susah latihan..senang ujian...
Kesusahan itu satu latihan
Kesenangan itu satu ujian
Sabar itu bekalan terbaik
Kata arwah Tok Uban Lubuk Paku :
"Tak payah pi naik gunung utk bertapa mencapai ketinggian makrifat, ujian dunia skang pun dah cukup"
Inilah pentasnya..
Dalam ramai, dalam berseorangan, dalam sihat, dalam sakit, dalam gembira, dalam duka, dalam kekayaan, dalam kesukaran..,,Aku tetap bersama Allah
Kenapa mengembara mencari Allah
"hati mukmin istana Allah'
Kat luar sana adalah tanda-tanda sahaja
di dalam diri ada bukti
Berapa ribu masjid aku bertahajud
Berapa ribu pondok perguruan aku redahi
Berapa ribu bandar aku berdakwah
Berapa ribu makam aku bertafakkur
Berapa ribu kali aku bertawaf
Namun dihujungnya
Ada satu pintu
Pintu yg penuh enigma
iaitulah pintu hati
Ketuklah pintu hati itu
Pasti lama akhirnya Si Empunya akan menbukanya
Wahai jiwa2 yang tenang, Aku jemput kekasihlku sekelian memasuki syurgaKu..
Di malam sepi
Aku bermimpi
Mimpi yang sedih
sekali
Kau akan pergi
Meninggalkan diriku
Aku menangis
Sendiri
Diriku
Tak pernah
Lepas dar penderitaan
Itulah nasib
Diriku
AKU masih
seperti yang dulu
Menunggumu
Hingga akhir hayatKu..
1 comments:
Jika kamu berjuang di jalan-Nya, maka kasih-Nya tidak pernah outus untuk kamu.. "Allahu maftah 'alaihi" =)
Post a Comment