Kefahaman berbeza..tapi jangan silap faham
Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.
Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.
Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.
Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.
Mungkinkah...jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.
Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.
Mungkin jawapan yang diberikan telah dimuktamadkan secara umum. Atau mungkin juga saya seorang yang tidak mengerti akan sesuatu pun.
Saya masih lagi ingin perbincangan yang khusus tentang siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.
Sebagai contoh; apabila berbicara soal ilmu ketuhanan , ilmu yang bagaimanakah yang dikatakan benar dan bagaimana untuk diyakini yang ianya benar/betul. Perlukah kita kepada kebenaran dan untuk apa?
Jika jawapannya, "terpulang kepada masing-masing (semuanya benar)", atau "ini rahsia tuhan" dan kerja tuhan...maka berakhir disini jerlah persoalannya..
Maka layakkah saya untuk mengetahui/meyakini kebenaran?
Pada awal pencarian kepada persoalan ketuhanan, minda kita dikecamuki oleh pelbagai macam ilmu. Kecamukan ini timbul dek perasaan takut kepada syirik, murtad, zindik, sesat atau negatif2 yang lain yang di tanam semenjak kita kenal erti agama.
Secara jelas, jika kita membicara keperihalan ilmu, kita harus menjurus kepada cabangan ilmu tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ilmu mekanikal, mustahil ia menyatakan akan kelibat ketuhanan. Ia lebihnya menerangkan mengenai gear, pelinciran, dinamik, statik dll. Langsung ia tidak menghubungkaitkan kepada TUHAN. Jadi adakah ia salah? Mana Mungkin! Jika salah mengapa dengan gear pergerakan kereta menjadi lancar langsung membawa ke masjid untuk berqiamulail?
Malah ilmu sihir, yang memuja objek selain TUHAN (kononnya) telah dianggap salah dan syirik kerna ia tidak selari dengan ANUTAN. Persoalanya jika salah, mengapa ilmu itu nampak keberhasilannya? Hingga ada diantaranya dijadikan sumber kewangan untuk tokey2 filem malah tidak kurang penerbit rancangan yang bercorak sihir. Tonton saja Crist Angel, David Blaine, Seekers atau Misteri Nusantara. Jika kita mengatakan ia salah mengapa TUHAN membenarkannya hingga ada kapital dan keuntungan kepada syirik2 itu? Kita yang silap membuat tafsiran atau TUHAN yang membenarkan kesyirikan terhadap keESAanNYA?
Segelintir berpendapat setiap ilmu yang tidak mengESAkan TUHAN maka salah. Namun ramai yang merujuk Buku Resepi Masakan bila ingin memasak sedangkan tiada langsung perkataan TUHAN di dalamnya. Itulah jumudnya pemegang-pemegang ilmu! Mereka seringkali menganggap ilmu yang difikir mereka yang benar, yang lain salah, tak sampai dan syirik.
Selangkah kita ke titik asalan, seharusnya kita tiada prejudis dalam ilmu. Tanpa mengira apa jenis ilmu. Seharusnya pegangan kita, ilmu itu datang dari kefahaman, bergunung kitab tanpa faham tiada makna. Faham itu datang dari fikir, fikir datang dari mana? Adakah dari otak yang bersifat ketulan daging itu? Tentu tidak. Badan kita sememangnya terbina dengan otak tapi fikiran bukan produk otak. Malah fikiran yang menjadikan otak itu ada fungsi. Tanpa fikiran otak sia-sia... Dan semestinya fikiran datang dari TUHAN.
Maka fikiran sama dengan rasa kenyang lapar, penat segar, hidup mati. Semuanya dari TUHAN. TUHAN menganugerahi ilmu kepada mahkluk yang dikehendakinya. Tidak kira apa jenis makhluk. Setiapnya ada pakej ilmu dalam dirinya. Itulah ketentuan yang MUTLAK.
Geng Mamak dengan ilmu Mencuri, Mahathir Mohamad dengan ilmu Politik, Ibn Batutta dengan ilmu Pelayaran, Lim Goh Tong dengan ilmu Peniagaan Judi, Harun Din dengan ilmu Agama Islam, David Blaine dengan ilmu Sihir, David Teo dengan ilmu Perfileman, M. Nasir dengan ilmu Muzik. Jadi siapakah insan-insan di atas tanpa dianugerahi ilmu oleh TUHAN? Mungkinkah Lim Goh Tong menjadi Ulama, atau M. Nasir menjadi pelayar. Tidak sama sekali. Kerna apa? Kerna ketentuan TUHAN.
Yang menjadi penceritaan ini indah, ada sebahagian pemegang ilmu yang menerangkan ilmu isu-isu ketuhanan. Ada yang dari lukisan bawa ke TUHAN, ada yang lagu dari jurus ke TUHAN, ada yang dari Hukum Yahudi fokus ke TUHAN. Namun ia tetap tak lari dari ILMU ANUGERAH TUHAN. Biarlah apa sahaja yang diperkata oleh ilmu, Ketuhanan, Hampir ke Ketuhanan, Fekah, Syariaat, Sains, Sihir ia tetap pakej anugerah TUHAN.
Jadi, ilmu yang betul dengan konsep KETUHANAN ialah ilmu yang tidak menyalahkan lain2 ILMU. Mampukah diperlakukan demikian? Perlu menjadi insan yang tenang. Jiwa yang tenteram. Minda yang merdeka. Tenang yang macam mana? Mampu tersenyum melihat Israel mengebom Palestin atau tersengih melihat Taliban menyembelih wartawan Barat. Ringan terus kaki melangkah ke Masjid, jua ke gereja, kuil dan tokong. Melayari hidup ini tanpa duka meski Bank seringkali membuat panggilan mengenai kredit yang tertunggak. Dihina tiada kesan, dipuji tiada bekas.
Mengapa begitu? Kerna dihati, jiwa, minda hanya yang ADA TUHAN. Langsung tiada berasa berilmu, langsung tiada rasa ADA. Langsung tiada berasa DIRI. Suka, duka, nafas, fikir, tidur, jaga, hidup, mati kesemuanya Tajalli Semata-mata TUHAN. Hingga menyatakan diri itu TIADA dan yang berkata-kata, yang menulis, yang membaca itu hanya TUHAN SEMATA-MATA.
(Pakej TUHAN untuk menifestasinya yang bernama Halaj, Siti Jenar atau Firaun Ramses?)
Penulisan ini jua adalah hasil dari cabangan ilmu anugerah TUHAN yang tidak pernah terfikir untuk menulis sebegini. Pakej aku menulis, pakej kamu membaca. Mungkin dipanjangkan pakej kamu dengan pemahaman maka kamu kata bagus atau kamu menolak maka mungkin kamu membalas dengan gelaran terhadap aku sebagai JABARIAH. Kecamukan ILMU itulah Keindahan Ciptaan TUHAN dan kita dan ilmu adalah corak-corak pada LUKISAN KETUHANAN.
2 comments:
salam.
keje tuhan belaka.
ilmu tuhan meletakkan qudrat pada afaalnya untuk di intepretasikan oleh sifat...., terserah kepada pengemudi khalifah untuk bersifat memuji atau memakai sifat al qahru. hayat tuhan menerbitkan ilmu dari segala kehendak pengenalan untuk mencapai hakikat afaalNya.
.
.
.
.
klu salah betulkan... kiss u
Post a Comment