Alkisah...mengenal Allah..
Ok aku paparkan kisah seorang sahabatku...
"Cerita yang dah berlalu 18 tahun dulu ketika aku ditimpa penderitaan hidup yang aku rasa
mati lebih baik. Agama asal ku Islam tapi aku tak berkisah pasal agama sangat.Bulan puasa
ke,hari jumaat ke,.....sama je.
Dalam keperitan hidup tu, aku ditolong oleh bangsa bukan se agama ku.Mereka mengambil
ku sebagai anak angkat. Bangsa tu mungkin menganut agama Tao dari kaum cina. Setahun
aku hidup dengan budaya mereka dan masa tu lah aku belajar macam2 kepercayaan dan
penyembahan.
Walau pun mengikut sembahyang mereka tapi rasa mempunyai tuhan juga tidak wujud.
Hanya satu kepercayaan bahawa diri ini hanya berserah pada yang disangka memberi untung
baik buruk dan mematuhi pantang larang.
Sambil tu aku selalu berbual-bual dengan pembawa fahaman buddha. Ajaran mereka hanyalah
berkonsep pengabadian ruh diri melalui kebaikan dan kepercayaan bahawa ruh boleh mencapai
kesucian dan menjadi ketuhanan. Rasanya tak sanggup ikut jalan tu sebab pantang larangnya
tak sesuai dengan jiwa.Makan nak jaga,itu nak kawal,....tapi bagus gak kalau nak jadi manusia
baik.
Pendek cerita,...akhirnya aku nak dikawinkan dengan wanita cina dan masuk agamanya secara
resmi.Disaat itu aku buat perhitungan akhir dengan tuhan yg.manakah yang dapat memberi
bukti kewujudannya maka aku akan berpegang teguh pada syariatnya.
Alhamdulillah...aku telah kenal Allah kerana bukti nyata yang bukan ilusi atau fantasi dan bukan kebetulan.Bukti itu ditunjukkan pada ku secara langsung dan bukan hanya satu bukti. Beberapa perkara telah berlaku dalam sehari itu juga, dimana permohonan ku dikabulkan serta merta.
Bezanya ujian sebelum kenal Allah ialah,...kita akan menyalahkan orang lain atau penyebabnya
atau menyalahkan tuhan,.. kenapa ia mentakdirkan begitu sedangkan orang2 tak beribadat
IA mewahkan dan beri kebahagian hidup sedangkan ia hanya menjadikan batu2 dan pokok
sebagai tuhan.
Selepas kita kenal tuhan,...segala ujian adalah sebagai penebus dosa2 kecil dan untuk kita
menjadi matang dalam hidup,cekal dan tidak putus asa dengan pertolongan Allah yg.akan tetap
tiba.
Katanya,...bersolat dengan sabar hingga sampai pertolongan.Katanya lagi setiap kesusahan
akan datang juga kesenangan.
Ash-Syarh
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Adh-Dhuha
[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Jadi...nasihatku, janganlah pula dah beriman nak sembah yang lain.Kalau sekadar memahami
membaca kitab2 agama lain,..tuhan tak larang. Demi memahami di antara yang baik2 itu mesti
ada terbaik dan lebih sempurna.
Semua anutan ketuhanan berasal dari tuhan melalui rasul2nya dan hamba2nya terpilih.Cuma
sesetengah pembawa mesej tuhan tak panjang umur dan tergantung dan tak sempat
amanahkan kepada pewaris,...maka anak2 murid yang tak habis belajar ne...jadilah guru dan
ubah sikit2.
Pasal kaum tu dah kenal sang murid ne pengikut setia,..maka semuanya terus percaya bulat2
tanpa rujuk kitab asalnya.
Orang2 barat menyelidik kitab2 secara ilmiah.Sebab tu mereka tau banyak hal dari umat islam
sendiri."
Dari situ aku nampak juga ungkapan "Orang2 barat menyelidik kitab2 secara ilmiah.Sebab tu mereka tau banyak hal dari umat islam sendiri"...
Sebelum Al-Quran....telah datang kitab2 kecil dan kitab2 besar dari tuhan. Seperti kitab injil juga ada menceritakan pelbagai kisah dan terselit dalamnya pelbagai ilmu.
Al-Quran sebahagian isinya membongkarkan kepalsuan dari kebenaran yang disorok oleh ahli kitab terutama bangsa yahudi.Selain itu Al-Quran mengulangi apa yang tercatit dalam injil untuk pengetahuan Nabi Muhammad.
Dalam quran,...tuhan telah melebihkan bangsa yahudi ne dari lain2 bangsa sezamannya
dengan pelbagai ilmu,rupa dan tubuh.Terdapat lagi banyak buku2 ilmu yg.telah dirampas
semasa perang kerstian islam.
Oleh kerana, quran mempunyai persamaan sudut ilmunya maka itu orang barat ingin mencari
kebenaran ilmu itu.Sejarah tamadun sebenarnya telah bermula 2 - 3 ribu tahun. Kisah teknologi
Nabi Daud buat baju dan senjata besi,mengukir gunung.mendirikan piramid,membuat kertas dan buku dari kulit dan sebagainya.
Namun ilmu Al-Quran atau kitab2 lain bukanlah mengajar secara lengkap untuk membuat
rekaan dan ciptaan.Ia hanya pendedahan berbentuk tip2 dan pembuka jalan sahaja.Selebihnya
Allah kata ilmu akan diajar dan diberi kepada seseorang mengikut peraturannya tak kira sapa2.
Jadi kepandaian yang diperolehi oleh orang barat ni.. adalah bermula dari sifatnya yang mau berfikir dan berusaha.
Jika kita lihat sejarah penciptaan sesuatu,..datangnya bukan terus kepada ilham untuk mencipta
alat itu.Kejadian2 seperti melihat burung, buah epal jatuh dari pokok, melihat kejadian2 lalu
mereka mengambil berat dan memikirkan.Dari bahan2 peningalan sejarah dulu mereka telah
menjumpai dan mengetahui tentang ilmu telah bermula sejak dulu.
Cuba lihat bangunan piramid yang terletak di Mesir. Apakah orang arab sendiri yang mengkaji atau orang barat.Harta dan istana Firaun yang tengelam di lautan med. Siapa yang mengangkat keluar.
Jadi disini telah jelas sikap orang Islam yang tak menggunakan akal untuk berfikir. Kini piramid dijadikan salah satu pusat pelancongan di Mesir yang terkenal hasil orang barat juga yang mempopurkan dan mengkaji..
So..eeeh marilah kalau nak fikir2kan ya..hehe..
0 comments:
Post a Comment