Friday, July 24, 2009

Ada apa dengan air ?


Setelah dengar lagu dari Amuk berjudul Jernih rasa nak bicara tentang molekul air..ada yang mencari dari segi keindahan molekulnya..itu dimensi seseorang melihat sesuatu kan..nak wat cam ner..indahnya kejadian Allah..ada dok kaji dan kata molekul air zam...air hujan..air mata air antara yang cantik..entah aku pun pening gak hahaha..tapi lagu dari amuk tu pun best..kita ni pun dari air yang jernih dan tulus mulus lagi kan..sehingga seseorang itu hebat !

Cam ni lah rasanya..

Molekul air adalah ikatan dua atom hidrogen bersama satu atom oksigen. Biar apa pun jenis air, tiada yang lebih, tiada yang kurang.

Cuma di dalam kandungan air tak tulen, kebanyakannya larutan air tersebut bercampur dengan bahan galian yang lain yang mana ada di antaranya sesuai untuk operasi tubuh badan.

Oleh yang demikian, muncullah istilah HIKMIAT larutan air tersebut. Walhal, air hanya tiga atom yang terikat oleh cas-cas yang terdapat pada ketiga-tiga DOREMI itu. Cas-cas tersebut adalah hadir dari ketidakseimbangan tenaga yang mana asal daya ialah HAULAWALA...

Ada ciptaan yang dapat difikirkan dengan akal dan hasilnya adalah melihat sifat2 kebesarannya.Itulah hakikat.

Apa yang difikirkan dan dikaji, semuanya tidak sia2 jika iman semakin bertambah.

Sebaliknya ada gulongan di beri masa yang sangat panjang untuk mereka berfikir,..malangnya mereka bertambah sesat.

Mereka tidak nampak sifat Allah didalam ciptaan,...melainkan mereka kata,..itu adalah semulajadi.

Ilmu sains mentafsirkan kejadian melalui teori2 kejadian dan pembuktian ujikaji.

Hasilnya......mereka dapati semua kejadian adalah berasal dari jisim2 atom, zarah dan molekul2 yang telah sedia ada dalam alam semesta.

Pemikir ilmu ketuhanan pula melihat dan mengkaji punca ciptaan untuk mengenal Allah dan pelbagai rahsia kerohanian dan sebagainya.

Air adalah suatu ciptaan yang memberi pengajaran tentang hal diri dan ketuhanan.Formula H20 hanyalah nama yang diberi ahli sains.

Kenapa oksigen itu perlu 2 molekul.Kenapa tak hanya satu. ?

Sesuailah dengan firman Allah, bahawa setiap kejadian itu diciptanya berpasangan.

Oksigen tak dapat dilihat dan ghaib, namun wujudnya dapat dirasai diuji.

Apabila 2 oksigen bergabung dengan hidrogen, ia membentuk air.

Tidakkah air itu juga ghaib,tapi dapat pula dilihat,disentuh dan dikesan dengan mudah.

Kita tidak akan perasan jika terdapat air dalam gelas yg.jernih,...sekiranya ia tidak berkocak.

Begitu juga api.Api tidak wujud melainkan bunga api dan bahan nyalaannya disatukan.Ia akan menyala selagi bahan nyalaannya masih ada dan udara ada.

Begitu juga tanah,..yang lebih jelas menunjukan bentuk dan warna.Apakah warna itu ada pada tanah dan apa sebenarnya bentuk tanah.

Apakah bentuknya seperti gunung,batu,bumi yang dipijak...?

Jika diambil secebis tanah,..lalu dikisarkan sampai halus seperti tepong sehingga sehalusnya yang tak dapat dilihat.

Apakah tanah tu bertukar jadi air atau api atau udara...?

Sebab itu sain mengatakan kejadian adalah berasal dari jisim2 yang halus dan bergabung dengan pelbagai jenis jisim berlainan lalu membentuk kejadian.

1 comments:

Anonymous,  3:10 PM  

de yang lebih mendalam dalam pencarian ilmu ketuhanan ini.tapi sayang semakin ramai yang keliru dalam mencari siapa Dia sebenarnya.sedangkan mengenali diri sendiri adalh kunci.Salam.

  ©Template by Dicas Blogger.