Thursday, June 25, 2009

Kenapa pindah blog


Sebenarnya aku pindah ke blog ni bukan apa smshotcafe aku dah offlinekan tak larat dah lagi pun skrg ni...dah musim panas ni dan selesa jerk nak ke sana sini huhuhu..

So, aku fokuskan untuk mengumpulkan manuskrip aku untuk publish buku kat penerbit.Aku telah cuba beberapa penerbit seperti PTS dan juga Pustaka Aman Press sekarang dalam proses penilaian dan penelitian saja sebelum dipublish..aku pilih pun kira cam ada potensi untuk masuk market..

Lagipun aku pun dah nak balik ni planning lepas raya kot..So,aku pun bertungkus lumus gak utk publish buku ni nanti balik rumah tak de lah nak menganggur sangat..sebab byk projek nak buat bila balik ni..utk perusahaan industri asas tani gamaknya hahahaha..so,tade lah susah sbb nak uruskan loan skit sbb benda dah berjalan dah skit..pastu kalau ada rezeki dengan buku leh aku bergerak2 skit..bela kambing best gak nih hahaha..

Kenapa aku ingin menulis buku..sebenarnya bukan kerana nama,royalti, ingin mendapat penghargaan seperti pangkat dan anugerah...atau ingin melihat nama anda pada kulit buku..

Walaupun manusia mempunyai pelbagai niat dan tujuan dalam menceburi penulisan.
Namun perlu diingat bahawa niat yang paling penting ialah menyebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui buku. Ia adalah niat yang perlu ditanam dalam diri.

Aku mengambil contoh penulis tersohor suatu masa dulu seperti imam Nawawi. Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menulis.Menurut kajian,beliau menulis 40 muka surat sehari.Walaupun hidup dalam kemiskinan dan kedaifan,menulis terus dilakukan sehingga akhir hayat.Beliau tidak meninggalkan zuriat dan anak cucu kerana tidak berkahwin,namun beliau meninggalkan jutaan ilmu yang teramat berharga nilainya.

Buku-buku beliau dibaca ratusan juta manusia sehingga kini dan diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia..

Ok..cerita pasal penerbit buku ni memang pening gak..aku pun cam berminat gak nak buat biz penerbitan hahahahaa tgklah cam ne..adess otak bisnes jerk aku ni hahahaha...tapi aku dok surf2..dapat gak info dan cam ne dia bergerak..yang penting pemasaran dia kuat..kalau percetakan tu mana2 boleh...penerbit ni bidang dia nak olah kasi power skit untuk menghasilkan dengan berkualiti..

OK panasnyaaaaaaaaaaaaaa..~

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.