Tuesday, July 7, 2009

Bertekad Menyaman Tuhan

Alkisah ini telah lama ku simpan..dah tiba masa untuk kita hayati dan meneliti bila berlaku macam kes sorang belia ini yang bernama Mamat Mon, bertekad nak menyaman 'TUHAN' .

Beberapa tahun lalu di negara Antah Berantah, Mamat Mon telah disabitkan kesalahan mencuri dan dijatuhi tiga tahun penjara.. Dia telah mengupah para2 peguamnya untuk menjalankan perihal samannya terhadap 'TUHAN' di mahkamah.


Pada awalnya, kes Mamat mon tidak diterima olih makamah untuk diadili, tetapi akhirnya makamah bersetuju melayaninya kerana hujah2/ alasan2 yang diberinya:-


Tuhan gagal menyelamatkan saya dari berbuat kejahatan.


Tuhan seharusnya melindungi saya dari semua pengaruh Iblis yang menganjurkan saya mencuri.


Tuhan gagal memberikan kekayaan samarata kepada manusia2, mengapa Tuhan yang maha kaya bersifat berat sebelah? dan lain2…..


Tetapi 'Tuhan' itu Maha Pengasih lagi Penyayang, tetapi macam tak betul je!!!


Mamat Mon menuntut gantirugi untuk segala perbelanjaan yang telah dibuatnya dalam semua upacara sembahyang dan ibadatnya… baju, songkok, minyak atar, kayu sugi, tikar sembahyang, minyak motor ke mesjid……dll lagi.


Walau bagaimanapun para hakim telah bersepakat, menutup kes saman si Mamat Mon dengan hujah:-


'Kami tidak dapat berjumpa dengan 'TUHAN', kerana 'TUHAN' ta' memiliki alamat rumahNYA.


Mamat Mon mencelah: ' Tetapi tuan hakim!!, saya tahu alamat rumahNYA'.


Tuan hakim: 'Dimana?'


Mamat Mon mejawab: 'Baitullah di Mekah, Saudi Arabia'.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.