Tuesday, June 16, 2009

Apakah tujuan kehidupan

Bermacam2 persepsi bila membicarakan tujuan kehidupan masing2 ada halatujunya...ada persoalan tentang dirinya..ada yang tidak puashati sehingga tercari² jawapan apakah ini semua..tapi bagi aku sekarang sudah tiada apa² dah tentang manusia..apa prinsipnya atau pegangannya dan sebagainya..bebas menerima apa jua luahan dan pandangan orang..kalau dulu aku seolah banyak sangat 'terikat'..segala persoalan yang sering bermaian sudah terjawab dengan seadanya..sekarang aku banyak membaca macam² pegangan agama..apapun rasailah kehidupan masing² agar dipermudahkan dan dipertemukan jalan yang mungkin tercari²..apapun jiwa kita tidak akan tenang selagi persoalan tentang diri atau alam ini tidak terjawab..pasti ingin mencari jawapan yang boleh meleraikan kekusutan..posting² aku sebelum ni pun ada memberikan tentang hal ini.

Aku tertarik juga ada seorang forumer dengan luahan ini....forum tersebut pelbagai aliran dan kefahaman..

Sekarang ni saya boleh dikatakan di dalam dilemma existential.
Jiwa saya tak berapa tenang sebab memikirkan sebab apa kita hidup dekat dunia ni?
Kenapa saya di lahirkan? Saya tak mintak pun hidup kat dunia ni, saya nak rujuk kepada siapa pasal kejadian saya ni?
Saya nak buat komplen sebab saya tak sign borang utk hidup di dunia ni. Ada manager tak utk saya jumpa?
Orang yg beragama kata, kita hamba Tuhan,
Orang takde agama kata pulak, kita hidup guna freewill.
Sekarang saya betul2 takda idea mengenai tujuan kehidupan kita ni.
Saya labelkan diri saya sebagai existentialis. Saya tak terikat dekat mana2 ajaran agama dan
saya juga tak cakap saya tak percaya kewujudan Kuasa Besar (aka Tuhan or whatsoever).
Saya cuma banyak baca filosofi2 seperti nietzsche, kierkegaard, socrates, sartre dan seangkatan.
Jadi saya ingin mendengar pendapat Merpati dan juga yg lain2 mengenai the meaning of life
sebab saya betul2 rimas dengan dengan jiwa yang mcm ni.
Please help....

Dari kenyataan tersebut ada beberapa respond oleh beberapa rakan yang lain...

RESPOND PERTAMA :

Apakah pandangan saudara selepas membaca filosofi kat atas tu??..pd mulanya saya juga spt saudara tp sekarang dah agak ok sedikit..

Saya setuju dgn bila dikatakan Tuhan hanyalah satu daya/force bukannya Tuhan yg bersifat spt manusia yakni masih ada perasaan marah, suka diambil hati, berat sebelah dsb..

saya berpendapat sekalian makhluk dlm alam semesta ini terikat dgn hukum alam, walo saudara percaya atau tdk, tp inilah hakikat yg sebenar..
sdr tdk perlu bersedih mahupun bersyukur kerana saudara dilahirkan ke dunia ini sebaliknya saudara harus memahami "KELAZIMAN/LUMRAH HIDUP"..

JAWAPAN :

Berdasarkan filosofi2 yang saya baca, mereka semua hanya memberi pendapat dan teori mengenai hidup melalui persepsi sendiri.

Jadi muncul lah pelbagai fahaman seperti nihilism, existentialism, atheism dan lain lain.
Bagi saya apa yang pasti ialah Ketidakpastian.

RESPOND KEDUA :

Saya gembira .. terlalu gembira mendengar rintihan saudara. 'KEBOSANAN' sentiasa membawa 'KEBAHGIAAN'. Saya juga tidak minta dilahirkan.. Tetapi mengapa saya dilahirkan? Bahkan saya sentiasa mengimpikan 'ketiadaan'. Saya berfungsi2 seolah2 mengikut tune gendang 'hayat'.

Jawapan dan fakta perlu bersifat adil, tanpa berat sebelah dan condong mengikut

pengalaman dan fahaman yang telah dilalui; umpamanya, kita perlu membuangkan segala konsep2 dan teori2 yang telah di kaut dari pehak2 dari dengar2 dari warisan nenek moyang.

Kalaulah sekiranya kita terlahir dan terdidik dipehak tarbiyah ugama yang berlainan dari anutan kita, maka dengan sendirinya kita mungkin akan menentang fahaman ini.

Banyak bijak pandai dari kalangan orang Arab yang fasehah bahasa, tidak menganut ugama Islam.. apakah mereka tidak pandai membaca AlQuran?

Seorang Arab berbangsa Lebanon, professor dalam bidang bahasa Arab. Beliau telah mengarang satu kamus bahasa. Kamusnya 'القاموس العالي للمتعالم ', yang mencatitkan keseluruhan perkataan2 Al Quran serta nahu2nya sekali, masih berugama Kritian Koptik.


RESPOND KETIGA :

Tujuan hidup hanyalah satu PENYAKSIAN. Penyaksian yang didokong oleh watak-watak. Watak-watak penggerak cerita yang tiada tujuan. Cerita yang berlangsung secara langsung dan bersahaja.

Maka kamu adalah watak yang digelar MANUSIA. Sekelian alam adalah ensiklopedia untuk kamu mengerti akan apa sebenarnya MANUSIA itu. Bilamana diceritakan kamu mengerti akan apa itu MANUSIA maka nescaya kamu fahami akan kehidupanmu, kematianmu, sejarah dan masa hadapanmu. Aduh, betapa indahnya kehidupan ini...

RESPOND KEEMPAT :

Memang bosan kalau hidup ini dijadikan Allah dengan pelbagai kesulitan.Jika segalanya indah
pasti manusia tak bersoal pasal apa aku dilahirkan dan aku tak minta dilahirkan.

Cahaya matahari juga begitu.Selalu bertengkar dengan planetnya yang sentiasa menyala.Lalu cahaya memarahi planetnya kerana api mu,...aku dilahirkan.Maka planet menyatakan bahawa wujudnya aku maka terjadinya engkau.

Habih...nak buat apa.kalau tak suka hilangkan lah diri kamu.Apakah kamu wahai cahaya boleh
masuk dalam api semula.Kan ke kamu dah setuju jadi cahaya.Dah lupa ke?

Bila kita duduk dalam kegelapan pasti kita memikirkan soal cahaya.
Maka mula berfikir pasal nak adakan cahaya.

Jadi....tujuannya adalah cahaya,sebaliknya kena cipta mentol dan berbagai kombinasi.
Jadi diantara objek mentol dan cahaya itu timbulah persoalan dan perumpamaan dan pengajaran.

Siapa yang dijadikan dan siapa pula yang terjadi.Siap pula jadi perhatian ramai dan dikenali.Cahaya atau mentol itu.Bilakah mentol itu dikenali.Tentu apabila cahaya hilang kerana mentol terbakar atau tidak berletrik.

Apapun ia memerlukan sikologi pemikiran,kebijaksanaan dan rumusan akal.
Gabungan ilusi dan fantasi akal,kaitan fitrah akal manusia,kebenaran fakta,mitos dan kenyataan.
Soal percaya dan yakin.

Persoalan teka teki dan sikologi tidak semua orang ada.Membincangkan soal agama dan ketuhanan adalah dua cara berbeza walaupun tujuan sama.

Membahaskan agama ia berkaitan dengan jalan kehidupan yang mengandungi hukum,adab,tertib dan peraturan,sebab musabab,akibat dan macam2.

Membahaskan soal ketuhanan memerlukan ilmu yang mendalam dan perlu terpisah dari soal agama buat seketika.

Semua manusia sebenarnya telah melakukan kehidupan cara islam dan melalui pelbagai syariat.
Apakah kepentingan syariat dalam ibadah dan apakah iqtiqad setiap umat yg.beribadah serta cara beraqidah dan cara mengehsakan tuhan.

Islam dan beriman adalah dua perkara berlainan.

Berdasarkan beberapa respond dia atas aku bersetuju....bukan semua manusia berpeluang menerima Islam..tetapi manusia berpeluang berbuat kebaikan dan beribadah mengikut cara masing2..fahaman pluralisme sepatutnya mendapat tempat..Cuma ada satu yang wujud. Segala yang belegar-legar adalah YANG SATU. Berdiri secara tersendiri serta bersendiri.

Kelahiran

Kelahiran adalah suatu proses tetap bila berlakunya persenyawaan.Samada benih berjaya hidup dan membesar dan dilahirkan terpulang pada suatu faktor lain.Bagaimana kesempurnaan kelahiran sifatnya suatu faktur lain.

Manusia boleh menghentikan proses kelahiran ini melalui berbagai cara.Cara yang dibenarkan hukum syarak atau jalan larangan.Menghentikan kelahiran bukan suatu jenayah.Ada kebaikan dan ada kesilapan dan kerugiannya.Ini perlu suatu perbahasan lain berdasarkan keadaan semasa.

Benih yang berjaya hidup dan mempunyai harapan dilahirkan ada suatu ketentuan dan menjalani proses fitrah dan takdir tuhan.Kepastian untuk lahir adalah suatu kebiasaan mengikut peraturan.Namun sebalik kelahiran itu telah ada suatu takdir dan ketentuan perjalanannya.Hal ini menpunyai suatu ilmu untuk membahaskan.

Tuhan telah menceritakan secara asas proses sain dan kerohaniannya mengenai kelahiran seorang bayi dan telah diguna pakai oleh manusia.Tapi manusia mengabaikan soal ketentuan takdir yg.diprogramkan untuk kelahiran itu kerana mereka tidak mempunyai kepakaran atau jurusan yg.terkeluar dari kajian asas.

Tuhan menerangkan soal hati yang perlu difahami oleh manusia.Tuhan terangkan soal kesucian waktu kelahiran dan perubahan2 mengikut pendidikan yang mewarnakan bayi dengan pendidikan bermula dari kanak2 hingga ia berakal.Dan semasa ia remaja kedewasa dan lanjut usia.

Dari ketentuan benih hingga kelahiran,dari bayi,kanak2,remaja,dewasa,tua dan lanjut usia adalah suatu perjalanan yg.cukup mengikut umur masing2.Samada mereka mati awal atau lanjut usia,...akan ada suatu cerita perjalanannya dan pengalamannya.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.