Sunday, August 2, 2009

Kenapa iblis suka orang Islam ke?

Tadi dari semasa berjalan-jalan cari makan..tersempak dengan seseorang lama dia tak bertanya tentang diri terperi ini ya..kemana menghilang ? Tak hilang ade jerk cuba pakai scan kat umah tu teropong tengok nampak tak ? hahaha

Sambil borak2 dia kata..ramailah kes buang anak ni dikalangan orang Islam..pastu diakata kalau dalam agama lain dia kata 'iblis' sebenarnya suka pada orang Islam tu banyak sangat dalam agama dia mana ada iblis..Wah soalan mencabar minda gak tu..

Aku secara spontan jawab..sebenarnya orang Islam atau penganut Islam jer yang buat jahat..dalam agama Islam tak disuruh pun buat benda2 jahat ni..Ok ! Sapa yang jadi Iblis ni ! bukan orang tu ke yang mengibliskan ! Kalau asal memanglah Allah jadikan tapi yang memberanak pinak iblis/syaitan ni bukan manusia ke? ketidakfahaman juga sebab dalam masyarkat kita ni sering jadi 'mencetuskan' ketakutan..hinggakan lebih takut Allah dari syaitan/hantu/jembalang pun !

Pada dasarnya sebenarnya dalam Islam ni ada tak semua ilmu diberitahu oleh ulama`2 pun sebab tu ada peringkat Islam..Iman dan Ihsan..ada ilmu banyak yang tersembunyi lagi..orang Islam atau Islam hanya menumpukan kepada zahir saja..kalau masuk bab 'spiritual' pastu mesti kena bann di luar sana tu..dari segi peribadatan zahir saja Islam ni sekadar untuk menuntut pahala..nanti leh redeem kat akhirat kelak rasanya !

Nak mau nak kenal ilmu yang ada kat peringkat Iman dan Ihsan seolah2 mereka sudah berada di 'zon selamat'.Cakap panjang2 susah baik aku bagi contoh jerk lah kan senang nak fikir !

Hal-hal spiritual ni berkaitan dengan rohani kita seperti zikir atau ingat Allah selalu tak kira di mana samada berdiri,duduk dan sebagainya..cari jerk guru-guru abik zikir secara izin yang ada talian online terus dengan Rasulullah s.a.w dan sampai kepada Allah tu..yang kita biasa dok buat zikir ke apa2 ni tah dari mana ada yang copy paste cam tu jerk..peringkat Islam dapat jerk pahala tu ! tapi mana nak buat amalan yang ibarat kita terus menabung duit pastu leh pakai terus berbanding dengan pakai cek yang kena tukar kat akhirat nanti hahaha !

Bila hanya belajar setakat Islam ni kadang2 hati kita belum puas pun untuk mencari Allah ! sedangkan Allah sentiasa dekat dengan kita..takkan dah 50 tahun masih lagi nak mengenal Islam jerk..tak mau nak upgrade ke peringkat Iman dan Ihsan lak..kang tak tentu pasal masuk barzakh kena 'service' ribuan tahuan ! nak ke ?

Cuba ar kaji agama lain mereka mempentingkan amalan spiritual contoh buddha sendiri kadang2 pegangan agama dan penganut mereka lebih kuat dari Islam...tengok kat India sudah lah time perhimpunan agama mereka...dalam agama mereka lah yang paling ramai berhimpun masuk lam rekod dunia lagi..nak berbanding dengan agama kita..Tetapi pada hakikatnya "spiritual" dalam agama mereka sudah expire date dan merbahaya berbanding 'spiritual' dalam agama Islam..tapi masalah nak boleh nak dedah secara terbuka sebab ulama yang penting Islam saja bann benda ni ! So...jalan ketuhanan dan spirtual dalam Islam tak dapat nak kembangkan secara meluas.

Aku cakap lagi..ko tgk ar masyarakat arab tempatan ni..spritual dia kuat sekurang2nya kalau dengar jerk pasal nabi s.a.w sgt mengagungkan..!

Bukan setakat ulama` jer nak bann semua media cetak pun sama jerk..pandai2 lah nak kata 'spirtual' yang ada dalam agama Islam ni berasal dari agama buddha la.hindu la..bla..bla..bla..huh letih2..tatau lah kalau cam ni tak lama ar kena delete jerk alam ni sebab masih berdegil dan lebih banyak kejahatan dan kerosakan dalam alam..sedangkan Islam datang untuk menyatu padukan semua orang dan memakmurkan alam dengan sebaik mungkin..so gejala sosial pun memang tak kesudahan laa buat jerk lah motivasi bercupak2 pun..yang untung siapa ? penceramah je lah...kita dan masyarakat lak cam ner? kalau tade jalan spiritual jauh lah..

Ha ambik ko...tanya lah tanya..kang aku berceramah lak ? lalu aku undur dirilah dengan dia sampai tak terkata apa ? lalu kata...saya berminat ni nak belajar lagi ! haaaa korunk nak belajar apa ngan aku korunk lebih power dari aku dah masuk Universiti Al-Azhar pun..cari jerk guru2 kat luar tu yang dapat membimbing kita mengenal jalan Iman dan Ihsan..jangan mengaku dah pandai dah lew...dan jangan ego nak belajar hahaha...Ok2 itu jerlah kena satu das kat ku..aku ni dah mahasitua...wakakakak..! harap2 korunk fahamlah apa yang aku hurai tu kalau tak faham p cari kat wiki atau google saja...kenapa manusia bertuhan hahahah...kebetulan aku pun ngah menyediakan manuskrip untuk mencari panduan atau tips secara simple kenapa perlu manusia berTuhan..heheheh..

Kenapa takut iblis..korang mendajalkan jerk dia tu..buat berani lah jangan dok tunduk2 kat dia..dia ngan kita tu kuat kita agi...kalau dia kuat lama dah dia tunjukkan diri kat depan kita...dia tak cukup power pun hinggakan nak abik power dari tubuh kita hatta nak bertopengkan manusia jerk..tu lah dia lemah lagi pada kita..unsur kejadian dia tak cukup berbanding dengan manusia..haaaa malas nak terangkan..korunk fikir n kaji lah sebelum ni pun dah aku buat posting dah pasal kenapa manusia takut hantu hahaha..

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.