Tugasan Aku Di Kala Ini..
Sebenarnya aku ni kekadang banyak tugasan dan bercita-cita tinggi tapi apakan daya semua berpendapat bahawa kita adalah insan yang dikatakan lemah.
Sekarang aku ada projek untuk menyediakan manuskrip untuk membuat manual/tips bagi memandu manusia berTUHAN dalam bentuk motivasi di atas permintaan pihak penerbitan.
Sekarang aku tengah draf beberapa bab untuk meberi beberapa kaedah kepada masyarakat kita yang sekarang ini dikatakan dirundung masalah, banyak tekanan hidup, kecewa dengan hidup dan mereka merasakan hidup keseorangan dan seolah Tuhan tidak mengambil endah diri mereka. Namun sebaliknya Allah maha pengampun Maha penyayang dan sentiasa sayang kepada hambanya.
Motifnya untuk memberi panduan kepada mereka hidup bertuhan. Sasaran pembaca kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan Islam yang tinggi dan bukan muslim.
Aku juga cuba merendahkan sedikit tahap penulisan agar boleh difahami oleh mereka ini di samping memasukkan unsur nasihat dan panduan berdasarkan pengalaman peribadi dan pengajian mempositifkan hati terlebih dahulu sebelum masuk kepada minda positif.
Hasil kajian aku juga, kini ramai yang bercakap tentang minda positif.Jadi corak aku ini kira dalam bentuk motivasi Islam.
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada MOTIF, bermaksud TUJUAN.
Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh itu kita boleh definisikan bahawa: Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.
Ok itu salah satu definisi walaupun telah banyak ilmuan telah mendefiniskan dalam pelbagai kaedah tapi bagi aku hanya kira cukup untuk memberi pendorong atau penggerak agar timbul rasa kesedaran dan keinsafan.
Aku berpendapat, hidup berTuhan adalah untuk memberi dorongan atau memandu mereka untuk mengenal TUHAN kalau mengikut bahasa mudah tapi apabila bercakap di kamar Islam membawa pengertian ALLAH atau Kembali Kepada Allah. Sebenarnya pada tajuk pun memang boleh bercakap macam-macam kamar pun.Cuma aku tidak boleh bercakap pada kamar yang berbintang 10 nanti kena bann dan orang tidak faham pun !
Allah/ Rabb (Didalam AlQuran, Arab)
Allah/ Rabb (Injil bahasa Arab),
Tuhan/ Gusti (bahasa Melayu/ Indonesia)
The God (Bahasa Inggeris)
Eli (Injil bahasa Inggeris)
Got (bahasa Belanda)
Golt (bahasa Jerman)
Gudd (Dannish)
Allon (Phonician purba)
Yahweh (Old Testament)
Ado (Kanaan)
Adoni, Elah (Yahudi)
Deus (Latin)
Dieu (Portugis)
prancis Dio (Perancis)
Dio (Itali)
Dios (Spanyol)
Dia (Irish)
Tian (Cina)
Ungkapan Tuhan atau Daya penggerak berbeza2 sebutannya, mengikut bahasa dan bangsa. Perkataan Allah hanya dititik beratkan penggunaannya oleh penganut yang menciplak dari bahasa Arab ‘ALLAH’ untuk mengungkap fahaman ‘KeTuhanan’ dalam bahasa ibunda mereka.
Aku juga telah jumpa banyak orang, ada yang terkapai2 sedang mencari Tuhan berdepan macam-macam manusia ada yang freethinker,yang percaya ada tuhan/kuasa tapi tidak menganuti apa-apa agama pun, ada pula yang menganuti agama Islam hanya semata-mata untuk mendapat mengeSAHan untuk mereka berkahwin dengan Islam hingga meninggalkan ajaran Islam kira untuk kepentingan hidup saja lah.
Jadi...mungkin pada asal aku nampak kembali kepada tuhan adalah taubat pada kebiasaannya yang paling rendah..tapi sejauh manakan keberkesanan dengan taubat itu..aku ada buat kajian juga di beberapa forum ramai yang kata tidak dapat memberi kesan yang mendalam. Dari sini aku nampak kita kena bercakap dalam kamar soal hati,mengenali selaput2 jahat dalam hati,mengenal apa itu tuhan dan memberi keyakinan untuk hidup berTuhan.
Aku juga tertarik dengan seseorang yang beragaman Kristian tapi berfahaman Unitary dari Indonesia..di Indonesia ramai Kristian tapi banyak fahaman..apa yang aku tahu dalam fahaman tersebut seolah-olah ada persamaan juga dengan Islam tapi masih tetap dengan Yesus sebagai penyelamatnya. Sebelum ini aku hanya menganggap penganut Kristian ini adalah mereka menolak Nabi Muhammad s.a.w saja. Setakat kefahaman aku Yesus adalah penyelamat dan 'penebus dosa' demi umat sekarang. Wah ini sungguh tinggi pula, tapi tak apa ini sebagai bahan tontonan umum yang tiada peringkat.Kalau bercakap di bilik rendah tak boleh ni nanti kepeningan...hahaha
Satu lagi aku jumpa seorang yang percaya tentang Tuhan tapi tidak menganuti apa-apa agama so,kita sekrang ini macam sedang mencari arah yang benar ! Setelah banyak mendalami buku-buku falsafah barat dan masing2 mempunyai fahaman tersendiri itulah puluhan ribu agama ada di dunia ini !
Setelah dikaji dan difikirkan mengikut pandangan aku..adalah lebih sesuai mengajak masyarakat agar lebih yakin dan kukuh dengan ajaran yang dibawa oleh Islam dan mengenali kehebatan Nabi s.a.w sebagai pembawa risalah kepada seluruh alam.
Nabi Muhammad s.a.w terkenal seantero dunia semua kenal dari zaman berzaman sejak kita ada di dunia ini bahkan orang kafir pun kenal..semua dapat cari makan dan dunia ini aman...Islam mengajak manusia agar menjaga amanah dan mengamankan penduduk dunia agar tidak porak peranda dan menjahanamkan dunia ini..teruskan memakmurkan dengan sebaik mungkin.
Ok apabila kita teliti dan halusi kenapa mesti berTuhan ? Ringkasnya..kalau ikutkan kita tak dpt nak berkeseorangan kerana kita lemah dan perlukan perlindungan/kekuatan iaitu tuhan..dan perlukan panduan untuk hidup dan apakah tujuan kehidupan kita..iaitu agama yang di dalamnya adalah panduan hidup iaitu Al-Quran.
Disini beberapa pandangan kenapa manusia itu perlu berTuhan ?
-manusia tu lemah dan perlukan yg maha kuasa utk memohon pertolongan..
-Manusia dicipta Tuhan. Mereka bernafas dan mendapat rezeki yang hanya dari Allah semua itu datang. Tiada pilihan untuk hidup melainkan taat dan perlu pada sang Pencipta. Kepada yang ingkar balasan akan disediakan.
-manusia itu kuat dgn potensinya sbb tu dipilih sbg khalifah untuk mentadbir bumi
namun manusia boleh tewas dgn nafsu serta tipu daya syaitan, sbb itu mereka perlu taat pada peraturan tuhan.....
sbg khalifah bumi kita sgt kuat dan hebat...tp dibanding dgn kekuasaan tuhan kita hanya hamba.....ibarat hamba abdi apa la sgt kan? jadi jgn la lawan tokey...kena la sedar diri......itu la kita semua...hebat tp Allah pula MAHA MAHA MAHA HEBAT....
-Kerana melaksanakan peranan yg besar dan berat la kita perlukan TUHAN....ALLAH cipta bumi , manusia dan segala kehidupan....pastilah ALLAH jua yg tahu peraturan yang terbaik buat makhluknya.
Kita diberi pilihan- melaksanakan amanah yg diberi sebaiknya atau abaikan dengan mengikut hawa nafsu dibantu telunjuk syaitan
Jika kita taat- ia tidak menambah kekuasan Allah...dan andai kita ingkar ia tidak pernah mengurangi kekuasaan Allah...sebaliknya kerana Maha ADIL Allah kita dibalas atas apa yg kita usahakan.....so pilihan ditgn kita....tiada paksaan pun.....sbb tu kita perlu memohon petunjuk kepada Allah supaya dapat melaksanakan amanah sebaiknya- berjaya:syurga , gagal; neraka, kalau ditanya pada sesiapa pun manusia yg waras tiada yang ingin gagal.....baik didunia mahupun akhirat.....itu la fitrah hati kita.....TAAT pada ALLAH...tapi kuatnya godaan duniawi menghanyutkan byk insan......
-Sewaktu kiter lahir didunia ini, sudah pasti kiter memerlukan petunjuk dari ibu bapa kiter utk menjaga kiter... mendidik kiter menjadi org yg berguna... tanpa kedua ibu bapa mungkin kiter akan jadi bukan manusia... sebaliknyer... hang pikiaq ler sendirik...
Sebab itu manusia ini memerlukan petunjuk dlm hidupnyer... mcm kenderaan yg memerlukan dirinyer utk diservis selalu oleh tuannyer... maka begitu jugaklah dgn diri kiter ini... tanpa petunjuk ke arah mana kiter akan pergi dan kepada siapa kiter akan kembali akan menyebabkan hidup jadi tak tenteram... jadi lintang pukang dan seakan ada yg tak kena...
Itulah sebabnyer kiter memerlukan Allah yg menurunkan Al-Qur'an utk kiter baca sebagai panduan dan menurunkan pulak seorang kekasih yg begitu amat belas kasihan terhadap umatnyer yg masih lagi alpa dan leka... Siapa berani mengatakan bahawa mereka tidak memerlukan petunjuk dan panduan dari Allah?
-Sume mende ade pencipta.. termasuk manusia.. Tuhan mencipta kita utk menyembahNya.. tuhan yg menganugerahkan segalanya pada kita supaya kita dapat hidup... tuhan boleh sesuka hati menarik semua anugerah tersebut dengan kehendakNya..sebab itu kita memerlukanNya... utk kebaikan didunia dan diakhirat....
-Secara dasarnya manusia diciptakan oleh Allah swt tidak seperti makhluk lain. Manusia dianugerahkan kebolehan untuk MEMILIH (freewill). Jadi manusia boleh memilih sama ada mereka memerlukan Tuhan atau tidak di dalam hidup mereka.
Manusia boleh hidup TANPA memerlukan Tuhan di dalam hidup mereka. Manusia boleh meneruskan hidup seperti biasa dengan tidak perlu mengingati Tuhan sepanjang hidup mereka pun. Tidak seperti makhluk yang lain. Sekiranya sesaat mereka tidak mengingati Tuhan, mereka akan hancur binasa.
Tetapi, kelebihan Allah swt sebagai Tuhan manusia ialah Allah tidak melupakan hambaNya walaupun hambaNya lupa kepada Allah. Walaupun setiap detik dalam hidupnya dia melupakan Allah swt, Allah tidak pernah lupa menyalurkan oksigen dan darah ke jantungnya, atau membuka rezeki kepadanya, memberi keselamatan di dalam kehidupannya, membolehkan dirinya bercakap, melihat mendengar dan sebagainya. Inilah sifat Pemurah Allah swt yang di berikan pada setiap hambanya bernama Manusia walaupun dia itu lupa dan tidak merasakan bahawa dia memerlukan Allah swt.
-ada berpendapat : "aku percaya kepada kebebasan, maka aku tidak boleh percaya kepada Tuhan, kerana jika aku percaya kepada Tuhan, maka aku harus akan menerima konsep ketentuan, dan jika aku menerima ketentuan, maka aku akan harus meninggalkan kebebasan. Kerana aku tertarik pada kebebasan, maka aku tidak percaya Tuhan."
apa pandangan tentang qada` dan qadar dlm permasalahan ini ? Kalau kita lihat kenyataan2 dan pendapat2 pelbagai manusia daripada pelbagai latarbelakang ini pendapat mereka.
Jawapannya amat mudah dan ringkas, terima Islam seadanya, buat seperti yg disuruh atau atau pergi ke Neraka, ini jawapan yg paling common. Dan seperti semua elemen yg ada dalam dunia ni yg bersifat terhad dan sementara begitu juga dgn kebebasan.
Cerdik pandai mengatakan apa saja yg dicipta contoh manusia, kereta, tumbuh-tumbuhan, air, besi, api apa saja ciptaan ada permulaan dan pasti berakhir.
Kebebasan juga adalah ciptaan Tuhan, kebebasan ada hadnya seperti yg telah ditetapkan. Kebebasan ada permulaan dan ada akhirnya. Sebab itu Tuhan benci org yg melampaui batas.
Kenapa kebebasan adalah terhad? Siapakah kita untuk bertanya soalan ini? Kita tahu He's The Almighty, we can't do nothing without HIM, we are here because of HIM.
Antara sifat Allah adalah Harus (Boleh), terpulang padaNYA apa yg DIA hendak buat dengan alam ini dan dengan isi alam ini.Allah berupaya membolak-balikan hati manusia, HE does not bound to anything, HE can do whatever HE desires and thats the fact.
Kita lihat saja dalam kisah-kisah dahulu, bagaimana org2 yg berdosa besar sekalipun Allah boleh ampunkan dan masukkan ke syurga dan bagaimana pula ada org yg beribadat siang malam dihumban ke neraka. Qada' dan Qadar whether we like it or not, thats the road we must go through and we need HIS help and blessing to go through successfully.
-bebas dan tunduk adalah 2 hal yg kontradik.....
itu yg berlaku kepada kebanyakan penganut ISLAM sendiri...islam itu bermakna tunduk@ taat...tp ramai yg liar dan ingin bebas dari peraturan agama...walaupun tidak secara total...kerana mereka masih ada kepercayaan pada tuhan...
tp bg atheist- percaya pd tuhan adalah konkongan....tidak bebas....hipokrit....i want to do what i want...who cares? i don`t want any limitation...padahal tau diri tu ada limit....bukan tak tgk betapa ramai manusia yg telah mati......hidup dan mati itu sendiri hakikatnya satu ketentuan.
0 comments:
Post a Comment