Wednesday, August 12, 2009

Selagi Ada Rindu



Mula2 tu aku pun naik heran kenapa ada orang request lagu ni semasa aku on air kat TORRENTFM semalam..sebelum ini aku tak penah dengar pun lagu ni..bila dengar fuuuuh mantap ar lirik dia..

So, aku cuba gak nak cari full album dia..rupanya dia ni pencipta lagu..hebat gak lirik2 dia...yang biasa aku dengar cinta pantai merdeka dari Jimbara..mmg sedap gak..kini br leh dengar suara dia dengan lagu selagi ada rindu..huhu

Selagi Ada Rindu yang didendangkan sendiri oleh Pak Long atau nama sebenarnya Shafie Ahmad.

Kalau sebut nama Pak Long tentu orang ingat abang diaorg yang paling sulung.. tapi PakLong yang gua maksudkan nih ialah pencipta dan pemilik asal lagu Cinta Pantai Merdeka yang pernah
dinyanyikan oleh kumpulan Tropika dan dipopularkan lagi oleh kumpulan JinBara.. PakLong adalah sorang lagi pencipta lagu yang bagus kat Kedah nih selepas To'ki... PakLong juga adalah
pencipta lagu Al-Jannah nyanyian Mawi.

Lagu Selagi Ada Rindu nih rasanya ciptaannya yang terbaru... sedap didengar... kisah kerinduan pada kekasih yang telah kembali ke alam Barzakh...

Pak Long berasal dari Alor Setaq , Kedah...Telah menghasilkan sebuah album sulung yg berjudul Selagi ada Rindu yang juga telah tercalon di dalam AIM ke 16 pada tahun ini untuk kategori Album Pop Etnik Terbaik...terdapat 11 buah lagu antara Selagi ada Rindu, Cinta PAntai Merdeka, Al-Jannah,Cinta di Langkawi dll..

Tak rugi untuk mendapatkan album beliau kerana semua lagu2 dalamnya best2 dgn gaya vokal ala2 ghasidah dan taranum paklong memang mengasyikkan.

P.S TorrentFM Stereo dengan capaian Winamp/Realplayer/VLC atau Screamer Radio

1 comments:

eLyZa,  11:06 AM  

hahhaha.. baru tu sapa tu paLong. sore cam mude3 gitu..

  ©Template by Dicas Blogger.