Sunday, August 2, 2009

Mencari Ketuhanan

Sesungguhnya jalan ketuhanan amat berliku tapi disebabkan hukum alam mengatakan kita ada otak yang dianugerahi oleh Allah agar sentiasa berfikir.Maka kita belajarlah dari kecil hingga ke tua pun belajar lagi..untuk mendownload apa yang patut lam kepala otak kita tu..sambil2 berfikirlah..kalau kita ni seorang pemikir..kalau bukan tu kira otak dah beku lah tu kena service dan upgrade mana yang patut silap2 kena p jumpa pakar gak kita cam dah teruk...jumpa pakar n masuk bengkel serta makan ubat yang patut..

Jalan ketuhanan amat berliku bagi mewarnai alam yang penuh pancaroba dan agar penduduk2nya pandai jaga diri dan orang lain agar terus aman sentosa..dalam suh aman pun ada lak yang duk buat kacau bilau..ish aku tak faham lah..kalau semua orang jadi tuhan pun kacau bilau gak semuanya tak kena nih ! kembalilah kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w..kembali lah kepada agama Allah..dua khazanah al-quran dan sunnah yang ditinggalkan itu bukan saja2..kena belajar lah..sekurang2nya mengenal jerk dulu...huhuhu

Aku ngan pening menyusun ayat sebenarnya hahaha untuk menyediakan manuskrip aku ni untuk memandu manusia bertuhan..sebab kena cari ayat yang paling rendah..sebelum ni aku pernah hantar manuskrip yang tinggi ala kitab ibnu arabi atau jalaluddin rumi gamaknya..nak dedahkan jalan spritual secara sains dan logik tapi sayang kena bann gak so tak dapat nak buat apa nanti aku jadi penerbit n cetak sendiri jerk lah pas ni..entah berapa tahun lagi harus di tunggu nih...bukan apa dipihak pemasaran dia kata amat terhad kerana tertumpu pada golongan2 tertentu saja kalau jenis 'berat'2 tapi apakan daya..hatiku hanya berkata...waah susah dan tahap pemikiran dan corak penyampaian agama Islam masih ditakuk lama lagi di kalangan orang kita ni..entah2 mereka kurang membaca kot ! cam ne lah nak upgrade otak neh ! memang sukar untuk menceritakan berkenaan jalan spritual dalam Islam ni walaupun secara mudah dan saintifik..! kalau nak berbanding dengan indonesia ni jauh bezanya aku dok baca buku HAMKA yang dah berusia 50 tahun bahasanya ok dan boleh berfikir..banyak aku dok baca buku2 indo ni pun kira dah tinggi2 pun bahasanya..aku pun tak faham keadaan masyarakat kita ni huhuhu...biarlah qada n takdir jerk lah yang menentukan dan menetapkan...nak wat cam ner..kuasa Allah katakan..!

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.