Wednesday, July 8, 2009

Agama dan Manusia

Kebanyakan manusia beragama melalui warisan turun temurun.Seorang kanak-kanak akan dipengaruhi oleh pembawaan kedua ibu bapanya atau penjaganya.Agama yang bakal dianuti oleh seseorang itu adalah bermulanya dari usia kanak-kanak.Pengaruh persekitarannya akan membawa kesan kepada kepercayaan seseorang.

Apa jua pendidikan,adat resam,budaya,konsep amalan dan fahaman akan menjadi pembawaan seseorang bila dewasa.

Maka setiap orang yang beragama tidaklah dikatakan sempurna selagi ia tidak memahami hal-hal dan kaedah didikan serta pemahaman dalam keagamaan.

Banyak perkara perlu difahami. Memahaminya perlu mengikut susunan pembelajaran yang betul dan meliputi pelbagai sudut ilmu.Seseorang yang ingin menjadi pengikut agama yang sempurna perlu mengetahui samada secara ringkas atau mendalam setiap yang berkaitan dengan agama.

Agama bukanlah suatu adat atau peraturan atau ia hanyalah suatu kepercayaan yang dipatuhi tanpa mengetahuinya secara ilmiah.

Agama bukanlah dianuti secara ikutan dan mempelajarinya secara main-main sebagai melepaskan diri dari tuduhan tidak beragama atau jahil.Agama adalah jalan kehidupan manusia didunia yang membawanya kepada suatu kehidupan selepas dibangkitkan.


Ianya perlu diterokai dengan bersungguh-sungguh dan berusaha ketahaf usaha yang mencapai kefahaman sempurna.Kefahaman sempurna adalah suatu kefahaman yang dapat membina Iman dan kepercayaan yang kukuh serta dapat hidup beramal dengan akidah dan iqtikad yang betul.

Setiap orang yang mempunyai agama akan mempercayai tentang adanya Tuhan pencipta,konsep Amal kepada Tuhan,Syariat agama,Peraturan dan Hukum dalam agama,Suruhan dan Tegahan,Iman,Penyerahan dan lain-lain.

Semuanya perlu diterapkan dalam setiap jalan kehidupan semasa didunia.Kehidupan yang mengamalkan jalan agama perlulah meliputi diri zahir dan rohaninya.

Amalan kehidupan mestilah mengikut jalan yang ditetapkan oleh agama kerana kehidupan manusia itu adalah tertakluk kepada rancangan dan kehendak penciptanya.Manusia yang tidak mengikut peraturan itu dengan cara sengaja atau menentang kebenarannya adalah terhukum mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Kedudukan manusia yang beriman dan beramal dengan betul akan mencapai kedudukan kebaikan hingga kepada peringkat kesucian dan manusia yang menentangnya dengan nyata dan menafikan kebenaran agama tuhan akan mencapai kedudukan terendah yang dimaksudkan Kafir atau ahli neraka.

Maka itu kita perlu memastikan diri sendiri,sejauh mana,sedalam manakah kefahaman kita terhadap agama yang kita anuti.Apakah kita beragama atas dasar ikut-ikutan atau kita beragama atas dasar kefahaman.Kefahaman yang perlu meliputi semua sudut dan asas keyakinan yang berteraskan iman.

Tidak semua manusia yang telah beragama boleh dikatakan beriman dan telah beramal dengan betul mengikut kehendak tuhan dan ajaran nabinya jika ajaran kitab dan ajaran nabinya dipelajari hanya melalui apa yang tercatit dan keterangan-keterangan dari para penterjemah yang pelbagai fahaman dalam bidang ilmu masing-masing sehingga terdapat pelbagai percanggahan para ahli ilmu dalam agamanya.

Kefahaman agama yang bersumber dari manusia adalah persepsi akal berdasarkan ilmu yang dipelajari dan dikaji mengikut kaedah masing2.

Kefahaman yang bersumber dari Allah akan melalui akal juga dengan kefahaman yang tiada ragu2.Sebagaimana dimaksudkan wahyu atau ilham.

Maka kita perlu kenali ilmu yang difikirkan oleh akal sendiri dengan ilmu yang datang secara langsung dari Allah.

Untuk itu kitab Allah perlu dijadikan bahan rujukan peringkat awal kejahilan manusia sebelum akalnya memahami tanda2 ilmu laduni.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.