kewujudan yang dialami
Berfikir tanpa fikir
Para pengkaji, Alquran, injil, zabur, taurat, avesta, Dasam granth, sutra, Vedas, Upanishad, hadis, idea filosof2, mengetahui dan mengesan pertentangan2 serta kesalahan2 yang terdapat di skrip2 lama ini, ada dikalangan mereka berpura2 tidak mengetahuinya, malahan ada pula yang berusaha menutupinya dengan permainan kata2.. Kerana sikap menyembunyikan kebenaran, menyebabkan terlalu banyaknya penganut2 agama (yang tidak suka menyelidiki) tidak mengetahui kesilapan2 serius yang sengaja atau tak sengaja diada2kan didalam naskah yang segaja diada2kan olih manusia.
Penganut2 harus meneliti bahwa skrip2 kuno ini berkemungkinan bukannya idea2 yang di ajarkan oleh Muhammad, Isa, Buddha,itu sendiri.. tetapi mungkin mereka2 ini, cuma.’dikambing hitamkan’
‘Insan’ yang dangkal pemikirannya, tidak akan merasa lega, apabila ia tidak melakukan sesuatu yang bersifat ‘KEAGAMAAN’.
Jesteru itu ‘Insan Dangkal’ pemikiran ini, menyimpulkan ada sesuatu yang mencipta, yang maha berkuasa, yang memberi manfaat kepada kehidupannya. Kesilapan ini berlaku, apabila ia memerhatikan dirinya dan alam sekitarnya yang memberi nikmat kepada dirinya.
Maka muncullah kepercayaan kepada sifat ghaib atau metafizik, percaya kepada supernatural, yang diberikan nama2 agama, mengikut zaman, tanggapan kepercayaan, tempat, kebudayaan, bangsa. Lahirnya berbagai bentuk dan nama2 peribadatan yang berdasarkan akal fikiran dan rekaan manusia sendiri, yang mengaitkan nama2 Adam, sebagai punca kelahiran manusia dan agama2 tauhid.
Apakah kenyataan kewujudan yang dialami ini suatu fantasi,ilusi dan hologram?
Sekiranya anda pernah menghafal umpamanya 30 puluh juzu' Alquran, apakah kita perlu lagi melihat kepada mushaf, tulisan, huruf2..lagi.. kemanakah hilangnya huruf2 dan bunyi2 yang setelah terhafalnya. Bahkah kita akan membaca seolah2 tanpa melihat kepada sesuatu pun. Segala2nya adalah merupakan frekuensi yang cuma ada pada minda. Dapatkah anda melihat, mendengar dan merasakan gelombang2 yang berada dipesada minda ?
Itu suatu kebenaran dan sepatutnya demikianlah berlakunya.Kesemua kisah akan dibentangkan menjadi satu gambaran peta lakaran dalam minda.Mengetahui dengan maklumat dan membawa kita kepada gambaran
mengikut presepsi masing2 dan kefahaman.
Tiada suatu pun perlu diherankan tentang cerita dan apa jua.Melainkan ia hanya suatu kaedah menyampai akal kepada kefahaman.Namun kefahaman sebenar adalah mengatasi segala kenyataan itu.
Maka yang berakal akan mula bertindak untuk keluar dari gambaran presepsi kenyataan,simbolik,teka teki,perumpamaan dan macam2 menuju kepada matlamat kewujudan itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment