Sunday, August 9, 2009

Sedarkah berlaku Split Identity ?

Bukankah kebanyakan kita mengamalkan ’split identity’?

Contoh :

Waktu solat kita tunduk dan patuh di hadapan Allah, tetapi di luar solat kita tunduk dan patuh kepada nafsu dan ego.

Waktu munajat kepada Allah kita menyatakan dosa-dosa dan kesilapan yang banyak dilakukan dan memohon keampunan.Tapi di luar munajat kalau orang kata kita banyak buat dosa dan kesilapan kita marah.


Kita mengakui Ilmu Allah itu luas (ada yang diluar pengetahuan kita ibarat air yang menitik di jari apabila kita mencelup lautan) tapi bila kita berjumpa dengan ilmu Allah yang di luar ilmu pengetahuan atau yang kita agak-agak tahu tapi tidak jelas maka kita hina dan kutuk, kita benci Yahudi dan Nasrani tapi sifat-sifat hasad dengki mungkin sama atau lebih teruk dari mereka. Apa yang diperkatakan di sini adalah tentang kefahaman dalam 'spiritual'/kerohanian dalam Islam kebanyakan menggunakan bahasa yang tinggi yang memerlukan ketajaman otak kita untuk memahami yang lahir dari hati yang paling dalam dan kesedaran yang tinggi. Aku dulu pun sukar dan melalui pelbagai liku perjalanan yang jauh untuk memahami, itulah tanda 'mukjizat' Al-Quran yang telah diberikan kepada Nabi s.a.w adalah berdasarkan Ilmu, hanya cukup sebuah Al-Quran sebagai panduan muslim tapi berbilion-bilion pecahan ilmu dunia dan akhirat telah dibahaskan oleh ilmuan dengan pelbagai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Jadi, zaman sekarang atau zaman umat Nabi s.aw adalah membicarakan tentang Ilmu yang berpunca dari Al-Quran sebagai panduan lihatlah perbezaan berbanding-banding umat sebelum kerasulan Nabi s.a.w kebanyakannya dikurniakan dengan pelbagai mukjizat seperti Nabi Musa a.s dengan membelah laut dan membenamkan kerakusan kuasa Firauan dan golongan sihir, Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api yang menjadi sejuk dan aman, Nabi Isa a.s dengan boleh menghilangkan penyakit kusta, menghidupkan orang yang mati, mencipta burung dan sebagainya dengan izin Allah.

Tanda kehebatan Nabi s.aw. adalah dengan Ilmu bagi menyatukan semua umat Muhammad s.a.w di zaman ini. Sama-samalah kita fikirkan...Guruku pernah berpesan sewaktu ketika dulu, karamah para wali Allah adalah Ilmu. Apabila bercakap zaman sekarang ini karamah tidak diperlukan dengan hanya berjalan di atas air, terbang dan sebagainya kerana dikhuatiri orang juga akan mengatakan ini adalah sihir tapi sebenarnya boleh dilakukan dengan izin Allah. Jadi, ilmu yang dapat membuktikan jalan 'kerohanian' atau spritual dalam Islam sekarang adalah melalui ilmu sains dan teknologi yang dicipta begitu canggih yang hasil daripada ilmu dan suatu benda yang jelas kita nampak di depan mata bagi memberi keyakinan kepada manusia untuk menakjubkan dan menyakinan kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t


Berbeza processor celeron dengan Dual Core begitulah “Apakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”..Allah bisa ‘menjadikan’ dan bisa ‘tidak menjadikan’.
Baiklah kita selongkar kenapa terjadi split indentiti ini dengan mengenali diri kita dan inilah yang dikatakan bahawa kita juga mempunyai khazanah yang terpendam tetapi diselimuti oleh nafsu.
Nafsu, walaupun selalu mendapat cacian, namun selalu pula diikuti.


Suatu hal yang sering dipandang cela oleh umat manusia, padahal nafsu serakah itu berasal kata dari Nafis (dalam bahasa arab) yang bererti: Sesuatu yang berharga…sesuatu yang bernilai istimewa… sesuatu yang sentiasa harus dijaga dan digilapkan. Sesungguhnya nafsu (diri atau jiwa) seseorang manusia sangatlah berharga bahkan lebih mahal dari seluruh kekayaan dunia, sayangnya, tidak semua menyedarinya.


Memadai kita memahami sepotong hadis s.a.w yang mempunyai perbahasan yang begitu luas sekali sekiranya kita dibukakan Allah akan ilmu-Nya.

Nu’man bin basyir meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasululah s.a.w yang berbunyi:


Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.” (H.R. Al-Bukhari: 50 dan Muslim: 2996)

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.