Friday, August 7, 2009

Ketuhanan : Lagenda Yang Masih Belum Di Fahami

Salam kenikmatan..

Semua manusia apabila berakal memikirkan tentang apakah tujuan hidup ini.

Manusia terpaksa menerima hakikat kewujudannya walau apa pun nasib mereka.Usaha untuk tidak mau dilahirkan sudah terlambat dan diri manusia yang tidak rela diwujudkan ke dunia tidak mampu menahan dirinya dari dilahirkan.

Jesteru itu ada manusia yang kecewa kerana tidak mandapat keadilan dalam kehidupan dan tertindas dengan pelbagai ujian hidup akan mula mempersalahkan pihak lain dan kedua ibu bapa.

Bila terjadinya suatu ujian yang sangat mengecewakan sehingga manusia itu putus harapan untuk meminta pertolongan makhluk dan
kemampuan dirinya,..maka disaat itu mulalah mereka memikirkan tentang tuhan.

Sebelum itu mereka tidak memikirkan tentang tuhan melainkan hanya sebagai kepercayaan lazim yang dibudayakan oleh semua manusia.

Tuhan dan kuasa ghaib hanyalah satu lagenda yang masih belum difahami,namun kali ini mereka cuba berharap pada kuasa itu untuk mengubah kehidupan.

Maka bermohonlah manusia itu dengan bersungguh dan penuh harapan walaupun iman mereka dalam keadaan celaru dan berbelah bagi.

Oleh kerana sesama makhluk sudah tidak dapat memberi apa2 dan menjamin apa2,maka usaha terakhir adalah kepada apa yang dilagendakan selama ini.

Dalam seribu manusia yang malang dan tidak beriman itu dapat pertolongan tuhan namun hanya 100 orang sahaja yang mula menyerahkan diri pada tuhan.Selainnya hanya mempercayai untung rugi nasib dalam buat usaha.

Dalam seratus yang mula bertuhan hanya 10 yang beriman lemah.

Dalam 10 yang beriman lemah hanya satu yang yakin dan kenal tuhan.

Proses ini teruslah berulang-ulang atas diri manusia,..ada yang beriman dan ada yang terus lalai dan ada yang tiada langsung pegangan keagamaan atau bertuhan.

Kehidupan berubah seperti pantai yang dilanda ombak.

Zaman dikatakan semakin maju,otak manusia semakin canggih dan dunia berlaku pelbagai perubahan dan meninggalkan sejarah2nya kepada generasi akan datang sebagai pewaris.

Walaupun manusia semakin mencipta sejarah baru dalam teknologi penciptaan dan kaedah kerja manusia namun kitab tuhan masih tidak boleh dihapuskan.

Kepercayaan kepada adanya tuhan yang berkuasa dan mencipta ini akan terus diguna pakai oleh semua manusia samada mereka terdiri dari orang cerdik pandai atau kalangan yang hanya mengikut ikut budaya agama kaumnya.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.