Friday, June 19, 2009

Mengubah Nasib

Kita tertanya2 tentang khasiat bismillah yang diamalkan oleh penganut2 agama Islam.. dimanakah keberkesanannya?

Umpamanya: Si muslim X menanam 1,2,3 pohon cili, seraya membaca bismillah, tanpa membaja, menyiram, tanpa semburan racun atau kaedah menghalang penyakit dan makhluk perosak... apakah penanaman pohon cilli ini akan subur?

Seorang penanam sayur cina umpamanya: Si Apek ni, akan menanam cilli diatas tanah yang luas, tanpa membaca bismillah. Dengan kerapian jagaannya keatas pohon2 cillinya, dari penyedian tapak hingga pohon cilli membuahkan hasil, dan seterusnya memasarkan hasil tanamannya berlori2.

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya.

Kita muslim, biasanya lalai tentang hal2 ini.. hinggakan kita tidak mampu menyaingi usaha orang2 yang bukan Islam, kerana kita mengharapkan 'tuhan' untuk menjadi kuli kepada harapan kita, tanpa mengembeling usaha yang sejajar dengan impian kita.

Kita lupa, bahawa setiap usaha itu adalah bismillah, dan bukannya bimillah itu sebutan2 sahaja.

selamat mencuba!!!

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.