg.menarik minat manusia untuk bertuhan dirancang oleh satu pemimpin sahaja.

Walaupun rancangan itu akan membuatkan manusia melakukan pelbagai rupa penyembahan dan fahaman tentang tuhan.

Zaman jahiliah perlu kita tahu bagaimana rupa kehidupan mereka, aktiviti mereka dan permasaalahan mereka. Bukan seperti zaman sekarang yang telah aman damai walaupun ada peperangan sana sini. Dulu manusia terseksa dan dizalimi macam binatang dan sangat kejam.Hidup cara diluar undang2. Siapa kuat dialah 'tuhan'.

Fenomena ini lah lahirnya pejuang-pejuang, pemberontakan,pemimpin2 berani yang tabah. Maka disana bermulalah agenda mempercayai suatu semangat yg.datang dari diri dan berkembang dengan terjadinya suatu kelebihan2 misteri secara tak disedari. Bermula cara ini tuhan memilih semangat pejuang berani itu untuk misi2 menyampaikan berita dari ketajaan tuhan.

Orang2 terpilih itu pada mulanya tidak tau akan hal misi tuhan dan sentiasa keliru pemikirannya
dalam memikirkan kejadian yang meresapi dirinya. Jadi cuba renung kisah2 nabi yang diberi
mukjizat itu dan cuba masuk ke zamannya untuk lihat zaman silam tu.

Jadi kena faham betul fenomena sejarah dan masa serta zaman manusia. Tujuannya semua
adalah sama.Iaitu mengharap suatu kuasa kerohanian untuk membantu menghapuskan
kezaliman, malapetaka, penyakit misteri walaupun disebabkan oleh kuman2 dan virus.

Anutan yang pada mulanya dibimbing oleh pemimpin yg.mempunyai ilmu haq telah bertukar jadi pelbagai fahaman dan wajah bila pemimpin itu mati.

Sejarah nabi Isa juga banyak percangahan maklumat dan berita pengesahan yang berbagai
andaian dan tafsiran. Ini kerana manusia mengkaji soal2 kecil yg.tak berapa penting.Sedangkan
tuhan hanya inginkan misi kenal DIA sebagai pencipta.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.