Baru lepas menonton Laskar Pelangi 2008
Aku baru saja menonton Laskar Pelangi 2008 maklumlah tertinggal flight gamaknya tapi tak apa, filem ini menyentuh perasaan..banyak komen-komen aku tengok pun memang Best ! Kisah benar ini dari novel kemudian di filemkan karya Andrea Hirata...memang mendapat sambutan hangat dulu kan..aku sedut jerk semalam huhu..
Sarat dengan pengajaran dan tidak bosan menonton walaupun mengambil masa hampir 2 jam..cam tak terasa sangat sebab tengok kemeriahan kanak-kanak ada suka duka..
Soundtrack by Nijdi – Laskar Pelangi dan Gita Gutawa – Tak perlu keliling Dunia. Sedap lagu-lagu mereka.
Kejar pelangi sampai ke ujung dunia..-ikal
Hiduplah untuk memberi untuk sebanyak2nya dan bukanlah untuk menerima sebanyak2nya.-Pak Harfan dari filem Laskar Pelangi
Filem ini mengimbau kenangan lama. Begitulah keadaan anak-anak di sebuah pulau yang kaya dengan perlombongan emas dan meminggirkan pelajaran atau sekolah agama..kerana mengejar material akhirnya harga emas jatuh ! Sukarnya mereka hendak mendapat pendidikan yang jauh di pedalaman ini...
Denai menuntut ilmu ini sememangnya sukar dan berliku.Tambah-tambah lagi bagi mereka yang mendapat pendidikan rendah di kawasan luar bandar.
Bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak punya cita-cita tinggi (budak-budak kampung), happy go lucky, sepanjang masa kanak-kanak mereka dihabiskan dengan bermain dan bersuka ria.
Cerita ini banyak membuka mata. Mengimbau kenangan. Melayan perasaan.Suka duka kehidupan.
Buat bakal guru, cita-cita untuk menjadi seorang guru itu adalah BIASA! tetapi, pengorbanan dan semangat untuk mendidik, mengajar dan membimbing pelajar itulah yang LUAR BIASA! Kalau tengok filem melayu dulu seingat aku Sekolah Limau Kasturi..Apapun filem ini aku suka tengok dan Best menonton...banyak pengajaran dan pelajaran..
Sinopsis Laskar Pelangi
Cerita terjadi di Desa Gantung, Kabupaten Gantung, Belitong Timur. Dimulai ketika sekolah SD Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Pusat Pendidikan jikalau tidak mencapai pelajar baru sejumlah 10 orang murid, sekolah akan ditutup.
Ketika itu baru 9 anak murid yang menghadiri semasa pembukaan pendaftaran, akan tetapi tepat ketika Pak Harfan, guru besar sekolah, semasa Pak Harfan sedang memberi ucapan untuk menutup sekolah kerana ketika itu tidak cukup seorang lagi, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.Harun merupakan kanak-kanak istimewa datang menyelamatkan sekolah dari tutup selamanya.
Mulai dari sanalah cerita mereka. Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, perkenalan mereka yang luar biasa di mana A Kiong yang malah cengar-cengir ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus.
Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh basikal 80 km pulang pergi dari rumahnya ke sekolah kena melalui lubuk buaya ! Pengorbanan lintang untuk belajar aku rasa sedih dengan wataknya...bila dihayati ! tapi begitulah keadaanya...
Mereka, Laskar Pelangi - nama yang diberikan Bu Muslimah akan kesenangan mereka terhadap pelangi - pun sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai cara.
Misalnya pembalasan dendam Mahar yang selalu dipojokkan kawan-kawannya kerana kesenangannya pada okultisme yang membuahkan kemenangan manis pada karnaval 17 Ogos, dan kecerdikan luar biasa Lintang yang menantang dan mengalahkan Drs. Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal, dan memenangkan pertandingan cerdas cermat. Laskar Pelangi mengarungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama.
Kisah sepuluh murid ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa dia terputus sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh Andrea Hirata, kita boleh merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini!
Cerita ini semua watak ada sedih,gembira dan kasih sayang..bagus ditonton dan hayatilah sepenuhnya..! cukup menginsafkan..
Azimat : kalau nak pintar=belajar...kalau nak berhasil=usaha
Laskar Pelangi ni sebenarnya pengalaman sebenar Andrea Hirata (novelist) bersama rakan-rakannya memulakan persekolahan di SD Muhammadiyah di Pulau Belitung, satu-satunya sekolah Islam yang tinggal untuk dipertahankan. Bertemankan 10 orang rakannya, serta Ibu Mus dan Pak Har, beliau mengajak kita semua menyelami the magic of childhood memories dan betapa pendidikan itu sangat penting dan tidak pernah mengenal sesiapa pun...seperti kata Ibu Mus, "Tidak ada orang peduli pun yang anak orang miskin juga harus sekolah" dan semangat untuk berani bercita-cita tinggi.
Novel ini ditulis oleh Andrea untuk memenuhi hasratnya mempersembahkan kepada guru tercintanya, Ibu Muslimah Hafsari dan Bapak Harfan Effendy Noor serta rakan-rakan Laskar Pelanginya. Berbanding dengan movie, novel ini menceritakan lebih detail pengalaman beliau...Biarpun ada sedikit olahan dalam movie tetapi tidak langsung mengubah penceritaan beliau. Filem ini harus ditonton oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kerana penggunaan bahasa Melayu serta lagu-lagunya yang amat dekat di hati kita.
Diedit dan diringkaskan daripada rencana Fazallah Pit “Laskar Pelangi Hebat dalam Filem” dalam berita Harian 30 Julai 2009 dari laman http://profabdullah1.wordpress.com/2009/07/30/laskar-pelangi-hebat-dalam-filem-oleh-fazallah-pit-daripada-berita-harian-30-julai-2009/
Laskar Pelangi karya Andrea Hirata, yang berlaku di Belitong, Indonesia dapat menjadi karya sepunya pembaca Melayu di empat negara berjiran iaitu Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Laskar Pelangi didiskusikan di Dewan Seminar A, Universiti Sains Malaysia pada 18 Julai lalu, dan dihadiri oleh Andrea Hirata sendiri.
Saudara Ahmad Sahidah seorang calon Doktor Falsafah USM, mengiktiraf Laskar Pelangi sebagai karya yang akrab dengan peradaban jati diri Melayu, kerana Andrea Hirata berjaya menyampaikan nilai agama dan moral dengan lebih baik berbanding dengan kebanyakan novel Islami lain.
Melalui Laskar Pelangi, Andrea Hirata menyampaikan mesej agama yang menusuk ke hati tanpa perlu menggunakan kekerasan di samping berupaya menjelaskan unsur sains dan ekonomi secara tuntas dalam bentuk sastera, kata beliau ketika membincangkan kertas bertajuk “Satu Kajian Falsafah Menemukan Identiti Melayu.”
Diskusi yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Indonesia dan Persatuan Karyawan Pulau Pinang, Kelab Ijazah Tinggi Universiti Sains Malaysia, Gramedia dan Konsulat Republik Indonesia itu, turut dihadiri oleh Andrea Hirata sendiri. Beliau berkongsi keperitan pengalamannya memindahkan novel terbabit ke filem.
Pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, Puan Ainon Mohd. penerbit Laskar Pelangi versi bahasa Melayu, menganggap pertukaran karya antara Malaysia dan Indonesia berlaku dengan perlahan sahaja sejak konfrontasi pada 1962.
Beliau menekankan, “PTS berharap dapat menjadi jambatan karya sastera kedua-dua negara dengan Laskar Pelangi sebagai perintis. Saya yakin bahawa novel penulis Malaysia juga akan mendapat sambutan daripada pembaca Indonesia, kerana kedua-dua bahasa datang daripada rumpun yang sama.”
Dalam konteks filem pula, Laskar Pelangi mendapat sambutan hangat di Indonesia dan dianggap filem yang paling berjaya berbanding kebanyakan novel terkemuka lain.
Pensyarah kajian filem di USM, Dr Rohani Hashim, menyatakan kepuasannya menonton Laskar Pelangi kerana suntingannya licin manakala permainan teknik filem digunakan secara jitu.
Beliau memuji penggunaan teknik ‘cut away’ dalam filem itu yang meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton dalam menonjolkan diskriminasi pendidikan dan ekonomi dalam kalangan masyarakat Belitong.
“Saya juga berasa dekat dengan filem ini kerana bahasanya mirip dengan bahasa Melayu yang ditutur penduduk Malaysia. Filem ini jua memasukkan lagu Seroja yang turut popular di negara ini,” katanya.
Sementara itu Prof Madya Dr Sohaimi Abdul Aziz (USM) menganggap kerjasama erat antara sutradara dan pengarang novel itu menjadikan kekuatan kedua-dua medium itu kekal.
“Ini menyebabkan karya di layar perak itu menyamai kehebatan novel asal. Proses pemindahan bahasa ke visual bukan mudah, khususnya bagi menggambarkan suasana episod yang melibatkan sudut pandangan pertama dalam novel,” dalam kertas kerja beliau “Satu Penelitian Adaptasi Novel dan Filem dalam Laskar Pelangi.”.
Ini diakui oleh Andrea Hirata ketika menceritakan proses penulisan novel itu dan kerja memindahkannya ke layar perak sehingga persetujuan hanya dicapai oleh kedua-dua pihak selepas terhasil skrip ke-11. Beliau mengakui bahawa karyanya itu sebahagian daripada realiti kehidupan yang diadun dengan imaginasi kreatif.
Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov juga diterbitkan oleh PTS untuk pembaca di Malaysia.
Selamat Menonton...
1 comments:
itu andrea hirata sudey kawen ke lom hik3...
Post a Comment