Wednesday, January 6, 2010

Kalau tak perlu kenal Tuhan, boleh ker?

Soalan yang menarik juga macam ni...Kalau tak perlu kenal Tuhan, boleh ker? Hakikatnya, Tuhan tak paksa samada manusia nak mengenalinya... atau percaya saja pada diri secara kejadian itu adalah semula jadi...hohoho

Namun Dia telah melaksanakan janji2 dan hukum peraturan kejadian yang demikian.Sebab itu
DIA berjanji dengan dirinya sendiri bahawa,Rahmat ku mengatasi kemurkaan ku.

Kenal tuhan tak susah kalau DIA nak kenalkan.Namun banyak orang yang telah kenal, masih
tidak memahami teka teki hukum kejadian, kerajaan dan pentadbiran, sunnahnya dan peraturannya.

Manusia masih berputar-putar mencari jawaban tentang ayam dan telur. Kita ambil fahaman kejadian itu semula jadi.

Soalannya siapa yang dulu di antara telor dan ayam. Diantara ayam jantan dan betina sapa pulak
terjadi dulu....

Tersebut dalam sebuah kitab...

للربوبية سر لو أظهر لبطلت النبوة للنبوة سر لو كشف لبطلت العلم وللعلماء سر لو أظهروه لبطلت الأحكام

Bagi KETUHANAN itu rahsia (ilmu yang tidak bolih dibicarakan) jikalau dinyatakan nescaya batallah KENABIAN. Dan bagi KENABIAN itu rahsia, jikalau dibukakan (kepada orang biasa), maka batallah ILMU. Bagi ULAMA' itu rahsia2, kiranya mereka ceritakan, maka batallah hukum2 syariat.

حفظت من رسول الله؛ وعائين من العلم فاما أحدهما فسبتته والأخر لو بينته لقطع مني هذا الخلقوم

Berkata Abu Hurairah: "Aku ambil dari rasullullah dua bejana dari ilmu. Satu darinya aku terangkan dan yang lain , kiranya aku jelaskan, nescaya disembelih orang halkumku "(tengkok).

Jadi..disini...Siapa Allah sebenarnya itu adalah dari persoalan manusia yang ingin tahu.
Terpulang pada niat masing2 kenapa dia ingin tau dan bagaimana pula dilakukan jalan
mengetahuinya.

Ada juga manusia yang tak kisah nak tau siapa tuhan melainkan Dengar dan Beriman dengan apa yang telah disampaikan sebagai ajaran agama.

Bagi yangnak kenal, maka ketahuilah, akal dan ilmu hanyalah sunnah yang tetap. Dengan ilmu
manusia mendapat cahaya yang berfungsi sebagai lampu yang menerangi jalan yang gelap.

Apabila jalan telah terang maka dapatlah melihat apa yang ada dijalannya dan memahami perkara2 dijalannya adalah sama dari apa yang tercatit dalam Alquran.

Untuk mendcapai pengenalan sebenar,...beribadahlah tanpa menyukutukan Allah dengan apa jua pun.Amal yg.inilah menjadi suatu amalan yg.tak semudah sebutan lidah dan bahasan ilmu.

Walaupun seeorang telah berguru dengan wali 9 sekalipun,...mengamalkan ilmu tauhid zat
bukanlah suatu perjalanan atau jalan pintas.Ada juga yg.dah sampai tapi tak dijemput masuk.

Maka tunggulah kat depan pintu atau balik aje buat kerja khalifah dimuka bumi.

Oleh itu, hanya ikhlas nak kenal akan kenal. Ikhlas ertinya tiada sesuatu pertaruhan disamping
mengenal itu.

Jika ingin mengenal cara tak beradab maka tuhan akan mengenalkan ikut jalan tak beradab juga.

Jika nak kenal kerana niat suatu yang.lain, maka tuhan akan kenalkan suatu yang dihajati itu lebih utama.

Jika nak bergaduh dan berhujah dengan tuhan, maka jumpalah pelbagai hal yang memeningkan
kepala.

Terpulanglah apa cara yang mampu tertanggung oleh diri yang mengenal. Semoga kenal akan DIA sebelum bercerai jasad dan jiwa.Kerana mengenal Allah alam ruh lebih menyeksakan. Jika itu juga adalah fantasi, maka tunggulah saat tibanya.

1 comments:

ku2 8:44 PM  

salam.
kemas cite tu.
manusia hidup kt dunia ni pun untuk mengenal Allah dan RasulNya jua..
jawapan pada soalan tu, boleh le, apasal tak leh pulak.
lagipun, semenya gerakNya jua, kan.. layan....

  ©Template by Dicas Blogger.