Persoalan diri yang belum tamat
Kenapa aku dilahirkan di dunia ini sedangkan aku tidak pinta ? Kenapa aku sebagai seorang manusia tidak seperti pokok ? Apakah tujuan berada di sini ? Kemanakah aku selepas ini ? Adakah aku kekal selamanya di sini ? Adakah tuhan adil ke atas semua makhluknya ? Adakah semua orang Islam saja masuk Syurga sedangkan aku bukan agama Islam ini akan terus dihumban ke dalam neraka ! Adakah tuhan juga berlaku zalim ke atas manusia sehingga aku di ibaratkan sebagai ‘bahan ujikaji’ ? Kenapa banyak agama atas dunia ini ?
Kadang-kadang, aku memandang bintang-bintang di langit dan terfikir, 'kenapa la aku ni mcm ni !
Kalau aku jadi normal macam semua orang kat luar tu, kan best? Mesti hidup aku pun normal macam orang lain juga !. Tapi kenapa aku ni dilahirkan pelik? Perangai pelik, susah orang nak paham..aku sering diuji dengan orang...buat itu tak kena..buat ini tak kena...semua tak kena !
Sebenarnya banyak lagi soalan yang anda sendiri harus tanya bagi merungkaikan persoalan dan permasalahan dalam diri yang sering dirundum dalam meneruskan kehidupan sebagai insan normal.
Berfikir perkara yang bukan-bukan tak logik dek akal atau yang kebanyakan manusia tidak fikirkan pun..Adakah aku sorang je dalam dunia ni yang macam nie..? Kenapalah Tuhan jadikan aku PELIK macam ni? Semua orang benci dan singkir ! Aku hilang kasih dan sayang dari semua orang termasuk kedua ibu bapa ! Kadang-kadang melakukan 'dosa' tetapi malu untuk berhadapan dengan tuhan !
Begitulah antara persoalan yang bergelar seorang Insan penah aku temui sejak 10 tahun dulu..Tup..tup ada yang ini meluahkan perasaannya di YM secara tiba-tiba, aku tanya apa masalah sebenarnya ? Dijawabnya : Macam tulah masalah aku sejak beberapa bulan berganti bulan dan berganti tahun !
Bagaimana penyelesaian kalau anda ditemukan oleh seorang insan yang macam ini..dihati kecil ini hanya memberi sepatah dua kata saja...antaranya berbunyi begini !
Terus aku mengatakan...anda sebenarnya seorang yang terpilih di antara jutaan orang kerana dalam ramai-ramai orang anda antara orang yang ada soalan untuk menambah ilmu untuk mengenali diri dan ketuhanan !
Dalam Islam, kita hendaklah percaya kepada tuhan barulah kita ada pegangan hidup, kalau tidak kita akan hidup seperti di bawa angin dan hanyut dan kehidupan manusia porak peranda dan kacau bilau.
Sesungguhnya manusia memikul amanah agar memakmurkan sebaik mungkin, saling tolong menolong antara satu sama lain kerana kehidupan manusia merupakan seumpama segerombolan semut-semut yang saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam kehidupan.
Oleh itu, kembalilah kepada mengenal tuhan yang menciptakan kita dengan sebenar-benarnya melalui agama Islam yang lengkap dalam semua urusan kehidupan dunia melalui bukti konsep berjamaah atau berorganisasi, bersosial dan pemerintahan yang cekap sebagaimana yang dijelaskan sebahagian besar dalam Al-Quran dan Hadith yang mana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah yang paling sempurna dan paling berkesan (amat saintifik).
Manakala bagi agama-agama lain ibarat jalan lama yang penuh 'bahaya' walaupun nampak canggih kerana telah banyak diubahsuai yang hanya mengikut akal dan masa.
Sebenarnya, setelah manusia mula berakal dan ingin mengetahui, melainkan mereka hilang akal atau tidak berakal. Semuanya bermula dari persoalan diri sendiri apabila melihat kejadian yang perlu bermula dari ciptaan dan prosesnya. Akhirnya manusia akan mencari siapa pencipta atau punca asalnya.
Oleh itu, cara untuk membuka tabir makna kehidupan untuk menangkap hakikat hidup ini adalah saperti kita menguliti bawang. makna kehidupan di kodkan dalam gentik kita ,namun untuk membaca kod genetik ini , kita mesti melihat permukaan yang berlapis lapis dari kehidupan ini.
Setiap lapisan merupakan dunia yang tersendiri . Dunia-dunia ini adalah apa yang telah kita berikan realiti yang positif dan makna kepadanya. Ketika kita mengupas kulit luar sebiji bawang, terlihatlah lapisan kedua ,lalu lapisan seterusnya dan seterusnya hingga ketika kita sampai kepada isi bawang tersebut dan membuka lapisan terakhir , adakah kita dapat menemui dan mandapat kecintaan kepada Allah yang sebenar-benarnya, itulah rahsia yang bergitu besar maknanya bermula dari air setitik samada sebagai manusia mengenali penciptanya atau sebaliknya.
Setitik air, merupakan perlambang akan Asal kejadian Insan/ Manusia yang wajib untuk kita ketahui sebelum kita mengadakan pengenalan akan diri yang sebenar-benarnya diri sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah Swt did alam Al-Qur’an : ” Hendaklah kamu, memikirkan akan asal kejadian dirimu ”
Kata pujangga :
” Ilmu atau pengetahuan manusia itu laksana setitik Air ditengah lautan yang luas, artinya tidak ada apa-apanya dibanding dengan Ilmu Allah ”
Cuba kita renungkan sebaiknya, mungkinkah akan terjadi lautan yang maha luas itu jika tidak kerana dengan setitik Air, akankah ada lautan yang luas itu tanpa di awali dengan hadirnya setitik Air, jawabnya kami serahkan sepenuhnya kepada anda sekalian.
Akhirnya aku berpesan , akuilah bahawa kamu adalah insan yang terhebat !
Kenapa.. ? Sesungguhnya kehidupan kita akan beza dari satu tahap ke tahap yang lain..dari bayi–kanak-kanak–remaja–dewasa–tua.
Tapi aku sebenarnya tidak bersetuju dengan mengatakan air mani atau manikam itu adalah air yang jijik ? aku memang tidak percaya dengan tafsiran sebagaimana yang ditafsirkan tapi aku tidak menyalahkan cuma aku menganggap sebagai NAQIS [kurang] kerana berdasarkan pencapaian ilmu masing-masing..
Ok ! Manusia memang golongan makhluk yang hebat yang dijadikan dari Ma`In Mahiin [Air yang hebat dan bermanfaat kepada orang lain] bukannya air yang jijik sebagaimana fahaman sesetengah orang. Dalam kaedah bahasa Arab satu-satu kalimah itu ada perbezaan dari segi makna..Kenapa bukan air yang jijik sebagaimana orang melayu kita pakai ? Hakikatnya NASSUN SAHIH WA FAHMUL KHATI` Nas sudah betul tapi kefahaman itu silap ! [Ini adalah salah satu masalah umat Islam hari ini]
Kenapa manusia itu hebat ?
1-Buktinya ada manusia itu menjadi seorang pemimpin hebat ! saudagar hebat ! pelajar hebat ! hacker hebat ! mendaki gunung everest ! hebat membuat duit ! hebat cari duit ! segala2nya macam kehebatan manusia adalah terselah !
2- Kalau kita mengisi apa-apa borang dalam bahasa arab kita…kita akan isi nama,alamat dan sebagainya kemudian ada ruangan dipanggil MEHNAH [Occupation/Pekerjaan] Ini jelas menunjukkan air yang boleh membuat kerja dan hebat ! Mahiin berasal daripada Mehnah = Air ada pekerjaan bukan sia-sia tau ! ada misi dan visi suatu hari nanti !
3-Makna air itu dalam Al-Quran disebut bermacam-macam antaranya air yang diminum [ma`in tashrabun],air yang keluar dari sulbi [mina sulbi wa taraiib]
Bagaimana pula ayat yang bermaksud ” Wa Ja`alna minal maa` Kulla Syain Hayy” Dan kami jadikan daripada air sesuatu itu hidup ! dengan makna sesuatu itu adalah semua makhluk termasuk jin dan malaikat. Benarkah Allah menjadikan daripada air itu semua hidup ? Adakah malaikat atau jin minum air ia boleh hidup ? adakah ikan di sungai atau dilaut meminum air ia boleh hidup ? Ini jelas menunjukkan bahawa maksud Maa`[air] adalah RUH..!!
4- Peristiwa Isra` dan Mikraj cuba antara bukti kebesaran bahawa Nabi s.a.w mengatasi Malaikat saidina Jibril A.s dimana malaikat Jibril tidak dapat meneruskan perjalanannya semasa dilangit sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Jibril a.s “sekiranya kamu mendahului aku kamu akan terbakar” kerana kekuatan Nur-Allah tidak dapat ditangkis oleh nur malaikat…[sedangkan malaikat dijadikan daripada nur..]
Kesimpulannya..manusia adalah HEBAT ! walaupun tahap kedudukan manusia adalah neural antara baik dan buruk..sekiranya ia ke arah kebaikkan mereka juga boleh mengatasi alam malaikat dan sekiranya mereka itu ke arah kejahatan mereka lebih sesat dan teruk dari binatang !
Allah Swt telah berfirman didalam Al-Qur’an :
” Aku Ciptakan Manusia itu dalam bentuk yang paling sempurna lagi mulia,namun apabila Ia ingkar kepadaku, maka akan Aku lemparkan ia pada tempat yang paling hina, bahkan amat hina dari yang hina ”
Kesimpulanya : Orang seperti ini antara sejuta dalam satu juga kalau ditemui gamaknya lah kan..bila keadaan bermasalah dan tertekan kita menggunakan fikiran semaksima yang mungkin dan ingin mencari kepuasan..bila kita sudah senang lenang kita jarang 'mengasahkan' otak ! Benar atau tidak ya ! Orang macam ini juga seorang yang bijak, hebat dan indigo ! Ok sekadar pandangan..Tiada siapa yang dapat mengubah anda ! mungkin suatu hari nanti pengalaman anda akan digunakan oleh generasi lain pula..begitulah kitaran hidup yang berlapis-lapis..carilah 'ketuhanan' itu melalui solat,pengosongan diri,doa dan zikir ! Hidup tidak selalunya indah !
0 comments:
Post a Comment