Upgrade Prosessor...
Kadang2 timbul persoalan juga terhadap pelawat blog ni adakah diibaratkan sepeti 'receiver2' atau processor yg 'diupgrade' sahaja yang 'menangkap' makna2 ilmu yang banyak tersirat lagi tersembunyi serta terpendam...huhuhu
Jika 'processor' Pentium lama memang sukar utk faham & kadangkala lain pula di'process' dan pendekatan tak sesuai.. Jika processor yg diupgrade, mereka boleh process dengan cara yang lebih kreatif & berkesan mgikut kesesuaian masing2.
Processor= Akal
Software yang proses=Jalan Fikiran
Camne nak upgrade processor? Belajarlah2 untuk mengenal dulu..sekurang2nya..
Sebenarnya konsep processor & software nih.. Cuma kalau dapat... disertakan sekali manualnya..kan..kan..
Bukan apa, kalau kita ambil konsep asas mind body & soul... mind ni kira aqal lah yang bertindak sebagai jambatan untuk menghubungkan body ( material thought ) dan soul ( spiritual thought )..
Jadi kalau setakat nak upgrade mind body ( material thought ) or akal mengikut jalan fikir keduniaan... tak payah nak susah payah bertasauf.. tak payah susah payah merentas 70ribu lautan ganas.... rembat je laa mana yang patut, asal sedap dimata & daboommm... Yang penting kreative.he3..
So, aku rasa.. slogan 'Kreativity is universal' tu patut di kuarantin dulu sebelum dapat digunapakai sesuka hati... Tak seimbang pulak jambatan tu nanti sebab terlebih kreative..
Kalau gitu aku sertakan MANUALnya ?? Menurut Mahaguruku sebenarnya Nak pakai manual ni ada syaratnya. Iaitu 'khatam' hal2 ni.
1. Al-Quran
2. Hadith
3. Kitab2 utama mazhab Assyariyah
4. Mahir dlm mazhab2 lain spt Jabariah, Qadariyah, Muktazillah, Syiah
5. Mempeljari & memahami semua aliran utama spiritual Islam spt Al-Ghazaliyah & Al-Qodiriyyah
6. Mengamal & mencapai makam Insanul kamil dalam sekurang-kurang 6 toriqah utama
7. Mengetahui bagaimana minda, hati, otak, jantung & sistem badan berfungsi
8. Mengetahui konsep Biologi, Kimia/Al-Chemy, Fizik, Fizik Kuantum setaraf PhD
9.Menguasai & mampu menerangkan konsep Wahdatussyuhud & Wahdatul Wujud
10. Pernah mempelajari secara direct dengan sekurang-
kurangnya 4 waliyullah bertaraf Qutb samada dalam mimpi atau jaga
11. Memahami semua pengajaran dan kitab-kitab rasul yang muktabar
12. Mengetahui perjalanan tenaga tubuh & mencapai tahap 'diamond body'
13.Pakar Sirah & Sejarah Islam,Dunia & Nusantara
14. Mencapai taraf mahaguru dlm sekurang-kurang 7 jenis
persilatan
15. IQ melebihi 240 ( Doktor biasa , IQ=150)
16. Mampu meraga sukma
17. Telah bertemu Diri Silver (Ruh Idofi)
18. Mendapat watikah dari Rasulullah saw & Sayyidina Ali k.w
19. Mempunyai pertalian darah Ahlul-Bait
Ramai yg menggunakan manual ni tapi blum capai 13 tahap di atas sukar memegang rahsia ketuhanan dan kembali ke makam yang asal..? Makam hamba atau makam ruh ? atau makam yang diciptakan sendiri ...huhuhuhu
Kesempurnaan dan kemuliaan kita di sisi Allah Swt akan kita perolehi apabila kita mampu mengenal akan diri kita yang sesungguhnya, iaitu mengenal diri yang sebenar-benarnya diri, anamun kita akan dipandang hina, sehina-hinanya disisi Allah Swt apabila kita tidak mahu mengenal atau tidaak tahu siapa diri kita ini yang sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment