Thursday, June 25, 2009

Takutkah Hantu ?

Mungkin di fikiran anda sama seperti aku gak...mungkin anda ada pengalaman..mungkin ada tahu cara-caranya untuk menjauhinya..mungkin anda ada sixsense selalu jerk nampak dimana? Mungkin anda salah sorang pengubat menda² mistik...tak kiralah mana kategori hantu ke..SAKA ke..penunggu ke.. jembalang ke..bunian ke...begitulah 'kepercayaan dalam masyarakat melayu'...adakah disebabkan dengan asuhan yang memetik suis atau triggering center 'ketakutan' dan sebagainya juga sewaktu dengannya....Jom kita berbicara

yang pasti kita percaya kewujudannya. Tapi kenapa kita takut mungkin perasaan yang MENGHANTUI kerana kita telah diasuh dengan 'ketakutan' atau rupanya sgt hodoh..kenapa dia tidak memunculkan jerk diri..dan siapakah hantu ni ?dan macam2 kenapa dan mengapa untuk kita semua ketahui..

Benarkah benda2 ini wujud? Yang aku pernah jumpa benda2 ni hanya ada kat TV, VIDEO, BUKU2 CEREKA, KITAB2 jer. aku pernah berjumpa ngan bende2 ni...aku jumpa diri AKU jerk..

Si mamat ni pernah bertanya kat monyet di hutan rimba (si Hanuman): "Apakah saudara pernah berjumpa dengan benda2 halus ni?"

Jawab siHanuman dan member2nya.. "Kah.. kah.. kah !!! kalau kami pernah berjumpa takkan kami berani menghuni rimba ni.. malam gelap gulita, rumah tak ada.. tak simpan bekalan makanan pun".

mamat ni bertanya lagi: "Mengapa manusia takut kepada benda2 ni?"

Si Hanuman menjawab: " Dia orang ta' pernah jumpa pun benda2 ni, kecuali dengar2 jer.. Manusia2 suka berlajar kemudian mereka telan bulat2 jer.. Kemudian jadilah manusia2 begini, lebeeeeih bodoh dari kami, penghuni2 rimba". Ustaz2..paderi, sami2, ulama'2 mereka pun percaya dengan benda2 karut wal marut ni.. kesian manusia."

Si Hanuman berkata: "kepercayaaan kepada benda2 karut wal marut telah meletakan manusia2 yang beragama itu dilembah kehinaan.. Mereka telah mencipta cerita2 syaitan, jembalang, bunian untuk merasuk diri manusia. Inilah syaitan2 yang bertopengkan manusia. Mereka tersangat hina, kerana dikongkong olih ilmu2 tahyol yang sengaja diada2kan, serta memaksa orang mempercayainya. Mereka2 ini lah yang telah menyesatkan manusia2 dari jalan Sirotul Mustaqim."

Mamat tu bertanya kepada siHanuman: "Adakah salah atau sesat mempercayai benda2 yang macam ini ?"

SiHanuman berkata: " Salah tu tetap salah, dan sesat tetap sesat".

mamat: " Kenapa sang Hanuman berbicara sedemikian ?"

berdasarkan diolag tu apa yg boleh disimpulkan...ok mari kita bincang sambil menajamkan akal dan fikiran hahahah

Mungkin anda sering 'diusik' dengan penunggu sekurang²nya..kadang² terasa 'diperbodohkan' dengan menda2 ni..yang bodohnya manusia, bila lalu kat tempat yg menyeramkan tu terus berkata, Eg, Tumpang lalu tok, cucu nak lalu tok dll, so hantu ni pun dengar syok le, sebab manusia tadi anggap mereka tu tok mereka, lalu diikut le balik kerumah, dan kekadang diganggu lah mereka atau ahli keluarga kat rumah... tu lah, lain kali jangan sebut atau minta izin mereka, belasah je! ini jalan aku, ko jangan kacau, kalau kacau, aku sumpah jadi kereta ke, rumah ke, katak ke....kah kah kah...stgh plak kata kalau jumpa hantu tu korunk minta jerk duit..kalau dia minta syarat apa2 korunk JANGAN..

Dan mungkin juga dengan 'kepercayaan' dan pernah terjadi kepada diri anda boleh mendekatkan diri kepada Allah ?

tidakkah kita tertanya²..manusia ni bljar al-quran..hadis dan pelbagai kitab lagi..tetapi syaitan masih berjaya menghasut manusia pun..agaknyalah..syaitan,jin,iblis,bunian ni berjaya hasut manusia ni pakai kitab apa yerk..hehehe

kata Al imam Al Ghazali....Ilmu apabila di bahaskan akan terbit beribu ribu ilmu
Baru.

So..bila dikatakan jgn terlalu takut..aku amat setuju...tapi jgn terlalu takabbur tu...pada aku tersoal nih hahaha...kalau secara umum iblis lebih takabbur kepada nabi adam bila diperintah sujud hormat padanya..dan dijelaskan bahawa manusia lebih mulia..

ok mungkin ada pentakrifan menda2 ni asal dari mana..apa yang aku tau benda ni asal dari JIN dan dikategorikan sebagai iblis,hantu dan sebagainya..semua benda2 ni berasal dijadikan dari lidah api..

so mungkin persoalan juga timbul kenapa kita tidak dpt melihat secara nyata makhluk halus ni ada berpendapat kerana sebenarnya benda ni dari unsur kita juga...so tidak salah kita lebih angkuh daripadanya hantu2 ni..bila kita set di mind 'TAKUT' maka dia akan berkuasa untuk mengambil alih jasad manusia..

Ada berpendapat benda2 ni cuma nak berdamping dengan kita kerana ingin mengambil 'aura' atau tenaga 'dalaman' daripada kita..

kalau mengikut asal kejadian manusia yang di'generate'kan oleh 'software' yang terdiri dari empat elemen asas iaitu :
Air,Tanah,Api,dan Angin.

Dan dalam tanah itu atau kejadian kita sekarang juga ada unsur api seperti marah hingga boleh berlaku pembunuhan huhuhu..ada unsur air seperti persenyawaan atau kehidupan embrio atau badan kita pun sebahagian besarnya air.Angin pun ada kekadang tak senang duduk gak kalau jenis 'pasang surut' atau medu...'BERANGIN' pun ya gak kot..

Ulama` juga mentafsirkan kejadian manusia dari TIIN=air+tanah[turab]..

Juga dikatakan..Contohnya syaitan hanya unsur api sahaja. Dia berkuasa dalam alam lain. Jin sebahagiannya mungkin unsur lain yang berupa elemen angin.

Malaikat pula tiada ke-empat-empat unsur ini tetapi dialah cahaya/tenaga/kuasa untuk menggerakkan semua sifat ini agar dapat menjalankan tugasnya seperti menurunkan hujan dan menghantar isyarat elektrik saraf dalam badan manusia dan sebagainya..

Tapi ada juga diceritakan kenapa kejadian manusia ini dipilih daripada tanah setelah dipertimbangkan untuk mengambil air,api,angin...

Tapi sekarang juga..manusia yg ramai jd hantu .. dah terbalik hantu lak takut sama manusia skg nih ..huhuhu

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.