Kehidupan oh kehidupan
Laluilah kehidupan ini seperti bawang di atas ! dari satu lapisan ke satu lapisan...kehidupan semasa bayi lain..kehidupan kanak-kanak hanya difikirkan untuk main-main saja...kehidupan remaja memikirkan enjoy, kepuasan,keseronokan dan lain-lain...kehidupan dewasa, berkeluarga, beranak pinak suatu kehidupan yang ternyata sudah berbeza dan di sini ada yang terima bermacam-macam ujian kehidupan yang paling mencabar ada yang senang lenang ! Kehidupan di alam 'orang lama' melampaui lapisan di saat terakhirnya di ulasan bawang tersebut !
Oleh itu, kehidupan ini sebenarnya memang serba tidak kena pun inilah yang sedang menyedarkan diri kita...[bagi yang mendapat kesedaran lah]..Hakikatnya tuhan tidak menjadi sesuatu itu sia-sia !
Katakan anda kini berusia 30 tahun, jika ditanya : Apakah yang anda telah rasai selama 40 tahun yang berlalu?
Pastinya anda menjawab; 'Aku telah mengalami susah,senang, sakit, hina, kelaparan, dihina dan lain-lain'
Jadi aku akan tambah 30 tahun lagi.. bermakna anda akan berumur 60 tahun ketika itu.
Dan aku akan bertanya soalan yang sama: 'Apakah yang anda telah rasai selama 60 tahun yang berlalu?
Begitulah kehidupan insan yang sentiasa bermimpi dikala 'jaga'. Pada aku, hidup ini tidak punya apa-apa maksud, kecuali berinteraksi sementara 'berilusi hayat'. Tuhan tidak menzalimi sesiapapun, kerana tiada ada sesiapa disisiNYA.
Teruskan 'mimpi2 hayat' kita seadanya, tanpa gentar kerana kita cuma menghadapi mimpi-mimpi saja atau ilusi. Bila kita mati kita SEDAR ! Okey teruskan berilusi dengan aman dan nyaman...
Teringat pula satu kisah nukilan Aulia`Ada seorang tua bertanyakan kepada seorang budak kecil..Eh..kenapa kamu tidak pergi bermain seperti kanak-kanak lain? Tengok tu kan kanak2 suka bermain dan bergembira saja..?[ Sambil menujukkan ke arah budak-budak lain yang sedang bermain…] Lantas budak itu menjawab ” Adakah Allah s.w.t menciptakan aku hanya untuk bermain-main…? Sedangkan aku melihat emakku semasa menyalakan api..dia menggunakan dan memasukkan kayu-kayu kecil terlebih dahulu apabila dia menyalakan api kemudian dimasukkan kayu besar…kemudian orang tua itu bertanya siapakah kamu ? saya Sidi Ali Zainul Abidin r.a [Ahli bait Rasullullah s.a.w]…kemudian orang tua itu berlalu pergi..
0 comments:
Post a Comment