Wednesday, July 22, 2009

Realitikah ...Fantasikah...Ilusikah...

Lama tak update blog ni ke-bz-an skit...aku nak mengimbau satu kisah aku dulu rasanya..ni manuskrip aku tersimpan...

Sekiranya kita mempunyai harta yang banyak hendaklah dikongsikan bersama orang yang memerlukan aku tidak dapat lupakan dan masih terbayang-bayang sehingga ke hari ini yang mana kisah seorang yang kaya dalam satu daerah Al-Fashn di wilayah Bani Suef, Mesir. Perkenalan aku dengan kawan arab atau lebih dikenali dengan panggilan Mohammed yang sekuliah pada waktu itu setelah lama tidak berjumpa hampir 3 tahun tidak bersua waktu itu.


Perkenalan kami di dalam kuliah Bahasa Arab dan Kesusasteraan,Universiti Al-Azhar Kaherah pada tahun 1998. Dulu-dulu saya biasa pergi ke rumahnya kira kawasan pedalaman yang berbukit pasir dan bergurun sahara kehidupan yang dhaif tetapi berpegang teguh pada agama atau lebih dikenali sebagai mutadayin.


Dipendekkan cerita, setelah sampai di stesen keretapi Al-Fashn yang telah ditunggu-tunggu oleh Mohamed setelah saya mengambil masa hampir 4 jam dengan menaiki keretapi kelas rendah dari Ramses,Kaherah.Setelah bersalaman dengan Mohamed terus dia cam tergesa-gesa nak pergi dari stesen....terus aku bertanya : “Kenapa aku tengok ko lain macam jer ni Mohamed cepat-cepat nak pergi ?”... “Tenang saja..ada berita pelik dan ajaib ni...ayuh cepat kita pergi ke sebuah rumah” jawabnya dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh...


Sambil berjalan kaki untuk menuju ke sebuah rumah yang akan di bawa tu..terus aku mempersoalkan kepadanya : “berita pelik apa ni”? Tanya ku dengan terpinga-pinga


Lalu dia menceritakan dengan tenang..” Tadi semasa aku nak datang ke stesen keretapi ini untuk menunggu kamu aku singgah sekejap ke rumah orang kaya kat pekan ini..dia baru saja meninggal pagi tadi..tiba-tiba aku tengok orang ramai mengerumuni rumahnya..terus aku pun pergi dan masuk ke dalam rumahnya..dan orang bising-bising dok sembang pasal dia ni...yang mana dia seorang yang kaya dalam pekan Al-Fashn ni..jenazahnya tidak dapat nak dimandikan kerana baunya teramat busuk dan hanyir dan keluar ulat di setiap rongga..bila masuk ke dalam rumahnya saja kita berbau..kalau di luar pagar rumahnya tak berbau pula ! jelas Mohammed secara ringkas..


Walaupun kami masih lagi berjalan terus dia menunding jari..hah itu rumahnya...aku pun memandang ke arah yang ditunjukinya..Aku tengok rumahnya jenis villa dan besar tidak seperti apartment yang biasa masyarakat sini tinggal..


”Ooh ! begitu sahutku” walaupun rasa penat bermusafir belum lagi hilang setelah berada dalam dalam keretapi yang agak lama untuk sampai ke daerah ini..


Setelah sampai di perkarangan rumah itu,aku tengok orang masih ramai disitu..terus Mohamed mengehet tanganku untuk masuk..lagipun orang lain tak kisah kebetulan bapa Mohamed dah terkenal sebagai seorang tok imam di daerah ini dan sering memandikan jenazah...


Sesampainya di ruang tamu rumah itu..aku dah terhidu bau yang sangat hanyir seperti nanah ..terus aku jumpa dengan ayah Mohamed bersalaman ketika itu dia sedang berbincang-bincang dengan kaum keluarga si mati...aku sempat juga dengar ketika dia sedang berbicara dengan isteri si mati yang mana ayah Mohamed bertanya “ Apakah perkara yang tidak elok dilakukan oleh si mati ni semasa hidupnya “ Isterinya menjawab : “ Entah..tapi apa yang saya tahu dia ni sangat kedekut walaupun kaya hatta dengan keluarga kami apatah lagi dengan orang luar kalau orang susah datang untuk meminta-minta dia sering menghina dan mengejek-ejek..begitu juga kalau terjumpa atau terserempak dia kerap kata orang susah ni sebenarnya mereka ni malas berusaha bodoh macam himar [keldai].. ! Dan dia juga salahguna nikmat wang yang ada padanya..tidak digunakan untuk kepentingan umat Islam dan membantu orang-orang yang memerlukan... Itulah yang sempat aku dengar..!



Tidak beberapa lama kemudian, kawanku Mohamed memberitahu ayahnya untuk meminta izin untuk aku melihat si mati tersebut....apabila dibuka kain penutup ku lihat muka si mati dalam beberapa saat...aku amat terkejut melihat muka si mati tu yang sudah lebam-lembam kebiruan dengan ulat-ulat yang mengerumuni rongga hidung, mata dan mulut...eeeeee geli dan ngilu aku melihat rasa nak termuntah ketika itu terpaksa di tahan..tak dapat aku nak mengambarkan saat itu..rimas dan cemas melihat mayat tersebut. Perasaan ketika itu aku hanya berdoa di dalam hati semoga allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosanya.


Tapi menghairankan juga bila keluar saja ruang tamu atau berada diperkarangan rumahnya bau hanyir tersebut tidak berbau..Ketika itu tok imam tak dapat nak berbuat apa-apa lagi..walaupun sudah dimandikan dan dikapankan ulat-ulat dan bau hanyir tersebut tidak hilang dan keadaan waktu itu bersiap sedia untuk di masukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan.


Aku tak dapat ikuti untuk proses pengkebumian jenazah tersebut...kerana sudah kepenatan ketika itu dan Mohamed pun faham keadaan ketika itu terus dia bawa ke rumahnya.


Itulah kisah benar yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri sebelum ini aku hanya baca atau menonton saja yang terdapat di negara kita tetapi rupanya ada juga di Mesir..


Jadi aku mengambil pengajaran dari kejadian itu agar kita jangan lupa kepada mereka yang memerlukan kadang-kadang kita tidak boleh terus menghukum bagi orang yang meminta-minta ini mereka adalah orang yang malas berusaha...kemungkinan untuk 'menguji' kita dapat bersyukur atau tidak..dan mungkin juga mereka telah berusaha bermacam-macam tapi gagal itu semua kehendak Allah s.w.t yang menentukan segalanya.


Itulah di Mesir ni ada macam-macam cerita untuk dijadikan taulan dan pengajaran yang aku lalui dan lihat memandangkan negara Mesir dikenali sebagai bumi Anbia dan Aulia dan juga firauan,qarun dan sebagainya.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.