Monday, August 3, 2009

Teori Ilusi...

Teori ilusi dan kewujudan sebagai khayalan tidak dapat diterima akal.Manusia perlu terima kebenaran wujud yang dicipta dan wujud tuhan.

Wujud makhluk dapat diketahui dengan lihat dan rasai serta melalui pendengaran.Wujud makhluk yang ghaib dapat diuji kewujudannya.Hanya kewujudan tuhan perlu bermula dari akal.Dengan akal manusia dapat masuk ke suatu ilmu.

Jalan mengenal tuhan bermula dari tanda2 ciptaan.Jika tiada kitab sekalipun,manusia tetap akan mengetahui jalan mengenal pencipta.Kanak2 baru lahir,..tidak diajar pun untuk memegang kantung susu ibunya.

Apakah tuhan hanya wujud dalam ilusi dan fantasi?Jika manusia merasa dirinya tidak wujud,apa perlunya ia berusaha membebaskan dirinya dari bayang2 yg.ia sendiri tidak mengawalnya.

Kehidupan ini bukan lah satu khayalan atau bayangan tuhan,wajah tuhan,perbuatan tuhan dan penuh dengan nama2 tuhan sebagaimana fahaman ahli ilmu ketuhanan.,.disalah ertikan sebagai ilmu sifat 20.

Bukan soal salah betulnya jalan ilmu itu,..tapi salah cara pemahaman ahli yg.mencari ilmu.

Faham atau salah mana datangnya? Jika ia dari akal, akal dari mana datangnya?
Jika akal dari fikiran, fikiran mana datangnya?

Adakah fikiran itu jasad? Atau sekadar gurisan perasaan yang ghaib?
Malah tanpa fikiran diri yang berdiri yang merasakan ia faham pun tidak akan terwujud! Jika begitu, siapakah yang MUTLAK? Ini INSAN memang LUPA!

Tubuh manusia adalah alat.Dari komponan yang dapat dilihat hingga kewujudan yang berkonsep halus.Wujudnya udara dan gas serta gelombang2 tak dapat dilihat.Tapi kewujudan itu dapat dibuktikan.

Otak hanyalah otot2 yg.dicipta sangat unik hingga manusia sendiri tak mampu menciptanya.Namun manusia dapat meniru konsep kerja otak.Telah terbukti bahawa otak manusia boleh diubah sesuai atau dirosakkan. Otak hanyalah alat yang menyimpan maklumat program tubuhn dan ia tidak melakukan kerja fikir melainkan apa yang
diprogramkan atau terdapat pengisian program baru.

Akal bukan berkonsep zahir dan dapat dilihat.Sememangnya sukar dinyatakan tapi kajian sains dapat memberi ilham tentang konsep akal.Umpama sebuah komputer boleh dimasukan program melalui gelombang tanpa wire.

Gelombang tak dapat masuk ke sistem memori jika tiada alat penerima gelombang atau reciver.

Maka reciver itu boleh difahamkan sebagai akal.Reciver tidak berfikir apa2 melainkan menerima gelombang dari satu punca di luar jasad.Dengan pengisian ilmu dibawa dari sumber akan diketahui oleh RUH.

Jadi yg.bertindak memikirkan sumber ilmu dalam diri adalah RUH.Bila mendalami soal bagaimana RUH menjalankan kerja dengan mendapat ilmu,...maka terbongkarlah ilmu rahsia diri. Siapa RUH dan kaitannya dengan tuhan.Maksud tentang Tuhan adalah sangat hampir dari urat pembuluh ditengkoknya mungkin satu kalau yang perlu dimengertikan.

Tempat RUH adalah pada ilmu tuhan.Tuhan menempatkan ruh dalam diri.Hakikatnya RUH adalah tidak bertempat dan tak tertakluk pada masa dan mengharapkan tubuh zahirnya.Ruh hanya berharap pada tuhannya yang sentiasa hampir dan sangat hampir.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.