Saturday, June 13, 2009

Mencari jawapan yang pasti

Semasa aku dulu² pernah ada seorang non-muslim mengatakan padaku.."Aku tak mau masuk Islam sebab Qada` dan Qadar sudah ditentukan segala..patut orang Islam tak maju !"...

Qada` dan Qadar antara rukun Iman ke-6 yang wajib dipercayai oleh umat Islam..tapi sejauh manakah kita boleh faham dan tak tertanya-tanyakah kita setelah kita banyak membaca,mendalami ilmu,mengupas,mengkaji dan sebagainya..

Percaya dengan yakin pun dah ada perbezaannya..Kita mungkin percaya bila sesuatu objek itu kita dapat lihat bahawa objek tersebut ada atau samar² dari jauh...Kita yakin bahawa sesuatu objek sudah dapat disentuh,dirasai,didengari dan dihayati dan sebagainya.

Walaupun dikatakan sudah tertulis dan ditentukan semuanya..kenapa tiba-tiba aku ada pula kat dunia ni? Kenapa aku mesti tiba² dikontrol oleh Allah? Kenapa dia dapat jadi Nabi dan Rasul yang dijamin masuk syurga..aku pulak jadi anak orang kampung yang jahil..yang penuh dengan nafsu...nape tinggal satu solat kena siksa satu hukuf? satu hukuf=1000 tahun akhirat..satu hari akhirat = seribu tahun dunia...maknanya tinggal satu solat= 1 tahun x 365 hari x 1000 tahun x seribu...melampau ke?...Kenapa aku kena paksa ke syurga pula dan kena layan bidadari semua tu..aku nak ibubapa , isteri n anak2 kat syurga bukan bidadari tu ? Dah best² atas dunia kenapa disumbat pula kedalam tanah yang sempit...ini bukan satu penderaan ke? Tak ada makna semuanya aku dijadikan bahan uji kaji Allah je ? Aku tak mau jadi bahan ujikaji melampau nih !
Kenapa kena tahan nafsu kat sini..kat sana lepas nafsu kat ribuan dan jutaan bidadari? kalau kita menjadi hamba selama²nya itu tak adil dan tak logik...? Bukankah tak nak hidup dalam ketakpastian ?

Ada berpendapat mengatakan...Sebenarnya manusia menggunakan lebih kurang 0.03% hingga 5% keupayaan otak. Oleh itu, belajarlah 'menggunakan' selebihnya. Kegagalan menggunakan minda ini menyebabkan kaum lain menguasai dunia dan kita sendiri tidak memahami Ad-Din Al-Islam itu sendiri lantas menyempit dan dijadikan alat untuk pertelingkahan. So,bakinya daripada 5% itu untuk apa? bukankah untuk mencari jawapan² tersebut ? Bila ditanya nak syurga ? Ya ! Pasti..tapi kunci syurga apa plak ? Entah..nak masuk syurga tak ada anak kunci cam ne yerk ? Al-Imam Ghazali berkelana selama 14 tahun..meninggalkan jawatan yang prestij..dia dah mahir ilmu ketuhanan...malah sentiasa juara dalam debat dengan atheis dan golongan sufi dan ahli fikir.... seorang yang paling bijak pada zaman itu..

Dia tak pasti sama ada ilmu yg dia ada dpt melepaskan diri dari siksaan kubur dan akhirat..
sungguh tersiksa..sehingga dia sakit..jiwa tersiksa...semua menyiksakan..berkelana sampai ke mesir dll...beruzlah di atas menara² masjid...dan melihat balik cara ilmu dia disampaikan ditempat lain..jadi apa yang menyebabkan dia tersiksa? Apakah krisis disebalik itu semua ! Sudah selesakah kita sekarang ?

So..yang kita sibuk² kumpul pahala banyak² tu nak bawa pi mana? ke kat sana boleh REDEEM dengan duit buat beli barang2 dalam Syurga? Nak RAHMAT ke nak PAHALA? Apa ni semua... buat KERJA mintak UPAH.... macam budak² kecik...jerk..PAHALA DAN DOSA rupa macamana...kalau nak upah dah tak IKHLAS tu...ish kesiannya.....

Kesimpulannya...kalau semua persoalan yang bermain itu dapat dijawab anda seorang yang HEBAT lah..hahahaha..kalau tak jumpa kita kena akur kejahilan jangan ego dah lah..kena belajar apapun..jangan dok fikir bukan² lagi..nanti kena 'service kat barzarkh' berbillion tahun..sesungguhnya GODAAN iblis dan setan itu adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun...ahaks~

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.