Thursday, July 30, 2009

Manakah agama yang benar di sisi tuhan

Pertanyaan akan timbul apabila agama-agama mempunyai perbezaan dalam konteks pemahaman. Masing-masing penganut mengungkapkan dia benar dan agama yang dianuti mesti benar, dan tidak ada satu individu yang mahu menganuti agama yang salah.

Manusia di ‘anugerahi akal’ agar memilih agama yang benar ‘bukan agama sesat’ Walau bagaimapun yang jelas, pasti ada satu agama yang sebenar-benarnya yang benilai ‘benar’.


Persoalannya kini bagamanakah kita meneliti dan mengambil kesimpulan dan akhirnya kita memilih agama yang benar betul tanpa bias atau terperosok kepada andaian semata-mata yang aneh ramainya ahli-ahli bijaksana, professor-professor, ahli-ahli kaji dan sebagainya tetap dalam agama nenek moyang mereka atau tanpa agama. Bahkan tidak ada satu individu pun yang mahu menganuti agama yang salah atau sesat pada asasnya. Disini kita harus meneliti apakah akal itu berfungsi ?

Jelasnya kalau manusia itu boleh menggunakan akalnya, yang pertama sekali ialah memikirkan bagaimana untuk mendapatkan seluruh dunia dan mencari jalan bagaimana untuk terus hidup tanpa kematian, serta terus kelihatan mudah tanpa halangan agar dapat memenuhi kehendak nafsunya.


Dan kalau sesuatu ugama itu 'betul benar' sudah pasti semua manusia akan menganutinya, dan tidak akan ada yang mempersoalkan lagi.

Penulis mengutip pendapat dari penganut-penganut agama :


Agak janggal kalau dikatakan kepercayaan itu berbeza-beza di seantero dunia,

Di Arab Saudi:


Kerajaan mengira dan menetapkan 100% rakyat Saudi adalah Muslim. Dan sekiranya dibanci secara rambang pendapat-pendapat dari kalangan rakyat Saudi, keberangkalian yang mengatakan agama islam itu sesat, adalah tipis. Dan rakyat Saudi akan tetap mengatakan agama mereka benar sebenar-benarnya walaupun disanggah.

India:


80% dikalangan rakyat India berugama Hindu. Dan sekiranya dibanci pendapat penduduk tentang apakah agama hindu ini betul atau salah?

Mungkin hanya 40% sahaja yang mengatakan salah. Dan sinis 60% rakyat India akan bertanya kepada pembanci/pengumpul data ‘apakah engkau ingat kami mahu menganut agama yang salah? atau engkau sengaja mengatakan agama kami salah.

Amerika Syarikat:


Dianggarkan 75% rakyat Amerika berugama Kristian. Dan rakyat Amerika yang tergulung dari ‘Jajaran Injil’ adalah melebihi dari anggaran ini. Dan kemungkinan yang berpendapat bahawa agama Kristian itu salah adalah dianggarkan 40% sahaja, walaupun rakyat Amerika digolongkan sebagai rakyat yang tinggi daya fikirannya. Dan jawapanya pasti ‘ Apakah kamu menganggap bahawa kami bodoh untuk mengaitkan diri kami dengan agama yang salah?

Tidaklah dapat dinafikan Keimanan individu tentang agama, pada dasarnya berkaitan dengan fungsi pemerintah di negara di mana penganut itu dilahirkan, di mana daerah negaranya, dan agama anutan kedua ibu bapanya.


Agama Islam , Kristian, Buddha, Hindu di Malaysia umpamanya akan berbeza cara pentadbiran, pengamalannya dengan negara-negara lain. Dan mungkin juga berbeza ajarannya/

Jika Bob Simon dilahirkan di Arab Saudi dan dibawah asuhan ibu bapa yang Muslim, dan menuntut ilmiah agama di negara ini. Kemungkinan besarnya ia akan mempamirkan kesyumulan Islam hari ini.

Jika Sheikh Al-Qardahawi dari Mesir lahir dan dibesarkan oleh pendita Kristian di Dallas Amerika umpamanya, maka besar kebarangkalian menjadi pendakwah Kristian hari ini.

Kepercayaan individu tentang agama dan menetapkan anutan adalah tidak mempunyai asas kebenaran, kerana dipengaruhi oleh budaya suku dan anutan-anutan kedua orang yang mengasuhnya atau dikatakan lahir secara tak sengaja iaitu kebetulan sahaja. Tidaklah ada dasarnya sekiranya kita bertanya pendapat-pendapat tentang keagamaan

Tanpa menyelidiki sendiri dengan minda yang jernih dari kekalutan pendapat, tesis, guru-guru atau ulama-ulama dan dari keseluruhan ahli-ahli agama. Mereka adalah bahagian ular dalam semak yang meracuni dan meranjau minda.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.