Thursday, December 31, 2009

Derita Pewaris Saka...


AYER HITAM: Seorang remaja perempuan bukan saja menderita kerana dikatakan mewarisi saka ibunya, malah lebih teruk apabila mendakwa dirogol bapa kandungnya ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Peristiwa hitam itu berlaku ketika mangsa berusia belasan tahun, dikatakan sering meracau setiap beberapa minit kerana tidak tahan menanggung sengsara dan kesakitan apabila saka berkenaan cuba menyerap masuk ke dalam tubuhnya.

Kejadian sejak dua tahun lalu itu menyebabkan ibu mangsa berusaha mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit `misteri' dihidapi anaknya itu.

Difahamkan, ibu mangsa berusia awal 40-an, menerima ilmu saka yang diwarisi sejak turun temurun itu.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Amirah, 20, dan sedang menjalani kursus sebagai jurujual syarikat jualan langsung, terpaksa berehat sementara bagi memulihkan penyakitnya itu.

“Saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kursus kerana sering meracau sehingga menakutkan rakan.

“Selama ini, saya tidak tahu ibu mewarisi ilmu saka daripada arwah nenek dan menyedari terkena selepas sering meracau tidak tentu masa.

“Melihat perubahan diri membuatkan saya tertanya-tanya apa yang terjadi kepada saya dan ibu menerangkan ilmu sakanya sudah diturunkan kepada saya,” katanya.

Dia yang juga anak tunggal berkata, selepas mewarisi ilmu saka sejak dua tahun lalu, perubahan dirinya begitu ketara sehingga membuatkan ibunya mengambil keputusan mengubatinya.

“Lebih mendukacitakan apabila bapa yang selama ini menjaga saya sejak kecil sanggup menodai saya ketika tidak sedarkan diri akibat ilmu saka itu meresapi tubuh saya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan keadaan diri yang lemah.

“Saya kecewa dengan sikap bapa kerana dia tidak menggalakkan ibu mengubati penyakit saya, malah berkata ‘tak payah berubat, lebih baik hang mampus,” katanya.

Menurut mangsa, bapanya yang berusia 45 tahun memarahi ibu setiap kali mahu mendapatkan rawatan sama ada di hospital atau tradisional.

“Saya tidak boleh melihat muka bapa kerana akan menjerit seolah-olah saka yang meresap masuk ke dalam badan saya marah akan perbuatannya itu,” katanya.

Amirah yang masih menderita akibat perbuatan bapanya berkata, dengan bantuan ahli keluarga dia mendapatkan rawatan tradisional bagi membuang ilmu saka itu.

Pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata mangsa mengalami trauma teruk kerana terpaksa menghadapi dua kejadian dalam satu masa iaitu ilmu saka serta dirogol bapa kandungnya sendiri.

Fadzil yang membahasakan dirinya sebagai Pak Tam berkata, dia menggunakan kepakarannya bagi mengubati penyakit Amirah.

“Setiap kali merawat Amirah, dia menjerit kerana saka yang berada dalam badannya tidak mahu melepaskannya.

“Insya-Allah dengan pertolongan Tuhan, penyakit Amirah akan cepat sembuh. Ini bukan kejadian pertama, saya sudah mengubati lebih lima pesakit seumpama itu dan bersyukur kerana berjaya membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, Islam mengharamkan ilmu saka yang diamalkan masyarakat pada hari ini.

Katanya, perbuatan itu menjejaskan akidah seseorang itu kerana menggunakan jin untuk perubatan tidak kira sama ada untuk kebaikan mahupun keburukan.

“Islam agama yang sempurna, lengkap dan tidak perlu lagi untuk kita bergantung kepada kuasa jin bagi mengubati sebarang penyakit. Oleh itu jauhi segala kepercayaan khurafat itu dan mengamalkan ajaran Islam sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu meningkatkan keimanan selain tidak meninggalkan rukun Islam supaya akidah mereka tidak mudah dipesongkan.

Sumber Asli Petikan Harian METRO 22/7/2009

Read more...

Pancaran Tenaga ?


Mengikut pemahaman ambe...Pelbagai jenis tenaga dipancarkan di atas 7 petala bumi dan 7 petala langit untuk kesimbangan...Mengikut pengkajian antaranya :

1. TENAGA UBUDIYAH

· Doa seorang yang soleh dengan penuh kepercayaan.
· Jiwa yang suci, bersifat rendah diri, takwa, tawakal dan sabar.
· Apabila seseorang itu semakin suci jiwanya, aura atau gelombang elektromagnetnya tadi akan memiliki cahaya daripada alam ruh atau cahaya kerohanian yang suci membuka diri untuk menerima tenaga Illahiyah.
· Seseorang yang hampir dengan Allah jiwanya kuat dan memiliki beberapa keajaiban seperti maunah atau karamah.

Sains Fizik :
§ Semakin kecil luas permukaan sesuatu objek itu, maka semakin tinggi daya yang bertumpu padanya.
§ Tenaga keupayaan sesuatu objek.
§ Semakin tinggi seorang itu ke atas bumi (dari paras laut), semakin rendah tekanan udaranya (atmosfera) manakala tekanan di dalam dada tinggi menyebabkan manusia sesak nafas, manusia akan mati.

Ulama Tasawuf, Syaikh Abu Yazid Al-Bustami berkata :
“Semakin tinggi perjalanan ruhnya ke hadrat Allah (langit) perasaannya semakin hancur terhadap dirinya, sehingga kemuncak pendakiannya akan leburlah dirinya (binasa) atau fana. Tenggelam ia dalam syuhud kepada Allah SWT sehingga perasaannya seolah-olah tiada wujud dirinya.”

Sains Fizik :
Contoh : Atom hidrogen, bakteria, virus, air terjun.

Mengecilkan diri ini sebenarnya kita menjadi seperti atom, mikroorganisma (bakteria, virus). Semakin kecil atom (jisim relatif rendah) maka semakin hebat tenaganya – Hidrogen. Semakin kecil bakteria/virus maka semakin tinggi risiko, kuat kuasanya, sukar dikesan atau di musnahkan!

Sains Islam :
§ Seseorang yang berjiwa tenang dan tawadhu’, maka ia memiliki tenaga yang tinggi dan kuat.

2. TENAGA KEROHANIAN
Diperolehi daripada amal soleh seperti solat, al-Quran, sedekah, selawat dan sebagainya.

3. TENAGA DALAM

i) Tenaga ‘Kerehatan’
Ia adalah satu tenaga yang wujud ketika janin mula terbentuk. Tenaga inilah yang bekerja membentuk tubuh dengan sempurna. Apabila selesai, tenaga ini diam dalam keadaan ‘tidur’ di dalam tulang sulbi. Ia berada dalam lapisan yang lebih dalam dari nasma dan ‘dibungkus’ di dalam 7 lapisan. Dalam Yoga, ia dipanggil ‘Kundalini”.

Mengikut Sufi, ia adalah tenaga Ruh al-Hayat yang bergabung dengan oksigen.

Tenaga yang tersimpan ini boleh dibangkitkan apabila seseorang itu melakukan teknik pernafasan yang disertakan keheningan yang tinggi.

ii) Tenaga Nasma

Ulama Tasawuf :
- Qarin, Nasma
- Ia semakin kuat bila teknik penafasan yyang teratur bergabung dengan konsentrasi akal.

Sains Fizik :
- Medan elektromagnet pada tubuh badan manusia.
- Ia dikenali juga dengan Tenaga Dalam, CChi, Prana, Tenaga Batin, Human Eenergy Field

Gelombang elektromagnetik = NASMA / diri batin / Qorin/ Aura

4. TENAGA FIZIKAL
- Penghasilan tenaga daripada proses penguraian dan sintesis karbohidrat, protein atau lemak dengan enzim dengan kehadiran oksigen (metabolisma).
- Tenaga disimpan dalam molekul ATP (adenosina trisfosfat). Apabila badan memerlukan tenaga, molekul ATP dipecahkan dengan mudahnya untuk membebaskan tenaga.

5. TENAGA MINDA

Sains Fizik :

§ Ia adalah gabungan unsur zohir dan unsur ghaib (Ruh).
§ Ia bertindak sebagai pemancar dalam mengolahkan gelombang
§ Ia berkebolehan menjadikan tenaga dalam bentuk gambaran dalam dirinya sehingga
akhirnya menjadi kenyataan di alam zahir dengan izin Allah.
§ Ia memiliki gelombang yang amat laju melebihi kelajuan cahaya biasa.

Sains Islam :
§ Akal yang bersifat air boleh mengawal dan memadamkan sifat api iaitu nafsu.


6. TENAGA EMOSI

Sains Fizik :
§ Keheningan/ketenangan memiliki tenaga yang kuat. Umpama objek pegun (tak bergerak) dengan objek yang bergerak – kereta.
Sains Islam :
§ Seseorang yang tenang memiliki tenaga Ilahiyah yang amat hebat! Doa makbul, hajat mudah tercapai,

"Kasih sayang adalah suatu tenaga yang tinggi, mempunyai gelombang penyembuh pelbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi dan boleh melemahkan syaitan. Syaitan tidak memiliki sifat kasih sayang."

7. TENAGA ALAM

- Tanah/bumi : zat makanan, permata/kristal, wangian/aroma tumbuhan
- Cahaya matahari
- Cahaya bulan
- Air

Jenis tersebut tidak semestinya mengikut tahapnya tetapi ia mengikut tahap pemahaman sejauh mana keilmuan dan perguruan masing..Kalau mengikut apa yang dilaporkan bahawa Tenaga Ubudiyah tidak dikatakan sebagai tenaga yang paling rendah bahkan merupakan tenaga tertinggi.. lahir daripada penyaksian tauhid yang sebenar kerana ia merujuk kepada ubudiah makam kehambaan iaitu tertinggi..Rasulullah sendiri mengaku hamba saja sedangkan baginda berpangkat habibullah...(kekasih Allah).

Di sudut pengkajian lain pula, ada perbincangan khusus tentang tenaga elektro magnetik yang UFO guna iaitu berkenaan artificial elektromagnetic vs elektromagnetism bumi...

Menurut catatan Highlander07 beberapa tahun lalu pula ia membawa terma : Tenaga Zero Point (ZPE) Ini mungkin dikategori dalam tenaga ubudiayah.

Tenaga tersebut dikatakan tenaga penciptaan iaitu dari ada kepada tiada.

Sains moden berpendapat bahawa tenaga ini boleh dijana sekiranya kejadian Big Bang iaitu Permulaan alam dari tiada boleh diulang dalam eksperimen.

Jadi CERN iaitu sekumpulan saintis yang ditaja oleh beberapa negara maju telah mencipta satu alat yg dinamakan Hedron Collider yg terletak beberapa ribu meter bawah tanah yang boleh menjana beberapa black hole kecil yang apabila dikaji , rahsia penciptaan dan penghasilan ZPE akan terbongkar. Dengan menguasai ZPE satu revolusi besar sains akan berlaku seperti teleportasi, senjata pemusnah massa yang amat dahsyat, pembukaan dimensi alam ghaib (syaitan, jin dan lain-lain).

Sebelum ini ZPE hanya dimilki oleh insan yg telah mencapai tahap Insanul Kamil (amat sedikit bilangannya). Dengan ZPE berlaku karamah waliyullah contohnya boleh memecahkan diri di banyak tempat, sampai ke suatu tempat tanpa melalui ruang dan masa, menghidup suatu yg telah mati atau yg telah musnah dll. hanya mereka yg telah berjumpa Ruh Idofi (Diri silver bertanda kalimah) sahaja yg Allah beri kelebihan ini setakat ini..

Persoalan juga timbul..bagaimana untuk bertemu dengan ruh idofi..menurut catatan yang kami terima tiada cara lain yang paling berkesan..hanyalah dengan melakukan amalan zikir 'mencuci ruh' yang mesti berasal dari The One..(Dari Rasulullah dan The One2 yang lain..cth Sunan Kali Jaga, Adiputra..dll..yg mengikut jalan ini juga dinamakan sebagai Ahlul Bait..(biasanya dari titisan darah The One juga)..Moga diketumukan jua kepada kita..InsyaAllah..Allah Maha Penyayang atas hamba-hamba yang soleh..

Opsss terlupa pula..tenaga buruh pun dikira gak tu sebab mereka juga penting dalam kehidupan manusia sejagat..kalau tak tade lah plak parti buruh hehe..

Read more...

Monday, December 28, 2009

Kematian menghantui perasaan manusia ?


Bila membicarakan pasal kematian yang dikatakan menghantui perasaan manusia pasti ada sebab-sebab tertentu..misalnya kita diperdengarkan secara berterusan zaman berzaman :

- sakit di saat kematian umpama 9 kali tusukan pedang...aduh!

- sebelum mati didatangi iblis yang mengoda dan kalau tunduk pada iblis...kira kantoi dan neraka la jawabnya.

- amalan sikit...takutnya masuk neraka

- takut segala amalan tak di terima dan tentulah neraka jawabnya.

- dosa banyak...habis la kena sula pakai besi panas kat neraka

- takut tak dapat jawab soalan dalam kubur

- tak sempat nak menuntut ilmu pasal kematian

- sayang nak tinggalkan rumah besar,kereta besar...bini besar

- belum kawin lagi...

ehhh...banyaknya sebab yang menghantui perasaan.....

Kalau ditanya tokbatin lak dia menjawab : Takut kepada ‘KEMATIAN’ adalah ‘penyakit kronik’ yang hanya ada pada manusia’, tidak ada pada spesis2 lain. Haiwan selain manusia, tidak faham erti kematian, mereka menganggap bahawa hidup ini tidak memiliki ‘KEMATIAN’.

Haiwan lebih arif dari manusia ???

1. Tidak punyai penyakit yang pelbagai seperti manusia. Meskipun kebanyakan penyakit disebabkan haiwan. Malah lebah hampir tiada penyakit langsung!

2. Mempunyai kerajaan yang teratur. Belum pernah kita dengar ratu anai-anai digulingkan. Setiap satunya patuh pada sistem yang digazetkan.

3. Pencarian rezeki adalah sekadar perlu. Tiada tamak haloba, salah guna kuasa atau makan harta anak yatim. Kenyang berhenti. Tak pernah kita lihat ayam makan waktu malam atau lembu bangun awal untuk mendapatkan rumput yang lebih segar.

4. Kediaman sekadar belindung diri. Sekadar perlu. Tiada langsung kecoh pasal urusan geran maupun pejabat tanah. Masing-masing dengan habitat tersendiri. Kera tetap di atas pokok meski ia boleh tidur di dalam lubang tanah.

5. Menerima takdir seadanya. Mereka tak perlu pada kemodenan maupun maju. Tiada istilah material pada haiwan. Siput babi tidak pernah sebuk mengadakan bengkel ujikaji untuk pemasangan roda pada tubuh agar pergerakan lebih pantas!

So, manusia diberikan akal untuk berfikir walaupun dikenali dalam bahasa mantiq haiwan berkata2=manusia.

Jadi macamana untuk berfikir agar mantap pastinya otak mesti mendownload banyak info..

Read more...

Sunday, December 27, 2009

Konsep Ketauhidan perlu dikemaskini ?

Kalau mengikut soalan tema tu SEMESTINYA lah..tapi ramai yang memperjuangkan entah apa2pun sekarang..tapi aiman tak kisah...dah dijodohkan cam tu gak nak wat cam ne..layan saja haha..

Mungkin ilmu yang ini perlu untuk diperterangkan kepada mereka yang berkehendak akan jalan yang satu ini mengikut bahasa/gaya/cara si pencari.

- Jika ia seorang pelumba motor maka diterang konsep ketauhidan melalui bahasa pemotoran.
- Jika ia seorang peniaga maka diterangkan melalui jalan perniagaan.
- Jika ia seorang saintis maka diterangkan melalui cabang sains.

Cara/kaeadah/modus operandi yang bagaimana harus diperhalusi melalui diskusi-diskusi dan ide-ide bersama. Nescaya suatu hari nanti cara nan ini mungkin menjadi atau membangkitkan semula zaman kegemilangan pemikir Islam suatu ketika dengan KETAUHIDAN TUHAN sebagai tunggak disemua bidang kehidupan.

Kata tokbatinsenoi lak...Yes.. Yes. Kita tarbiyah mereka2 ni kepada 'KESYUMULAN TAUHID' dalam semua bidang dan perkerti. Kalau mereka enggan kita sumpit mereka atau lelong jer kat 'pasar budaya'. untun.. untun.. untunnnnn.

Read more...

Saturday, December 26, 2009

Boleh tanah bertukar menjadi air atau api atau udara dsb..

Ada ciptaan yang dapat difikirkan dengan akal dan hasilnya adalah melihat sifat2 kebesarannya.Itulah hakikat....

Apa yang difikirkan dan dikaji,...semuanya tidak sia2 jika iman semakin bertambah. Sebaliknya ada golongan diberi masa yang sangat panjang untuk mereka berfikir,..malangnya mereka bertambah sesat. Mereka tidak nampak sifat Allah didalam ciptaan melainkan mereka kata : semua itu adalah semulajadi.

Ilmu sains mentafsirkan kejadian melalui teori2 kejadian dan pembuktian ujikaji.

Hasilnya mereka dapati semua kejadian adalah berasal dari jisim2 atom,zarah dan molekul2 yang telah sedia ada dalam alam semesta.

Pemikir ilmu ketuhanan pula melihat dan mengkaji punca ciptaan untuk mengenal Allah dan pelbagai rahsia kerohanian dan sebagainya.

Air adalah suatu ciptaan yang memberi pengajaran tentang hal diri dan ketuhanan.Formula H2O hanyalah nama yang diberi ahli sains.Kenapa oksigen itu perlu 2 molikul.Kenapa tak hanya satu.

Sesuailah dengan firman Allah,...bahawa setiap kejadian itu diciptanya berpasangan. Oksigen tak dapat dilihat dan ghaib, namun wujudnya dapat dirasai diuji.

Apabila 2 oksigen bergabung dengan hidrogen, ia membentuk air.Tidakkah air itu juga ghaib,tapi dapat pula dilihat,disentuh dan dikesan dengan mudah.Kita tidak akan perasan jika terdapat air dalam gelas yang jernih sekiranya ia tidak berkocak.

Begitu juga api.Api tidak wujud melainkan bunga api dan bahan nyalaannya disatukan.Ia akan menyala selagi bahan nyalaannya masih ada dan udara ada.

Begitu juga tanah yang lebih jelas menunjukan bentuk dan warna.Apakah warna itu ada pada tanah dan apa sebenarnya bentuk tanah. Apakah bentuknya seperti gunung,batu,bumi yang dipijak...?

Jika diambil secebis tanah,..lalu dikisarkan sampai halus seperti tepong sehingga sehalusnya yang tak dapat dilihat.

Apakah tanah tu bertukar jadi air atau api atau udara...?

Sebab itu sains mengatakan kejadian adalah berasal dari jisim2 yang halus dan bergabung dengan pelbagai jenis jisim berlainan lalu membentuk kejadian.

Read more...

Friday, December 25, 2009

Have a great Xmas to...Rasai malam natal yang indah...

Shalom, Natal menjelma lagi. Maka Saint Nicholas (Santa Claus) kena bertugas lagi untuk menghantar cenderahati buat semua kanak2 seluruh dunia. Pejam celik pejam celik Xmas kembali lagi ! kemudian tahun 2009 tutup segala file2nya terutamannya juruaudit2 sekarang pun sibuk mengira hutang atau kerugian atau keuntungan dan macam2 gamaknya..hohohoho





happy holiday 2 u....
cian santa klaus...
raya2 pun kene keje....

salam to the " saint ".....


Shalom alekhim.

Read more...

Aku Menyoal..aku menjawab..pakej 2 dalam satu hehe..

Molekul-molekul air yang cantik terdapat di dalam air yang mane ? Air zam-zam kah? Air mata kah? Atau air hujan? dan macam2 air ? Perlu ke kita kena fikir gak benda2 cam ni..bagi aku perlu lah sebab semua ciptaan ini agar dapat mendekatkan diri kepada ALLAH jua..

Sebab persoalan juga sama..Mengerjakan solat atau mendirikan solat apa maksud disebalik perkataan berbelit-belit?
TERANGKAN.................TERANGKAN...............TERANGKAN................yang gelap.
Baik tak perlu dikias, jahat tak perlu disembunyi....

Molekul air adalah ikatan dua atom hidrogen bersama satu atom oksigen. Biar apa pun jenis air, tiada yang lebih, tiada yang kurang. Cuma di dalam kandungan air tak tulen, kebanyakannya larutan air tersebut bercampur dengan bahan galian yang lain yang mana ada di antaranya sesuai untuk operasi tubuh badan.

Oleh yang demikian, muncullah istilah HIKMIAT larutan air tersebut. Walhal, air hanya tiga atom yang terikat oleh cas-cas yang terdapat pada ketiga-tiga DOREMI itu. Cas-cas tersebut adalah hadir dari ketidakseimbangan tenaga yang mana asal daya ialah HAULAWALA... yang senantiasa diulang LUNCAI tatkala menjawab azan. Harap tuan paham SIAPA itu air.

Mengerjakan solat ialah perbuatan yang telah menjadi warisan SYARIAT. Pada segelintir bestari, "dirikan solat" itu membawa maksud menjadikan SOLAT itu DIRI. Kita ambil contoh mendirikan rumahtangga.

Sepastinya seluruh kehidupan kita ini adalah untuk rumahtangga yang kita bina. Bekerja, nafkah, berkeluarga, bertolak ansur, berkorban dan apa saja adalah untuk rumahtangga. Secara langsungnya rumahtangga itu menjadi DIRI kita.

Maka, begitu jualah untuk SOLAT. Jadikanlah Solat itu DIRI kita. Bagaimana? Awalannya bermula penyaksian kepada TUHAN. Cara penyaksian intu semestinya memerlukan pengenalan akan diri TUHAN itu. Lantas ia akan memperjelaskan syahadah yang diucap. AKU MENJADI SAKSI PADA SI TUHAN (ALLAH). Pemahaman untuk hikayat solat ini kadang kala mengambil sedikit masa.

Keseluruhan penerangan tersebut adalah tercangkup dalam sangkar ilmu. Yang nyata tidak ada yang lebih dan tiada pula yang kurang antara faham dan tidak. Kesemuanya sebati dalam satu jua.

Ingat jika bertembung antara akal dan nafsu, lepaskan diri yang kau martabatkan.
Lapangkan dada, lapangkan hati, lapangkan minda hingga hilang sempadan.

Namun, Adakah solat itu untuk Dia memuji Diri Nya sendiri? segala rukun dan pergerakan adalah Dia dan segala ayat yg dibaca adalah memuji Diri Nya yang maha agung sebab tu lah Dia mencipta khalifah. Supaya Dia dikenali dan Aku suka dikenali. Hanya kita yang berakal sahaja yg boleh memuji dan dipuji...Haiwan mana boleh memuji kawan dia....hohohoho...Opss terlebih sudah..

Ok..apapun ilmu itu cuma sekelumit saja.!. yang penting 'tahu' yang mana pangkal, yang mana tengah dan yang mana hujung..! Sebab pemahaman seseorang berbeza dan begitu jua dengan penerimaan otak seseorang kalau masih lum upgrade..memang susah lah nak cerita..sehingga dia jadi syarahan dan berkata itu dan ini..merawet sana sini..kekadang entah apa2 yang dia cakap pun...berbunga2 pulak..adesss...tanpa ada kesimpulan dan kemuktamadan apa yang dia nak bagitau kita hehe..kalau jumpa orang yang mahir dalam perundangan dia bercakap tentang undang2..kekadang tah apa2 orang kampung pun tak faham..senang2 orang kampung tu buat salah bayar denda jerklah...

Read more...

Thursday, December 24, 2009

Litar Pintas Tanpa Tetikus

Ini sebagai catatan dan rujukan aku kadang2 ni ada gak terjadi berlaku kerosakan mouse tanpa disangka2 so..berikut ini adalah jalan pintas dengan cara menggunakan papan kekunci...

General Keyboard Shortcuts
� CTRL+C (Copy)
� CTRL+X (Cut)
� CTRL+V (Paste)
� CTRL+Z (Undo)
� DELETE (Delete)
� SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
� CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
� CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
� F2 key (Rename the selected item)
� CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
� CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
� CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
� CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
� CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
� SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
� CTRL+A (Select all)
� F3 key (Search for a file or a folder)
� ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
� ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
� ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
� ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
� CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
� ALT+TAB (Switch between the open items)
� ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
� F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
� F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
� SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
� ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
� CTRL+ESC (Display the Start menu)
� ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
� Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
� F10 key (Activate the menu bar in the active program)
� RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
� LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
� F5 key (Update the active window)
� BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
� ESC (Cancel the current task)
� SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box Keyboard Shortcuts
� CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
� CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
� TAB (Move forward through the options)
� SHIFT+TAB (Move backward through the options)
� ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
� ENTER (Perform the command for the active option or button)
� SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
� Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
� F1 key (Display Help)
� F4 key (Display the items in the active list)
� BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
� Windows Logo (Display or hide the Start menu)
� Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
� Windows Logo+D (Display the desktop)
� Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
� Windows Logo+SHIFT+M (Restore the minimized windows)
� Windows Logo+E (Open My Computer)
� Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
� CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
� Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
� Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
� Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
� Windows Logo+U (Open Utility Manager)

Accessibility Keyboard Shortcuts
� Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
� Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
� Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
� SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
� NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
� Windows Logo +U (Open Utility Manager)

Windows Explorer Keyboard Shortcuts
� END (Display the bottom of the active window)
� HOME (Display the top of the active window)
� NUM LOCK+Asterisk sign (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
� NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
� NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
� LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
� RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts: � RIGHT ARROW (Move to the right or to the beginning of the next line)
� LEFT ARROW (Move to the left or to the end of the previous line)
� UP ARROW (Move up one row)
� DOWN ARROW (Move down one row)
� PAGE UP (Move up one screen at a time)
� PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
� HOME (Move to the beginning of the line)
� END (Move to the end of the line)
� CTRL+HOME (Move to the first character)
� CTRL+END (Move to the last character)
� SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC) Main Window Keyboard Shortcuts
� CTRL+O (Open a saved console)
� CTRL+N (Open a new console)
� CTRL+S (Save the open console)
� CTRL+M (Add or remove a console item)
� CTRL+W (Open a new window)
� F5 key (Update the content of all console windows)
� ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
� ALT+F4 (Close the console)
� ALT+A (Display the Action menu)
� ALT+V (Display the View menu)
� ALT+F (Display the File menu)
� ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
� CTRL+P (Print the current page or active pane)
� ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
� SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
� F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
� F5 key (Update the content of all console windows)
� CTRL+F10 (Maximize the active console window)
� CTRL+F5 (Restore the active console window)
� ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for the selected item)
� F2 key (Rename the selected item)
� CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
� CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
� ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
� ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
� ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
� ALT+HOME (Display the Start menu)
� CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
� ALT+DELETE (Display the Windows menu)
� CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)
� CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Navigation
� CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
� CTRL+E (Open the Search bar)
� CTRL+F (Start the Find utility)
� CTRL+H (Open the History bar)
� CTRL+I (Open the Favorites bar)
� CTRL+L (Open the Open dialog box)
� CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
� CTRL+O (Open the Open dialog box, the same as CTRL+L)
� CTRL+P (Open the Print dialog box)
� CTRL+R (Update the current Web page)
� CTRL+W (Close the current window)

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

Kefahaman berbeza..tapi jangan silap faham

Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.

Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.

Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.

Mungkinkah...jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.

Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.

Mungkin jawapan yang diberikan telah dimuktamadkan secara umum. Atau mungkin juga saya seorang yang tidak mengerti akan sesuatu pun.

Saya masih lagi ingin perbincangan yang khusus tentang siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.

Sebagai contoh; apabila berbicara soal ilmu ketuhanan , ilmu yang bagaimanakah yang dikatakan benar dan bagaimana untuk diyakini yang ianya benar/betul. Perlukah kita kepada kebenaran dan untuk apa?

Jika jawapannya, "terpulang kepada masing-masing (semuanya benar)", atau "ini rahsia tuhan" dan kerja tuhan...maka berakhir disini jerlah persoalannya..

Maka layakkah saya untuk mengetahui/meyakini kebenaran?

Pada awal pencarian kepada persoalan ketuhanan, minda kita dikecamuki oleh pelbagai macam ilmu. Kecamukan ini timbul dek perasaan takut kepada syirik, murtad, zindik, sesat atau negatif2 yang lain yang di tanam semenjak kita kenal erti agama.

Secara jelas, jika kita membicara keperihalan ilmu, kita harus menjurus kepada cabangan ilmu tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ilmu mekanikal, mustahil ia menyatakan akan kelibat ketuhanan. Ia lebihnya menerangkan mengenai gear, pelinciran, dinamik, statik dll. Langsung ia tidak menghubungkaitkan kepada TUHAN. Jadi adakah ia salah? Mana Mungkin! Jika salah mengapa dengan gear pergerakan kereta menjadi lancar langsung membawa ke masjid untuk berqiamulail?

Malah ilmu sihir, yang memuja objek selain TUHAN (kononnya) telah dianggap salah dan syirik kerna ia tidak selari dengan ANUTAN. Persoalanya jika salah, mengapa ilmu itu nampak keberhasilannya? Hingga ada diantaranya dijadikan sumber kewangan untuk tokey2 filem malah tidak kurang penerbit rancangan yang bercorak sihir. Tonton saja Crist Angel, David Blaine, Seekers atau Misteri Nusantara. Jika kita mengatakan ia salah mengapa TUHAN membenarkannya hingga ada kapital dan keuntungan kepada syirik2 itu? Kita yang silap membuat tafsiran atau TUHAN yang membenarkan kesyirikan terhadap keESAanNYA?

Segelintir berpendapat setiap ilmu yang tidak mengESAkan TUHAN maka salah. Namun ramai yang merujuk Buku Resepi Masakan bila ingin memasak sedangkan tiada langsung perkataan TUHAN di dalamnya. Itulah jumudnya pemegang-pemegang ilmu! Mereka seringkali menganggap ilmu yang difikir mereka yang benar, yang lain salah, tak sampai dan syirik.

Selangkah kita ke titik asalan, seharusnya kita tiada prejudis dalam ilmu. Tanpa mengira apa jenis ilmu. Seharusnya pegangan kita, ilmu itu datang dari kefahaman, bergunung kitab tanpa faham tiada makna. Faham itu datang dari fikir, fikir datang dari mana? Adakah dari otak yang bersifat ketulan daging itu? Tentu tidak. Badan kita sememangnya terbina dengan otak tapi fikiran bukan produk otak. Malah fikiran yang menjadikan otak itu ada fungsi. Tanpa fikiran otak sia-sia... Dan semestinya fikiran datang dari TUHAN.

Maka fikiran sama dengan rasa kenyang lapar, penat segar, hidup mati. Semuanya dari TUHAN. TUHAN menganugerahi ilmu kepada mahkluk yang dikehendakinya. Tidak kira apa jenis makhluk. Setiapnya ada pakej ilmu dalam dirinya. Itulah ketentuan yang MUTLAK.

Geng Mamak dengan ilmu Mencuri, Mahathir Mohamad dengan ilmu Politik, Ibn Batutta dengan ilmu Pelayaran, Lim Goh Tong dengan ilmu Peniagaan Judi, Harun Din dengan ilmu Agama Islam, David Blaine dengan ilmu Sihir, David Teo dengan ilmu Perfileman, M. Nasir dengan ilmu Muzik. Jadi siapakah insan-insan di atas tanpa dianugerahi ilmu oleh TUHAN? Mungkinkah Lim Goh Tong menjadi Ulama, atau M. Nasir menjadi pelayar. Tidak sama sekali. Kerna apa? Kerna ketentuan TUHAN.

Yang menjadi penceritaan ini indah, ada sebahagian pemegang ilmu yang menerangkan ilmu isu-isu ketuhanan. Ada yang dari lukisan bawa ke TUHAN, ada yang lagu dari jurus ke TUHAN, ada yang dari Hukum Yahudi fokus ke TUHAN. Namun ia tetap tak lari dari ILMU ANUGERAH TUHAN. Biarlah apa sahaja yang diperkata oleh ilmu, Ketuhanan, Hampir ke Ketuhanan, Fekah, Syariaat, Sains, Sihir ia tetap pakej anugerah TUHAN.

Jadi, ilmu yang betul dengan konsep KETUHANAN ialah ilmu yang tidak menyalahkan lain2 ILMU. Mampukah diperlakukan demikian? Perlu menjadi insan yang tenang. Jiwa yang tenteram. Minda yang merdeka. Tenang yang macam mana? Mampu tersenyum melihat Israel mengebom Palestin atau tersengih melihat Taliban menyembelih wartawan Barat. Ringan terus kaki melangkah ke Masjid, jua ke gereja, kuil dan tokong. Melayari hidup ini tanpa duka meski Bank seringkali membuat panggilan mengenai kredit yang tertunggak. Dihina tiada kesan, dipuji tiada bekas.

Mengapa begitu? Kerna dihati, jiwa, minda hanya yang ADA TUHAN. Langsung tiada berasa berilmu, langsung tiada rasa ADA. Langsung tiada berasa DIRI. Suka, duka, nafas, fikir, tidur, jaga, hidup, mati kesemuanya Tajalli Semata-mata TUHAN. Hingga menyatakan diri itu TIADA dan yang berkata-kata, yang menulis, yang membaca itu hanya TUHAN SEMATA-MATA.
(Pakej TUHAN untuk menifestasinya yang bernama Halaj, Siti Jenar atau Firaun Ramses?)

Penulisan ini jua adalah hasil dari cabangan ilmu anugerah TUHAN yang tidak pernah terfikir untuk menulis sebegini. Pakej aku menulis, pakej kamu membaca. Mungkin dipanjangkan pakej kamu dengan pemahaman maka kamu kata bagus atau kamu menolak maka mungkin kamu membalas dengan gelaran terhadap aku sebagai JABARIAH. Kecamukan ILMU itulah Keindahan Ciptaan TUHAN dan kita dan ilmu adalah corak-corak pada LUKISAN KETUHANAN.

Read more...

Monday, November 16, 2009

Seni dan berinternet itu satu kerja yang amat bebas ?



Seni dan berinternet adalah suatu yang boleh dilihat kreativiti manusia yang mewarnai alam..masyarakat eropah mereka suka berseni..romantik katanya..kalau di italy...france..sepanyol...betul ke? aaaah..

Sebelum kakiku melangkah pergi...pasti ia bermula dengan langkah pertama..namun,melangkah ke bumi seribu menara, muzium raksasa ini pastinya mengundang seribu satu macam keanehan dan ketakjuban, lebih lebih lagilah mereka yang pertama kalinya menjejakkan kakinya le bumi kinanah ini.

Dengan peradabannya yang telah dimulai sejak sekitar 7000 tahun yang lampau Mesir masih gah menyenaraikan dirinya dalam senarai dunia sebagai sebuah negara yang pernah mencatatkan tamadunnya yang agung. Contohnya Pyramid dan Sphinx yang telah menjangkau usia berabad lamanya, namun masih berdiri kukuh dan masih dapat dilihat dengan jelas hingga ke hari ini.

Tidak hairanlah, setiap langkah yang kita susuri di bumi Anbia` ini pernah mencatatkan cerita dan nostalgia yang masih terukir sehingga ke hari ini.

Kalau kita ada kelapangan untuk berjalan dan menggelilingi sekitar bumi Mesir ini, kita dapat melihat dengan jelas, rata-rata bangunannya sangat usang dan dindingnya yang bertampal, serta atapnya yang berdebu tebal, dinding yang lusuh, dan kebanyakan bangunannya berwarna kelabu.

Mungkin kerana bumi ini yang sentiasa berdebu, di kelilingi oleh padang pasir dan sering dilanda ribut pasir, justeru memilih warna kelabu adalah pilihan yang paling selamat, untuk mengelakkan pencemaran dinding bangunan untuk jangka panjang. Di dalam bangunan usang itu jugalah pelbagai generasi silih berganti meneruskan kehidupan berabad abad lamanya.

Bercakap tentang sosio budaya masyarakat, rata-rata secara umum, Islam tidaklah sepenuhnya dimenifestasikan dalam kehidupan rakyatnya, dan kekuatan beragama pada aspek tertentu kelihatan semakin luntur. Untunglah fenomena Arab Islam dalam sosial budaya masyarakat Mesir masih sangat menonjol. Kalaulah bukan peranan dan perjuangan ulama’ Islam sudah pastilah telah lama bangsa Arab ini melepaskan ikatan Islam di dalam kehidupan mereka secara total.

Meskipun rakyat Mesir terpaksa ‘berkerat rotan berpatah arang’, menyaring budaya kuning yang saban hari menujah pemikiran anak bangsa mereka, sama ada melalui media cetak, televisyen atau pelancongan, kehidupan beragama masih dapat kita perhatikan di mana-mana.

Alunan bacaan al-quran masih dapat kita dengari sama ada di kedai-kedai Arab, mahu pun dalam kenderaan, yang adakalanya terpaksa bersaing dengan lagu pop yang menjadi kegemaran anak muda Arab, seperti Amru Diyab, Majdah Rumi, Diana Haddad, Hisyam Abbas dan lain-lain lagi.

Tulisan bertulis ayat al-quran juga masih banyak kelihatan di dinding bangunan, pintu-pintu rumah, malah kalau kita perhatikan di tembok tembok tapak bangunan yang belum dibina kita dapat perhatikan ‘kalamullah’ adakalanya dipaparkan dengan tulisan tangan dengan nyata.

Tentang kehidupan umum masyarakat Mesir, kita menyaksikan budaya masyarakat kaya yang gemarkan kereta mewah sementara di aspek lain lain kita juga dapat menyaksikan orang miskin yang mengenderai haiwan kaldai sebagai tunggangan, sumber untuk mendapatkan sesuap rezeki menyambung kehidupan.

Pada beberapa aspek lain juga, kita boleh katakan bangsa Mesir ini sangat beradab sopan dan tinggi budi pekertinya, contohnya mereka suka tolong menolong dan membantu orang orang tua. Hinggakan adakalanya kita terlihat penumpang teksi yang membantu pemandu menolak kenderaan mereka yang rosak.

Fenomena begini tentulah sukar dilihat di negara kita sendiri. Di dalam bas juga kaum wanita sering mendapat priority untuk duduk. Anak anak muda dan kaum lelaki sering mendahulukan orang tua dan kaum wanita mereka untuk duduk di dalam kenderaan awam.

Di samping itu kita tidak nafikan sifat negatif seperti pembengis, suka marah marah, mencela, sikap puas, bangga dan memuja keadaan yang sedia ada sehingga muncul ungkapan memuja bumi tanah air mereka sepeti ‘Misr Ummud Dunya’, ‘Misr Ahsan Fil Alam’ dan lain lain lagi.

Bangsa Mesir merupakan bangsa yang memiliki citra dan wawasan yang tersendiri. Di tengah-tengah desakan hidup dan kepayahan yang bertumpang tindih dalam kehidupan mereka, kita melihat bangsa ini masih mampu tersenyum dalam kesukaran dan kepayahan mereka meneruskan hidup, dalam keadaan rakyat peribumi mereka hidup dengan serba kepayahan dan bersesak-sesak di mana-mana, kerana kepadatan penduduk. Masyarakat Mesir memang satu bangsa yang tidak kenal erti rendah diri atau ‘inferiority complex’, baik orang miskin mahupun orang kaya.

Keramahan mereka yang luar biasa juga adakalanya amat merimaskan, terutamanya bagi orang Malaysia seperti kita yang tidak gemar bergurau keterlaluan atau ‘over acting’. Lebih lebih lagi bila diajukan pertanyaan yang adakalanya langsung tidak munasabah dan lojik, lebih layak dikatakan soalan bodoh.

Bagi mereka, orang Malaysia yang belajar di sini sama saja, jika pada pandangan mereka kita telah melakukan suatu yang menyalahi, lantas ditengking sesuka hati tanpa teragak-agak, tak kira siapa, ustaz ke..., orang tua ke..., atau orang perempuan, bagi mereka semuanya sama saja.


Meminum ‘syai’ (teh) merupakan satu kegemaran yang tak asing lagi pada bangsa ini, bahkan merupakan satu kebanggaan dan tanda penghormatan kepada para tetamu yang berkunjung. Kalau anda sedang berehat, tiba tiba dikejutkan dengan sorakan, anda jangan terperanjat kerana itu adalah sorakan penonton perlawanan bola yang merupakan satu permainan yang paling digemari oleh bangsa ini.

Anda mungkin pernah menyaksikan anak bangsa ini bermain sepanjang hari dan adakalanya sampai ke larut malam. Suatu hobi yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan bangsa mereka yang telah berakar umbi sejak nenek moyang mereka.

Bangsa Mesir juga dikenal sebagai bangsa yang mempunyai ikatan kekeluargaan yang erat. Rata-rata kita dapat lihat, anak-anak berjalan berdampingan dengan ayah dan ibu mereka, berpegang-pegangan tangan, berbual rancak dan mesra, tak kering idea. Kadang-kadang kita merasa sangsi adakah mereka berbual sesama anak-beranak atau dengan orang lain yang baru mereka kenal.

Ini kerana pemandangan begini sukar dilihat pada bangsa kita sendiri. Mereka sering berjalan berpegang-pegangan tangan. Demikian juga dengan pasangan suami isteri, meskipun usia perkahwinan menjangkau separuh abad, namun keintiman dan sifat romantik masih jelas dapat kita saksikan. Mereka masih boleh berbicara panjang lebar dan berbual mesra. Mereka berjalan seiring dan saling berpimpinan tangan, melambangkan bangsa ini sangat memelihara hubungan kekeluargaan dan ikatan sesama mereka.

Seorang Jerman menyuarakan komentarnya: Saya sangat kagum bagaimana bangsa ini dapat meneruskan hidup di tengah tengah kesesakan dan kepadatan penduduk, kecelaruan yang bersimpang-perenang, penempatan yang tidak sistematik. Kalau bangsa lain menghadapi keadaan sebegini rupa nescaya timbul pelbagai krisis yang tidak diduga..” ujarnya.


Seorang wartawan Cina pernah menyuarakan: Yang menjadi perhatian saya terhadap bangsa ini adalah sikap puas, merasa cukup dan berpada dengan apa yang ada, ini kerana dorongan spritual dalam kehidupan mereka” Beliau menjelaskan lagi: Saya sering memerhatikan ‘bawwab’ di hadapan rumah saya yang hidup seadanya, hanya dengan ruang rumah di lantai ‘ardhiyyah’ yang kecil dan satu kamar mandi, sudah cukup untuk menaungi kehidupan mereka sekeluarga. Meskipun begitu, saya tidak pernah mendengar mereka mengeluh dengan kehidupan mereka, bahkan mereka masih mampu tersenyum dan bergurau senda.

Orang orang cacat juga masih mendapat tempat di dalam kehidupan sosial, masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiri.

Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang sanggup berkorban memikul rakannya yang cacat menaiki bas dan memanjat tangga bangunan, mereka dapat meneruskan kehidupan seperti orang lain yang sempurna. Demikianlan tabahnya bangsa ini dan sikap tolong-menolong, serta pengorbanan yang bukan kepalang dan begitu sukar untuk kita saksikan di dalam masyarakat kita sendiri.

Read more...

Saturday, November 14, 2009

Cara mudah Install Windows 7 Menggunakan Pendrive


SUMBER: http://ITnTechnology.blogspot.com



[Image: windows-7-aurora-green-wallpaper.jpg]

Menginstall Windows menggunakan pendrive lebih cepat dan teratur berbanding menggunakan DVD.Ikuti cara-cara menginstall Windows 7 menggunakan pendrive:

-Download Windows 7 USB/DVD Download Tool
-Install program tersebut seperti biasa.

[Image: windows71.jpg]

-Buka program tersebut dan klik pada Browse

[Image: windows72.jpg]

-Kemudian cari file windows tersebut dan klik Open.

[Image: windows73.jpg]

-Setelah fail telah dipilih, klik pada USB device.

[Image: windows74.jpg]

-Pilih device yang anda ingin gunakan untuk menginstall Windows 7 dan klik pada Begin copying.

[Image: windows75.jpg]

-Tunggu sehingga proses dan selesai.
-Kemudian anda boleh menginstall Windows 7 menggunakan pendrive anda.

**Dicadangkan cadangkan pkai pendrive 4gb ke atas. file installer yang 946KB

**Software utk window vista ngn xp tak ada ker? Kalau tak silap utk XP leh pakai USB_multiboot_10. kalu tak silap la.... cara penggunaannyer lebih kurang cam post nih...

Aku install window 7 ok jer...mmg bgus laa...memudahkan tak perlu guna cd....Jika ada error tu maybe pendrive tak cukup besar sebab window 7 aku wat guna pendrive 8 giga pas aku wt menda alah ni aku check pendrive aku dah mkn space 5G lebih. korang boleh cuba guna pendrive size besau...Insyallah berjaya.


Read more...

Friday, November 13, 2009

Ben10 melanda jiwa kanak-kanak lelaki





Setiap kanak-kanak mempunyai idolanya kalau sebelum ini aku menceritakan tentang patung yang menjadi idola bagi anak-anak perempuan..kalau anak-anak lelaki pula cam ner..hasil kajian aku kalau di Mesir ini saingan pada Fulla (patung Islam untuk perempuan) kalau lelaki mereka mengidolakan Ben 10..

Siapa pula Ben 10 ? Bila disebut idolanya barulah nak suruh apapun dia laju skit..kena pandai2lah men psikologinya..Tapi kekadang tiada siapa yang ajarkan, itulah naluri bagi kanak-kanak yang tidak boleh disekat untuk perkembangan mentalnya.Semua ciptaan yang wujud bukanlah sia-sia..bagaimana omputih leh create cite macam ini...kalau dikatakan aaah yahudi...jom boikot ! kita buat alternatif secara Islam..tapi yang Islam punya cam ne lak..aku pun tunggu2 gak....kalau kita tengok upin dan ipin bagi aku OK dan berpotensi juga untuk pergi jauh tapi support..cam ne ?

Boleh dirujuk melalui pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Ben_10

Benjamin "Ben" Kirby Tennyson a.k.a Ben 10 (latar suara oleh Tara Strong dan dilakonkan oleh Graham Phillips dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) merupakan pendukung utama dalam siri ini. Beliau seorang budak lelaki biasa berumur 10 tahun yang suka bermain permainan video, menunggang basikal dan bersikap degil. Sewaktu Ben menemui Omnitrix, ia melekap pada lengannya. Beliau menggunakan kuasa-kuasanya daripada Omnitrix yang tidak dapat ditanggalkan untuk menjadi superhero.

Namun begitu, Ben mendapati kerjanya menjadi lebih rumit daripada beliau sangkakan terutamanya dengan kejahatan hulubalang asing, Vilgax yang memburu Ben semata-semata untuk mendapatkan Omnitrix.

Ben dilihat seorang individu yang tamak, kadangkala menerima pujian yang tidak sepatutnya beliau dapat. Beliau juga tidak dapat menerima kekalahannya sendiri terutamanya seseorang itu adalah sepupunya sendiri, Gwen - dengannya Ben berkongsi hubungan cinta tetapi benci.

Ben menggunakan Omnitrix tidak lebih hanya sekadar gurauan, meskipun ketika keadaan terdesak. Sekalipun begitu, Ben bertimbang rasa dan sanggup berkorban demi melindungi keluarganya atau sesiapa sahaja dalam bahaya. Walaupun bukan dalam bentuk makhluk asing, kepintaran Ben telah menyelamatkan dirinya dan orang lain dari keadaan dashyat, terutamanya apabila Omnitrix tidak boleh diaktifkan ataupun tidak menukarkan beliau kepada bentuk yang beliau inginkan.

Hubungan Ben dengan Gwen dalam siri asal agak kompleks. Mereka sering bertengkar sesama sendiri, tidak mungkin bersetuju antara satu sama lain tentang perkara apa-apapun (pengecualian hanya masakan aneh Max yang mereka sememangnya tidak sukai).

Sungguhpun demikian, mereka benar-benar peduli antara satu sama lain, menunjukkan sikap ambil berat yang bukan dibuat-buat apabila seseorang itu dalam bahaya. Buktinya terdapat dalam cetera Ben 10: Secret of the Omnitrix semasa Ben benar-benar sedih apabila disangka bahawa Gwen sudah meninggal dunia dan mendakap sementara Gwen dalam linangan air mata apabila telah didedahkan bahawa Gwen terselamat.

Siri asal menunjukkan Ben mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah, Gwen sering diketahui untuk berjenaka tentangnya; beliau mengatakan bahawa Ben tidak pernah memberus giginya, jarang sekali bertukar pakaian dalamnya dan Ben sekali pun bercakap gah bahawa dia tidak pernah mandi selama tiga hari. Jenaka juga diteruskan dalam filem aksi sebenar; semasa Ben memakai tanda dagangan kemeja-T hitam dan putih selepas Max memutuskan untuk menyiasat Eon, Gwen telah bertanya kepada Ben jikalau beliau pernah mencuci kemeja itu malah sekali semasa musim panas kerana pakaiannya berbau busuk.


Gwen dalam siri asal.

Gwendolyn "Gwen" Tennyson (latar suara oleh Meagan Smith dan dilakonkan oleh Haley Ramm dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) adalah seorang sepupu Ben yang juga berumur 10 tahun (kedua-duanya berkongsi hari lahir yang serupa).

Gwen berkongsi hubungan cinta tetapi benci dengan Ben, sentiasa menghina Ben dengan kebijakan jenaka kering dan sindiran.Beliau menggunakan komputer riba untuk membuat penyelidikan tentang individu atau makhluk aneh serta merupakan ahli gimnastik berkebolehan dan mempunyai beberapa kemahiran dalam seni mempertahankan diri. Beliau juga dilihat mempunyai kemahiran semula jadi dalam menggunakan pelbagai peranti atau objek rumit, seperti dalam episod "Gwen 10" yang memaparkan Gwen mendapat Omnitrix dan bukan Ben, telah membuktikan bahawa beliau jauh lebih pandai menggunakannya berbanding Ben.

Keseluruhannya, kebanyakan kemahirannya yang ketara ialah keupayaan semula jadinya iaitu kemahiran dalam magis. Apa yang terdapat dalam dirinya yang dipanggil sebagai "aura magis" oleh Charmcaster, Gwen mampu menggunakan pelbagai artifak dan sihir magis.Sewaktu menggunakan magis pemberian tuah Mantera Bezel (Charm of Bezel), beliau berkebolehan mengaktifkannya secara kenalurian sedangkan Hex mungkin boleh atau sebaliknya. Kemudian, apabila Gwen mengambil dan menggunakan tongkatnya, beliau boleh melakukan tembakan bagas api - menurut Charmcaster, hanya seseorang yang mempunyai kemahiran Hex harus mempunyai kebolehan itu.

Pada masa itu, Gwen mempunyai Mantera Bezel untuk menjadi wirawati hebat yang bernama Lucky Girl. Pada permulaan, kebolehannya memperoleh "tuah" Mantera Bezel, telah memberikan nasib yang sempurna secara semula jadinya. Sementara memakai mantera, segala tindakan yang beliau ambil akan menghasilkan gaya rantaian tindak balas Rube Goldberg yang mendatangkan manfaat kepada niat asal beliau tetapi biasanya mencederakan Ben dalam proses terbabit. Seterusnya, beliau mengembalikan kepercaman wira hebat selepas memperoleh Baji Batu Bezel (Keystone of Bezel) yang meningkatkan kemampuan beliau kepada aras wira hebat lebih daripada hanya sekadar menentukan nasibnya. Pada masa itu juga, Gwen terpaksa bersara apabila Mantera Bezel musnah.

Namun, kerjayanya belum berakhir setelah Gwen mula menceburi dalam perihal kuasa ajaib apabila dia berjaya mendapat buku sihir daripada Charmcaster dalam episod "A Change of Face".



Max Tennyson


Max dalam siri asal.

Maxwell "Max" Tennyson (latar suara oleh Paul Eiding dan dilakonkan oleh Lee Majors dalam filem aksi sebenar Ben 10: Race Against Time) atau "Grandpa Max" sebagaimana cucunya panggil, berumur 60 tahun, agak gemuk dan kadangkala sedikit lembap, datuk kebapaan kepada sepupu Ben dan Gwen Tennyson. Pendiriannya yang berminat kepada sesuatu cabaran dan citarasa pelik dalam makanan (dikecualikan kepada episod "Perfect Day"), selalu berakhir dengan mengajak cucunya pada lawatan yang menarik. Sebaik sahaja cuti bermula, Ben menanti-nanti akan lawatan perjalanan musim panas dengan Max dalam kenderaan rekreasi (RV) yang digelar "The Rust Bucket" yang diubah suai oleh Max dengan teknologi maju. The Rust Bucket" merupakan replika GMC Classic Motorhome.

Max pernah melibatkan diri dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, telah menyertai program angkasawan. Pada mulanya, Ben dan Gwen menyangka datuknya seorang tukang paip ("plumber") sebagaimana diberitahu oleh Max. Bagaimanapun, cucunya mula meragui Max setelah beberapa kejadian yang memaparkan pengetahuan dan kepakaran yang tidak sepatutnya tukang paip ada; segalanya daripada isyarat tangan ala tentera hinggalah kepada pengetahuan menggunakan reaktor nuklear.

Sepanjang musim pertama, nampaknya bahawa Max mengetahui jauh lebih banyak tentang makhluk asing daripada apa yang diberitahunya, di mana kemuncak musim akhir telah mendedahkan bahawa beliau dan Vilgax merupakan musuh lama di mana Vilgax sanggup memanggil Max sebagai "duri dalam daging".

Sebenarnya, "plumber" yang dimaksudkannya adalah sebuah pertubuhan kerajaan yang dikenali sebagai "The Plumbers" yang mengendalikan aktiviti berkaitan ruang angkasa lepas, paranormal dan keadaan lain yang tidak boleh diuruskan oleh kebanyakan organisasi lain. Pangkalannya berada di bawah Gunung Rushmore. Kumpulan tersebut dibubarkan sementara setelah Max mengalahkan Vilgax buat pertama kali, menyarankan bahawa Vilgax sebahagian besarnya bertanggungjawab terhadap pelbagai kejadian yang mereka hadapi. Max pernah menjadi antara calon yang layak bagi misi Apollo 11 dan akan pergi sekiranya tiada urusan lain.

Ketika berusia 80 tahun, Max mengubah suai RV miliknya lebih lanjut, sudah berjanggut dan hilang lengan kanannya dalam Peperangan Limax pada tahun 2017. Beliau menggunakan replika neuroprostetik pada lengannya yang boleh dipanjangkan dan diubah kepada senjata futuristik pilihan.

Jauh ke hadapan (berusia 92 tahun) bersama-sama cicit lelakinya bernama Ken yang berusia 10 tahun, Max kehilangan janggutnya dan penurunan berat dan ketinggian yang ketara yang disebabkan oleh faktor usia dan diet makanan kesihatan futuristik yang tetap. Pada masa itu juga, lengan sibernetiknya kelihatan jauh lebih bersifat mekanikal berlainan daripada sebelumnya yang menampilkan replika lengan asal sebenarnya.

Max mempunyai rakan lama makhluk asing yang bernama Xylene. Xylene berhasrat untuk menghantar Omnitrix kepadanya tetapi Ben telah menjumpainya secara kebetulan. Max dan Xylene nampaknya telah terlibat dalam percintaan dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Xylene cuba meyakinkan Max bagi membentuk rakan kongsi dan menjelajah di serata galaksi dengannya, namun akhirnya Max menolak cadangannya kerana tugas beliau sebagai Plumber dan keperluannya untuk menjaga cucunya.

Penyangak

Vilgax

Vilgax (latar suara oleh Steven Blum) adalah seekor makhluk asing Chimera Sui Generis yang berkepala seakan-akan sotong, penakluk antara galaksi dan sanggup melakukan kemusnahan semata-mata memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan Omnitrix dan menggunakannya bagi menjajah setiap planet dalam alam semesta.

Beliau merupakan salah satu makhluk asing yang paling digeruni dalam galaksi, telah memusnahkan lima planet dan menghasilkan lohong hitam. Pada hakikatnya, sifat gerunnya itu menyebabkan hampir tiada satupun bentuk hidupan biologi yang sanggup bekerjanya dengannya, memaksa beliau untuk menggunakan robot sebagai krew secara keseluruhannya meskipun beliau mampu mencari tentera upahan yang hendak berkhidmat untuknya.

Beliau juga mengisytiharkan diri sebagai pakar Omnitrix sebagaimana dakwaan beliau bahawa membuka kunci fungsi kawalan Omnitrix merupakan satu kerja yang mudah baginya.

The Forever Knight

The Forever Knights adalah sebuah persatuan rahsia yang ditubuhkan semasa Abad Pertengahan yang dibaktikan untuk mengumpul teknologi makhluk asing.
Ben 10 ialah sebuah siri televisyen animasi Amerika Syarikat rekaan kumpulan "Man of Action" (yang terdiri daripada Duncan Rouleau, Joe Casey, Joe Kelly dan Steven T. Seagle) terbitan Cartoon Network Studios.

Siri animasi ini mengisahkan Ben Tennyson, sepupunya Gwen, dan datuk mereka iaitu Max. Kisahnya bermula ketika Ben bersama-sama datuk serta sepupunya berkhemah pada permulaan cuti musim panas. Bagi Ben, percutian ini amat membosankan lebih-lebih beliau telah bertelagah dengan Gwen. Untuk menghilangkan rasa jemu, Ben merayau-rayau di hutan lalu ternampak sesuatu objek berupa meteor di langit malam yang jatuh menghalanya. Sewaktu Ben mendekatinya, beliau menemui sebuah lenggai gergasi asing yang mempunyai sebuah alat seakan-akan jam tangan yang penuh misteri bergelar Omnitrix di dalamnya. Alat itu melekap pada pergelangan tangannya dan memberikannya kebolehan untuk betukar kepada pelbagai makhluk asing, setiap satunya memiliki kuasa-kuasa yang tersendiri. Walaupun Ben menyedari tanggungjawabnya adalah membantu orang lain dengan kuasa-kuasa barunya, namun dia tetap suka bermain-main dengan kuasanya itu.

Onnitrix

Tumpuan utama siri ini ialah Omnitrix, sebuah perkakasan asing berupa jam tangan yang ditemui Ben pada awal siri. Dengan menggunakan alat ini, Ben boleh bertukar menjadi beberapa bentuk makhluk asing untuk melawan pelbagai penjahat dalam siri ini. Omnitrix berfungsi dengan menggabungkan DNA makhluk asing dengan DNA Ben, lalu menukarkannya menjadi makhluk pilihannya selama sepuluh minit, selepas itu pulih kepada rupa asal. Seperti yang diterangkan dalam Ben 10: Race Against Time, had masa ini bertujuan untuk menghalang DNA makhluk asing dari menguasai penggunanya.



Untuk mengelakkan sesiapa mencuri Omnitrix dari Ben, Omnitrix itu disifatkan agak sukar ditanggal, seolah-olah berpadu dengan kulit Ben. Lebih-lebih lagi, jikalau seseorang cuba menanggalkannya, alat itu menghasilkan ledakan tenaga untuk menghindarkannya.

Dua filem Ben 10 telah dikeluarkan pada masa-masa berlainan pada tahun 2007 dan 2008. Filem pertama ialah cetera animasi pertama berjudul Secret of the Omnitrix, di mana Omnitrix disetkan untuk musnah sendiri secara tidak sengaja dan Ben mesti mencari pencipta alat itu untuk menghentikannya. Filem ini disiarkan pada 10 Ogos 2007. Dua versi berlainan yang menampakkan perbezaan dari keluaran asal masing-masing dikeluarkan pada 1 September 2007 dan 20 Oktober 2007.

Filem kedua ialah filem lakonan hidup berjudul Ben 10: Race Against Time yang disiarkan pada 21 November 2007. Plotnya mengisahkan Ben, Gwen dan Max kembali ke tempat asal mereka di Bellwood dan cuba kembali menjalani kehidupan 'normal'. Malangnya, hidup mereka diganggu oleh seekor makhluk asing bergelar Eon yang mempunyai hubungkait dengan Omnitrix. Race Against Time ditayangkan buat julung kali di Cartoon Network pada 21 November 2007. Filem ini diarah oleh Alex Winter.

Read more...

Thursday, November 12, 2009

Pakej aku adalah menulis, pakej anda adalah membaca,berfikir dan fahamkan

Ok posting yang masih berkisar dengan patung pembaca boleh membuat kesimpulan sendiri dengan pemahaman yang mantap ! Pakej aku adalah menulis, pakej anda adalah membaca,berfikir dan fahamkan..hehehe..dan pakej tertinggi buatlah kesimpulan...

‘Turtah’ sejenis biskut di Mesir adalah bid’ah…tanpa mereka sedar bahawa kandungannya ialah gandum, susu, gula dan minyak sapi.

Adakah terdapat apa-apa yang haram di dalam kandungan tersebut ? mereka juga menyatakan bahawa patung pengantin dan kuda yang dibuat pada bulan Maulud Nabi s.a.w itu adalah bid’ah (di Mesir apabila tibanya bulan Rabiul Awwal telah menjadi adat masyarakat Islam membuat patung pengantin dan kuda yang diperbuat dari gula, dan bahan-bahan halal yang lain sebagai manisan, sebagai tanda kegembiraan, kemenangan dan kebahagiaan dengan lahirlah Rasul akhir zaman, kekasih Allah yang paling agung s.a.w.)

Di dalam manisan ini tidak terdapat setitik pun benda yang haram. Adapun kebimbangan setengah pihak tentang manisan ini (yang berupa patung pengantin dan kuda) akan menjadi berhala…perkara dan kata-kata seumpama ini mudah untuk diperincikan. Patung atau ukiran , apabila tidak disembah bagi dirinya atau tidak disembah untuk mendapatkan apa-apa kehendak atau tidak disembah untuk mendekatkan diri kepada Allah. ….Maka ia adalah semata-mata patung mainan (bukan berhala).

Sekiranya kita menyembah parung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala ( shonam ). Jika kita menyembahnya kerana dirinya maka ia adalah berhala ( watsan )

Adapun patung-patung yang diperbuat dari manisan tersebut yang mana ianya ( berhala atau patung ) disembah oleh pembesar-pembesar jahiliah sebelum kedatangan Islam, telah menjadi permainan kanak-kanak selepas Islam. Tidak pernah kita dengar bahawa ada orang menyembah patung-patung manisan tersebut. Dan jika kita bimbangkan iman kita terhadap ukiran kuda tersebut…..maka apatah lagi jika terdapat kuda yang benar di hadapan kita?!

Sesungguhnya para sahabat telah memasuki Mesir pada zaman pemerintahan Saidina Umar ibnu Al-Khatab r.a, mereka merupakan pemerintah Gabenor dan Para Hakim. Meraka bukannya orang-orang biasa yang lemah. Mereka telah meninjau utara selatan timur dan barat negara tersebut dan telah melihat tempat penyembahan zaman Firaun, patung-patung mereka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

Akan tetapi kita tidak pernah mendengar bahawa ada seorang sahabat yang mulia memecahkan patung-patung ukiran tersebut. Ini kerana mereka begitu arif bahawa ia merupakan terjemahan bagi satu-satu tamadun dan kemajuan tidak patut menghancurkannya…..Patung Ramses di Mesir menjadi saksi di atas perkara ini berpuluh-puluh kurun dahulu.

Kita tidak menjumpai seorang pun yang mengorbankan sesuatu kepadanya atau mendekatkan diri kepadanya dengan sesuatu…..adakah kita lebih mengetahui daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang belajar sendiri dari Baginda?!

Rasulullah s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah, baginda sering bertawaf di Baitul Haram ketika mana berhala-berhala jahiliah masih wujud di sekitar Kaabah. Ia merupakan sesuatu yang disembah oleh orang-orang jahiliah, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa erti dan harga kepada Baginda. Demikian itu tidak dapat menegahkan keadaan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah.

Ketika mana Baginda berhijrah ke Madinah dan selepas pertukaran kiblat, Baginda mula bersolat kea rah Baitul Haram ( Kaabah ) sedangkan berhala-berhala masih wujud di sekitar Kaabah…..Kenapakah Rasulullah s.a.w tidak menghentikannya sebagaimana datuk Baginda Nabi Ibrahim a.s menghancurkannya…..

Nabi Ibrahim a.s telah menghancurkan setengah daripada berhala-berhala pada zamannya dan setengah yang lain ditinggalkan. Perbuatan baginda ini telah memberi natijah kepada penyembah-penyembah berhala bahawa ia begitu rapuh….diperbuat dari tanah….oleh kerana kejahilan mereka…..mereka telah merekacipta kaedah baru dan mengukir patung-patung pada batu yang pejal supaya susah untuk pecah. Meraka telah mengukirnya dengan begitu cantik sekali dan menghiaskannya….. Lantaran baru, ia amat laris di pasaran.

Kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk mencabut serta menanggalkan hubungan dalaman di antara hati seseorang mukmin dengan patung-patung atau ukiran-ukiran. Maka orang-orang Islam telah yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, mereka ketahui bahawa patung-patung tersebut bukannya Tuhan- lantaran itu tercabut kehebatannya daripada hati-hati orang Islam. Dengan itu ia telah mati ( tidak mempunyai apa apa nilai ) dalam keadaan tegak berdiri – tanpa Rasulullah s.a.w menghancurkannya dengan tangan baginda yang mulia.

Setelah Allah bukakan kota Mekah kepada Baginda, Baginda masuk kepadanya tanpa memegang kapak atau senjata. Bahkan baginda hanya memegang sebatang tongkat yang kecil. Baginda masuk ke dalam Baitul Haram sambil membaca firman Allah :
” Dan katakanlah ( Wahai Rasul ) telah datang kebenaran dan leburlah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu adalah binasa.”

Dan setiap kali Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan tangan Baginda ke arah patung-patung tersebut, ia tersungkur menyembah bumi. Para sahabat pula mengenyahkannya dengan kaki-kaki mereka sehinggalah patung-patung itu terkeluar dari Baitul Haram.
Kesemuanya ini adalah kerana Islam telah mencabut hubungan hati di antara manusia dan batu.

Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Demam FULLA terus melanda



Demam FULLA melanda anak perempuan anda...begitulah title pada entry lepas aku ingin sambung lagi perbincangan topik ini untuk tontonan umum bagi para ibu dan bapa yang mempunyai anak perempuan..bukan untuk iklan tetapi maklumat yang positif.

Walaupun ada yang tidak bersetuju pasal patung ini..tetapi aku ada pandangan tersendiri yang akan dibincangkan..bagi masyarakat yang masih mengamalkan nilai-nilai negatif ia menganggap kehendak anak-anaknya disekat..Aah tak payah belilah..!! rugi duit lah !! baik suruh anak main tanah dan main pasir je lah..eh nanti berkudis sana sini lak, tk mau gak !!..apa pun terpulanglah kepada pembaca tentang isu anak patung yang dikatakan 'haram' berada di dalam rumah !walaupun hanya sekadar hiasan semata-mata atau hobi mengumpul anak patung.


Nak kata apa pun..aku tarak kisahlah pandangan dan kefahaman masing-masing..cuma sekadar berkongsi info..kerana ini peluang bisnes juga !! cari duit..buat duit hahaha tarak duit susah woooo nak idup tu..payah lah nak kata tade duit hati senang kan..! So, fikir2lahh.

Sebelum nak bagi pandangan aku tentang dollydoll nie or anything yang berbentuk patung..Almaklumlah kat Mesir nie dari sekecil2 patung sampai ke besar2 makhluk pun ada... so,kita sambung skit lagi tentang dolly Fulla nie...info ini hanyalah untuk dikongsikan tentang kanak-kanak masa kini yang dikatakan tengah hangat dengan "Fulla" kalau di negara Asia Barat terutamanya.

Fulla merupakan nama anak patung Islam yang 'dilahirkan' oleh NewBoy Design Studio yang beribu pejabat di Damsyik pada tahun 2005 yang diambil asal perkataan bahasa Arab yang bermakna sejenis spesies bunga jasmine yang hanya boleh ditemui di negara-negara Asia Barat.

Konsep Fulla hadir sekitar tahun 1999, berfokus pada pakaian yang digunakan oleh Fulla (nama sebuah jenis bunga melati yang tumbuh di Timur Tengah), berpakaian kontemporer dan moden Islam, dengan tambahan asesori tudung, yang sesuai dengan budaya dan tradisi orang Islam. Jenis pakaian lain termasuk pakaian di dalam rumah, pakaian keraian dan pakaian di luar rumah yang menutupi aurat.

Fulla ditujukan sebagai mainan alternatif untuk anak-anak perempuan dengan target usia 3 hingga 9 tahun. Sebagai idola, Fulla dapat mendidik dari sudut pandangan ibubapa, kerana kualiti dan nilai-nilai yang dimiliki Fulla.

Semua elemen positif yang berorientasikan kekeluargaan dan Islam menjadi teras agar ia mempengaruhi secara langsung kepada kanak-kanak.

Sekalipun sekadar boneka, namun permainan ini didapati memberikan pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan mental, daya intelektual dan budaya kanak-kanak yang sedang membesar.

Secara semulajadi semua kanak-kanak menyukai anak patung dan sebagai ibu bapa kita tidak akan mampu menahan keinginan si anak untuk memiliki anak patung sebagai teman sepermainan.

Kini telah banyak produk-produk berjenama Fulla telah dikeluarkan, di Mesir sambutan hangat dikalangan kanak-kanak barangan dari Fulla begitu menggalakkan dan laris dipasaran.

Syarikat NewBoy membuat sebuah karakter dengan nilai-nilai positif yang diambil oleh ibubapa dan anak-anak. Karekter Fulla adalah jujur, penyayang dan peduli, dan ia menghormati ibu dan ayahnya.
Kesan yang terpancar oleh Fulla yang merupakan gadis berusia enam belas tahun, tinggal dengan orang tuanya, bersama dengan saudara perempuan dan laki-laki. Sebenarnya nilai-nilai yang ditekankan oleh Fulla adalah keluguannya, keceriaannya, mudah bergaul, mudah berteman, dan popular tidak hanya karena kecantikannya, tetapi juga kerana kepribadiannya yang menyenangkan, kerana ia bukan anak yang 'peminta dan pengarah' bahkan dia suka membantu ibunya mengerjakan hal ehwal di rumah.
Fulla boleh dijadikan aspirasi teladan kepada anak-anak perempuan dan dapat belajar dari Fulla bagaimana cara berpakaian sopan yang mengikuti perkembangan mode.
Fulla telah berada di pasar pada bulan November 2003 dan menjadi boneka nombor satu di Timur Tengah. Sejak pembuatan, dan penjualan, Fulla telah menjadi boneka terlaris di kawasan Timur Tengah (Syria, Mesir, Yordania, Qatar, UAE, Saudi Arabia, Kuwait dan Bahrain), telah terjual sekitar 5 juta boneka.
Negara-negara lain yang telah menjual Fulla adalah Mesir, Marocco, Kanada, Amerika Syarikat dan Indonesia. ( Kat Malaysia tak sure plak perkembangan pasarannya di saat entry blog ini). :)
Cuma kalau di Mesir mengikut pemerhatian aku ia menunjukkan rangsanganya amat positif terhadap patung Fulla. Terutama para ibu, , percaya bahawa Fulla dapat “mendidik" anak perempuan mereka, bagaimana cara berpakaian yang sopan, konservatif tetapi tetap moden. Para ibu-ibu juga percaya bahawa anak perempuan mereka beruntung dapat berinteraksi bersama Fulla dengan mengganti-ganti pakaian Fulla, dapat membuat mereka menjadi berpenampilan bagus dan bersih seperti Fulla, dan dapat melakukan role play. Anda boleh melayari http://fulla.com/ .
Pada pandangan akulah, mungkin juga kalau di Malaysia dapat ditukarkan nama untuk menyenangkan kanak-kanak kita menyebut dalam bahasa Melayu.Mungkin di Malaysia dikenali sebagai nama Siti ??? (atas kekreatifan orang malay lah yerk).So, kat sinilah aku kata boleh buat duit..hehehe..kalau tak caya tengok Si Ipin dan Upin tu....
Selain Fulla, kalau dibarat ia dikenali sebagai Barbie dan di Asia Barat di kenali sebagai Fulla, Manakala di Iran di kenali sebagai Dara dan Sara, patung Barbie doll mula2 dicipta dan sekarang masih lagi terkenal di dunia,dah kaya raya pakcik yang reka nie.. Kebanyakan permainan ini dimainkan oleh golongan perempuan tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.Cuma Fulla direkacipta dengan cara hidup orang Islam dan untuk dijadikan idola bagi kanak-kanak perempuan muslim.
Barbie pula adalah gadis jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yang cantik, teman lelaki yang tampan, dan macam-macam lagi. Dia kelihatan sempurna tetapi hakikatnya dia hanyalah anak patung!
Kenalkah anda pada Babie? Siapakah yang memperkenalkan anak patung ini kepada dunia?
Ruth Handler antara pengasas syarikat alat permainan terkemuka. Nattle merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta anak patung ini. Barbie dicipta pada tahun 1959 dan diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di bandar New York.
Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36, 18, 38, tidak relevan dengan ukuran manusia normal.
Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.
Bagaimanakah anak patung Barbie mendapat namanya?
Pencipta anak patung ini, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya, Barbara. "Kekasih" Barbie, Ken pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth.
Oklah itu serba skit info, semalam masa dok cari2 barang fulla untuk doter aku, ada satu lagi produk baru keluar kt mesir nie..tk sure plak dari ejen mana, tapi ala2 fulla gak..nama dia "JANNA"..warna pink gak muka hampir seiras dengan fulla cuma tk bertudung jer..kata is jual tu janna nie banyak koleksi untuk perkakasan sekolah. Hah ! kan aku dah kata boleh buat duit
...Sebelum melalut jauh aku kasi skit pandangan kau tentang permainan dollydoll nie or patung2 biasa ,hiasan dan sebagainya...kat mesir nie terkenal dengan patung....lazimnya yg berkaitan dengan firaun , difinasi patung perlu kita tahu dahulu..ini kerana untuk kita membezakan mana satu patung yang dimaksudkan dalam hadis rasulullah SAW...sebelum kita terus berpegang dengan pendangan2 lama dan terus jahil.
Kalau diperhatikan kenapa patung2 kat Mesir ini terus kekal..sedangkan kedatangan Islam lebih awal dari negra kita. Mari kita kupas bersama2...kerana dalam memahami tentang patung kita perlu tahu dan fahami yang dapat dibahagikan kepada 3 jenis sebagaimana juga diterangkan oleh guruku Syeikh Dr.Mukhtar Ali Ad-Dusuqi iaitu :
1-Timsal (Patung perhiasan yang tiada apa2 maksud)
2-Watsan (Jika kita menyembahnya kerana dirinya atau zatnya)
3-Shonam (kita menyembah patung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala)
Di zaman dulu, ketika orang-orang Muslim telah menguasai negeri Mesir, samada di sebelah utara, selatan, timur dan barat. Mereka menemukan banyak peninggalan-peninggalan Firaun, Qibti dan Romawi dari segala bentuk seperti patung manusia,haiwan-haiwan,tumbuh-tumbuhan dan serangga-serangga.
Akan tetapi mereka tidak mendekatinya dan tidak menghancurkannya. Dan peninggalan-peninggalan patung itu sampai sekarang masih ada. Sekarang timbul pertanyaan, kenapa para sahabat Rasulullah yang mebuka negeri Mesir tidak menghancurkan patung-patung peninggalan tersebut ? Apakah sebenarnya di sebalik itu semua ?

Mungkinkah terdapat beberapa kemungkinan yang dapat kita selidiki:

1- Kemungkinan bahawa peninggalan-peninggalan patung pada hari itu tersembunyi di bawah tanah, sehingga mereka tidak melihatnya.

2- Kemungkinan bahawa peninggalan-peninggalan ini sukar untuk dipecahkan (dihancurkan), sehingga mereka tidak mampu untuk merobohkannya jadi terpaksa mereka membiarkannya.

3- Kemungkinan bahawa, para sahabat pada hari itu dalam keadaan lemah sehingga tidak ada daya dan kekuatan untuk menghancurkannya..

4- Kemungkinan bahawa para sahabat telah mengetahui sebenarnya dari Rasulullah tentang perbezaan timtsal , watsan dan shonam.

Dari kemungkinan-kemungkinan di atas dapat kita menguji kebenarannya;

1. Kemungkinan pertama ditolak, kerana peninggalan-peninggalan itu tidak berada di bawah tanah, itu sudah dijadikan sebagai tempat-tempat penyembahan dan patung-patung itu besar, tinggi menjulang ke 'angkasa'.

2. Kemungkinan kedua juga ditolak, kerana peninggalan-peninggalan itu mungkin untuk dihancurkan, sedangkan peralatan pada ketika itu mampu memecahnya berkeping-keping.

3. Kemungkinan ketiga ditolak juga, kerana para sahabat pada saat itu kuat dan tidak lemah sehingga dapat menaklukkan dan menguasai mesir seluruhnya.

Ketiga-tiga kemungkinan di atas ternyata ditolak dan masih ada satu baki kemungkinan,

Kemungkinan yang keempat adalah :
Sebenarnya mereka telah mengetahui perbezaan antara timtsal, watsan dan shonam, dan mereka juga telah belajar makna tauhid dari Rasulullah SAW, yang tidak taklid buta kepada datuknya iatu Nabi Ibrahim AS, di dalam berinteraksi dengan patung-patung.
Beliau menghancurkan patung-patung watsan, walaupun tidak semuanya dihancurkan, melainkan ditinggalkan satu patung yang bernama Ramza. Kerana kaum Nabi Ibrahim sangat keterlaluan, mereka membuat patung-patung dengan bentuk yang baik dan dengan bahan yang keras supaya tidak mudah dipecahkan kemudian mereka menamakannya Tuhan.
Nabi Ibrahim menghancurkan patung-patung watsan bukan membenci patung-patung tersebut akan tetapi membenci kepercayaan yang diyakini oleh kaumnya, iatu menyembah patung-patung itu.
Adapun Rasulullah SAW tidak mendekati patung-patung dan tidak pula menghancurkannya, bahkan pada ketika itu beliau solat di Masjid al-Haram berhampiran ka’bah yang dikelilingi dengan patung-patung.
Ini bukan merupakan ketetapan (Iqrar) Nabi, tetapi keadaan pada zaman Rasulullah berbeza dengan zamannya Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah SAW tidak menghancurkan patung-patung itu kerana telah tertanam tauhid yang kuat pada hati para sahabat, sehingga tidak terjerumus melakukan syirik kepada Allah, sebagaimana cahaya yang terang menolak kegelapan.
Ini menunjukkan bahawa para sahabat telah belajar daripada Rasulullah, tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah, maka semua penyembahan yang lain adalah tertolak.
Rasulullah SAW solat di Masjid al-Haram sedangkan dikelilingi oleh patung-patung di sekitarnya, kemudian ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj dan difardhukannya solat lima waktu, Rasulullah SAW tidak diperintahkan untuk menghancurkan patung-patung tersebut.

Kemudian Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah sedangkan patung-patung masih lagi berada di sekeliling Ka’bah sehingga turunlah perintah untuk mengubah kiblat dari Bait Al-Muqoddis ke Bait Al-Haram. Dan pada hari itu juga patung-patung masih berada disekeliling ka’bah sehingga Fathu Makkah [Pembukaan Kota Mekah] tiba.
Pada ketika pembukaan kota Mekah tiba, Rasulullah SAW bersama tokoh-tokoh pembesar Quraisy yang dulunya menyembah patung-patung itu dan mereka sendiri yang menghancurkan patung-patung itu, bukan rasulullah.
Rasulullah SAW hanya memberi isyarat kepada patung-patung shonam itu dengan sebuah tongkat kecil yang berada pada tangannya bukan menggunakan cangkul ataupun kapak, lalu beliau berkata:
” وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا “
Maksudnya :”Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap” (QS : Al-Isra’ :81).
Ketika patung-patung shonam telah diturunkan kedudukannya, maka tidak ada orang yang mengadili dengannya, dan ketika telah lenyap keberadaannya maka tidak ada yang meminta tolong melalui patung apatah lagi menyembahnya.
Para sahabat telah menggulingkan tuhan-tuhan yang telah mereka akui sebelumnya dengan kaki-kaki mereka sendiri. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menghilangkan kepercayaan-kepercayaan pada patung-patung itu dari hati mereka dan kemudian mereka menguburkan sedalam-dalamnya kepercayaan itu.
Ini menjelaskan bahawa para sahabat yang membuka negeri Mesir itu benar- benar telah memahami dan mengetahui sebenarnya tentang ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Dan mereka mengetahui daripadanya.
Persoalannya, Bilakah sebuah timtsal (patung biasa) menjadi timstal ? Bilakah sebuah timtsal menjadi shonam (patung yang disembah untuk mendekatkan diri kepadanya.)? Dan bilakah sebuah timtsal menjadi watsan (patung yang disembah pada zatnya) ? Sesungguhnya timstal pada batasan zatnya tiada apa-apa (di bolehkan).
Nabi Sulaiman AS, menyuruh jin untuk membuat mihrab-mihrab dan timtsal-timtsal yang di kehendakinya sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran:
Maksudnya : ”Para jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku)”.(QS: Al-Saba’: 13).
Nabi Sulaiman menyuruh jin untuk membuat patung-patung (timtsal), sikap ini tidak akan mengurangi kenabiannya kerana beliau merupakan seorang nabi, rasul, khalifah dan raja.
Dan pembuatannya tentang patung-patung timtsal ini, tidak akan mengurangi kemuliaan dari kerasulan dan kenabiannya, kerana timtsal (patung-patung hiasan) itu hukumnya tiada apa-apa.
Timtsal (patung biasa) itu tiada hukumnya ataupun dibolehkan, tetapi jikalau timtsal tersebut disembah oleh suatu kaum untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ketika itu namanya berubah menjadi shonam dan hukumnya haram (syirik).
Dan jikalau ada kaum yang lain menyembah timtsal tersebut sebagai tuhan dan bukan untuk mendekatkan diri kepada Allah maka namanya berubah menjadi watsan dan ini hukumnya haram (kufur) bagi mereka saja secara aqidahnya dan bukan pada zat timtsal tersebut.
Dalam Islam, syirik merupakan dosa besar dan salah satu perbuatan yang tidak diperkenankan Allah adalah menduakanNya, mensyarikatkanNya dengan sebarang apa jua . Allah ujud dan berdiri dengan sendiri tanpa kebergantungan pada apa pun jua. Semoga kita semua terpelihara dari kejahatan syaitan yang mahu kita syirik. Maha suci Tuhan dari apa yang mereka sifatkan.
Firman Allah SWT:
[91] Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu.
Jadi, apa yang penting adalah kefahaman dari segi tauhid (keesaan Allah SWT) yang kukuh dan ilmu serta kefahaman yang mantap,segala was-was akan dapat dihilangkan dan menganggap patung permainan adalah sekadar hiasan dan tiada niat apa jua dan menganggap semua kejadian yang ada adalah makhluk saja.
Ada yang menyandarkan kepada hadis, bahawa malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung, yang dimaksudkan 'rumah' adalah hati yang merupakan tempat 'kesedaran' kepada Allah SWT bukan selain daripadanya.

Read more...

Demam FULLA Melanda Anak Perempuan Anda


Anak patung Barbie atau boneka yang di dewasakan imejnya melalui pelbagai fesyen baju dan gaya sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia sebenarnya ada pesaing yang hebat!

Tidak kurang comel dan menarik, boneka yang menjadi saingan kepada Barbie itu bertambah comel. Ini apabila rambutnya yang hitam halus itu dilitupi skarf dan dalam aksi dan gaya yang lebih sopan dan manis, tanpa menampakkan sebarang aurat yang terdedah.

Boneka tersebut merupakan kelahiran Islam yang diberi nama Fulla, asal perkataan bahasa Arab yang bermakna sejenis spesies bunga jasmine yang hanya boleh ditemui di negara-negara Asia Barat.

Jika patung Barbie membawakan fenomena yang menyebabkan kanak-kanak perempuan berkhayal untuk menjadi wanita yang cantik dan bergaya tetapi berbeza jika mereka bermain dengan anak patung Fulla.

Ini termasuk dalam iklan-iklan komersial bagi mempromosikan anak patung ini, menyaksikan bagaimana anak patung itu akan mendirikan solat subuh, menghadiahkan kek sebagai hadiah yang mengejutkan buat kawan-kawannya. Sehinggalah jangan lupa memakaikan Fulla, jubah kesukaannya ketika membawanya keluar berjalan-jalan!

Semua elemen positif yang berorientasikan kekeluargaan dan Islam menjadi teras agar ia mempengaruhi secara langsung kepada kanak-kanak.

Fulla 'dilahirkan' oleh NewBoy Design Studio yang beribu pejabat di Damsyik pada tahun 2005. Ketika mula-mula Fulla dilahirkan, kesemua stok anak patung ini habis dijual dalam tempoh 15 hari sahaja. Iaitu set anak patung Fulla bersama sehelai sejadah kecil, skirt labuh dan skarf yang dijual dengan harga RM140, ia mendapat sambutan hangat.

Pengurus Syarikat NewBoy, Fawaz Abidin berkata, Fulla adalah untuk pasaran Arab. Ia bukan bertujuan menjadi saingan kepada Barbie tetapi satu refleks kepada nilai-nilai Arab dan Islam itu sendiri.

"Fulla bukan seorang anak gadis yang seksi tetapi dia seorang yang jujur, pengasih dan mengambil berat serta menghormati kedua-dua orang tua, iaitu sifat-sifat yang semua ibu bapa orang Arab mahukan terhadap anak mereka," katanya.

Jika anak patung Barbie terkenal dengan rambut perangnya manakala Fulla mempunyai rambut hitam dan mempunyai anak mata bundar berwarna coklat.

Fulla memakai busana jubah dan berskarf di kepala tanpa perlu menutup muka.
"Mungkin agak berlebihan jika Fulla mengenakan jilbab, dalam Islam adalah tidak wajib untuk wanita-wanitanya menutup muka. Kita tidak mahu dituduh sebagai terlalu ekstremis," kata Fawaz.




Dara dan Sara

Namun fakta yang menarik, kedua-dua anak patung ini, Barbie dan Fulla masing-masing dikeluarkan dari kilang yang sama di China.

Ini kerana kilang tersebut tidak bermasalah untuk mengeluarkan patung tersebut yang diperbuat dari bahan yang sama, cuma berbeza bentuk di samping kilang tersebut mampu memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh Amerika dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Fulla turut didatangi dengan dua lagi rakannya, iaitu Nada dan Yasmeen tetapi terdapat juga anak patung 'Cikgu Fulla' dan 'Doktor Fulla'. Ia bertujuan menggalakkan anak perempuan apabila dewasa kelak menjadi guru dan doktor yang baik serta berguna untuk masyarakat mereka.



Apabila ditanya mengapa Fulla tidak didatangkan dengan pasangan atau teman lelaki sebagaimana Barbie yang mempunyai Ken untuk dipadankan bersama, Fawaz berkata, bukan menjadi satu budaya bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin berpasang-pasangan dan beliau tidak mahu merosakkan imej yang telah ditetapkan.

Berbeza pula di Iran, kanak-kanak di sana gembira dengan kehadiran anak patung yang dikenali sebagai Dara dan Sara, sebagai pengganti Ken dan Barbie.

Dara dan Sara dilahirkan juga sebagai mengimbangi pasaran anak-anak patung Amerika dan semua aksesori patung yang membanjiri pasaran Iran.

Di samping anak patung Barbie itu mempunyai penampilan diri yang asing dari budaya Iran. Sehingga dikatakan anak patung Barbie itu lebih bahaya berbanding senjata perang Amerika.

Yang menariknya anak patung Dara dan Sara ini dilahirkan oleh sebuah institut pendidikan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Iran, iaitu Institut Pembangunan Intelektual untuk Kanak-kanak dan Remaja.

Anak-anak patung mereka jadikan satu produk penting sebagai strategi mengekalkan warisan tempatan dari terpengaruh dari gaya dan budaya yang dibawa oleh anak patung yang dibawa dari luar khususnya dari Barat.

Sekalipun sekadar boneka, namun permainan ini didapati memberikan pengaruh yang sangat besar kepada perkembangan mental, daya intelektual dan budaya kanak-kanak yang sedang membesar.

Secara semulajadi semua kanak-kanak menyukai anak patung dan sebagai ibu bapa kita tidak akan mampu menahan keinginan si anak untuk memiliki anak patung sebagai teman sepermainan.

Kenapa mesti dihalang? Ini kerana Islam sendiri membenarkan.

Hukumnya harus kerana ada riwayat daripada Nabi SAW yang memberi rukhsah (kelonggaran) mengenainya. Kelonggaran dan pengecualian ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a berkata yang maksudnya:

"Sewaktu Rasulullah SAW (sampai di rumah) daripada peperangan Tabuk atau Khaibar, pada rak (kepunyaan Aisyah) ada kain penutup, lalu angin berhembus, maka tersingkap tepi kain penutup itu (sehingga) menampakkan beberapa anak patung perempuan mainan Aisyah. Maka Baginda bersabda: "Apa ini wahai Aisyah?" Aisyah menjawab: "Anak-anak patung perempuan milikku".

Dan Baginda terlihat pula di antara patung-patung tersebut ada patung kuda yang mempunyai dua sayap yang bertambah. Lalu Baginda bersabda: "Apa benda di atas kuda ini?" Aisyah menjawab: "Dua sayap". Baginda bersabda: "Kuda ada dua sayap?" Aisyah menjawab: "Tidakkah Tuan pernah mendengar bahawa Nabi Sulaiman mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap?" Aisyah berkata (menceritakan selanjutnya): "Maka Rasulullah tertawa sehingga aku melihat gigi-gigi geraham Baginda". (riwayat Abu Daud).

Daripada hadis ini, jelas menerangkan bahawa patung permainan bagi kanak-kanak adalah harus membuatnya dan memanfaatkannya berdasarkan tidak ada tegahan daripada Nabi SAW ketika melihatnya.

Rasanya ini antara peluang besar kepada usahawan tempatan untuk membawa masuk ke negara Malaysia, pastinya pengaruh Fulla dapat dikongsi bersama!

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.