Sunday, July 26, 2009

Jam kena upgrade jadi 25 Jam sehari...


Tak mustahil dah dunia entah nak jadi apa skit agi kena 'delete' lah ni...berhati2 dan menelitilah keadaan sekarang nih..

25 Jam Sehari.. ..???

Penyelidik ramal waktu berubah kerana putaran bumi makin perlahan

BERLIN: Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa tempoh 24 jam sehari berkemungkinan menjadi 25 jam pada masa depan berikutan waktu siang yang kian panjang akibat kadar putaran bumi yang makin perlahan.

Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung memetik edisi terbaru Journal For The History of Astronomy melaporkan, bagi kebanyakan kita, masa siang yang panjang merujuk kepada peningkatan hari di hemisfera utara pada musim panas berbanding musim sejuk.

Namun, kalangan geosaintis mendakwa kajian menunjukkan tempoh hari siang yang panjang turut membabitkan musim lain termasuk musim bunga.


"Perkembangan itu boleh dikaitkan kepada asasnya iaitu bumi dan bulan. Sepanjang sejarah kewujudan manusia, putaran bumi kini semakin perlahan," kata penyelidik Universiti Durham, Richard Stephenson.

"Graviti dari bulan mewujudkan gelombang kekal di lautan dan di perut bumi. Ini sekali gus memperlahankan pergerakan bumi."

Pergerakan bumi menyamai aksi peluncur ais. Bagi memperlahankan gerakannya, peluncur itu perlu mendepakan tangannya.

"Begitu jugalah dengan bumi. Disebabkan itulah, daripada 24 jam had maksimum sehari ketika ini, kita sebaliknya mungkin menyaksikan pertambahan sejam kepada 25 jam sehari pada masa depan," katanya.

Stephenson yang juga ahli astronomi Britain dapat membuktikan yang putaran bumi semakin perlahan sejak 700 tahun sebelum Masihi.

Beliau mengkaji plat tanah liat dan hasil kajian sejarah yang mengandungi maklumat mengenai gerhana matahari dan bulan.

Semua maklumat itu digunakan bagi mengira laluan pemisah bumi.

Apa didapati, ketika era proto-haiwan menguasai bumi pada 530 juta tahun lalu, ada sebanyak 21 jam sehari.

Pada era zaman dinosaur 100 juta tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 23 jam sehari.

Bukti jelas lain boleh dilihat menerusi mendapan terumbu karang. Ini disebabkan terumbu karang menjadi petanda kalendar dan setiap tahun membentuk mendapan yang tebalnya berbeza mengikut musim.

Berdasarkan itu, saintis mengira perbezaan masa antara musim bunga dan didapati semakin perlahan sepanjang tempoh sejarah.

Kira-kira 530 juta tahun lalu, bumi berputar jauh lebih cepat berbanding hari ini dan pergerakannya dianggap lebih stabil.

Pada masa itu biarpun catatannya 24 jam sehari, tetapi bilangan hari setahun adalah 420 hari berbanding 365 hari.

Stephenson membuat rumusan itu berdasarkan maklumat ke atas beratus-ratus keterangan mengenai fenomena gerhana matahari dan bulan sejak 2,700 tahun lalu.

Mengikut maklumat Sistem Perkhidmatan Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa (IERS), tarikh 13 Julai 2003 adalah hari paling pendek dalam masa 100 tahun.

Sumber dari berita harian.

Macam-macam persoalan dapat dirumuskan...

-Adakah ini bermaksud kena kerja 9 jam sehari?

-Adakah ini bermaksud jumlah nak berpoye2 or tido bertamabah.

-Adakah nanti ada 13 jam siang n 12 jam malam la? so nanti pukul 8 masa tu bersamaan pukul 7 skarang? midnite tukar jadi pukul 1am? so 24 tv series nanti da extra hour jadi 25 la?
kat kanada sistem masa dia 20jam shari... kene adjust body clock la gamaknye
tp aku rase bagila 30jam sehari pn, kalo xpandai manage time xcukup gak-lagi byk masa lg nk tangguh2 its relative...

-Bilakah produk jam 25 Jam akan dilancarkan ? Kalau tak angka pada jam nak tambah kat no berapa..? kalau digital mungkin la senang.. yang jarun punya..? kena tukar jam laa jawapnya...
cuma concern 1jam lebih tu dikhas kan tuk waktu kerja kee atau leisure ? GMT lari...
signboard 24/7 kena tukar 25/7... speedo meter aku lari tune skit...sbb km/h or mph...heeee
tp solat 5 kali sehari tetap same...macam2 agi ar kena upgrade jadinya...waaah untung2 niaga jam ni..semua dpt untung dan kaya lagi...designer dan macam2 org akan kaya nih.

-Adakah penduduk alam banyak berbuat dosa.. bumi makin berat... penat dia nk pusing...Adakah sejam yang tambah tu kita perlu beramal kebajikan..pahala pun byk ape buat tambah mane yang kurang....?

-Adakah selepas ini soo lepas nie takleh aaa cakap... "cepatnyer mase berlalu'..atau masa itu emas ?

-Aku rasa aku rase kat kanada jam di orang still ada 12 angka gak wpn sistem masa dorang 20jam sehari je juz interpretasi malam n siang je yang berbeza bilangan jam bertambah, tp masa cepat gak berlalu.

-Adakah ini salah satu tanda nk kiamat.

-Tapi sudah ada restoran mamak di suatu tempat anda yang di tulis besar2, beroperasi 25jam sehari tu yang aku dok pikir gak ni...cam na mamak tu boleh dapat idea tu...hehehe

-Ingatkah anda dulu mase kecik aku rasa masa lambat tul nak berlalu... Tapi skang kejap jer. Rasenye baru jer cuti tp sok dah cuti lg. Cepat benar masa berlalu...atau adakah disebabkan daulu tak ada masalah apa, tak gaduh nak fikir tanggungan, tapi skrg ni banyak keja nak kena buat..........tu yg sampai tak cukup masa.........tu yang rasa masa berlalu dgn cepat....

-Bolehkah 25 jam sehari..pukul 13 pagi...dan pukul 13 tengahari...kalau kira kan ke 26 jam itu..??

-Adakah ini masa tambahan utk berbuat amal kebajikan. Usia alam ni pun dah nak sampai ke penghujung dan eloklah pergunakan masa yg ade sebaik2nya ?

-Bagaimana dengan waktu solat..? ade perubahan macamana..?

-Mungkinkah dikatakan masa sekarang ni makin lama makin pendek.. ni nak tambah 1 jam lagi..aduss..

-Mungkikah kita merasakan pergerakan jam tu manusia yang buat...boleh je nak buat 30 jam sehari pun..??

So aku cuba mengGooglekan tentang ini...jumpa tentang tamadun Mesir yang came up dengan idea 12 jam siang dan 12 jam malam...total 24 jam sehari ni.

Diikutkan standard SI...1 saat tu ialah tempoh yang diambil oleh satu atom Caesium 133 berayun sebanyak 9,192,631,770 ayunan. Jadi... macam mana la agaknya saintis tu dapat kiraan ayunan ni...waaaah....!

Kita sedia maklum bahawa 1 putaran lengkap Bumi pada paksinya mengambil masa 24 jam...inilah sehari yang kita semua alami sekarang ni.

idea mengenai akan berlakunya 25 jam sehari ni kerana 1 putaran lengkap Bumi pada paksinya akan mengambil masa 25 jam.

Persoalanya kenapa terlebih pula?

Sebab Bumi berputar lebih perlahan (ambil lebih masa) untuk lengkapkan 1 putaran pada paksinya sebab masa tadi kan dah standardize.

Kenapa Bumi boleh berputar lebih perlahan pada paksinya?

1. mungkin kerana graviti Matahari yang 'mengikat' Bumi semakin bertambah dayanya. graviti Matahari yang bertambah akan 'slowdown'kan sedikit kelajuan putaran Bumi pada paksinya.

2. mungkin kerana orbit Bumi mengelilingi Matahari makin membesar. orbit lebih besar, jarak dari Matahari makin bertambah, Bumi tiada daya graviti dari Matahari untuk me'maintain'kan kelajuan putaran Bumi pada paksinya. Ok ni..menurut ingatan ilmu fizik Form 5 aku lah..

Apa komen anda lak huhuhuh...

Pada hakikatnya, pelbagai persoalan juga bermain2 di minda ni..kalau tgk pada kondisi atau keadaan dunia hari ini..macam2 ader..org bisnes sibuk dengan bisnesnya..yang bekerja pun terpaksa bisnes lagi nak cari pendapatan lebih..yang tak cari lah cuba2 nak mencari idea apakah bisnes yang paling menguntungkan...atau mungkin saja dengan amalan Magnet Duit ini atau menguasai zero point energy, teleport dsbnya..atau menjual bom nuklear ?

Di dalam industri perkilangan pula sibuk mencari product2 baru atau mengupgrade produk2 baru..manakala di industri asas tani juga rancak sebab semua org berduit sekarang ni hanya makan...tidur sebab tunggu duit masuk jer lam akauan..tapi pastinya mereka2 ini tidak cukup lagi..terus mencari dan cari...sehingga ke lubang kubur ! [termasuk aku kot ] dunia semakin kompleks dan mencabar !! Inflasi tinggi dan riba semakin gemuk !

Macam2 kena fikirkan ! macam2 kena tambahbaikan lagi untuk mantap dalam kehidupan hari ini...masa pun tah semakin tak cukup...

Ada juga menghadapi tekanan dengan hutang...keluarga porak peranda...anak tah ke mana..bini tah ke mana..ada yang rancang nak jual anak...masalah itu dan ini menyebabkan manusia jadi cepat marah dan garang serta naik darah !! Kawalan nafsu dah tak terkawal lagi...iblis sudah jadi raja di hati ! so bagaimana..? sempatkah mencari Allah...sempatkah bersedia untuk mati...bolehkah semua harta benda dan wang ringgit itu kita redeem kt syurga atau neraka...dan macam2 laaaaa...kita boleh buat kesimpulan sendiri sebab kita masing2 telah di anugerahi akal fikiran....

Ok ku tulis sebagai peringatan dari Aku untuk Aku kepada Aku dan Kerana Aku huhuhuhuu.


0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.