Saturday, June 27, 2009

Menyabung ayam



Hari ini teringin nak makan lauk ayam...terus ku pergi ke kedai ayam yang berhampiran rumahku..sambil2 berjalan ternampak ayam pak arab yang terlepas rasanya..sebab pelik jerk ayam ni..tetiba muncul melintas jalan..terus dalam otak aku teringat kat kampung aku dulu2 pasal belaga ayam bapak ni...So, ada gak ilham aku nak buat cerita..kan..ok..

Ceritanya begini :


Di suatu ketika, di sebuah pulau, yang pada awalnya, di penghuni orang yang tak bertuhan (Atheis), didatangi seorang Lebai Malang.

Selalunya gelaran Lebai ni adalah gelaran yang sinonim dengan kelunakan peribadi, yang dikaitkan dengan wara'.

Wara' dari bahasa Arab yang membawa pengertian : ketelitian menjauhi dari mencampuri sifat-sifat terlarang yang membinasakan amal² seseorang, yang khas ditujukan kepada Allah/Tuhan.

Penduduk di sini memiliki tradisi menyabung ayam jantan. Ayam betina tidak digunakan untuk berjudi sabung ayam, walaupun kita ketahui ayam betina juga kadang2 berlaga.

Pak Lebai memerhatikan gelagat penghuni Pulau Atheis ini. Menyabung ayam adalah 'ibadat harian mereka, seperti kata pepatah : tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.

Pak Lebai mengembeling usahanya agar penduduk2 d isini 'bertukar ilusi' kepada menyembah Allah/ Tuhan sekelian alam. Macam2 kaedah telah diusahakan oleh beliau untuk membawa mereka ke jalan tauhid, tetapi gagal.

Tanpa putus asa, Pak Lebai Malang akhirnya mendapat satu idea: 'Haaa! Apa kata, aku sama2 ceburi bidang laga ayam, agar aku dapat menyusupkan dakwahku secara halus berseni?'. Beliau mempesiapkan kereativitinya secara teratur.

Ayam sabungnya yang handal2, diimpot dari baka Filipina. Semua ayam jaguhnya berwarna seiras. Beliau juga memilih ayam laga yang lemah, dari baka tempatan, dan seiras warna bulunya dengan baka2 impot.

Maka berkecimpunglah Pak Lebai dalam bidang judi laga ayam. Dan setiap kali beliau masuk gelanggang, ayam tambatannya dari baka impot akan menang. Yang anihnya Pak Lebai akan melaungkan kata bismillah ketika ayam jantannya dimasukan ke gelanggang. Maka namanya menjadi terkenal seantero pelusuk pulau ateis; 'Lebai Jaguh'. Dan berduyun2 lah pejudi2 menuntut ilmu sabung dari Pak Lebai bidaah.

Pejudi2: 'Tok ajarlah kepada kami, cara untuk memenangi laga ayam'.

Pak Lebai mengajar tenang : 'Senang je ilmunya.. bacalah bismillah ketika kamu2 memasukan ayam kamu kegelanggang'. Sambil itu, ia mempelawa jaguh ayam (Pak Sindir) yang handal dari pulau Atheis (yang telah pun mendapat ijazah bismillah darinya) untuk menyabung ayam dengan Pak Lebai.

Pak Lebai telah memilih ayam tempatan yang lemah untuk ditandingkan. Pak Sindir melaungkan: 'bismillah' dan memasukan ayamnya ke gelanggang. Apa lagi, terburailah perut ayam Pak Lebai, ditusuk oleh taji ayam Pak Sindir, mengelupur.

Dari peristiwa kemenangan Pak Sindir, maka penghuni2 pulau Atheis terus berjinak kepada memperlajari ilmu agama Islam dari Pak Lebai. Dan Pak Lebai telah dinobatkan sebagai tok guru dan keramat hidup serta di hormati oleh penghuni pulau.

Pak Lebai telah berhenti dari bersabung ayam dan meneruskan kerjayanya sebagai pendakwah bebas sehingga akhir hayat. Nama beliau diabadikan: 'KERAMAT TOK PULAU ATHEIS'. Tumbuhlah surau2 dan masjid2 bak cedawan.

Ok..Sekarang bersabung ayam masih lagi dipraktikkan di nusantara di kalangan pejudi2.. ada yang Islam, ada yang tak Islam. Pejudi Islam biasanya akan membaca bismillah, walaupun tidak dilafazkan dimulut.. tetapi tetap dihati...hehe

2 comments:

eiman@nurizan 5:03 AM  

ayam betina biasa 'bersabung' dengan ayam jantan jer... haha.. labu dah tukar cara tulis blog.. ada citer.. best2..

aku 7:50 AM  

begitulah..
pandai lebai tu.kalau terus ditegur,mau ngamuk sekampung..

salam kenal..

  ©Template by Dicas Blogger.