Monday, June 29, 2009

Matrix ilusi..tema emosi..


Erm..hari ni cuba baca dan menyiapkan manuskrip cerita kanak-kanak dengan mengikut olahan bahasa melayu..nampak cam ok jerk cerita kanak-kanak dalam masyarakat Mesir kecik2 'mulut banyak' a.k.a suka bertanya..tapi oklah aku nak terapkan ke dalam bangsa melayu cam ne institusi keluarga dalam masyarakat Mesir...baru lah ada pertukaran antara dua hala kan..diorang pun ada cite dogeng gak..ada budaya dan macam2 lah bila dah bangsa yang berbeza...bukan pe ni pun kira untuk nak upgrade otak dan fikiran lah ni..

Oklah..cakap banyak pun bosan gak..Hari ni aku ingin mencurah saja idea yang terpendam untuk sentiasa upgrade akal dan fikiran..akal yang banyak download maklumat dari pembacaan atau orang beritahu...ia akan menzahirkan sesuatu yang berfikiran lebih luas silap-silap haribulan pun jadi superkreatif so..akal dan fikiran itu gunalah sebagai insan yang hebat..kadang-kadang anda tak perasan pun yang buah fikiran anda lebih hebat dari pemimpin2 malaysia atau dunia ? itu sekadar penelitian akulah tapi korang lebih hebat dan lebih kreatif lagi..

So, bila kedua2 upgrade rasanya kita juga tak ada lah nak beremosi sangatkan sentiasa tenang dan positif...sebenarnya individu-individu beremosi menyangka, bahawa dunia ini seolah-olah nyata, besar, indah, kekal, mempersona.. emosionalnya menjangkakan dunia yang luas berada diluar tubuh dan perasaannya (emosi yang tidak dilingkupi).

Kerana emosi yang tidak dapat dibendung, telah memerangkapnya ke dalam gaung ilusi, sehingga perasaannya terbelenggu. Maka, apakan daya untuk menunjukannya kejalan indah, kesisi Ar-Rabb 'Izzati.

Mempertahankan 'keberadaan khayalan' nya, bermati-matian, dan ia tidak lagi mampu menggunakan suluh akalnya secara bebas.

Kebuntuan terus menghalangnya dari kelansungan penerokaan ke'alam hening jernih', maka ia akan sentiasa mencari alasan2 untuk menyalahkan bidang2 yang tidak pernah diceburinya, kerana bidang-bidang ini tidak bersesuaian dengan fitrahnya.

Duniawiah , ilmu, diri, tuhan, nabi, malaikat, syaitan, agama-agama, salah dan benar, dogma 'hidup' dan 'mati'… setiap yang dialami dari kelahiran insan= manusia hingga kematian, cuma sekelumit dari tema-tema ilusi.

Tidak berbeza bermimpi ketika 'berkeadaan tidur' dengan bermimpi dalam 'keadaan jaga', kerana kedua2nya tetap ilusi hayat, sementara menunggu 'kesedaran abadi Illahiyat'.

Perbicaraan lanjut ni semuanya ada dibincangkan dalam buku yang akan terbitkan nanti..

1 comments:

cahaya dalam kegelapan hati 2:36 PM  

YO YO YO .......! AYOK TEMEN2NAN MA AKU HEEEE HEEEE HEEEE HEEEEE

  ©Template by Dicas Blogger.