Saturday, August 1, 2009

Api yang bersifat panas....

Sepanas-panas api adalah api yang berada tengah, di kekelingi api kuning, api merah, api jingga dan api biru. Api terpanas itu tiada bewarna.
Sekeras-keras batu/tanah ialah berlian. Berlian meloloskan setiap cahaya yang melaluinya hinggakan cahaya-cahaya itu berlaga semasa sendiri dan kelihatan berlian itu kelihatan bersinar. Hakikatnya ia tidak bewarna.
Hitam air kopi dek biji kopi, coklat milo dek koko, kotor sungai dek sampah, biru laut dek langit. Sesungguhnya air tak bewarna.
Angin dimana-mana pun ia tidak bewarna.
Adakah setinggi-tinggi tahap tak bewarna? Berkeadaan lapang, tiada sempadan, berkeadaan seperti tiada?

Ada yang bertanya ...

saya nak bertanya dimana akhirnya kehidupan manusia ini?

dilahirkan...hidup...mati...alam sesudah mati...kemana selepas itu?

adakah dilahirkan semula?
adakah syurga/neraka?
kemana?

adakah kita merasakan apa yang kita rasakan sekarang ini selepas mati atau bagaimana?


--Datangnya entah dari mana , baliknya pun entah kemana..

jangan dibakar diri itu dengan api , jangan pula direndam ianya dengan air

dari tiada kepada ada dan akhirnya tiada kembali , lenyap dalam lautan mimpi yang entah apa2

syurga dan neraka itu ada selagi ada langit dan bumi , dan manusia itulah yang menjadi bahan bakarnya..bila ye masanya tiada langit dan bumi?

--TIADA langit dan bumi maka tiadalah MASA kerana tiadanya saat,minit,jam,hari,minggu,bulan dan tahun...maka tiadalah lagi subuh,zohor,asar,maghrib dan Isya' kerana sesungguhnya SOLAT itu adalah syariat yang ditentukan atas mukmin pada beberapa masa yang ditentukan. Selagi ada langit dan bumi maka hiduplah kamu di atasnya dengan beberapa peraturan2nya seperti bila lapar kena la makan

Nota : 'Itiqad itu dibangsakan pada hati (niat/ fikir). Syariat itu dibangsakan pada perbuatan (Fi'li). Kafir itu dibangsakan pada perkataan (Khauli).

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.