Wednesday, August 5, 2009

Otak dan Akal : Mampukah Ia Berfikir

"Spinning Chevron Illusion"

Bagaimana ilusi di atas relevankah dengan persoalan otak atau akal?


Otak hanyalah kotak menyimpan segala program agar manusia dapat melakukan gerak dan tindakbalas. Semuanya dah set. Pandai2 lah diri masing2 nak up grade kan otak dengan memasang RAM yang lebih tinggi. Nak minum air zam2 ke, buah kismis ke, air tok pawang ke..atau buat pembedahan untuk sambung saraf2 optik atau fiber cabel.

Akal ni kiranya macam modem pun leh gak. Bergantung pada modem apa. Lagi canggih lagi bagus.

Ha..ha...kalau dah siap software dan hardwarenya, apa lagi, cuba try testlah. Berapa KHZ boleh
tangkap isyarat.Siaran kutub utara pun masuk dalam siaran.Haru biru jadinya.

Kalau kita bedah otak ni, apakah sebenarnya ada dalam daging yang seketul ni. Kemudian anda ceritakan apakah yang difikirkan oleh benda nih. Adakah anda lihat sesuatu dari apa yang difikirkan di dalamnya?



Kalau dibedah secara saintifik....akan tau lah tentang saraf2 dan sel2. Setakat ini ujikaji
sains telah membuktikan pelbagai penemuan yang unik tentang otak. Otak boleh di upgradekan,
boleh di baiki,boleh dirosakkan.

Walau apa pun ia ibarat sebuah memori proseser menerima data dan mengarahkan anggota dalam bentuk tindak balas.

Pastinya ada suatu lebih halus dari otak yg.tersimpan dalam peti otak hingga ia boleh mengatasi
dan menguasai program yang dilakukan otak.

Bila manusia diberi suntikan dadah atau pelali, otak tak dapat apa2 maklumat dan tak dapat
menganalisa apa2. Tapi dalam masa itu satu fenomena pengetahuan berlaku dan sedar tentang
kejadian dan mengambil peranan otak.

Otak manusia sangat unik.Saintis masih belum dapat mengetahui ketetapan2 makenisma sel2
otak berkerja. Sistemnya adalah dicipta oleh penciptanya yang begitu tinggi kepakaran ilmunya.
Bahan2 makenismanya yang sangat halus sehingga tak dapat ditiru.

Maka ciptaan otak yang tecanggih itu dipasangkan oleh sang pencipta kepada makhluk bernama
manusia.Dengan adanya otak,tubuh manusia dapat berkerja dan berfungsi dengan sifat sebagai
manusia.Maka setiap otak yang dicipta,akan diprogramkan bersama sifat2nya mengikut makhluk yang diciptakan.

Sebagai fungsi utama otak ialah menerima kod2 yang dihasilkan oleh setiap saraf pengesan
dan secara auto ia mengeluarkan kod2 arahan. Namun otak hanya melakukan kerja apa yg.
telah diisikan sebagai programkan tampa ia mengetahui soal baik buruk,betul atau salah.

Dengan otak sahaja suatu makhluk tak jadi sempurna hidupnya,kerana ia akan membuat
kerja yang sama dan tak berkembang maju. Contohnya haiwan yang berotak.

Untuk keupayaan diri makhluk itu, penciptanya memasukkan sebuah cip yang tersimpan dengan rapi dan tak dapat dikesan tempatnya iaitu akal.

Akal untuk haiwan bermacam macam program.Akal untuk manusia lebih istimewa.Kerana ia mempunyai kelebihan mengadakan programnya sendiri dan mengaturnya mengikut ilmu yang diisikan.

Oleh itu manusia yang mula berakal akan mula mempelajari sesatu.Sesuatu yang dipelajari dari
hasil pengalaman hidupnya sebagai manusia,sebagai haiwan,sebagai tumbuhan,sebagai jin
dan pelbagai pengaruh persekitaran.

Maka otak mempunyai kebolehan menerima dan memberi,mengarah dan mengatur serta
memahami hukum alam kejadian.Sehinggalah semakin matang ilmu yang diterokai akal itu,
maka semakin berkuasa dan berdayalah ia melakukan pelbagai kerja.

Maka tak heranlah kelebihan dan kekurangan seseorang itu jika dikatakan akalnya adalah
penyebab setiap apa yg.diamalkan.Jika ia tertarik kepada suatu pengaruh ilmu dan kebenarannya maka ia akan berpegang pada fakta tersebut sehinggalah terdapat satu ilmu yang mengatasi fakta dan pengaruh sedia ada.

Otak cuma cecair spongegy, berelemen: urat, darah, daging, air, tube2... layak kah berfikir?

Saya bertanya kepada anda sekali lagi 'Apakah otak manusia mampu berfikir?'

Apakah yang ada dalam otak manusia yang sebegini rupa? Cuba bedah dan lihat.. tiada apa2 kan? !@#$%%$^^$$#


Adakah otak itu fitrahnya untuk berfikir? Apakah sebenar yang difikirkannya? Apakah yang ada dalam otak ini'? nescaya setiap persoalan telah terjawab, maka telah tamatlah pencarian yang anda yang mencari2. Carilah penciptaNya..cipnya ada disitukah !

Semoga kita dapat memahaminya. Selamat mencuba.

Kalau masih lagi tidak dapat memahaminya, maka terpaksalah kita mencari guru yang dapat menjelaskannya.

Tapi kalau ikut ilmu Al-Quran, Allah suruh bedah hati tu.Lihat apa dalam hati, kenal apa hati,macamana hati berfungsi.Kerana dikatakan hati tu tempat meletakkan suatu yang bersih suci.

Hanya hati yg.berkata benar jika dibandingkan dengan otak dan akal dan nafsu. Kalau solat pun tangan memeluk hatinya,..tak pulak letak kat kepalanya...

PI MAI PI MAI.........OTAK MEMANG TAK BOLEH BERFIKIR
SEANDAINYA OTAK MAMPU BERFIKIR DAH TENTU OTAK ORANG MATI PUN BERFIKIR.

MAKA BILA ADA RUH ...BARULAH SEMUA NYA BERGERAK....AKAL/HATI/JIWA/FIKIR/...DAN MACAM MACAM.

TELAH DIRIWAYATKAN BAHAWA SALAH SEORANG NABI BERMUNAJAT KEPADA TUHANNYA, IA BERKATA; ILAAHI SETIAP RAJA ITU MEMPUNYAI PERBENDAHARAAN APAKAH PERBENDAHARAAN MU ?

ALLAH BERFIRMAN : AKU MEMPUNYAI PERBENDAHARAAN YANG LEBIH BESAR DARI ARASY , LEBIH LUAS DARI KURSI , LEBIH BAIK DARI SYURGA , DAN LEBIH INDAH DARI KERAJAAN YANG LEBIH BESAR ……

HATI SEORANG MUKMIN . BUMINYA MA’ RIFAH , LANGITNYA IMAN .
MATAHARINYA RINDU, BULANNYA CINTA ., BINTANG NYA BUAH FIKIRAN ,
TANAHNYA KEMAHUAN , DINDINGNYA KEYAKINAN, AWANNYA AKAL., HUJANNYA RAHMAT.,POHONNYA TAAT.,BUAHNYA HIKMAT.,.

DAN IANYA MEMPUNYAI EMPAT TIANG .,ADA TIANG BERUPA TAWAKKAL.,
ADA TIANG BERUPA SABAR.,
ADA TIANG BERUPA YAKIN.,
ADA TIANG BERUPA KEMULIAAN.,
DAN JUGA MEMPUNYAI EMPAT PINTU.,
PINTU ILMU ,PINTU SANTUN,PINTU RIDHA.,DAN PINTU SABAR.,
DAN ATAS SEMUANYA ADA FIKIRAN.,…….ITULAH HATI

Mula2 terbentuk dalam menjadikan tubuh manusia ialah hati yang berasal dari segumpal darah
dan dinamakan pula seketul daging.Kenapa tak mulakan dari otak atau anggota lainnya.

Kemudian dibalut dengan anggota yang membentuk janin dan keluarlah bentuk2 anggota kaki tangan dan kepala.

Nampaknya hati tu jadi perkara utama pada manusia dan Allah melihat pada hati manusia dan
tak melihat pada otak atau akal manusia.Yang dikatakan melihat hakikat juga melalui mata
hati. Yang bersih atau kotor juga hati.

Otak manusia kalau dimasukkan otak haiwan pun rasanya boleh hidup.Mungkin perangainya macam haiwan kot.Kalau otak tu dibuang rasanya semua anggota tak berfungsi. Jawabnya,..bacakan yasin jer.

MANUSIA MEMANG TIADA DAYA DAN UPAYA... YANG ADA CUMA USAHA/IKHTIAR SEMATA2


Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

RASULULLAH SAW BERPESAN....

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ،وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati."

Apa yang difikirkan dan apa yg.dikatakan akan datang dari dua sumber dan hakikat sebenar hanyalah satu iaitu dari Allah jua.

Sebelum diri dapat mengenal,maka akallah alatnya untuk menerima gambaran gelombang dari
kehendak Allah.Tanpa akal diri tak dapat membuat suatu imej bayangan.

Umpama suatu mesej sampai pada hati menyatakan sebagai suatu perkataan Zat. Diri dapat
menyebutnya sebagai Zat tapi tak dapat melihat sifat Zat itu kerana dihati adalah dipelihara Allah dari segala bentuk andaian.

Maka persepsi akal akan membantu mengandaikan dan memahamkan persepsi kalam suara
hati itu. Walaupun tau ia adalah bukan, namun sedikit sebanyak dapat membantu diri maju
kehadapan kerana adanya cahaya. Hinggalah cahaya itu penuh dan terang maka,...akal tidak
perlu berkerja melainkan sebagai alat yang tunduk pada ilham Allah semata-mata.

Akal hanya akan berkata menurut hatinya berkata dan hati akan berkata benar.
Apakah perlu akal berkerja lagi jika telah jelas barang yang hendak diperlihatkan.

Sebagaimana kita melihat segelas air dalam cawan,walaupun untuk diminum, tanpa yakin
kita akan berfikir. Samada air itu ada racun,ada serangga,sudah basi dansebagainya.
Tapi air yang kita dah yakin, memang tak fikir banyak seperti air dalam tin,dibuka penutupnya dan terus tonggang.



3 comments:

Tok PA,  10:00 PM  

hmm..

Otak=software utk integrasi dan interaksi pengalaman dunia ilusi ni ngan diri terperi kita. Boleh ke?

ku2 11:14 PM  

salam.
kemas cite..

Highlander 4:03 AM  

hehe To >>> tok PA

Walaupun itu ilusi dan fantasi untuk manusia lakonkan,..kena ikut skrip dan programnya gak.

Macam main Play station .Kalu main belasah jek,...asyik mati,..asyik kalah tak best le.

Kalau menang pun tak dapat medal pun tak best gak.

Sememangnya alam ciptaan tak dapat membawa jiwa kepada pengenalan.

Sebab dari awal Allah dah nyatakan bahawa IA ciptakan dunia mengikut persepsi akal manusia.

Selagi namanya manusia,..maka akal dan ilmu sebagai alat sedangkan ruh adalah talian terus pada ilmu pencipta.

Diantara alam dan zatnya,..ruh tergantung di tengah-tengah sebelum ia menemui lubang gelap
yang disangka gelap.

Oleh itu fantasi dunia kena lalui juga ikut program hingga dapat ilmu memprogramkan perjalanan
seterusnya.

Akhirnya akan didapati diri nya sendiri adalah program.

Begitulah gamaknya kot..tlg betulkan..

  ©Template by Dicas Blogger.