Wednesday, January 27, 2010

Temu dan duga secara tertutup

Temuduga Tertutup :

4 Ganjaran Lumayan

1-Nikmat kubur 2- Perlindungan di Padang Mahsyar 3-Keselamatan Meniti Titian Sirat 4-Syurga yang kekal abadi.

Lokasi temuduga : Di dalam kubur (alam barzakh)
Kelayakan : Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, tidak perlu bawa apa-apa kelulusan, pingat, wang dan harta yang banya. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi ( Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal)

Panel / Penemuduga : Mungkar dan Nakir ( Bertauliah)
-Enam soalan utama yang mudah akan di soal

1-Siapa tuhan anda?
2-Apa agama anda?
3-Siapa Nabi Anda ?
4-Apa kitab anda?
5-Di mana kiblat anda?
6- Siapa saudara anda?

Cara memohon : Anda perlu cuma menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja ( mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan begis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

Semoga Berjaa dan Selamat Menjawab
Nota : Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan.

Read more...

Tuesday, January 26, 2010

Projek Uyun Hayah...

Singgap jap..walaupun bz ngan keje uyun hayah sebelum mata ku 'offline' apalah sgt aku bz ngan uyun hayah ni..banyak perkara yang perlu diselesaikan bila dah jadi setiaberusahakerja yang banyak melibatkan coding,design,editor tah macam2 lah..kadang2 kuat sangat mujahadah ni jadi apa kejadah lak..ni gara2 mengikuti team pemusnah SAKA..aku cuba wat note yang telah ujikaji keberkesanannya !!

Ok..bagaimana nak buat rubber stamps effect pakai adobe photoshop..hehe

1-New Document


Create a new 300 x 300 pixel document, with white background and black foreground.

2-Add Type


First we'll create the outer ring of type - Add a short line of type, for this example I used the boring but ever-present "Arial"





3-Wrap Text

Double click the text layer, and select "Warp Text" from the font options. Set the style to Arc / Horizontal / Bend 100%. You'll end up with a curved type.


4- Duplicate and rotate



Next, Duplicate the type layer and rotate the new layer 180 degrees - Edit->Transform->Rotate 180. Move the second layer so you have a decent circle like this:


5- Create outer ring


For the outer ring, First create a new layer. Check to make sure your feather selection is at 0px, and draw a circle outside the text with the Ellitical Marquee tool.

Nudge the selection to make sure its centered, and apply a border by using 5px black stroke - Edit->Stroke->5px.



6-Repeat

Draw another circle around the inside of the text using the same procedure, the result should look like:



(I used a thinner stroke for the inside circle, it's up to you).

7-Main logo text

Now for the main logo. Create a new layer, and either add a graphic or create some Type. This example uses the Arial-Black black font, at around 72pt. At this point you're pretty much ready to go.



8-Add noise

To add the broken "chop" effect, we just need to add some texture. Create a new layer (make sure it's the top layer), and add some clouds by selecting Filter->Render->Clouds. Then add some noise by selecting Filter->Noise->Add Noise.



9-Change blend mode

Finally, select the new noise layer, and change the blending mode to "screen". This will give our passport chop some texture. That's it!


10-Rotate


For the final example, I made a merged copy and rotated.( select all, Edit->Copy Merged, Edit->Paste, Edit->Transform->Rotate )



Enjoy.

Cam ni pun leh dipakai terima gak hohoho

In this tutorial, we will create an effect that looks like a stamp created using those rubber ink stamps..

Start a new document, large enough to place your stamp on. For this tutorial, I am using 250x150.

Now, select RED as your foreground color, and your background color to BLACK

Then use the type tool and type in your text. Use a bold font, I used Arial Black, size 50px.

Now go to Layer » Rasterize » Type - this will convert the vector text to bmp.

Now use the rectangular marquee tool

and make a selection AROUND the text....

Now go to Edit » Stroke

Then you can deselect the selection by pressing CTRL+D

Now apply this filter:
Filter » Brush Stroke » Spatter.
Spray Radius: 17
Smoothness: 5

Note: These settings can vary.. depending on how washed out you want the stamp to look

Go to Select » Color range, then use the color picker to select the BLACK from your stamp.

What we've just done is select ALL the black spots on the stamp so we can delete it from our stamp.. creating the stamp effect.

So with the selection selected, hit DELETE .. you can hit delete several times to make sure its all deleted.


Sumber : http://www.thedesignworld.com/photoshop-tutorials/text-effects/passport-stamp/

http://www.tutorialwiz.com/stamp/

Read more...

Sunday, January 24, 2010

Kesedaran Diri Terperi ?

Dalam buku "The Power of Now' Eckhart Tolle, banyak menyentuh tentang "Kesadaran" atau "Consciousness".

Kita selalu tertipu antara Minda dengan Kesedaran.

Kesedaran di luar minda.

Selama ini minda selalu mempergunakan kita malah kita tidak tahu pun bahawa selama ini yang kita adalah hamba minda kerana terikat dengan benda lepas dan akan datang.

Teringat-ingat dengan kenangan masa lampau dan berfikir tentang cita-cita dan angan-angan yang tidak sudah..Ego...

Masa sekarang kita lupakan.

Nak tahu hamba minda kita cuba tanya diri kita :

-Bolehkah aku hentikan pemikiran bila-bila masa semahu aku ?

-Bolehkah aku bebaskan minda aku bila-bila masa semahu aku ?

-Dapatkah aku temui butang untuk mematikan ?


Kalau jawapannya Tidak Dapat...maka kita adalah hamba kepada minda.

Bukankah kita sepatutnya menjadi Hamba Allah ?


Jadi, macamana nak sedar in ?


Adakah dengan memerhatikan pemikaran maknana kita pandang diri ..

Kita, dengar suara kepala mu..tidak dapat mengadili hanya mengarah ini untuk menyaksi kehadiran perasaan.

Tidak lama lagi, kamu akan dapat sedari kehadiran diri mu.

Sebenarnya, Kesedaran hanya baru permulaan...jauh lagi perjalanan yang harus pergi.

Nak bezakan minda dengan kesedaran...minda boleh dikendalikan bukan minda yang mengendali kesedaran.

Minda adalah alat atau mesin untuk mengumpul, menyimpan dan analisis info, mengkritik dan melindungi terhadap minda lain tapi tidak kreatif.

Kebiasaan manusai untuk ulang benda sama berlebihan dan melebihi....bila tidak dapat akhirnya putus asa...kecewa...bunuh diri..

Berfikir adalah bagus tetapi tidak kreatif dan ini dapat membezakan ahli sains yang kreatif dan yang tidak kreatif.

Kenyataan Philosopher Descarter aku fikir kerana itu bagi aku adalah sama sekali tidak boleh dipakai.

Sebaliknya, bila kita sedar barulah kita dapat berfikir secara kreatif.

Daripada minda juga emosi terbentuk seperti terkenang-kenang nostalgia masa lalu, cita-cita, angan-angan tarikan dan dorongan maka timbullah kesakitan-kegembiraan.

Perasan gembira bersifat lahiriah...apa-apa di luar kami..kamu mahu apa untuk kamu lakukan...gembira

Perasaan yang dapat daripada kegembiraan/kepuasan lama.

Lawan kepuasan/gembira adalah kesakitan..

Selagi kita masih dalam keadaan tidak sedar kita sakit tidak dapat dielakkan..

Sebenarnya kita sendiri yang ciptakan sakit itu sebab kita yang menolak/menidakkan apa yang terjadi..Akhirnya kita jadi keliru...Aku adalah mindaku..

Minda kawal waktu manakala sekarang kekal selama-lamanya.

Jadi, minda anggap sekarang sebagai ancaman..

Untuk memastikan minda sentiasa dalam kawalan, minda tutupi selama2nya/masa sekarang.

Semakin aku menerima dan menghargai Sekarang, semakin itu pula aku bersyukur.

Itulah rezeki/kemakmuran yang sebenarnya dan ia datang dari berbagai cara, bukan datang dari masa akan datang.

Sangat penuh kehidupan apabila betul2 kemakmuran....sebaliknya, jika kita tidak berpuashati dengan SEKARANG iaitu apa yang di alami dan dimiliki sekarang..sememangnya ia boleh memotivasikan kita untuk menjadi apa yang kita mahu...tetapi kita akan sering merasa kosong.

Harus diingat, kesakitan berada di dalam MASA. Ia sentiasa akan memerangkap kita.

korang faham ke tak? kalau korang tak faham maka aku pun tak faham hehe...! selamat mengkaji..kalau tak faham kita sama masuk Lab Uyun Hayah kita bedah kat mane yang patut di siasat~hehe

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Berfikir sambil menilik..

Ada yang berfikir tentang kenapa Allah ingin menguji.Apakah IA tidak tahu hasil ujiannya
ke atas manusia yang ia telah programkan.

Dalam Al-Quran banyak menjelaskan perihal manusia diuji....dan Allah menyebut tujuan
Ia menguji adalah untuk mengetahui hambanya yang benar-benar beriman.

Walau pun ayat tersebut mengambarkan seperti Allah itu lemah.....kerana ayat itu
adalah tafsiran manusia. Apabila mengenal Allah dan mengenal diri, Maka fahamlah
akan sebenarnya ayat tersebut.

Yang nak mengenal diri itu tahan diuji adalah insan itu sendiri. Persoalannya bukan
atas dasar berjaya atau tidak melalui ujian tapi,adalah persoalan keredhaan,kesabaran
dan keikhlasan sang hamba melalui ujian.

Ujian tidak akan tamat selagi jiwa tak mengenal tenang.Kerana jiwa yg.tenang tiada
falsafah susah dan senang.

Adakah hidup ini bukan suatu ujian dan bukan suatu paksaan atau suatu pilihan.
Tuhan menghidupkan ramai jiwa-jiwa yang bernama macam2, berbagai bangsa,berbagai syariat, proses tak henti2 hingga dunia ini akan hancur sehancurnya.

Setiap orang melihat dirinya dan melihat di sekelilingnya terdapat banyak bilangan.Kehidupan yang bermacam2...hingga kita kata ini ujian Allah.Ada rasa bertuah ada rasa malangnya hidup ini kerana gagal dalam ujian.

Disisi Allah memandang hanya dirinya yang terperi saja.Sebaliknya manusia memandang diri dari sudut berbilang.

Hakikat meleburkan diri dan pandang pada satu hakikat Wujud akan memahami erti ujian.

Sebenarnya bukan ujian tapi KEADILAN DAN KEIKHLASAN atas dasar perjanjian dan amanah.S ebab itu Allah kata..apa yang diamalkan manusia adalah kembali pada diri manusia itu sendiri...hanya amalan puasa untuknya.

Pengertian puasa itu luas.Begitu juga pengertian solat itu meliputi setiap gerak berserta dengan kehadiran. Jika ingat Allah sahaja tak menyampai erti solat.

Apakah perasaan kita jika berjalan tanpa pakaian?Mujurlah kera2 dihutan ada bulu. Jadi tak lah terasa sangat jika tak berpakaian.

Sebenarnya, memang payah berbahas tentang ilmu dengan pemikir2 yang taksub ditambah lagi dengan jumudnya dan memahami ilmu.

Kebanyakan manusia beragama tidak memahami isi ajaran kitab.Samada kitab taurat dari umat Musa,Injil oleh umat Isa dan Al-Quran untuk umat Muhammad. Masing2 ada syariat dan nabinya. Syariat yang banyak dengan tauhid yang satu.

Umat Muhammad tidak perlu mencampuri urusan umat2 yang lain kerana ia juga tidak memahami tentang umat siapa. Apakah di kira akhir zaman ini semuanya sebagai umat Muhammad. Semuanya wajib menjalani syariat Muhammad.

Allah menyatakan bahawa Ia mengetahui siapa diantaranya yang benar pembawaan amalnya. Mengesakan Allah dengan jalan yang layak.

Hanya syariat yang berdasarkan jalan agama masing2 yang tulin sahaja diterima Allah.Yang taat dan tidak mengubah isi kitab mereka.

Begitu juga dalam Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad. Sedangkan syariat itu telah dimulakan oleh Nabi Ibrahim as. Allah juga memerintahkan nabi untuk meneruskan syariat dan cara Nabi Ibrahim bertauhid.

Umat Islam berpecah sebab isu kecil dan kejahilan memahami pelbagai sudut ilmu.Umat Islam perlu menghormati nabi Muhammad dan nabi2 lain juga. Sebaliknya mereka lupa tentang imam sebenar umat muhammad iaitu nabi Ibrahim as.Allah angkatnya menjadi ikutan dan imam. Anugerahkan ia doa yang dikabulkan.Berjasa dalam mendirikan Kaabah,ibadah haji,korban dan sebagainya.

Hanya Solat 5 waktu untuk umat muhammad sebagai satu syariat tetap yang diwajibkan.Sebelum itu solat manusia adalah sunat yang kepelbagaian dan banyak.

Read more...

Saturday, January 16, 2010

Fakta250 yang ku tak tahu..

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)

2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja



[Image: sharks013.jpg]

3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman

4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.

7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

[Image: semut.jpg]

9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana

10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’

11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4

14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

[Image: CocaColaPoster.jpg]

19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)

20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus

21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta

22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter

23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.

26. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik

27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

28. Unta punya 3 kelopak mata.

29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru

30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal

31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik


[Image: mata1.jpg]

32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya

33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan

34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki

35. 13% orang di dunia adalah kidal

36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan

37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya

38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata

39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri

40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.

41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu

43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.

44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip

45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud

46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.

47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya

48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.

49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi

51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing

52. Nombor “172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.

53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu

54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.

55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun

56. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.

57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.

58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam

59. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.


[Image: mona-lisa.jpg]

60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox

61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.

62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori

63. Darah sama pekat dengan air laut

64. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik

65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.

66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

67. 1 bayi lahir setiap 7 saat

68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17

69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.

70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat

71. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit

72. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya

73. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum

74. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi

75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.

76. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria

77. Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.

78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau

79. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri

80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun

81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land

82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis

83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara

85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari

86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.

87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .

88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W

89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata

90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan

91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah

92. Coca-Cola dulu berwarna hijau

93. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit

94. Semua beruang kutub kidal

95. Kelelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua

96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”

97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat

98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.

99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri

100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.

101. Sekitar 14% penagih yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.

102. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome” .

103. Siput boleh tidur selama 3 tahun

104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata

105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika

106. Kerana pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya daripada kearah timur

107. Satu dari 9000 orang menderita albino

108. Keursi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi

109. Kita menyambut ulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia

110. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu

111. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun

112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10

113. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh

114. Kelalawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang

115. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal

116. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.

117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam telinga 700 kali lebih cepat.

118. Seekor Babun bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama

119. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.

120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit

121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata

123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.

124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.

125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan

126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari

127. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam

128. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.

129. Memrlukan waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.

130. Daya ingatan ikan hanya 3 saat

131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.

132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.

133. Beruang dewasa boleh lari sepantas kuda

134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia

135. Obur-obur terdiri dari 95% air

136. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam

137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna

138. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)

139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah

140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.

141. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.

142. Winston Churchill lahir di toilet wanita pada waktu majlis tarian

143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag

144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)

145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis

146. Coklat mencair dalam mulut karena titik cairnya adalah 35 darjah celcius

147. Tisu tandas dicipta pada tahun 1857

148. Lembu tidak mempunyai gigi atas

149. Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan.

150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.

151. Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.

152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming

153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga

154. Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus

155. Seorang rakyat Amerika mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh seekor kuda.

156. Seorang manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.

157. Agen rasa kupu-kupu ada dikakinya

158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap

159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya

160. Tapak sulaiman tidak punya otak

161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza

162. Kebanyakkan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.

163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga

164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit

165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)

166. RSVP adalah Respondez S’il Vous Plait yang artinya ‘mohon jawapan’

167. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu

168. Ikan emas yang bunting disebut ‘twit’.

169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir

170. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang

171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

172. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam

173. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.

174. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"

175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil

176. Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat

177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer

178. Hamster sangat suka makan cengkerik

179. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.

180. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.

181. Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras

182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit berperang.

183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor

184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.

185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.

186. Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.

187. Kuda Nil kentut melalui mulut.

188. Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”

189. Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia

190. Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.

191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.

192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.

193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

194. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg

195. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam

196. “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

197. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

198. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

199. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.

200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

201. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).

202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.

203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen

204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.

205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan

206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat dicium dalam nafas kita.

207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita.

208. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya

209. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

210. Di jepun, warung kopi disebut ‘Kissaten’.

211. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.

212. Jaguar takut pada anjing

213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari

214. Johnny Deep takut pada badut

215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.

216. Dalam golf, ‘Bo Derek’ adalah istilah untuk nilai 10.

217. Iceland mengambil Coca-cola perkapita lebih daripada lain-lain negara.

218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu

219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.

220. Di Itali, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ‘Topolino’

221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.

222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.

223. Nyamuk lebih suka kanak-kanak daripada orang dewasa.

224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati

225. Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya

226. Dalam bahasa Inggeris, ‘Naked’ artinya tanpa perlindungan.

227. Broccoli dan kubis bunga adalah sayuran yang berupa bunga.

228. Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.

229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangunkan Taj Mahal.

230. Dalam kajiselidik terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang menguburkan kepalanya dalam tanah.

231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.

232. Shuttlecock untuk badminton harus mempunyai 14 bulu.

233. Mutiara boleh larut dalam cuka.

234. Babi tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.

235. Venus dan Uranus adalah planet di tata suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.

236. Microwave dicipta setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui tabung radar mendapati coklatnya meleleh disakunya.

237. Ikan yu kebal terhadap kanser

238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen

239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.

240. Kita boleh menghela lembu naik tangga, tapi tidak boleh menghela mereka turun tangga.

241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”

242. Kapal Cruise Queen Elizabeth 2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.

243. Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.

244. Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram

245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.

246. Penguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (Garisan tengah bumi).

247. Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan telinga kanan

248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya

249. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

250. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

Read more...

Fakta 30 perlu diketahui..

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun.
Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu
merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak
mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang gal pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan? termasuk aku..hehe

Read more...

susah latihan..senang ujian...

Kesusahan itu satu latihan

Kesenangan itu satu ujian

Sabar itu bekalan terbaik

Kata arwah Tok Uban Lubuk Paku :

"Tak payah pi naik gunung utk bertapa mencapai ketinggian makrifat, ujian dunia skang pun dah cukup"

Inilah pentasnya..

Dalam ramai, dalam berseorangan, dalam sihat, dalam sakit, dalam gembira, dalam duka, dalam kekayaan, dalam kesukaran..,,Aku tetap bersama Allah

Kenapa mengembara mencari Allah

"hati mukmin istana Allah'

Kat luar sana adalah tanda-tanda sahaja

di dalam diri ada bukti

Berapa ribu masjid aku bertahajud

Berapa ribu pondok perguruan aku redahi

Berapa ribu bandar aku berdakwah

Berapa ribu makam aku bertafakkur

Berapa ribu kali aku bertawaf

Namun dihujungnya

Ada satu pintu

Pintu yg penuh enigma

iaitulah pintu hati

Ketuklah pintu hati itu

Pasti lama akhirnya Si Empunya akan menbukanya

Wahai jiwa2 yang tenang, Aku jemput kekasihlku sekelian memasuki syurgaKu..

Di malam sepi
Aku bermimpi
Mimpi yang sedih
sekali

Kau akan pergi
Meninggalkan diriku
Aku menangis
Sendiri

Diriku
Tak pernah
Lepas dar penderitaan
Itulah nasib
Diriku
AKU masih
seperti yang dulu
Menunggumu
Hingga akhir hayatKu..

Read more...

Friday, January 15, 2010

Benarkah manusia itu gila untuk jalani kehidupannya?

Ya, kalau aku mengaku kita ni GILA, maka itu sudah satu step menuju WARAS. We are all MAD. Semuanya itu memang gila. Cuma bezanya, ada orang gila yang 'berusaha untuk waras dan melepaskan kegilaannya'. Dan ada orang gila yang berusaha untuk mempertahankan kegilaannya.

Itu CHOICE. Pilihan-pilihan hidup. Orang-orang fanatik itu ada di mana-mana, bahkan scientists juga banyak yang fanatik. Kefanatikan itu ada dimana-mana, dan BUKAN hanya pada agama-agama.

Orang-orang ATHEIST yang fanatik itu juga CUKUP BANYAK. Dan itu okey saja, kerana itu pilihan hidup mereka. Asalkan tidak memaksakan kehendak mereka kepada orang2 lainnya.Itu menurut aku lah..

Jadi... AGAMA2 itu (baca SEMUA AGAMA) dianuti oleh orang2 gila, yang TIDAK SEDAR bahawa mereka itu gila. Mereka itu merasa diri mereka 'waras', dan orang lain dari anutan mereka itu gila.

That's the difference.

Benarnya, kegilaan itu bukan cuma ada pada AGAMA2 bahkan semua pemikiran-pemikiran manusia mengandung benih dan buah kegilaan. Kalau tidak gila namanya bukan manusia..

Erm.... kalau tidak boleh gila juga namanya bukan manusia. So, manusia itu berjalan kedepan (bahasa biasa disebut evolusi) melalui segala kegilaannya.

For instance, misalnya 'British dan Jepun dulu memecah belah "Malaysia" dan kita harus menjaga kesatuan Negara Malaysia'.

Well, kalau aku kata, yang secara legal dan de facto MENYATUKAN Kepulauan Nusantara menjadi Malaysia itu adalah orang2 British atau Jepun, dan BUKAN orang Malaya. Cuba FIKIR !!!! Betul atau tidak?

So,kalau dilihat definisi gila.. yang kita tahu selain perkataan gila ialah persamaan dengan tidak siuman.

Gila ada bermacam2 dan bagaimana seseorang itu termasuk dalam ketogeri gila yang tidak
kegilaan.

Dikatakan semua manusia gila...mungkin boleh diterima.Gila berlaku apabila melihat perbezaan
fitrah. Haiwan juga boleh mengatakan manusia itu gila dan dalam kegilaan. Manusia yang berakal boleh menjadi pelbagai keadaan yang tak selayaknya sebagai manusia.

Haiwan tidak gila kerana ia berada dalam fitrah hidupnya sebenar.Apakah haiwan yg.telah menjadi pintar dikatakan gila..? Tapi manusia yang berakal dan berilmu masih tidak tau kedudukannya akan berada dalam gila tahaf profesional.

Loh Goh Ton dulu gila juga pergi tebas hutan bukit genting..org kata je 'membahasakan' dia gila..tapi sekarang orang lak 'tergila'2 nak rasa idup kt situ erk..

Thomas a-edison dulu org kata giloo..skrg manusia lak 'gila' kalau tade lampu..ekonomi terjejas..kalau dulu jenuh kena maki lah TNB tade elektrik seluruh malaysia..

Penciptaan telefon oleh Graham bell orang kata gila gak..tapi skang kalau tiada telefon ramai gila malah mati cepat tak sempat ke hospital.... saintis menuhankan akal..jadi hebat... Islam suruh guna akal biar jadi tuhan dunia..tapi ulama silam tidak faham buang akal.. buang dunia.

Apapun dalam kegilaan tersenyum kedamaian..hehehe..

Kadang kadang orang gila jenis tidak siuman lebih baik dan mulia dari orang yang di katakan Waras.

Orang yang dikatakan waras pakai smart seluar jing libaih dengan kemeja and nek tai...hehe tapi buang sampah merata rata jerk kan..

Datang orang gila yang tidak siuman dengan pakaian koyak rabak compang camping memungut sampah dengan senyum dan buang dalam tong Sampah..............Menuju kedamaian hakiki..

Dulu, aku selalu ajak orang gila makan kat warong dan terbiasa juga berkawan ngan orang gila dimerata ceruk...hohoho.... Bersembang macam2 cerita. Tapi kekadang susah nak faham. Sekejap ke Pahang, sekejap ke Sepanyol, sekejap ke Sentul.

Bagusnya banyak2 makanan dia cuma order Teh O je. 'Bahasa TUHAN' bukan semuanya kita faham.

Tapi ada juga member kata aku gila sebab belanja orang gila makan. Ntah sapa yang gila, aku pun tak tau. hehehe

Ada cerita..Si unta bermadah kepada si kaldai: 'Tidakkah ko ketahui.. sesungguhnya kuda itu, adalah bapak saudaraku dari ras ibuku'.

Kaldai terpegun: 'Aku ker gila atau engkau?'

Unta membalas: 'Akulah yang gila'

pelik gak... yang telah 'gila', tau lak dia 'gila'.

hahahahahahah gelak la korang yang macam2 gila atas dunia ni sedar tak sedar terserahlah..ada gila duit..gila pangkat..gila betina..gila jantan..gila dara..gila dot..dot..dot..huiiih banyaklah gila cuma versi jerk lain...

Lu fikirlah sama2..hohoho

Read more...

Kehebatan manusia ?

Alkisahnya....Ada cerita dalam hutan monyet jantan claim.. akulah jantan yang paling gagah dlm hutan..gajah betina pandang sebelah mata..eelehhh..itu kata2 gajah betina..smbil kata..kalu betul..try la..dengan bangganya... monyet jantan tadi melompat ke belakang gajah betina tadi dan terus cuba menunjukkan kehebatannya !! tiba2.. tidak berapa lama sebiji durian jatuh betul2 atas kepala gajah betina menjerit gajah betna tu : Aduuuhhh!! sakitnya!!

Automatik jer monyet jantan tu jawab:..sorrryy..terkasar sikitt...

Kesimpulannya... kehebatan seseorang tu.. kadang2 nasib juga..orang nampak hebat sbb ada kaki yg top-up kan dia..sbanarnya x da apa2..itulah kerja otai2...tanpa orang2 yang up dia siapalah dia ??? kenallah diri kita sebenar2nya diri..untuk dikembali kepadaNya...

Jadi..sama2lah kita fikirkan..Jangan lupa diri..hohoho

Read more...

Sunday, January 10, 2010

Melalutime..uptime..downtime..

Baru-baru ni aku sembang dengan sorang mamat ni....dia sound aku "ko ni xde akhlak Nabi"..mula-mula terkezut beruk gak aku kena sound mcm tu....ye la, selama ni aku dok bersosial dengan mcm-mcm jenih makluk kat dunia ni, ada kaki pukul, ada kaki pompuan, ada kaki mabuk, ada kaki tabliq, kaki bangku pun ada...tp dia la orang pertama sound aku mcm tu...

pergh, ikut hati aku bagi ja pelempang Gaban berkuasa 50 000 000HP ( sapa rajin baca komik tau la) tp ikut hati la...mujur aku ikut akal aku yg berkapasiti 1000 Tera Bite ni...jd aku senyum ja...(aku tak marah, jd tak yah la bagi hadiah) hahaha

aku pun pikir, betul gak dia cakap tu...selama ni kita ikut Sunnah Nabi tp kita tak ikut perangai, pemikiran Nabi...

jd aku kesimpulkan ada 4 jenis utama dlm Sunnah

1=Rupa ( simpan janggut, pakai celak dll)
2=Tabiat ( pas kencing berdehem, jalan laju sket dll)
3=Akhlak ( sila rujuk ustaz berdekatan dll)
4=Pemikiran ( mcmana dengan umat, mcmana nk kembangkan Islam dll)

aku nk sembang2 pasal pemikiran...pada pendapat aku, ramai tak amik port Sunnah ni, ye la Sunnah paling popular tu pun kawin 4...mana xpopularnya, ada 4 kapal...agak2 boring kapal layar, naik kapal selam, boring kapal selam naik kapal kayak...jangan naik kapral sing dah...nnt kena saman...sedangkan sultan dia leh saman..ini kan kita rakyat biasa...hahahaha


kadang2 aku fikir, boleh tak aku sampai ke tahap pemikiran Nabi? mcmana nk mengIslamkan semua org kafir? mcmana nk membentukkan ukhwah, persaudaraan...pendek kata pikir sampai ke tahap serigala dengan kambing boleh dok sekandang...dua dua ekor siap leh bergurau senda, main-main geletek dalam tu...

dengan keadaan lani yang meruncing....aku rasa kena tunggu gempa bumi 19 skala Hitcher baru ok kot.....ye la...ada la aku sembang dengan pakcik2 kat Penang nun..."apa raa, Fatah dengan Hamas tu...Palestin kena teruk pun dok gado2 lagi" tp dia pun sama gak..politik bukan main...sebut ja nama parti tu..teruih melenting

apa beza Palestin dengan kita? sama ja...diorang dijajah dengan zahir, kita dijajah dengan pemikiran, tp kita masih dok bertengkar tentang parti....

jd, kalo ada sapa2 gado2 pasai politik ni...aku mintak pendapat pasai Fatah Hammas dlu...bes x jd mcm tu? negara dok kena teruk tp dok gado sapa kuasa...haaa...sama la mcm kita....dok kata kat orang...kita lagi teruk..ahahaha lawak-lawak...yg lagi besnya, org-org tu kata diorang golongan bijak pandai..celik IT...tak tertipu dengan dakyah....hahaha aku rasa la kan, bila golongan pemikir Yahudi terbaca statement tu...gelak bergolek la diorang...mungkin mcm ni diorang golek ---->

antara org kena tipu pastu mengaku kena tipu pastu antara org kena tipu tp xsedar kena tipu..mana lg bodoh?hahahaha eh,dah nama kena tipu, mesti la tak sedar kan?hahaha ape la aku ni...

sambung lagi....ni belum masuk kes kafir mengkafirkan sesama umat.....

contoh...

ko masuk parti tu?Ko kafir...parti tu utk org kafir sbb dia parti kafir

Nabi yang ada title S.A.W pun tak penah sound kat org tu kafir...kita yg xda title walaupun R.A suka hati ja nk letak org tu kafir....pelik-pelik....kita lg hebat dari Nabi la sampai leh mengkafir2kan org?

alaa kawan, Nabi yg kompom masuk syurga pun mintak ampun lagi kat Allah...kita ni, nak bau kentut bidadari pun belum tentu lagi....

balik pada pemikiran tu....

boleh tak kita menangis bila nampak ada kapel Islam naik moto peluk? peluk sampai seat tu muat duduk 4 orang..punya la peluk katakan....

boleh tak kita menangis bila terkenang dosa-dosa kita?

boleh tak kita tunjukan Sunnah sebenar kepada dunia? walaupun hanya dalam pemikiran sekali pun?

boleh tak kita tunjukan akhlak sebenar Nabi kepada dunia?

boleh tak kita menjadi sebenar-benarnya Islam?

boleh tak kita kembalikan syairat kembali ke tempatnya?

boleh tak kita berenti bergaduh?

boleh tak kita berenti caci-mencaci?

boleh tak kita sama-sama jaga agama kita?

boleh tak kita keluar minum kopi satu meja walaupun berlainan parti?

boleh tak kita bersatu?

boleh tak kita berilmu?

boleh tak buang sifat ego?

amboiiii banyaknya...nk tulis lagi kalo maunya ada dalam berpuluh ratus ribu lagi....

TEPUK DADA TANYA IMAN
TEPUK DAHI TANYA DIRI
TEPUK ORG SEBELAH KITA LARI...

Kesimpulan aku kata, aku harap semua org dapat fikir macamana Nabi berfikir...bukan takat nak selamatakan Islam saja tp menyeluruh...aku malas nak membebel panjang-panjang...korang semua dah besar...dah boleh buat anak pun...hohoho...takkan semua kena suap plak kan?org kata banyak suap nanti jadi lembab...otak kurang cergas...hahahaha

Read more...

Cara Hilang Marah....

Bagaimana hilangkan MARAH? (untuk warga israel,amerika,denmark dan seluruh warga dunia yang membencinya)

Kasihan umat Islam sekarang..berdoa ntahapapanthah!(termasuk aku kadang2)
Ada yang mintak panjang umur… Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!

Ada yang mintak nak makan banyak….aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 tan seharí korang tahu?

Ada pulak yang mintak rumah besar…he he he kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ‘ziarah’

Nampaknya manusia tak sedar yang mereka ni nak jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak payah baca…aku bukan ustaz, memang korang boleh hujah@pertikai apa yang aku kata nih…

Ada pulak yang nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramai pun 4 jer…kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !

Yang ni lain cerita pulak, belajar agama supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku ‘shor’ jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yang doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik….argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang duduk dalam air…

Tapi semua yang di atas tu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyat, aku nak cerita hari ini…orang yang doa supaya Allah turunkan Bala kat org kafir, doa LAKNATkan org kafir..mereka dah lah mati masuk neraka, korang pulak doa cam tuh…kasihan..kasihan…

Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala? Selepas 980 tahun buat dakwah…, korang doa bala2 nih dah berapa lama dakwah kat orang kafir tu?

Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh tanya camne nak buat kapal, pokok takde? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pulak Allah bagi peluang kat orang kafir ni untuk taubat korang fikir2kanlah…

Nabi Yunus a.s pula, bila dia doa bala? Allah bagitahu buat dakwah lagi 40 hari , hari yang ke 40 Allah turunkan bala… pendek cerita hari ke 39 nabi Nuh dah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan, dicampak ke laut yg hitam pada malam yang gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan (ikan makan ikan)… pendek cerita lagi… dah ikan tu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari,

Allah perintahkan pulak Nabi Yunus buat bikar@pasu@tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi Yunus ambil masa siapkan pasu tu , maklumlah Allah suruh..bila Siap, bukan main cantik dan besar pasu tu…

Lepas tu Allah perintahkan Nabi Yunus pecahkan pasu tu! Terkejut Nabi Yunus as…Allah buat perumpamaan lebih kurang.. adakah aku cipta orang kafir itu untuk dibinasakan?… Jadi korang semua…Adakah korang ingat Allah cipta orang kafir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Orang kapir duduk neraka tingkat ke-3, orang yang berpura2 Islam duduk neraka bawah sekali!(naudzubillah)

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu orang kafir mati semua orang islam berdosa tau! Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka... Aku jika sempat tengok ‘bersama-mu tv3’, kalau orang Islam susah, aku takde hal, tapi kalau orang bukan islam hidup susah dan merempat, aku sedey woo..kasihan, atas dunia dah macam tu, akhirat ?

isk..isk…( mereka ‘perwira’ di medan derita-neraka-)

INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kafir….sekarang siapa yang teraniaya: kita orag Islam ke atau mereka orang kafir? mereka orang bukan Islam telah di zalimi oleh orang Islam kerana tak menyampaikan dakwah kepada mereka…sebab tu bila orang Islam perang dengan orang kafir...orang kafir menang-sebab mereka telah di zalimi-org Islam tak dakwah mereka…

Zaman ini bilangan orang pergi hají dan bilangan orang Islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan orang Islam zaman Nabi, dan ada yang doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, israel, bush, mesir, pak man telo, mamat yg tipu duit aku RM100 dll. .

Tapi bila perang Amarika-Iraq, Amerika-Afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yang tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong orang Islam?

Ingat dalam sejarah Islam kemenagan hanya apabila Allah bantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak dakwah pada org kafir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak berperang dengan Denmark,Amerika dll, dah berapa lama buat dakwah kat mereka..satu jam? Seminit ? menangislah kawan..

Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat dakwah 3 hari dulu, kalau mereka tak nak suruh mereka bayar “macam zakat”..kalau tak nak jugak ,HA!

Baru serang!!! Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaum (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…

Aku tahu korang tengah marah, aku pun marah gak bila mereka bila Palestine kena serang, Islam dipijak, kena kutuk dengan mmb, org xbayaq hutang…Tapi kalau nak marah, marahlah kerana Allah, bukan nafsu..

Marahlah cara Nabi kita marah…

Macamana?

Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud)
Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH…. (Nabi ulang 3 kali)

"ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH” (hadith)

Maknanya marah memang dah ada Cuma korang kena telan marah…! TAPI bila korang telan marah sahaja korang akan dapat penyakit2 lain..(pulak…)

Orang melayu ramai kes macam ni, bila marah, dia telan, siap senyum tu, tapi lama2@lama kelamaan datang penyakit baru iaitu AMUK!

Kes Hang Jebat! Pasir Salak! Sultan Mahmud mangkat di julang! Bla la bla!

Jadi bila korang dah telan marah korang kena buat dua perkara lagi iaitu: Maafkan dan bagi hadiah, amacam boleh?

diulangi:
3 CARA MENCEGAH MARAH:

1.Telan Marah
2.Maafkan.
3.Bagi Hadiah.

Bersambung......esok lah kasi hit marah org jerk nih hahaha

Read more...

Sambung pasal marah2...

Jangan ingat yang ni rekaan semata2 tau...Nabi dah praktikan dah 1400(plus minus) dulu

Cerita 1: Bila Nabi lihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?

Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kapir macam tu juga….

Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”. (((Ha! Untuk org yg bergaduh, bila aku mintak maaf, tak nak maaf, bila aku cakap: “lagikan Nabi ampunkan umat”,

korang siap jawab;” “Itu Nabi, nabi lain, taraf dia tinggi”

Woi manusia!, (aik? Marah nampak)Nabi yang takde dosapun nak lebih baik, nak maafkan, apatah lagi korang yang bergelumang dengan dosa!(termasuk aku),
jadi: maafkanlah aku wahai kawan, maafkan aku wahai makhluk tuhan…

Arghh! Kalau semua kesalahan boleh di maafkan hanya dengan ucapan maaf, APA GUNANYA BALAI POLIS? Lantak engkau lah!, kau tak nak sory aku naik lorry…)))

Ok OK..Sambung balik,

Apa Nabi buat?

1. Nabi Telan marah….(semua dari Allah)

2. Nabi maafkan Hindun yg buat kerja2 tuh?

3. Nabi bagi hadiah kepada hindun berupa doa hidayat…

Akhirnya Hindun masuk islam dan pembunuh Hamzah r.a. juga masuh islam.
Hindun yg pernah bersumpah tak nak masuk islam cakap:Bukan aku yg masuk islam tapi islam yg telah masuk ke dalam aku… (Subha naAllah)

Cerita 2.
Nabi di baling batu di taif(rujuk:Apa itu hijrah?)
Apa Nabi buat.

1. Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah2)
2. Nabi maafkan org Taif(Malaikat offer nak datangkan bala-Nabi tolak)
3. Nabi bagi hadiah berupa doa hidayat…

dan akhirnya anak org2 taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah dakwah ke Asia..(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)

Cerita 3.
Seorang sahabat kematian anaknya akibat hamba sahayanya dengan tidak sengaja telah tertumpah air panas.

Lihat apa sahabat buat:

1. Sahabat telan marah(pada mulanya dia memang nak marah, tapi bila dia lihat hamba dia menangis dan berkata”maafkan hamba, tidak sengaja” maka dia tahu semua ini adalah dari Allah.
2. Sahabat maafkan Hambanya.
3. Sahabat bagi hadiah iaitu kebebasan…

Di beritakan Sejak sahabat2 Nabi amalkan hadith ini, bilangan hamba2 semakin berkurang dan akhirnya tiada terus….

Cerita 4.
Seorang hamba Allah telah lakukan banyak kesalahan dan Hamba Allah ini hanya ada iman sebesar zarah.

1. Allah hilang Murka bila hamba ni bertaubat(walaupun dalam neraka)
2. Allah ampunkan dosa dia
3. Allah bagi hadiah iaitu shurga….(yg luasnya 10 X dunia! Punya besar)

Cerita 5(bukan hadith) Isteri kawan aku baru saje mandikan anak, sementara dia mengambil kelengkapan bayi dia kawan aku pun bermain dengan anaknya.
tiba2 anak dia pancut air kencingnya ke muka dia! Mari kita lihat apa dia buat:

1. Dia telan marah(bukan telan air kencing hmmm ape ni rasa masin2..isk..)

2. Dia maafkan anak dia (alah…bebudak)

3. Dia bagi hadiah iaitu pampers dan susu dan dodoikan anak dia tidur dengan menyayi beberapa buah lagu…(kira hadiahlah sebab pampers dan susu dia suruh aku beli kat Giant: peneraju harga terendah he3)

Korang tak setuju? Korang tak nak bagi hadiah?

Kalau tak nak bagi hadiah janganlah marah!

Banyak lagilah cerita2 yg korang dan aku boleh ambil iktibar, kalau korang ingat masa Nabi dan para sahabat nak gi Haji tapi org kapir sekat tak bagi masuk dan buat perjanjian ‘hudaibiah’….
lepas tu bila tanda tangan mereka org kapir tak nak tulis perkatatan Pesuruh Allah yg membuatkan sahabat meradang, tapi Nabi ‘cool’…lepas tu Nabi suruh sahabat patah balik, korang bayangkanlah jalan kaki dari johor bharu ke KL lepas tu kena patah balik, tapi nabi ‘cool’…

Bila Nabi botakkan kepala, barulah sahabat2 faham kesungguhan Nabi dan mereka2 yakni para sahabat telah mencukur rambut mereka sampai berdarah2 kerana menahan marah….telan marah…maafkan….dan perjajjian itu telah di anggap ‘hadiah’ oleh org kapir..macam berat sebelah, tapi Allah Maha Mengetahui… Antara perjanjian itu adalah: Gencatan senjata.

Tidak boleh berperang, maka barulah org islam dapat bergaul bebas ngan orang kafir, Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdakwah di mekah 313 org je yang ikut gi perang badar, lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 10 ribu sahabat nak pergi haji…tapi lepas perjanjian tu beberapa tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 124 ribu org…
kenapa?

Kerana akhlak orang islam bagus-bagus, org kafir datang madinah terus terkesan…tapi hari ini,

akhlak orang Islam berada pada paras yang membimbangkan, kalau banjir, leh lemas…Orang kafir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam org islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata2…

Org kapir takut org islam hampir pada mereka, takut kat badan org islam ada BOM! Penutup..

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Umar yg nak bunuh Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Khalid yg membunuh 70 org islam dalam perang UHUD…

Ya Allah berilah Hidayat pada Hindun yg makan hati Saidina Hamzah…

Ya Allah berilah Hidayat pada Penduduk Taif yg baling batu pada Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Supian yg banyak menghina Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Denmark, Amerika, israel..dll

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg tulis ni…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca ni…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg menghina Nabi Ya Allah berilah Hidayat pada org yg laknat mereka yg menghina Nabi

Ya Allah berilah Hidayat pada Seluruh umat Kekalkanlah aku dalam hidayat..
Jadikan aku asbab hidayat

Amin…

Ps: Bertaubatlah sebelum menjadi kena usung nnt…kalau korang marah kat aku pasal tulis ini, korang kena telan marah, lepas tu maafkan aku dan yang paling best: KORANG KENALAH BAGI HADIAH HE HE HE...

Read more...

Saturday, January 9, 2010

Polis Mesir berkas tiga suspek penyerang gereja Koptik


RAKYAT Mesir beragama Kristian merusuh dan membaling batu ke arah sebuah kenderaan hospital semasa bertempur dengan polis antirusuhan Mesir di wilayah Qena, 64 kilometer dari tapak zaman silam popular, Luxor di Mesir, kelmarin. - AP


KAHERAH 8 Jan. - Polis hari ini memberkas tiga suspek dalam kejadian tembakan pada sambutan Krismas yang membunuh enam penganut Kristian Koptik dan mengejutkan kumpulan minoriti itu di negara ini.

Pihak berkuasa telah mengepung dan mencari suspek di sebuah ladang tebu di selatan Mesir di mana kumpulan lelaki bersenjata menembak mati enam penganut Kristian yang pulang dari sambutan Krismas dipercayai bersembunyi, lapor media negara hari ini.

"Polis menahan mereka di sebuah ladang tebu." kata seorang pegawai kepada pemberita.

Agensi berita MENA memetik sumber keselamatan lewat semalam yang mengatakan penemuan kereta yang digunakan dalam kejadian ngeri itu dan mengenal pasti tiga dalang serangan.

Tiga orang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penganut Kristian Koptik yang sedang meninggalkan sebuah gereja di bandar Nag Hamadi, 64 kilometer dari utara kawasan tinggalan sejarah Luxor.

Seorang pengawal beragama Islam turut terbunuh sementara sembilan yang lain cedera dengan tiga daripadanya berada dalam keadaan serius.

Polis telah mengenal pasti dalang serangan sebagai tiga individu yang mempunyai rekod jenayah lampau dan percaya serangan mempunyai kaitan dengan kes rogol seorang gadis Islam oleh lelaki Koptik di perkampungan Farshut berdekatan pada November lalu.

Penduduk Islam bertindak balas terhadap insiden itu dengan membakar kedai milik Koptik dan mengepung balai polis tempat suspek ditahan.

Beribu-ribu penganut Kristian melancarkan protes semalam malah menyerang polis dan ambulans kerana mendakwa komuniti mereka telah didiskriminasi.

Penganut Kristian, kebanyakannya Koptik Ortodoks, meliputi kira-kira 10 peratus daripada 80 juta penduduk Mesir. Mereka meraikan Krismas pada 7 Januari setiap tahun.

Mereka biasanya hidup aman dengan orang Islam walaupun pertempuran dan ketegangan kerap berlaku, terutamanya di selatan Mesir berhubung pertikaian tanah atau perbalahan mengenai pembinaan gereja. - AGENSI

Read more...

Thursday, January 7, 2010

Black Hole ?

Dalam astronomi dan ilmu fizik, kita mengenal adanya suatu fenomena alam yang sangat menarik iaitu lubang hitam (black hole). Lubang hitam adalah suatu entiti yang memiliki medan graviti yang sangat kuat sehingga setiap benda yang telah jatuh di persekitaran zon magnetik tersebut (daerah di sekitar inti lubang hitam), tidak akan boleh keluar lagi. Bahkan radiasi elektromagnetik seperti cahaya pun tidak dapat melarikan diri, akibatnya lubang hitam menjadi “tidak kelihatan”.

Ternyata, dalam matematik juga fenomena yang unik wujud dan mirip dengan fenomena lubang hitam iaitu bilangan lubang hitam. Walau pun ianya hanya sebagai analogi dengan kejadian sebenar lubang hitam, namun uniknya fenomena matematik ini amat menarik sekali. Apakah yang dimaksudkan dengan bilangan lubang hitam ini atau bagaimana sebenarnya bilangan lubang hitam itu? Mari kita bermain-main sebentar dengan angka yang mewujudkan hasil yang unik ini.


Cuba anda pilih sesuatu nombor sesuka hati. Nombor pilihan anda mestilah bermula dengan sebarang nombor positif (bilangan mulai dari 1 sehinggalah sebarang nombor yang boleh mencapai sebarang angka -tak terbilang). Sebagai contoh, katakanlah 141.985. Kemudian hitunglah jumlah digit genap, digit ganjil, dan total digit bilangan tersebut. Dalam kes ini, kita akan dapati 2 digit genap, 4 digit ganjil, dan 6 jumlah digit). Lalu gunakan digit-digit ini (2, 4, dan 6) untuk membentuk bilangan berikutnya, iaitu 246.

Ulangi hitung jumlah digit genap, digit ganjil, dan total digit pada bilangan 246 ini. Kita dapatkan 3 (digit genap), 0 (digit ganjil), dan 3 (jumlah total digit), sehingga kita peroleh 303. Ulangi lagi hitung jumlah digit genap, ganjil, dan total digit pada bilangan 303. (Catatan: 0 adalah bilangan genap). Kita dapatkan 1, 2, 3 yang dapat dituliskan 123.

Kesimpulan Susunan Hitungan adalah seperti berikut:

141.985 >> 246 >> 303 >> 123

Jika kita mengulangi langkah di atas terhadap bilangan 123, kita akan dapatkan 123 lagi. Dengan demikian, bilangan 123 melalui proses ini adalah lubang hitam bagi seluruh bilangan lainnya. Semua bilangan di alam semesta akan ditarik menjadi bilangan 123 melalui proses ini, tak satu pun yang boleh lolos nombor unik ini.

Tapi benarkah semua bilangan akan menjadi 123? Sekarang mari kita cuba suatu bilangan yang bernilai sangat besar, sebagai contoh katakanlah

122333444455555666666777777788888888999999999.

Jumlah digit genap, ganjil, dan total adalah 20, 25, dan 45. Jadi, bilangan berikutnya adalah 202.545. Lakukan lagi iterasi (pengulangan), kita peroleh 4, 2, dan 6; jadi sekarang kita peroleh 426. Iterasi sekali lagi terhadap 426 akan menghasilkan 303 dan iterasi terakhir dari 303 akan diperoleh 123.

122333444455555666666777777788888888999999999 >> 202545 >>426 >> 303 >> 123 -> Nah, muncul lagi angka 123.

Sampai pada titik ini, iterasi berapa kali pun terhadap 123 akan tetap diperoleh 123 lagi. Dengan demikian, 123 adalah titik absolut sang lubang hitam dalam dunia bilangan.

Namun, apakah mungkin saja ada suatu bilangan, terselit di antara rimba raya alam semesta bilangan yang jumlahnya tak terhingga ini, yang dapat lolos dari jeratan maut sang bilangan lubang hitam, sang 123 yang misteri ini?

Cuba fikirkan betul-betul…Carilah sebarang nombor yang mungkin lolos daripada nombor unik 123 ini.
Contoh-contoh lain untuk tatapan anda adalah:

Contoh 1
322324.254596874
8615 => 224 => 303 => 123

Contoh 2
254.369
336=>123

Contoh 3
1548121368
5510 => 134 => 123

Contoh 4
1 => 011 => 1232
Hei..nombor 123 lagi…uniknya nombor 123 ini

Sumber: http://difarhan.blogspot.com/

Read more...

Hidup Infiniti Wujud Ilusi..Sajak

AKU tidak begitu mengetahui bagaimana diriKu bermula dan tak tau kenapa diri AKu di sini.

Adakah AKU di dalam? ataupun AKu di luar?

Ataupun diri AKU tiada di ruangan mahupun di lorong Masa?

Apakah AKU di Awal skrip Plan Alam

AKu sedang berada di hujung mahupun AKU sedang menggubahnya agar INFINITI menjadi destinasi Pencarian AKU dalam Ilusi yang telah mengalami Evolusi sejak bila tanpa AKU sadari bahawasanya Sisa itu menjadi Permulaan suatu Pengakhiran yang adakah Muktamad

ataupun sekadar mengulangi Ilusi yang terus-menerus disadari dalam kesadaran Keinginan untuk terus Wujud walaupun ianya dikatakan Evolusi dalam suatu Ilusi !!!!

Read more...

Jalan agama yang satu dan berbagai wajah.

Seseorang yang ingin kenal siapa tuhan pasti ada sebab tertentu. Samada penting atau sebagai
ingin tahu.Keadaan manusia yang inginkan pembelaan,keadilan,takut kepada sesuatu misteri ghaib dan sebagainya akan berusaha mencari jalan penemuan itu.Selain itu agama bermula dari adat suatu kaum yang turun temurun.Tradisi turun temurun ini memang sukar dipisahkan dari pegangan suatu kaum.

Segala kejadian yg.menarik minat manusia untuk bertuhan dirancang oleh satu pemimpin sahaja.

Walaupun rancangan itu akan membuatkan manusia melakukan pelbagai rupa penyembahan dan fahaman tentang tuhan.

Zaman jahiliah perlu kita tahu bagaimana rupa kehidupan mereka, aktiviti mereka dan permasaalahan mereka. Bukan seperti zaman sekarang yang telah aman damai walaupun ada peperangan sana sini. Dulu manusia terseksa dan dizalimi macam binatang dan sangat kejam.Hidup cara diluar undang2. Siapa kuat dialah 'tuhan'.

Fenomena ini lah lahirnya pejuang-pejuang, pemberontakan,pemimpin2 berani yang tabah. Maka disana bermulalah agenda mempercayai suatu semangat yg.datang dari diri dan berkembang dengan terjadinya suatu kelebihan2 misteri secara tak disedari. Bermula cara ini tuhan memilih semangat pejuang berani itu untuk misi2 menyampaikan berita dari ketajaan tuhan.

Orang2 terpilih itu pada mulanya tidak tau akan hal misi tuhan dan sentiasa keliru pemikirannya
dalam memikirkan kejadian yang meresapi dirinya. Jadi cuba renung kisah2 nabi yang diberi
mukjizat itu dan cuba masuk ke zamannya untuk lihat zaman silam tu.

Jadi kena faham betul fenomena sejarah dan masa serta zaman manusia. Tujuannya semua
adalah sama.Iaitu mengharap suatu kuasa kerohanian untuk membantu menghapuskan
kezaliman, malapetaka, penyakit misteri walaupun disebabkan oleh kuman2 dan virus.

Anutan yang pada mulanya dibimbing oleh pemimpin yg.mempunyai ilmu haq telah bertukar jadi pelbagai fahaman dan wajah bila pemimpin itu mati.

Sejarah nabi Isa juga banyak percangahan maklumat dan berita pengesahan yang berbagai
andaian dan tafsiran. Ini kerana manusia mengkaji soal2 kecil yg.tak berapa penting.Sedangkan
tuhan hanya inginkan misi kenal DIA sebagai pencipta.

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Kalau tak perlu kenal Tuhan, boleh ker?

Soalan yang menarik juga macam ni...Kalau tak perlu kenal Tuhan, boleh ker? Hakikatnya, Tuhan tak paksa samada manusia nak mengenalinya... atau percaya saja pada diri secara kejadian itu adalah semula jadi...hohoho

Namun Dia telah melaksanakan janji2 dan hukum peraturan kejadian yang demikian.Sebab itu
DIA berjanji dengan dirinya sendiri bahawa,Rahmat ku mengatasi kemurkaan ku.

Kenal tuhan tak susah kalau DIA nak kenalkan.Namun banyak orang yang telah kenal, masih
tidak memahami teka teki hukum kejadian, kerajaan dan pentadbiran, sunnahnya dan peraturannya.

Manusia masih berputar-putar mencari jawaban tentang ayam dan telur. Kita ambil fahaman kejadian itu semula jadi.

Soalannya siapa yang dulu di antara telor dan ayam. Diantara ayam jantan dan betina sapa pulak
terjadi dulu....

Tersebut dalam sebuah kitab...

للربوبية سر لو أظهر لبطلت النبوة للنبوة سر لو كشف لبطلت العلم وللعلماء سر لو أظهروه لبطلت الأحكام

Bagi KETUHANAN itu rahsia (ilmu yang tidak bolih dibicarakan) jikalau dinyatakan nescaya batallah KENABIAN. Dan bagi KENABIAN itu rahsia, jikalau dibukakan (kepada orang biasa), maka batallah ILMU. Bagi ULAMA' itu rahsia2, kiranya mereka ceritakan, maka batallah hukum2 syariat.

حفظت من رسول الله؛ وعائين من العلم فاما أحدهما فسبتته والأخر لو بينته لقطع مني هذا الخلقوم

Berkata Abu Hurairah: "Aku ambil dari rasullullah dua bejana dari ilmu. Satu darinya aku terangkan dan yang lain , kiranya aku jelaskan, nescaya disembelih orang halkumku "(tengkok).

Jadi..disini...Siapa Allah sebenarnya itu adalah dari persoalan manusia yang ingin tahu.
Terpulang pada niat masing2 kenapa dia ingin tau dan bagaimana pula dilakukan jalan
mengetahuinya.

Ada juga manusia yang tak kisah nak tau siapa tuhan melainkan Dengar dan Beriman dengan apa yang telah disampaikan sebagai ajaran agama.

Bagi yangnak kenal, maka ketahuilah, akal dan ilmu hanyalah sunnah yang tetap. Dengan ilmu
manusia mendapat cahaya yang berfungsi sebagai lampu yang menerangi jalan yang gelap.

Apabila jalan telah terang maka dapatlah melihat apa yang ada dijalannya dan memahami perkara2 dijalannya adalah sama dari apa yang tercatit dalam Alquran.

Untuk mendcapai pengenalan sebenar,...beribadahlah tanpa menyukutukan Allah dengan apa jua pun.Amal yg.inilah menjadi suatu amalan yg.tak semudah sebutan lidah dan bahasan ilmu.

Walaupun seeorang telah berguru dengan wali 9 sekalipun,...mengamalkan ilmu tauhid zat
bukanlah suatu perjalanan atau jalan pintas.Ada juga yg.dah sampai tapi tak dijemput masuk.

Maka tunggulah kat depan pintu atau balik aje buat kerja khalifah dimuka bumi.

Oleh itu, hanya ikhlas nak kenal akan kenal. Ikhlas ertinya tiada sesuatu pertaruhan disamping
mengenal itu.

Jika ingin mengenal cara tak beradab maka tuhan akan mengenalkan ikut jalan tak beradab juga.

Jika nak kenal kerana niat suatu yang.lain, maka tuhan akan kenalkan suatu yang dihajati itu lebih utama.

Jika nak bergaduh dan berhujah dengan tuhan, maka jumpalah pelbagai hal yang memeningkan
kepala.

Terpulanglah apa cara yang mampu tertanggung oleh diri yang mengenal. Semoga kenal akan DIA sebelum bercerai jasad dan jiwa.Kerana mengenal Allah alam ruh lebih menyeksakan. Jika itu juga adalah fantasi, maka tunggulah saat tibanya.

Read more...

Alkisah...mengenal Allah..

Ok aku paparkan kisah seorang sahabatku...

"Cerita yang dah berlalu 18 tahun dulu ketika aku ditimpa penderitaan hidup yang aku rasa
mati lebih baik. Agama asal ku Islam tapi aku tak berkisah pasal agama sangat.Bulan puasa
ke,hari jumaat ke,.....sama je.

Dalam keperitan hidup tu, aku ditolong oleh bangsa bukan se agama ku.Mereka mengambil
ku sebagai anak angkat. Bangsa tu mungkin menganut agama Tao dari kaum cina. Setahun
aku hidup dengan budaya mereka dan masa tu lah aku belajar macam2 kepercayaan dan
penyembahan.

Walau pun mengikut sembahyang mereka tapi rasa mempunyai tuhan juga tidak wujud.
Hanya satu kepercayaan bahawa diri ini hanya berserah pada yang disangka memberi untung
baik buruk dan mematuhi pantang larang.

Sambil tu aku selalu berbual-bual dengan pembawa fahaman buddha. Ajaran mereka hanyalah
berkonsep pengabadian ruh diri melalui kebaikan dan kepercayaan bahawa ruh boleh mencapai
kesucian dan menjadi ketuhanan. Rasanya tak sanggup ikut jalan tu sebab pantang larangnya
tak sesuai dengan jiwa.Makan nak jaga,itu nak kawal,....tapi bagus gak kalau nak jadi manusia
baik.

Pendek cerita,...akhirnya aku nak dikawinkan dengan wanita cina dan masuk agamanya secara
resmi.Disaat itu aku buat perhitungan akhir dengan tuhan yg.manakah yang dapat memberi
bukti kewujudannya maka aku akan berpegang teguh pada syariatnya.

Alhamdulillah...aku telah kenal Allah kerana bukti nyata yang bukan ilusi atau fantasi dan bukan kebetulan.Bukti itu ditunjukkan pada ku secara langsung dan bukan hanya satu bukti. Beberapa perkara telah berlaku dalam sehari itu juga, dimana permohonan ku dikabulkan serta merta.

Bezanya ujian sebelum kenal Allah ialah,...kita akan menyalahkan orang lain atau penyebabnya
atau menyalahkan tuhan,.. kenapa ia mentakdirkan begitu sedangkan orang2 tak beribadat
IA mewahkan dan beri kebahagian hidup sedangkan ia hanya menjadikan batu2 dan pokok
sebagai tuhan.

Selepas kita kenal tuhan,...segala ujian adalah sebagai penebus dosa2 kecil dan untuk kita
menjadi matang dalam hidup,cekal dan tidak putus asa dengan pertolongan Allah yg.akan tetap
tiba.

Katanya,...bersolat dengan sabar hingga sampai pertolongan.Katanya lagi setiap kesusahan
akan datang juga kesenangan.

Ash-Syarh


[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).



Adh-Dhuha

[1]
Demi waktu dhuha,
[2]
Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

[6]
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Jadi...nasihatku, janganlah pula dah beriman nak sembah yang lain.Kalau sekadar memahami
membaca kitab2 agama lain,..tuhan tak larang. Demi memahami di antara yang baik2 itu mesti
ada terbaik dan lebih sempurna.

Semua anutan ketuhanan berasal dari tuhan melalui rasul2nya dan hamba2nya terpilih.Cuma
sesetengah pembawa mesej tuhan tak panjang umur dan tergantung dan tak sempat
amanahkan kepada pewaris,...maka anak2 murid yang tak habis belajar ne...jadilah guru dan
ubah sikit2.

Pasal kaum tu dah kenal sang murid ne pengikut setia,..maka semuanya terus percaya bulat2
tanpa rujuk kitab asalnya.

Orang2 barat menyelidik kitab2 secara ilmiah.Sebab tu mereka tau banyak hal dari umat islam
sendiri."

Dari situ aku nampak juga ungkapan "Orang2 barat menyelidik kitab2 secara ilmiah.Sebab tu mereka tau banyak hal dari umat islam sendiri"...

Sebelum Al-Quran....telah datang kitab2 kecil dan kitab2 besar dari tuhan. Seperti kitab injil juga ada menceritakan pelbagai kisah dan terselit dalamnya pelbagai ilmu.

Al-Quran sebahagian isinya membongkarkan kepalsuan dari kebenaran yang disorok oleh ahli kitab terutama bangsa yahudi.Selain itu Al-Quran mengulangi apa yang tercatit dalam injil untuk pengetahuan Nabi Muhammad.

Dalam quran,...tuhan telah melebihkan bangsa yahudi ne dari lain2 bangsa sezamannya
dengan pelbagai ilmu,rupa dan tubuh.Terdapat lagi banyak buku2 ilmu yg.telah dirampas
semasa perang kerstian islam.

Oleh kerana, quran mempunyai persamaan sudut ilmunya maka itu orang barat ingin mencari
kebenaran ilmu itu.Sejarah tamadun sebenarnya telah bermula 2 - 3 ribu tahun. Kisah teknologi
Nabi Daud buat baju dan senjata besi,mengukir gunung.mendirikan piramid,membuat kertas dan buku dari kulit dan sebagainya.

Namun ilmu Al-Quran atau kitab2 lain bukanlah mengajar secara lengkap untuk membuat
rekaan dan ciptaan.Ia hanya pendedahan berbentuk tip2 dan pembuka jalan sahaja.Selebihnya
Allah kata ilmu akan diajar dan diberi kepada seseorang mengikut peraturannya tak kira sapa2.

Jadi kepandaian yang diperolehi oleh orang barat ni.. adalah bermula dari sifatnya yang mau berfikir dan berusaha.

Jika kita lihat sejarah penciptaan sesuatu,..datangnya bukan terus kepada ilham untuk mencipta
alat itu.Kejadian2 seperti melihat burung, buah epal jatuh dari pokok, melihat kejadian2 lalu
mereka mengambil berat dan memikirkan.Dari bahan2 peningalan sejarah dulu mereka telah
menjumpai dan mengetahui tentang ilmu telah bermula sejak dulu.

Cuba lihat bangunan piramid yang terletak di Mesir. Apakah orang arab sendiri yang mengkaji atau orang barat.Harta dan istana Firaun yang tengelam di lautan med. Siapa yang mengangkat keluar.

Jadi disini telah jelas sikap orang Islam yang tak menggunakan akal untuk berfikir. Kini piramid dijadikan salah satu pusat pelancongan di Mesir yang terkenal hasil orang barat juga yang mempopurkan dan mengkaji..

So..eeeh marilah kalau nak fikir2kan ya..hehe..

Read more...

Mengenal Allah..bagaimana?

Aku terima satu msg soalan... Apakah dengan mengenali Allah kita akan taat padanya? Kalau betul begitu kenapa Iblis tidak taat kepada Allah?[

Ok...Mengenal Allah itu tujuannya supaya tidak tersalah sembah je. Sembahan sudah betul sekalipun, tapi jika syariatnya (iaitu perintah dan larangan Sembahan itu) tidak dituruti, masih dikira tidak taat juga.

Sama seperti kita di suruh menghadap raja. Sebelum masuk ke istana, kita yang kekampungan ini diajari dulu cara-cara untuk mengenal raja.

Maka orang tua ita pun memberitau: "Raja itu pakaiannya seorang raja yang berwarna kuning, lagi duduk di tengah-tengah dan diapit oleh dua pengawal bersenjatakan tombak. Selain itu semuanya tidak berpakaian warna kuning, tidak duduk di tengah-tengah dan tidak diapit oleh pengawal."

Makanya dengan ilmu ini kita boleh mengenal sang raja. Tapi orang yang tidak belajar ilmu ini, boleh jadi dia akan tersalah sembah lalu menganggap orang lain sebagai raja.

Yang itu sudah beres...masalahnya, syariat si raja tidak dipatuhinya. Ibnuya sudah berpesan, "Kalau masuk saja kamar utama raja bertakhta, mesti tunduk kepala. jalan 20 langkah lalu sujud kepadanya."

Si anak pun pergi ke istana lalu masuk ke kamar sembahan. Terus dikenalnya raja yang mana satu. Malangnya dia tidak mengikut syariat. Dia enggan menunduki kepalanya dan tidak mahu sujud. Akibatnya dia tidak taat lalu dibuang negeri.

Jadinya, mengenal Allah tujuan utamanya ialah agar tidak tersalah sembahan, bukan bukti ketaatan. Sebab itu Iblis dihitung sebagai tidak taat walaupun mengenal Allah.

Jadi..orang dulu2 begitu kuat mendalami ilmu untuk mengenali allah atau ilmu kenal diri kenal Allah...so..sekarang ilmu tersebut sudah dicantas oleh kebanyakan orang...!! Ada mengatakan "Saya tahu Allah tapi saya belum mengenalinya....!!


God Bless U.

Read more...

Tuesday, January 5, 2010

Isu Penggunaan Nama ALLAH ?


Aku rasa terpanggil juga nak membahaskan tentang isu panas dan hangat tentang penggunaan kalimah Allah bagi agama lain..

Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Sama halnya kristian di Mesir mereka juga menggunakan kalimah Allah sebagai tuhanNya. Begitu juga mereka memberi salam...sama seperti orang Islam..

KALIMAH ALLAH DI MESIR

Dalam agama lain,maksud ALLAH itu,tidak sama dengan apa yang dimaksudkan oleh umat Islam.Memang tidak dinafikan,di Mesir,kalimat ALLAH juga digunakan oleh penganut kristian ORTODOKS.

Ini dapat kita saksikan sendiri dalam siri ceramah-ceramah agama yang disiarkan oleh beberapa rancangan di parabola ,nile set di Mesir yang ke udara 24 jam, antaranya “AL MALAKOT,CTV dan AGHAPY”.

Namun, populasi masyarakat Islam yang merupakan majoriti sebanyak 90 peratus dari 80 juta itu dengan ditambah kekuatan program-program dakwah sama ada melalui media seperti television, bahkan majalah-majalah bulanan dan akhbar mingguan Islam yang bercambah justeru program-program yang membentuk dan menjaga akidah masyarakat Islam di Mesir tidak boleh dipandang rendah. Elemen-eleman tersebut betul-betul telah dimanfaatkan semaksima mungkin berbanding di negara kita yang memerlukan usaha yang lebih giat dijalankan.

Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Bahkan Injil berbahasa Arab akan menyebut Tuhan/ The God dengan sebutan Allah, kerana tidak ada sebutan lain lagi untuk gantinama/ dhomir untuk ZAT MUTLAQ/ Diri kesendirian Pencipta.

Andainya digantikan dengan AR RABB, maka ertinya tidak mencerminkan AZ ZAT/ Diri, kerana AR RABB membawa pengertian = Pentadbir

Orang2 yang lahirnya lidah Arab sepastinya akan menyebut AZ ZAT/ KEDIRIAN dengan bahasa ibunda mereka ALLAH (الله)

Perkataan Allah disadur dari bahasa Yahudi Elah, yang juga memberi maana ZAT/DIRI/NAFS PENCIPTA

الله = ا ل إ ل ا ه = ال إلاه = ال إلاه Al ilahun = The God dalam bahasa Inggerisnya dan Tuhan dalam bahasa Melayunya. ِ Allah, The God, Tuhan, Gusti adalah sebutan/ gantinama bagi Zat Mutlaq.

Jadi...Ada pun الله itu terbit dari huruf ( ال إلاه).

Dan ال itu adalah Alif Lam Alma’rifah. Pengertiannya ال kepastian/kata nama khas.
إلاه ertinya tuhan. Dan jadilah ungkapan إلاه nama khas/ proper noun bila ditambah ال المعريفة .
Dan bukanlah الله itu TUHAN , kerana ia hanyalah satu ungkapan bahasa/huruf yang membawa maksud YANG MAHA SEMPURNA ujudNya.

الله / ال إلاه / bermaksud KeTuhanan/KeKuasaan/'The God' /Yang Maha Sempurna PengaturanNya.

Kekeliruan adalah percaturan bahasa 'seumpama' Maha Bijaknya pencatur bahasa. Yang Pintar 'mengatur buah catur bahasa', Yang Maha mengerti apa yang dicaturkan bagi diriNya sendiri.

Untuk kepastian, bertanyalah kepada ahli bahasa 'yang benar2 ahli'. Ahli BAYAN, MANTIK, BALAGHAH, NAHU, bukan ahli bahasa yang menceduk2 bahasa. Agar insan tidak tertipu.

Semestinya KeTuhanan itu dibiarkan sahaja tanpa ungkapan. Allah (Arab) Tuhan (Melayu) Pramatma (Sanskrik) Brahman (India) God (Inggeris) ….

Tiada satu spesis makhluk pun pernah melihat 'TUHAN': Dari manakah senikata nama 'ALLAH' ini datang? Bilakah dan bagaimana 'TUHAN' memberi tahu manusia namaNYA ALLAH.

لن تراني * سورة الاعراف آية 143 * Engkau tidak akan dapat melihat Aku

* لا تدركه الابصار * سورة الانعام – لآية 103 Penglihatan tidak sampai (mencapai) kepadaNya – didunia.

Dan yang sahihnya Rasullulah s.a.w tidak melihat Allah pada malam mi’raj. Sila ruju’ Ihya’ Ulummiddin (naskhah Arab) m.s 287 bab, juzu’ 4 بيان السبب في زيادة في لذة الآخرة علي المعرفة الدنيا والصحيح أن رسول الله ص ع س ما رأى الله تعالى ليلة المعراج * حديث * Dan yang sahih sesungguhnya Rasullulah tidak melihat Zat Tuhan pada malam mi’raj/ perjalanan naik. ( maksud hadis sahih dari Aisyah r.a)

Pada satu lagi hadis sahih bekata Aisyah: إنها قالت من حدثك أن محمدا رأى ربّه فقد كذب ertinya berkata Aisyah 'siapa menceritakan, Muhammad melihat Tuhannya, maka ia berbohong.

Satu lagi hadis sahih, bertanya Aisyah kepada Rasullulah s.a.w: هل رأيت ربّك قال نوراني أراه ertinya 'apakah engkau melihat 'TuhanMU? Berkata Muhammad 'NURANIKU MELIHATNYA'. Riwayat Muslim , hadis Abu Zarr.

Ok..Manakala catatan pada http://en.wikipedia.org/wiki/All%C4%81h

In other scripts and languages

* Allah in other languages with Arabic script is spelled in the same way. This includes Urdu, Persian/Dari, Uyghur among others.
* Chinese: 阿拉 Ālā, 安拉 Ānlā; 真主 Zhēnzhǔ (semantic translation)
* Greek: Αλλάχ Allách, Θεός Theós (God)
* Hebrew: אללה Allah
* Hindi: अल्लाह Allāh
* Japanese: アラー Arā, アッラー Arrā, アッラーフ Arrāfu
* Maltese: Alla
* Korean: 알라 Alla
* Russian, Ukrainian, Bulgarian: Алла́х Allakh
* Serbian, Belarusian, Macedonian: Alah, Алах
* Thai: อัลลอฮ์ Anláw

Comparative religion

Some scholars[who?] have suggested that Muhammad used the term Allah in addressing both pagan Arabs and Jews or Christians in order to establish a common ground for the understanding of the name for God, a claim Gerhard Böwering says is doubtful.[11] According to Böwering, in contrast with Pre-Islamic Arabian polytheism, God in Islam does not have associates and companions nor is there any kinship between God and jinn.[11] Pre-Islamic pagan Arabs believed in a blind, powerful, inexorable and insensible fate over which man had no control. This was replaced with the Islamic notion of a powerful but provident and merciful God.[30]

According to Francis Edwards Peters, "The Qur'an insists, Muslims believe, and historians affirm that Muhammad and his followers worship the same God as the Jews (29:46). The Quran's Allah is the same Creator God who covenanted with Abraham". Peters states that the Qur'an portrays Allah as both more powerful and more remote than Yahweh, and as a universal deity, unlike Yahweh who closely follows Israelites.[7]

Ok tuhan Hindu ramai, tuhan kristian 3 , tuhan islam satu...tp masing2 mempunyai sifat2 yg tak jauh beda..yakni kena tunduk pd dia, buat baik sajer belum cukup syarat utk masuk dia punya surga..

Ada sorang kawan pernah bertanya...kenapa pulak tuhan maha kuasa mesti satu ? kenapa tak 1/2 sajer barulah nampak lebih super maha berkuasa? Cuba cari jawapan tersebut..Nabi s.a.w sering mengatakan seperti..kebersihan separuh daripada iman..cintakan negara separuh daripada Iman..dan sebagainya..

Oleh itu,adanya fahaman angka 1/2 sebab adanya 1, kalau tiada 1 maka 1/2 takkan ada, ketika itu 1/2 pun 1 juga. tuhan yang original 1 sahaja, yang jadi banyak tu tuhan ciptaan manusia. Jadi 1 itu penting...adanya 1 maka ada 10 seratus dan seterusnya...
Kesimpulannya..Apa yang penting dalam Islam jangan ada fahaman triniti agar kita terselamat aqidah..Allah adalah Esa..tiada yang lain selainNya...

KONSEP TRINITI DALAM AGAMA

1. Brahman, Visnu, Siva (Hindu).
2. Oris , Iris dan Horus (Mesir Purba)
3. Ormuzd, Ahriman, Mitras (Zaorastian Parsi)).
4. Ultimate Reality (God), Intelligent (Akal), World Soul (Ruh)…(Neo-Platonisme).
5. Tuhan-Bapa, Tuhan Anak, Ruh AlQudus (Kristian).
6. AlLatta, AlUzza, AlManat (Al-Latif, AlAziz, AlManan). (Arab Jahiliyah)
7. Poseidon, Hades, Zeus(Yunani)
8. Allah, Malikat, Muhammad (Islam).

Sangat Jelas konsep ketuhanan ini, adalah evolusi yang kelihatan ada persamaannya kerana peniruan. Hanya berbeza/ diubah pada nama2 dan acara pengabdian/ ritual supaya tidak kelihatan bahawa ia menyerupai yang terdahulu daripadanya.

Last sekali manusia yang bodoh lagi jahil bertelagah dan bergaduh sesama sendiri akibat berebut2 tuhan..dengan berkata2 bahawa tanggapan aku terhadap tuhan akulah yg paling tepat...yg lain semua salah..maka berperanglah x berhenti2 mcm YAHUDI VS PALESTINE..

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.