Friday, July 3, 2009

Apa semua ni..IQ...EQ..SQ..

Berbicara... kenapa kita kena belajar macam2..kenapa ada macam2 sekolah,kolej,universiti tertutup dan terbuka atau universiti bebas..kenapa semua itu..? Apa yang nak dicari ya..

Ada orang IQ atau interlligence quotient tinggi dan hebat walaupun belajar tak tinggi mana tapi adakah itu anugerah semulajadi ilahi kepada manusia itu..kebolehan IQ seseorang individu pasti berbeza dengan individu yang lain..ada di antara kita mempunyai IQ yang sangat tinggi dan ada pula yang sedikit rendah atau sederhana..

Tahap kecerdasan IQ boleh diukur melalui beberapa ujian IQ.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan IQ di antara individu , sebahagiannya :-

1.Keturunan
2.Persekitaran
3.Jantina
4.Kaum

IQ merupakan kebolehan seseorang itu berfikir ( kebolehan kognitif ) dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau berkenaan sesuatu perkara.Ada kalanya sesetengah masalah kelihatan rumit dan tiada jalan penyelesaian.Dalam situasi sedemikian sesetengah individu akan cepat berputus asa.Pada hakikatnya tiada masalah yang rumit dan untuk setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya sekiranya kita mengambil sedikit masa untuk berfikir tentangnya .

Ada pula EQ atau emotional Quotient/emotional interlligence [EI]

EQ boleh ditafsirkan sebagai keupayaan / kemampuan dalam erti kata lain kebijaksanaan seseorang mengenalpasti,memahami,menggunakan dan mengawal emosi dalam situasi kehidupan ( kerja atau hubungan seharian ).Emosi yang dimaksudkan bukan sahaja emosi dirinya tetapi emosi individu lain atau kumpulan individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang itu.

Konsep ini berkait rapat dengan konsep kerohanian : dimana ia menerapkan unsur-unsur kemanusiaan dalam melaksanakan sesuatu kerja / amalan.
Konsep EQ ini menjadi semakin penting kerana ianya satu unsur penting dalam menjana kemajuan dalam sesebuah organisasi dan juga individu.EQ ini membolehkan penilaian dibuat terhadap seseorang individu berdasarkan sikap,personality,potensi dan “management”

Ada pula membicarakan tentang SQ atau (Spiritual Quotient)

Istilah SQ merupakan istilah yang merupakan istilah yang baru sahaja muncul, sekitar tahun 2000.Ianya telah diperkenalkan oleh Danah Zohar, dalam bukunya ReWiring the Corporate Brain: Using the New Science to Rethink How We Structure and Lead Organizations. Beliau seterusnya bersama-sama rakannya, Ian Marshall telah menerbitkan sebuah buku bertajuk SQ: Ultimate intelligence

Beliau menyatakan yang Spiritual Intelligence ini merupakan satu kebolehan atau kebijaksanaan yang membolehkan seseorang itu untuk mengakses erti & tujuan hidup yang sebenar-benarnya, dan juga untuk mencapai motivasi yang tertinggi.Daripada kenyataan beliau ini, jelas menunjukkan bahawa aspek yang ditekan dalam SQ ini adalah erti dan tujuan hidup seseorang.

Kita sebagai orang islam, jika bercakap mengenai erti serta tujuan hidup, maka ia tidak boleh lari dari agama.Di mana agama itulah yang mendisiplinkan hidup seseorang, ini termasuk bagaimana cara seseorang itu beremosi, berfikir, bertindak dan sebagainya.

Apabila, bercakap tentang ini, maka kita tidak boleh lari dari perasaan bertuhan.Apabila timbul persaan bertuhan, maka timbul perasaan Ubudiyyah.Apabila timbul perasaan Ubudiyyah, maka kita tidak pula boleh lari dari kerohanian yang merupakan hubungan dengan Tuhan iaitu Allah Swt.Maka disini timbulnya agama, kerana agamalah yang memimpin Ubudiyyah kita.

Jadi kesimpulan yang boleh kita lakukan, apabila kita bercakap tentang SQ, iaitu tahap spiritual maka ianya tahap kerohanian iaitu tahap Ubudiyyah seseorang dalam semua aspek kehidupannya, ibadah, akhlak, emosi, pemikiran dll.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.