Saturday, June 27, 2009

Menyabung ayam



Hari ini teringin nak makan lauk ayam...terus ku pergi ke kedai ayam yang berhampiran rumahku..sambil2 berjalan ternampak ayam pak arab yang terlepas rasanya..sebab pelik jerk ayam ni..tetiba muncul melintas jalan..terus dalam otak aku teringat kat kampung aku dulu2 pasal belaga ayam bapak ni...So, ada gak ilham aku nak buat cerita..kan..ok..

Ceritanya begini :


Di suatu ketika, di sebuah pulau, yang pada awalnya, di penghuni orang yang tak bertuhan (Atheis), didatangi seorang Lebai Malang.

Selalunya gelaran Lebai ni adalah gelaran yang sinonim dengan kelunakan peribadi, yang dikaitkan dengan wara'.

Wara' dari bahasa Arab yang membawa pengertian : ketelitian menjauhi dari mencampuri sifat-sifat terlarang yang membinasakan amal² seseorang, yang khas ditujukan kepada Allah/Tuhan.

Penduduk di sini memiliki tradisi menyabung ayam jantan. Ayam betina tidak digunakan untuk berjudi sabung ayam, walaupun kita ketahui ayam betina juga kadang2 berlaga.

Pak Lebai memerhatikan gelagat penghuni Pulau Atheis ini. Menyabung ayam adalah 'ibadat harian mereka, seperti kata pepatah : tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.

Pak Lebai mengembeling usahanya agar penduduk2 d isini 'bertukar ilusi' kepada menyembah Allah/ Tuhan sekelian alam. Macam2 kaedah telah diusahakan oleh beliau untuk membawa mereka ke jalan tauhid, tetapi gagal.

Tanpa putus asa, Pak Lebai Malang akhirnya mendapat satu idea: 'Haaa! Apa kata, aku sama2 ceburi bidang laga ayam, agar aku dapat menyusupkan dakwahku secara halus berseni?'. Beliau mempesiapkan kereativitinya secara teratur.

Ayam sabungnya yang handal2, diimpot dari baka Filipina. Semua ayam jaguhnya berwarna seiras. Beliau juga memilih ayam laga yang lemah, dari baka tempatan, dan seiras warna bulunya dengan baka2 impot.

Maka berkecimpunglah Pak Lebai dalam bidang judi laga ayam. Dan setiap kali beliau masuk gelanggang, ayam tambatannya dari baka impot akan menang. Yang anihnya Pak Lebai akan melaungkan kata bismillah ketika ayam jantannya dimasukan ke gelanggang. Maka namanya menjadi terkenal seantero pelusuk pulau ateis; 'Lebai Jaguh'. Dan berduyun2 lah pejudi2 menuntut ilmu sabung dari Pak Lebai bidaah.

Pejudi2: 'Tok ajarlah kepada kami, cara untuk memenangi laga ayam'.

Pak Lebai mengajar tenang : 'Senang je ilmunya.. bacalah bismillah ketika kamu2 memasukan ayam kamu kegelanggang'. Sambil itu, ia mempelawa jaguh ayam (Pak Sindir) yang handal dari pulau Atheis (yang telah pun mendapat ijazah bismillah darinya) untuk menyabung ayam dengan Pak Lebai.

Pak Lebai telah memilih ayam tempatan yang lemah untuk ditandingkan. Pak Sindir melaungkan: 'bismillah' dan memasukan ayamnya ke gelanggang. Apa lagi, terburailah perut ayam Pak Lebai, ditusuk oleh taji ayam Pak Sindir, mengelupur.

Dari peristiwa kemenangan Pak Sindir, maka penghuni2 pulau Atheis terus berjinak kepada memperlajari ilmu agama Islam dari Pak Lebai. Dan Pak Lebai telah dinobatkan sebagai tok guru dan keramat hidup serta di hormati oleh penghuni pulau.

Pak Lebai telah berhenti dari bersabung ayam dan meneruskan kerjayanya sebagai pendakwah bebas sehingga akhir hayat. Nama beliau diabadikan: 'KERAMAT TOK PULAU ATHEIS'. Tumbuhlah surau2 dan masjid2 bak cedawan.

Ok..Sekarang bersabung ayam masih lagi dipraktikkan di nusantara di kalangan pejudi2.. ada yang Islam, ada yang tak Islam. Pejudi Islam biasanya akan membaca bismillah, walaupun tidak dilafazkan dimulut.. tetapi tetap dihati...hehe

Read more...

Friday, June 26, 2009

'Bear' Cap 'Brake Kapal'

Brake Kapal


Adakah kita sering berburuk sangka antara kita sesama muslim..tapi ingatlah manusia akan berubah kalau kena caranya untuk mendidik atau mengubah kemungkaran. Begitulah juga kalau kita dengar atau baca dengan kisah wali Allah yang arif dalam mencegah kemungkaran..bak kata : Sesiapa di antara kamu melihat 'orang sakit' maka ubatilah..So..difahamkan dari sebuah hadis s.a.w : Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka ubahlah....

Pada frasa 'Di antara Kamu' bukan semua orang yang boleh mengubah pastinya 'AM atau Khusus' seperti juga orang yang sakit..hanya yang pakar saja boleh merawatinya dengan baik dan berhemat.

Ikuti kisah ini :


Seorang Pak Lebai bernama Tuan Isa, sentiasa ke masjid untuk menunaikan sembahyang fardhu berjumaah. Tiap-tiap waktu beliau akan melintasi sebuah kedai kopi cina, yang berdekatan dengan masjid, di mana inilah satu-satunya mesjid kegemarannya, tempat 'itikafnya (tempat ibadat solatnya).

Suatu hari beliau terpandang Mat mabuk sedang meneguk minuman keras dari botol yang berwarna hitam.

Almaklumlah, Tuan Isa adalah seorang yang berpengetahuan tinggi (bukan berilmu) tentang hukum-hukum Agama Islam.

Jadi, Pak Lebai terpanggil untuk bernahi mungkar dan terus menegur Mat : 'Oh Mat, minum ayor ape tuuuuu?'

Mat Mabuk selamba mempelawa Pak Lebai : 'Beer! tuan. Nak merase mari ler!!'.

Pak Lebai : 'Tak ape ler! tok nak ke masjid dulu. Beer tu ape mendenye Mat?'

Mat : 'Beruang tuan'. Begitulah Mat mabuk mengusik dan mempermain2kan Pak Lebai 'Cheers' sambil menunjukan botol, dalam pegangannya kepada Pak Lebai.

Dia sedang dihayun oleh sakarat mabuknya.. 'hiiiiigh'. kata bahasa bakunya.

Pak Lebai berkata2 didalam hatinya : 'Pandai pulak dia becakap bahasa Inggeris, haaaa! Eh betul ke beer tu ertinya beruang? '

Pak Lebai meneruskan tegurannya : 'Ayor tu, cap ape Mat?'

Mat : 'Cap brake kapal! (Anchor beer/ sauh) tuan'.

Pak Lebai : 'Tak ape le Mat, tok pergi sembayang dulu ye!!'.

Di hari esoknya, Pak Lebai Isa melintasi kedai kopi yang sama, dan Mat mabuk masih meneruskan kesukaannya.

Pak Lebai terus menyapa Mat : 'Minum ape tu Mat?'

Mat : 'Beer!, tuan'

Pak Lebai terus memberi komen: 'Bagus!, bagus!, bagus!'.

Pak Lebai, setiap hari melintasi kedai cina, di mana Mat sedang meneguk arak seraya bertanya : 'Minum ape tu Mat? dan Mat akan menjawab : 'Beer!, tuan'. Pak Lebai akan mengomen : 'bagus!, bagus!, bagus!'.

Dan begitulah dialog diantara Pak Lebai dan Mat, pada setiap hari Pak Lebai melintas kedai kopi cina itu, hinggakan sampai berbulan2, dialog yang sama ini, diucapkan oleh Pak Lebai dan Mat.

Dan akhirnya, tak semena2, Mat telah berubah arah. Setiap hari dia akan mendahului Pak Lebai sampai ke masjid untuk menunaikan solat fardhu bejumaah, sehingga akhir hayatnya.


Moral : Manusia tidak mampu meramalkan, apa akan terjadi di esok hari.. jadi hormati sesama manusia. Dan panggillah ke jalan kebajikan secara hikmah dan sabar seperti Pak Lebai Isa.

Sekian coretan kali ini..huhuhu

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Meneroka Alam Publisher


Tadi pergi jalan-jalan ke buku kanak-kanak sambil beli 3 buku kecik dalam bahasa arab...waah aku dpt imagine hohohoh..

Sambil jalan2 tu memang otak aku dok terfikir cam ne buat buku kanak-kanak tiba2 muncul gak idea aku nak buat nanti..buat olahan dan ikut pemerhatian kanak-kanak arab di sini..rasanya boleh dikembangkan dari segi pemikiran dan agama..itulah hasrat aku utk memasukkan kedalam otak anak-anak melayu kita..bukan apa sebab nak combine dengan manuskrip2 aku yang tersedia ada ni..nak upgrade otak dan fikiran anak2 kita sekarang ni..sebab aku tgk sekarang cam tak de beza mana ngan zaman aku dulu pun skrg terutama skali dari segi buku-buku teks sekolah rendah..hohohoo

Walaupun aku baru nak mencuba dalam bidang penulisan dan penerbitan ni..tapi aku tetap belajar dan cari2 tips yang bagus kat blog n forum...Insyallah semoga berjaya..sebelum ni memang bermain ligat dikepala pun nak tahu kaedah dia..kemudian tup...tup keluar kenyataan ini baru2 ni...so rasa bertambah semangat gak kan..

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

Katanya, Kota Buku turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan di negara ini.

"Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

"Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.

"Pihak yang berminat boleh menyewa ruang untuk mempamerkan hasil karya mereka atau hasil terbitan yang mereka keluarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melancarkan Koleksi Buku Terjemahan Siri Sastera Malaysia oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Koleksi tersebut merupakan sebahagian projek penterjemahan 100 judul karya sastera tempatan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia, yang dibiaya oleh kerajaan dan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesembilan, dari 2008 hingga 2010.

Sebanyak 28 karya dilancarkan hari ini, termasuk empat di dalam bahasa Perancis dan satu di dalam bahasa Sepanyol.

Muhyiddin juga berkata kajian penggubalan kurikulum pengajian sastera di sekolah-sekolah telah dilakukan bagi meningkatkan lagi perkembangan bidang sastera negara.

"Kita kaji apa jenis buku yang hendak digunakan dan untuk peringkat mana. Sastera diajar lazimnya dari peringkat sekolah menengah ke universiti jadi kita mahu selaraskan supaya ada kesinambungan, tautan yang rapat antara pengajian sastera di sekolah menengah dan universiti," katanya.

Mengenai wujudnya sekatan terhadap karya-karya tertentu khususnya dari Indonesia, Muhyiddin berkata dasar negara tidak mengamalkan sekatan ke atas mana-mana karya asalkan ia tidak menimbulkan masalah kepada pembaca.

"Saya kurang pasti sama ada ia (sekatan) oleh Kementerian Dalam Negeri, tapi kalau ikut dasar kita, kita tak sekat dari negara mana sekalipun asalkan ia tidak dianggap sebagai menimbulkan masalah kepada pembaca.

"Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa ia tidak dibenarkan masuk," katanya.

-- BERNAMA

Read more...

Takutkah Hantu ?

Mungkin di fikiran anda sama seperti aku gak...mungkin anda ada pengalaman..mungkin ada tahu cara-caranya untuk menjauhinya..mungkin anda ada sixsense selalu jerk nampak dimana? Mungkin anda salah sorang pengubat menda² mistik...tak kiralah mana kategori hantu ke..SAKA ke..penunggu ke.. jembalang ke..bunian ke...begitulah 'kepercayaan dalam masyarakat melayu'...adakah disebabkan dengan asuhan yang memetik suis atau triggering center 'ketakutan' dan sebagainya juga sewaktu dengannya....Jom kita berbicara

yang pasti kita percaya kewujudannya. Tapi kenapa kita takut mungkin perasaan yang MENGHANTUI kerana kita telah diasuh dengan 'ketakutan' atau rupanya sgt hodoh..kenapa dia tidak memunculkan jerk diri..dan siapakah hantu ni ?dan macam2 kenapa dan mengapa untuk kita semua ketahui..

Benarkah benda2 ini wujud? Yang aku pernah jumpa benda2 ni hanya ada kat TV, VIDEO, BUKU2 CEREKA, KITAB2 jer. aku pernah berjumpa ngan bende2 ni...aku jumpa diri AKU jerk..

Si mamat ni pernah bertanya kat monyet di hutan rimba (si Hanuman): "Apakah saudara pernah berjumpa dengan benda2 halus ni?"

Jawab siHanuman dan member2nya.. "Kah.. kah.. kah !!! kalau kami pernah berjumpa takkan kami berani menghuni rimba ni.. malam gelap gulita, rumah tak ada.. tak simpan bekalan makanan pun".

mamat ni bertanya lagi: "Mengapa manusia takut kepada benda2 ni?"

Si Hanuman menjawab: " Dia orang ta' pernah jumpa pun benda2 ni, kecuali dengar2 jer.. Manusia2 suka berlajar kemudian mereka telan bulat2 jer.. Kemudian jadilah manusia2 begini, lebeeeeih bodoh dari kami, penghuni2 rimba". Ustaz2..paderi, sami2, ulama'2 mereka pun percaya dengan benda2 karut wal marut ni.. kesian manusia."

Si Hanuman berkata: "kepercayaaan kepada benda2 karut wal marut telah meletakan manusia2 yang beragama itu dilembah kehinaan.. Mereka telah mencipta cerita2 syaitan, jembalang, bunian untuk merasuk diri manusia. Inilah syaitan2 yang bertopengkan manusia. Mereka tersangat hina, kerana dikongkong olih ilmu2 tahyol yang sengaja diada2kan, serta memaksa orang mempercayainya. Mereka2 ini lah yang telah menyesatkan manusia2 dari jalan Sirotul Mustaqim."

Mamat tu bertanya kepada siHanuman: "Adakah salah atau sesat mempercayai benda2 yang macam ini ?"

SiHanuman berkata: " Salah tu tetap salah, dan sesat tetap sesat".

mamat: " Kenapa sang Hanuman berbicara sedemikian ?"

berdasarkan diolag tu apa yg boleh disimpulkan...ok mari kita bincang sambil menajamkan akal dan fikiran hahahah

Mungkin anda sering 'diusik' dengan penunggu sekurang²nya..kadang² terasa 'diperbodohkan' dengan menda2 ni..yang bodohnya manusia, bila lalu kat tempat yg menyeramkan tu terus berkata, Eg, Tumpang lalu tok, cucu nak lalu tok dll, so hantu ni pun dengar syok le, sebab manusia tadi anggap mereka tu tok mereka, lalu diikut le balik kerumah, dan kekadang diganggu lah mereka atau ahli keluarga kat rumah... tu lah, lain kali jangan sebut atau minta izin mereka, belasah je! ini jalan aku, ko jangan kacau, kalau kacau, aku sumpah jadi kereta ke, rumah ke, katak ke....kah kah kah...stgh plak kata kalau jumpa hantu tu korunk minta jerk duit..kalau dia minta syarat apa2 korunk JANGAN..

Dan mungkin juga dengan 'kepercayaan' dan pernah terjadi kepada diri anda boleh mendekatkan diri kepada Allah ?

tidakkah kita tertanya²..manusia ni bljar al-quran..hadis dan pelbagai kitab lagi..tetapi syaitan masih berjaya menghasut manusia pun..agaknyalah..syaitan,jin,iblis,bunian ni berjaya hasut manusia ni pakai kitab apa yerk..hehehe

kata Al imam Al Ghazali....Ilmu apabila di bahaskan akan terbit beribu ribu ilmu
Baru.

So..bila dikatakan jgn terlalu takut..aku amat setuju...tapi jgn terlalu takabbur tu...pada aku tersoal nih hahaha...kalau secara umum iblis lebih takabbur kepada nabi adam bila diperintah sujud hormat padanya..dan dijelaskan bahawa manusia lebih mulia..

ok mungkin ada pentakrifan menda2 ni asal dari mana..apa yang aku tau benda ni asal dari JIN dan dikategorikan sebagai iblis,hantu dan sebagainya..semua benda2 ni berasal dijadikan dari lidah api..

so mungkin persoalan juga timbul kenapa kita tidak dpt melihat secara nyata makhluk halus ni ada berpendapat kerana sebenarnya benda ni dari unsur kita juga...so tidak salah kita lebih angkuh daripadanya hantu2 ni..bila kita set di mind 'TAKUT' maka dia akan berkuasa untuk mengambil alih jasad manusia..

Ada berpendapat benda2 ni cuma nak berdamping dengan kita kerana ingin mengambil 'aura' atau tenaga 'dalaman' daripada kita..

kalau mengikut asal kejadian manusia yang di'generate'kan oleh 'software' yang terdiri dari empat elemen asas iaitu :
Air,Tanah,Api,dan Angin.

Dan dalam tanah itu atau kejadian kita sekarang juga ada unsur api seperti marah hingga boleh berlaku pembunuhan huhuhu..ada unsur air seperti persenyawaan atau kehidupan embrio atau badan kita pun sebahagian besarnya air.Angin pun ada kekadang tak senang duduk gak kalau jenis 'pasang surut' atau medu...'BERANGIN' pun ya gak kot..

Ulama` juga mentafsirkan kejadian manusia dari TIIN=air+tanah[turab]..

Juga dikatakan..Contohnya syaitan hanya unsur api sahaja. Dia berkuasa dalam alam lain. Jin sebahagiannya mungkin unsur lain yang berupa elemen angin.

Malaikat pula tiada ke-empat-empat unsur ini tetapi dialah cahaya/tenaga/kuasa untuk menggerakkan semua sifat ini agar dapat menjalankan tugasnya seperti menurunkan hujan dan menghantar isyarat elektrik saraf dalam badan manusia dan sebagainya..

Tapi ada juga diceritakan kenapa kejadian manusia ini dipilih daripada tanah setelah dipertimbangkan untuk mengambil air,api,angin...

Tapi sekarang juga..manusia yg ramai jd hantu .. dah terbalik hantu lak takut sama manusia skg nih ..huhuhu

Read more...

Kenapa pindah blog


Sebenarnya aku pindah ke blog ni bukan apa smshotcafe aku dah offlinekan tak larat dah lagi pun skrg ni...dah musim panas ni dan selesa jerk nak ke sana sini huhuhu..

So, aku fokuskan untuk mengumpulkan manuskrip aku untuk publish buku kat penerbit.Aku telah cuba beberapa penerbit seperti PTS dan juga Pustaka Aman Press sekarang dalam proses penilaian dan penelitian saja sebelum dipublish..aku pilih pun kira cam ada potensi untuk masuk market..

Lagipun aku pun dah nak balik ni planning lepas raya kot..So,aku pun bertungkus lumus gak utk publish buku ni nanti balik rumah tak de lah nak menganggur sangat..sebab byk projek nak buat bila balik ni..utk perusahaan industri asas tani gamaknya hahahaha..so,tade lah susah sbb nak uruskan loan skit sbb benda dah berjalan dah skit..pastu kalau ada rezeki dengan buku leh aku bergerak2 skit..bela kambing best gak nih hahaha..

Kenapa aku ingin menulis buku..sebenarnya bukan kerana nama,royalti, ingin mendapat penghargaan seperti pangkat dan anugerah...atau ingin melihat nama anda pada kulit buku..

Walaupun manusia mempunyai pelbagai niat dan tujuan dalam menceburi penulisan.
Namun perlu diingat bahawa niat yang paling penting ialah menyebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui buku. Ia adalah niat yang perlu ditanam dalam diri.

Aku mengambil contoh penulis tersohor suatu masa dulu seperti imam Nawawi. Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menulis.Menurut kajian,beliau menulis 40 muka surat sehari.Walaupun hidup dalam kemiskinan dan kedaifan,menulis terus dilakukan sehingga akhir hayat.Beliau tidak meninggalkan zuriat dan anak cucu kerana tidak berkahwin,namun beliau meninggalkan jutaan ilmu yang teramat berharga nilainya.

Buku-buku beliau dibaca ratusan juta manusia sehingga kini dan diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia..

Ok..cerita pasal penerbit buku ni memang pening gak..aku pun cam berminat gak nak buat biz penerbitan hahahahaa tgklah cam ne..adess otak bisnes jerk aku ni hahahaha...tapi aku dok surf2..dapat gak info dan cam ne dia bergerak..yang penting pemasaran dia kuat..kalau percetakan tu mana2 boleh...penerbit ni bidang dia nak olah kasi power skit untuk menghasilkan dengan berkualiti..

OK panasnyaaaaaaaaaaaaaa..~

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

Kesilapan Konsep Tawakal


Banyak perkara jumud yang diamalkan umat Islam dimasa kini umpamanya pengamalan 'tawakkal' dikalangan penganut agama Islam.

Ceritanya begini:

Setelah selesai memotong padi disawah, maka Wak Jono pun membanting padinya, dan kemudian memasukannya ke guni.. selalunya Wak Jono akan membawa hasil tuaiannya balik
kerumahnya.

Almaklumlah rumah beliau jauh dari sawahnya. Hari dah senja, motosikalnya hanya mampu menarik hanya satu guni padi sahaja.. sekiranya belebihan mungkin juga motosikalnya mengalami kerosakan.. dah gheheklah katakan. (motorsikal muzium).

Jadi, dia ada tiga guni padi, dan Wak Jono tertanya2 : '

Eh! macam mana aku nak bawa tiga guni padi ni? Motor aku dah setengah mati.

Finally, beliau menetapkan meninggalkan sahaja dua guni padi di dangaunya, yang tidak berdinding. sebelum dia pulang dia menyerahkan padinya kepada Allah/Tuhan
dengan kata lain tawakal : 'Aku bertawakkal kepada Allah'.. tenanglah jiwanya..dan berangkatlah beliau pulang.

Gedik..gedik..gedik.. gedik.. begitulah motor meraung minta tolong. Walau bagaimanapun sampai juga ia kerumahnya. 'Dah senja oi' Mak andihnya menyapa: 'kesian orang tua nih'.

Wak Jono memerli andihnya secara manja; 'Eh wah! Eh wah! masa aku muda, ko tak cakap pun aku muda.. Sekarang aku dah tua, baru ko cakap aku tua'.

Mak andihnya membalas: ' Tua2 pun sayang dan masih aku sayangi.. Almaklumlah boleh lagi......' (entah apa yang boleh lagi, entah lah. Tau² sajalah bahasa halus VIAGRA kot!).

Wak jono ni ialah jawa murtad (jawa kahwin melayu), dan mak andih nya pula dah tentulah murtad, sebab dia 'dimasuki' jawa.

Setelah siap guni padinya diangkat kebawah rumahnya, Wak Jono terus mandi, mengganti pakaiannya dan terus ke surau untuk solat magrib berjumaah.

Lepas sembahyang magrib, wirid, baca doa lebih kurang, bangun dan cari tempat mengombrol (bersembang), balut rokok berperisa cengkih (Rokok lenteng), berkembut asap dan mulalah ayam2 jantan kampung berinteraksi dan berkokok.

Itulah kebiasaan di surau2 kampung. Wak Jono, dengan tak sengaja, terpacul dari mulutnya bercerita tentang ia meninggakan dua guni padinya di pondoknya kat sawah.

Dalam ramai ahli jamaah tu ada juga yang tak betul nya..maklumlah, bukan semua orang ada duit dan bersawah.

Mungkin juga kerjanya mencuri.

Pagi besoknya, selepas solat subuh disurau dan doa' sikit lebih kurang, Wak Jono balik kerumahnya dan bersiap ke sawah seperti biasa..

Klec'eh.. kelec'eh.. klec'eh. Wak Jono membangunkan motosikalnya.. brooooooom.. begitulah bunyi keenderaannya merenget, tambah2 bila telinganya (trotle minyak) dipulas.

Tak lama kemudian sampailah ia kesawahnya dan terus menjenguk dua guni padinya untuk dibawa pulang, tetapi dah lesap.

Tanpa berfikir panjang, Wak Jono terus pulang dan singgah sebentar di kedai kopi. Dia duduk semeja dengan Wak Tumin (jawa tak murtad), kawan seperjuangannya, sambil meminta
kopi O: 'kopi O satu!'.

Dan Wak Juno mulalah membuka mulutnya: 'Tumin! padi aku lesap kena curi dua guni'.

Wak Tumin: ' La! kat mana ko simpan?'

Wak Jono: 'Kat pondok aku disawah'.

Wak Tumin: ' La! macam tu ke?'

Wak Jono: ' Hari dah senja, petang semalam. Aku tak sempat nak bawa semua padi tu balik kerumah, Jadi aku tinggalkanlah kat pondok dan aku bertawakkal kepada Allah'

Wak Tumin: 'Ko dah serahkan padi ko kepada Tuhan, jadi Tuhan ambillah balik, dan kenapa lak nak komplin. Dan takkan pulak ko suruh 'Tuhan' jadi jaga padi ko'.

Wak Jono: 'Laaaaaaaa! kalu aku diam tadi ke bagus. Padi kat bawah rumah aku tak nak pulak dia orang curi sekali ya!'

Read more...

Wanita Resah Dengan Keputihan


Ramai yang membicara macam2 tips 'kesedapan' saja kan..bila bercakap tentang seks..tapi dalam sedap2 tu ada gak perkara yang tak sepatutnya diingini...

Perkara ni akan terjadi bagi mereka2 yang baru kahwin kira dalam masa honeymoon gitu lah dan mungkin akan berpanjangan kalau tidak diubati..

Bagi yang baru kahwin hal ini terjadi kepada perempuan atau bini korang nanti..So..kena tahu gak..iaitu penyakit keputihan yang menjadikan wanita itu jadi tak selesa lagi nak melayani kita..sebab benda ni gatal dan boleh merebak kepada zakar gak...dan wanita akan resah gelisah ar...org laki nak menyedut pun tak bessst hahaha..

Ramai gak aku dok berinteraksi dengan wanita2 dalam masalah ini ceeeh cam doktor tapi aku ada lah cara nak mengatasi biasalah kena kawan ngan org2 tua gak kutip petua neeh hahahah...


Antaranya respond :

Sallam,
Ini agak peribadi bagi saya, akan tetapi demi kesihatan dan hubungan kelamin saya dan suami, saya ingin meminta pendapat bagi yang mahir tentang masalah wanita iaitu keputihan. Dari apa yang saya dapati masalah saya adalah kulat jenis candida, saya perlukan nasihat apa yang perlu saya ambil bagi mengatasi masalah ini. Saya telah cuba beberapa jenis ubatan tradisional akan tetapi tiada memberi kesan pada saya, malah keputihan yang saya alami bertambah membimbangkan. Sila berikan pandangan dan ubatan yang perlu saya ambil. Terima kasih.


Keputihan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Flour Albus atau Leukore.

Keputihan atau Fluor Albus atau Leukorhoe adalah yang keluar cairan dari Vagina. Keadaan ini ada yang bukan kerana penyakit [non patologis] ada yang dikatakan pula kerana penyakit [patologis].

Bagi sebagian wanita, keputihan merupakan sesuatu yang mengerikan dan amat menakutkan.Bagi yang mengalaminya, akan merasa resah,risih,malu,bahkan menurunkan rasa percaya diri.

Adakalanya, muncul beberapa pertanyaan :

Apakah keputihan ini menyebabkan kancer, apakah dapat menyebabkan mandul,..apakah suami dapat kepuasan,apakah..apakah..apakah..itulah pertanyaan yang sering menghantui para wanita ketika mengalami keputihan.

Gejala keputihan

Gejala Keputihan bukan kerana penyakit [non patologis]

-Cairan dari vagina berwarna kekuningan
-Tidak berwarna,tidak berbau,tidak gatal
-Jumlah cairan sedikit,kadang agak banyak.

Gejala keputihan kerana penyakit [patologis]

-Cairan dari vagina berwarna keruh dan kental
-Warna kekuningan,keabuan-abuan,kehijauan
-Berbau :busuk,anyir,amis dan gatal
-Jumlah cairan biasanya banyak.

Penyebab Non Patologis:

-Saat menjelang menstruasi atau setelah menstruasi
-Rangsangan seksual
-saat kehamilan
-Stress,baik fisik maupun psikis

Penyebab Patologis

-Infeksi Jamur [Kebanyakkan jamur Candida]
-Infeksi Bakteri [E.Coli dan Satafilokoku]
-Infeksi Protozoa [umumnya Trichomonas]

Bagaimana menyelesaikannya ?

Penulis telah menemui satu ubat yang paling mujarab di farmasi Mesir buat sejak beberapa tahun lepas. Ini telah diakui oleh beberapa wanita yang telah menggunakan dari apa yang disarankan agar mendapatkan ubat ini.

Bagi para wanita yang inginkan jalan penyelesaian masalah ini bolehlah hubungi kami.

Read more...

Monday, June 22, 2009

Ikut atau memahami



Ku beramal bukan mengikut ilmu tapi memahami ilmu.

Umpama belajar bawa kereta dijalan raya kena ikut peraturan...kata pengajarnya.Tapi bila dah mahir dan dah faham keadaan jalan raya....maka tau lah bagaimana nak lebih cekap dalam pemanduan asalkan tidak melanggar peraturan wajib.Tapi orang lain tengok,..bawak kereta tak ikut peraturan,..main celok2,bawak laju..,tak bagi isyarat dan sebagainya.Yang ikut peraturan selalu kemalangan dan menyusahkan pengguna lain.

Beramal ialah untuk selamat diri sendiri dan tak menyusahkan orang lain.Kalau dah yakin dan nyata amalan yg.dibawa telah capai kebenaran maka teruskan.

Bagaimana kita akan terpengaruh dengan jalan lain sedangkan jalan yg.telah dilalui benar2 diyakini selamat.

Dalam membawa amalan ketuhanan,jika ianya salah pasti akan berlaku amaran dan menyusahkan orang lain dengan pelbagai cara.Amalan yg.betul ialah tiada fitnah.

Read more...

Friday, June 19, 2009

Mengubah Nasib

Kita tertanya2 tentang khasiat bismillah yang diamalkan oleh penganut2 agama Islam.. dimanakah keberkesanannya?

Umpamanya: Si muslim X menanam 1,2,3 pohon cili, seraya membaca bismillah, tanpa membaja, menyiram, tanpa semburan racun atau kaedah menghalang penyakit dan makhluk perosak... apakah penanaman pohon cilli ini akan subur?

Seorang penanam sayur cina umpamanya: Si Apek ni, akan menanam cilli diatas tanah yang luas, tanpa membaca bismillah. Dengan kerapian jagaannya keatas pohon2 cillinya, dari penyedian tapak hingga pohon cilli membuahkan hasil, dan seterusnya memasarkan hasil tanamannya berlori2.

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya.

Kita muslim, biasanya lalai tentang hal2 ini.. hinggakan kita tidak mampu menyaingi usaha orang2 yang bukan Islam, kerana kita mengharapkan 'tuhan' untuk menjadi kuli kepada harapan kita, tanpa mengembeling usaha yang sejajar dengan impian kita.

Kita lupa, bahawa setiap usaha itu adalah bismillah, dan bukannya bimillah itu sebutan2 sahaja.

selamat mencuba!!!

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Perjalanan ilmu memang jauh

Sememangnya jauh perjalanan aku untuk memahami soal ketuhanan..lagikan Imam Al-Ghazali pun berkelana berpuluh2 tahun untuk mencari jawapan...inikah pula AKU..huhuhu kalau ikut biasa dikatakan ramai yang dah tahu Allah tapi belum mengenalnya..

Lagikan makhluk ghaib ciptaan Allah tak dapat difahami,...namun pertama disuruh beriman.
Orang kata,...kalau tak nampak macam mana nak beriman. Takkan nak beriman ikut2 dan
bertaklid aje.

Bukankah Allah telah menjadikan banyak bukti.Udara yang ghaib dan tak mempunyai gandingan
molikul melainkan O2 yang dinamakannya dan banyak unsur2 zarah yg.ghaib seperti gelombang, arus letrik dan sebagainya.

Walau pun bukti ujikaji tak mampu meneruskan pencariannya,...maka disitu lah pemutus akal.
Akal yg.kena tunduk pada tuhan dan meyakini apa yg.dikalamkan.Sebaliknya manusia
meneruskan kajian dan meninggalkan petunjuk tuhan.Lalu Allah tambah lagi hal2 yang menyesatkannya.

Kalau lah manusia menyerahkan urusan akhir akal nya pada tuhan pasti dapat penyelesaiannya.

Itulah kita perlu juga mengupgrade akal barulah fikiran kita pun turut sama...sebab tu aku kata dah bebas..kalau dulu aku tak boleh nak baca benda2 filos atau fahaman agama2 lain...kini aku dah sampai tahap nak mengetahui benda2 tu semua..huhuh kekadang sakit kepala..tapi takpe sukar sesuatu yang mencabar!

Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Apakah tujuan kehidupan

Bermacam2 persepsi bila membicarakan tujuan kehidupan masing2 ada halatujunya...ada persoalan tentang dirinya..ada yang tidak puashati sehingga tercari² jawapan apakah ini semua..tapi bagi aku sekarang sudah tiada apa² dah tentang manusia..apa prinsipnya atau pegangannya dan sebagainya..bebas menerima apa jua luahan dan pandangan orang..kalau dulu aku seolah banyak sangat 'terikat'..segala persoalan yang sering bermaian sudah terjawab dengan seadanya..sekarang aku banyak membaca macam² pegangan agama..apapun rasailah kehidupan masing² agar dipermudahkan dan dipertemukan jalan yang mungkin tercari²..apapun jiwa kita tidak akan tenang selagi persoalan tentang diri atau alam ini tidak terjawab..pasti ingin mencari jawapan yang boleh meleraikan kekusutan..posting² aku sebelum ni pun ada memberikan tentang hal ini.

Aku tertarik juga ada seorang forumer dengan luahan ini....forum tersebut pelbagai aliran dan kefahaman..

Sekarang ni saya boleh dikatakan di dalam dilemma existential.
Jiwa saya tak berapa tenang sebab memikirkan sebab apa kita hidup dekat dunia ni?
Kenapa saya di lahirkan? Saya tak mintak pun hidup kat dunia ni, saya nak rujuk kepada siapa pasal kejadian saya ni?
Saya nak buat komplen sebab saya tak sign borang utk hidup di dunia ni. Ada manager tak utk saya jumpa?
Orang yg beragama kata, kita hamba Tuhan,
Orang takde agama kata pulak, kita hidup guna freewill.
Sekarang saya betul2 takda idea mengenai tujuan kehidupan kita ni.
Saya labelkan diri saya sebagai existentialis. Saya tak terikat dekat mana2 ajaran agama dan
saya juga tak cakap saya tak percaya kewujudan Kuasa Besar (aka Tuhan or whatsoever).
Saya cuma banyak baca filosofi2 seperti nietzsche, kierkegaard, socrates, sartre dan seangkatan.
Jadi saya ingin mendengar pendapat Merpati dan juga yg lain2 mengenai the meaning of life
sebab saya betul2 rimas dengan dengan jiwa yang mcm ni.
Please help....

Dari kenyataan tersebut ada beberapa respond oleh beberapa rakan yang lain...

RESPOND PERTAMA :

Apakah pandangan saudara selepas membaca filosofi kat atas tu??..pd mulanya saya juga spt saudara tp sekarang dah agak ok sedikit..

Saya setuju dgn bila dikatakan Tuhan hanyalah satu daya/force bukannya Tuhan yg bersifat spt manusia yakni masih ada perasaan marah, suka diambil hati, berat sebelah dsb..

saya berpendapat sekalian makhluk dlm alam semesta ini terikat dgn hukum alam, walo saudara percaya atau tdk, tp inilah hakikat yg sebenar..
sdr tdk perlu bersedih mahupun bersyukur kerana saudara dilahirkan ke dunia ini sebaliknya saudara harus memahami "KELAZIMAN/LUMRAH HIDUP"..

JAWAPAN :

Berdasarkan filosofi2 yang saya baca, mereka semua hanya memberi pendapat dan teori mengenai hidup melalui persepsi sendiri.

Jadi muncul lah pelbagai fahaman seperti nihilism, existentialism, atheism dan lain lain.
Bagi saya apa yang pasti ialah Ketidakpastian.

RESPOND KEDUA :

Saya gembira .. terlalu gembira mendengar rintihan saudara. 'KEBOSANAN' sentiasa membawa 'KEBAHGIAAN'. Saya juga tidak minta dilahirkan.. Tetapi mengapa saya dilahirkan? Bahkan saya sentiasa mengimpikan 'ketiadaan'. Saya berfungsi2 seolah2 mengikut tune gendang 'hayat'.

Jawapan dan fakta perlu bersifat adil, tanpa berat sebelah dan condong mengikut

pengalaman dan fahaman yang telah dilalui; umpamanya, kita perlu membuangkan segala konsep2 dan teori2 yang telah di kaut dari pehak2 dari dengar2 dari warisan nenek moyang.

Kalaulah sekiranya kita terlahir dan terdidik dipehak tarbiyah ugama yang berlainan dari anutan kita, maka dengan sendirinya kita mungkin akan menentang fahaman ini.

Banyak bijak pandai dari kalangan orang Arab yang fasehah bahasa, tidak menganut ugama Islam.. apakah mereka tidak pandai membaca AlQuran?

Seorang Arab berbangsa Lebanon, professor dalam bidang bahasa Arab. Beliau telah mengarang satu kamus bahasa. Kamusnya 'القاموس العالي للمتعالم ', yang mencatitkan keseluruhan perkataan2 Al Quran serta nahu2nya sekali, masih berugama Kritian Koptik.


RESPOND KETIGA :

Tujuan hidup hanyalah satu PENYAKSIAN. Penyaksian yang didokong oleh watak-watak. Watak-watak penggerak cerita yang tiada tujuan. Cerita yang berlangsung secara langsung dan bersahaja.

Maka kamu adalah watak yang digelar MANUSIA. Sekelian alam adalah ensiklopedia untuk kamu mengerti akan apa sebenarnya MANUSIA itu. Bilamana diceritakan kamu mengerti akan apa itu MANUSIA maka nescaya kamu fahami akan kehidupanmu, kematianmu, sejarah dan masa hadapanmu. Aduh, betapa indahnya kehidupan ini...

RESPOND KEEMPAT :

Memang bosan kalau hidup ini dijadikan Allah dengan pelbagai kesulitan.Jika segalanya indah
pasti manusia tak bersoal pasal apa aku dilahirkan dan aku tak minta dilahirkan.

Cahaya matahari juga begitu.Selalu bertengkar dengan planetnya yang sentiasa menyala.Lalu cahaya memarahi planetnya kerana api mu,...aku dilahirkan.Maka planet menyatakan bahawa wujudnya aku maka terjadinya engkau.

Habih...nak buat apa.kalau tak suka hilangkan lah diri kamu.Apakah kamu wahai cahaya boleh
masuk dalam api semula.Kan ke kamu dah setuju jadi cahaya.Dah lupa ke?

Bila kita duduk dalam kegelapan pasti kita memikirkan soal cahaya.
Maka mula berfikir pasal nak adakan cahaya.

Jadi....tujuannya adalah cahaya,sebaliknya kena cipta mentol dan berbagai kombinasi.
Jadi diantara objek mentol dan cahaya itu timbulah persoalan dan perumpamaan dan pengajaran.

Siapa yang dijadikan dan siapa pula yang terjadi.Siap pula jadi perhatian ramai dan dikenali.Cahaya atau mentol itu.Bilakah mentol itu dikenali.Tentu apabila cahaya hilang kerana mentol terbakar atau tidak berletrik.

Apapun ia memerlukan sikologi pemikiran,kebijaksanaan dan rumusan akal.
Gabungan ilusi dan fantasi akal,kaitan fitrah akal manusia,kebenaran fakta,mitos dan kenyataan.
Soal percaya dan yakin.

Persoalan teka teki dan sikologi tidak semua orang ada.Membincangkan soal agama dan ketuhanan adalah dua cara berbeza walaupun tujuan sama.

Membahaskan agama ia berkaitan dengan jalan kehidupan yang mengandungi hukum,adab,tertib dan peraturan,sebab musabab,akibat dan macam2.

Membahaskan soal ketuhanan memerlukan ilmu yang mendalam dan perlu terpisah dari soal agama buat seketika.

Semua manusia sebenarnya telah melakukan kehidupan cara islam dan melalui pelbagai syariat.
Apakah kepentingan syariat dalam ibadah dan apakah iqtiqad setiap umat yg.beribadah serta cara beraqidah dan cara mengehsakan tuhan.

Islam dan beriman adalah dua perkara berlainan.

Berdasarkan beberapa respond dia atas aku bersetuju....bukan semua manusia berpeluang menerima Islam..tetapi manusia berpeluang berbuat kebaikan dan beribadah mengikut cara masing2..fahaman pluralisme sepatutnya mendapat tempat..Cuma ada satu yang wujud. Segala yang belegar-legar adalah YANG SATU. Berdiri secara tersendiri serta bersendiri.

Kelahiran

Kelahiran adalah suatu proses tetap bila berlakunya persenyawaan.Samada benih berjaya hidup dan membesar dan dilahirkan terpulang pada suatu faktor lain.Bagaimana kesempurnaan kelahiran sifatnya suatu faktur lain.

Manusia boleh menghentikan proses kelahiran ini melalui berbagai cara.Cara yang dibenarkan hukum syarak atau jalan larangan.Menghentikan kelahiran bukan suatu jenayah.Ada kebaikan dan ada kesilapan dan kerugiannya.Ini perlu suatu perbahasan lain berdasarkan keadaan semasa.

Benih yang berjaya hidup dan mempunyai harapan dilahirkan ada suatu ketentuan dan menjalani proses fitrah dan takdir tuhan.Kepastian untuk lahir adalah suatu kebiasaan mengikut peraturan.Namun sebalik kelahiran itu telah ada suatu takdir dan ketentuan perjalanannya.Hal ini menpunyai suatu ilmu untuk membahaskan.

Tuhan telah menceritakan secara asas proses sain dan kerohaniannya mengenai kelahiran seorang bayi dan telah diguna pakai oleh manusia.Tapi manusia mengabaikan soal ketentuan takdir yg.diprogramkan untuk kelahiran itu kerana mereka tidak mempunyai kepakaran atau jurusan yg.terkeluar dari kajian asas.

Tuhan menerangkan soal hati yang perlu difahami oleh manusia.Tuhan terangkan soal kesucian waktu kelahiran dan perubahan2 mengikut pendidikan yang mewarnakan bayi dengan pendidikan bermula dari kanak2 hingga ia berakal.Dan semasa ia remaja kedewasa dan lanjut usia.

Dari ketentuan benih hingga kelahiran,dari bayi,kanak2,remaja,dewasa,tua dan lanjut usia adalah suatu perjalanan yg.cukup mengikut umur masing2.Samada mereka mati awal atau lanjut usia,...akan ada suatu cerita perjalanannya dan pengalamannya.

Read more...

Monday, June 15, 2009

Cari Guru ?

Sesekali kita terfikir..macammana nak cari guru yang ? Kalau silap cari..guru tak jumpa..duit lesap....Cubaan....

Si murid nak pau ilmu...guru pau duit......Cubaan.

Ilmu belum faham....duit dah lesap......Cubaan

Nabi Muhammad s.a.w dapat ilmu Free....dapat sama umat....jual ilmu.....Cubaan..

Dah puas simpan ilmu...cetak buku,buat kulit tebal tebal jual mahal mahal.....kaya kaya kaya..Cubaan..

orang meskin nakkan ilmu....nak beli buku tak dapat.......Cubaan..

Orang tak miskin beli buku kulit tebal simpan dalam almari............Cubaan

Allah maha kaya..si meskin diberinya ilmu free....macam Nabi Muhammad dapat free.
Diri terperi...diri terdiri...diri tajalli...diri sebenar diri.....eh berapa banyak diri daa.....DIRI SENDIRI

Duit duit....dimana kau duit, orang kata tak der duit susah gak...Duit kata...kau simpan aku banyak banyak bukan nyer senang jugak...hehehe... dah² bergaduh dengan duit pulak...
HENTAMM SAJAA LAH...

Dalam tenet ni pun ramai guru.Tak payah beli buku,tak payah nak jalan berbatu-batu.
Guru yang pertama ialah kesilapan.Guru kedua ialah pengalaman,guru ketiga akal berfikir.Guru keempat mana-mana guru yang boleh mengesahkan apa-apa yang diatas.

Kalau baca kitab,dengar cerita guru,..lepas tu nak buat usaha supaya jadi orang baik2,
tak buat dosa.....dah lama tuhan padamkan riwayat manusia tu.

Pintu masuk kealam ilmu kebaikan ialah taubat,,...bukan tau buat.

Jadi bila dah taubat tu,...sendiri boleh rasa le.Biasanya orang yang banyak kesalahan
lebih merasai pengalaman taubat tu.Kalau rasa diri tak banyak dosa mana nak rasa.

Kalau belum banyak dosa,..jangan pula nak cuba2 nanti susah nak bertaubat plak.

Terjebaknya manusia dalam lembah kehinaan dan dosa2 pun suatu kurnia.Kadang2 kita sendiri tau perkara dosa tu,..namun dalam keadaan yg.dikatakan takdir telah ditentukan ke situ,...tetap akan terjadi walaupun hari2 berdoa untuk kebaikan.

Read more...

Sunday, June 14, 2009

Hidup untuk apa

Setelah diberikan nyawa, kita bernafas, dan jantung kita mula bekerja, tubuh badan bergerak, dan akal memulakan kerja fikirnya, namun, tidak ramai mengambil tahu apa terjadi pada hati. Hati kita sangat peka, dengan apa sahaja yang terjadi dalam diri. Hati dan hidup, tidak pernah gagal berkomunikasi.

Hidup dan masalah, adalah seperti mengisi air dalam gelas yang kosong, hidup yang kosong, umpama gelas tak berisi. Juga, masalah demi masalah yang hadir dan muncul adalah peluang kita membaiki diri. Maka hiduplah diri, hiduplah hati!

Kalau aku ni ada masalah kena rilek dan tenang serta fokus dengan positif dalam semua keadaan sambil mengintai 'DIRI AKU'. Sesuatu masalah itu aku menganggap suatu ujian untuk kita sentiasa mengupgradekan diri dengan memohon doa.

Menghidupkan hati agar sentiasa berlapang ini memerlukan kepada penyucian seperti juga pakaian mesti ada alat atau tools untuk menyucikannya..kalau tidak seperti gelas kosong tiada apa-apa dan sering ke bawah dan ke atas..itulah dinamakan QALBU yang berdolak dalik kerana 'kosong' pastikan kita sentiasa mengisi 'air' untuk menetapkan gelas itu dengan zikrullah, doa dan ilmu agar 'hati' tidak ketandusan dan kekontangan dengan 'nur'.

Sesuatu permasalahan juga perlu diluahkan kepada orang yang lebih dekat dengan kita atau sesiapa saja..tapi sekarang ni lagi senang luahkan jerk kat blog masing² untuk dikongsikan dan diberi respond..Rasanya semua dah pandai hinggakan tiada persoalan lagi..kalau dulu lain lah mana dah ada blog semua orang boleh view dengan akses internet..dulu hanya ada diari saja..tapi sekarang diari juga digunapakai lagi untuk mencatat sesuatu yang dianggap SULIT dan PERSONAL...

Sebenarnya bila kita rasa 'senang' pasti kita lupa dan lalai..bila rasa 'susah' kita risau, ketakutan, hilang keyakinan dan sebagainya...kalau masih 'sedar' pasti kita mengingati Allah dan berdoa. Pada dasarnya mengingati Allah ini adalah amalan yang tiada putus diamalkan. Hakikatnya semuanya adalah ujian samada dikala senang atau susah. Dunia adalah medan untuk mencetuskan segala 'perjuangan' zahir dan batin..kadangkala menjadi senda gurau dan permainan yang diaturkan oleh 'kehidupan lalu'. Tapi fikirkanlah kenapa masa kita keluar dulu dari rahim ibu itu kita menangis...begitu beratnya amanah yang harus 'diperjudikan' dengan kehidupan dunia ini.

Read more...

Saturday, June 13, 2009

Mencari jawapan yang pasti

Semasa aku dulu² pernah ada seorang non-muslim mengatakan padaku.."Aku tak mau masuk Islam sebab Qada` dan Qadar sudah ditentukan segala..patut orang Islam tak maju !"...

Qada` dan Qadar antara rukun Iman ke-6 yang wajib dipercayai oleh umat Islam..tapi sejauh manakah kita boleh faham dan tak tertanya-tanyakah kita setelah kita banyak membaca,mendalami ilmu,mengupas,mengkaji dan sebagainya..

Percaya dengan yakin pun dah ada perbezaannya..Kita mungkin percaya bila sesuatu objek itu kita dapat lihat bahawa objek tersebut ada atau samar² dari jauh...Kita yakin bahawa sesuatu objek sudah dapat disentuh,dirasai,didengari dan dihayati dan sebagainya.

Walaupun dikatakan sudah tertulis dan ditentukan semuanya..kenapa tiba-tiba aku ada pula kat dunia ni? Kenapa aku mesti tiba² dikontrol oleh Allah? Kenapa dia dapat jadi Nabi dan Rasul yang dijamin masuk syurga..aku pulak jadi anak orang kampung yang jahil..yang penuh dengan nafsu...nape tinggal satu solat kena siksa satu hukuf? satu hukuf=1000 tahun akhirat..satu hari akhirat = seribu tahun dunia...maknanya tinggal satu solat= 1 tahun x 365 hari x 1000 tahun x seribu...melampau ke?...Kenapa aku kena paksa ke syurga pula dan kena layan bidadari semua tu..aku nak ibubapa , isteri n anak2 kat syurga bukan bidadari tu ? Dah best² atas dunia kenapa disumbat pula kedalam tanah yang sempit...ini bukan satu penderaan ke? Tak ada makna semuanya aku dijadikan bahan uji kaji Allah je ? Aku tak mau jadi bahan ujikaji melampau nih !
Kenapa kena tahan nafsu kat sini..kat sana lepas nafsu kat ribuan dan jutaan bidadari? kalau kita menjadi hamba selama²nya itu tak adil dan tak logik...? Bukankah tak nak hidup dalam ketakpastian ?

Ada berpendapat mengatakan...Sebenarnya manusia menggunakan lebih kurang 0.03% hingga 5% keupayaan otak. Oleh itu, belajarlah 'menggunakan' selebihnya. Kegagalan menggunakan minda ini menyebabkan kaum lain menguasai dunia dan kita sendiri tidak memahami Ad-Din Al-Islam itu sendiri lantas menyempit dan dijadikan alat untuk pertelingkahan. So,bakinya daripada 5% itu untuk apa? bukankah untuk mencari jawapan² tersebut ? Bila ditanya nak syurga ? Ya ! Pasti..tapi kunci syurga apa plak ? Entah..nak masuk syurga tak ada anak kunci cam ne yerk ? Al-Imam Ghazali berkelana selama 14 tahun..meninggalkan jawatan yang prestij..dia dah mahir ilmu ketuhanan...malah sentiasa juara dalam debat dengan atheis dan golongan sufi dan ahli fikir.... seorang yang paling bijak pada zaman itu..

Dia tak pasti sama ada ilmu yg dia ada dpt melepaskan diri dari siksaan kubur dan akhirat..
sungguh tersiksa..sehingga dia sakit..jiwa tersiksa...semua menyiksakan..berkelana sampai ke mesir dll...beruzlah di atas menara² masjid...dan melihat balik cara ilmu dia disampaikan ditempat lain..jadi apa yang menyebabkan dia tersiksa? Apakah krisis disebalik itu semua ! Sudah selesakah kita sekarang ?

So..yang kita sibuk² kumpul pahala banyak² tu nak bawa pi mana? ke kat sana boleh REDEEM dengan duit buat beli barang2 dalam Syurga? Nak RAHMAT ke nak PAHALA? Apa ni semua... buat KERJA mintak UPAH.... macam budak² kecik...jerk..PAHALA DAN DOSA rupa macamana...kalau nak upah dah tak IKHLAS tu...ish kesiannya.....

Kesimpulannya...kalau semua persoalan yang bermain itu dapat dijawab anda seorang yang HEBAT lah..hahahaha..kalau tak jumpa kita kena akur kejahilan jangan ego dah lah..kena belajar apapun..jangan dok fikir bukan² lagi..nanti kena 'service kat barzarkh' berbillion tahun..sesungguhnya GODAAN iblis dan setan itu adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun...ahaks~

Read more...

Belum pulih

Ehem..Aku nak lepak sini..sebab aku sudah BEBAS ! template pun default jerk pakai sebab tade masa pun nak godek2 html dalam blog ni....dan belum diletakkan link kengkawan² yang dirasakan jauh terpisah buat masa ni..sejak pindah rumah baru..ni hah..! tapi tak pelah kan..yang selalu datang..aku masih ingat jerk..dan akan dikunjungbalas saja..

Apapun akan diproseskan secara berperingkat²lah..yang nak datang menjenguk tu TQ banyak²..tak moh datang pun tak kisah...suatu masa mungkin terjumpa juga kat mesin pencarian pakcik google atau pakcik yahoo dan segala mak nenek 'search engin' kt jaringan maya ni..huhuhuu

Orait~

Read more...

Tembelang Jutawan Internet

Kalau diikutkan pada dasarnya ada pro dan kontra..ada rasa tak boleh tengok orang senang...ada hasad dengki..hinggakan ada yang mengatakan irfan khairi tu pun mmg pembohong besar.celaka haram jadah. title Dr. phd main letak sendiri. sekolah bangang, mengaku Dr. plak..bla..bla..Ada yang menganggap perosak ekonomi umat Islam..bla..bla..

So,bila dikatakan pembohong besar..maka songsanglah kan..sebab sebelum ni orang membicarakan tentang kebaikan dan kehebatan yang ada pada dia.

Apapun semua tu adalah kebebasan bersuara..so,aku pun akur dan terima jerklah lantak lah nak negatif atau positif ke..Apapun macam2 dimensi orang boleh beri pandangan atau komentar terhadap dia..buatlah kesimpulan sendiri berdasarkan akal dan fikiran yang sihat..kalau boleh ke tahap berfikiran yang diluar kotak skali..atau berfikiran superkreatif...lagi mantap kan..!

Padangan aku semua manusia ada matlamat untuk cetuskan perjuangan bagi kesedaran pro and kontra..perselisihan pemikiran atau pendapat..kedua-dua kita perlu kaji dengan sebaik mungkin..tak semestinya kita mengambil positif saja dan terus menggunakan atau memanipulasikan untuk matlamat tertentu. Hakimilah dengan bijaksana kerana kita dianugerahi dengan akal dan fikiran...

Bagi aku akal ni ibarat Processor komputer yang boleh diupgradekan mengikut penemuan atau kajian ilmu, guru yang memberitahu atau dari amalan atau eksperimen tertentu atau mungkin juga dari pengalaman yang mencabar !

Manakala fikiran ibarat software yg bergantung ngan processor tadi sepeti perisian words, power point, messenger dan lain-lain.

So, hardware dan software yang tersebut telah diconnectkan oleh processor [akal] untuk bergerak atau kita gunakan dengan baik.

Contohnya pakai processor intel 520 MB yang lama tu jangan haraplah software yang canggih2..main game pun pac man jelah hal sama juga pelbagai versi windows yang telah dikeluarkan oleh microsoft pun dari syestem DOS,windows 95,98,2000,Service pack 2 dan 3,windows vista dan window 7 hingga muncul lagi yang terlebih canggih dan lawa lagi lepas ni..jangan kemana2 hahaha..So,ikut kelajuan dan kemampuan processor [akal] tu la..

Kesimpulannya...kena upgrade dulu processor [ akal] dulu baru fikiran dan kelogikkan kita hebat kan ! Bila dah upgrade akal [processor] naik taraf dari Intel Dual Core jadi Intel Quadra..So, jalan fikiran dah lebih kompleks dan hebatkan? Ibarat boleh jadi superman,teleport kemana saja,boleh view,menguasai diri atau orang lain...menggadakan diri..mencopy paste..memecahkan diri cam naruto ke dan macam-macam lagi..

Uiks panjang plak definisi skali ngan contoh plak...cam hebat plak akal aku wakakaka..tak payah buat kitab tebal² tentang akal atau buat definisi panjang² pun.

Apapun semua perkara kita boleh applykan lah jangan ada mata tapi supo mato ike kering..buto..! hahaha so..proses upgrade akal dan fikiran ini belajarlah apa jua bidang pengajian sehingga kita merasa kepuasan sehingga tiada lagi soalan bertanya pada diri kita dan alam ini..hinggakan zaman tercanggih ini pelbagai lapangan kaedah sains dan teknologi pun telah banyak membuktikan depan mata pun ada yang percaya dan tidak pun...kan..! sebab tu lah aku bagi contoh...agar kita lebih faham sebab dah ada depan mata..takkan nak kembali ke zaman lampau lagi..kalau dulu Nabi² dan Rasul² dianugerahi dengan pelbagai mukjizat dan juga Wali² Allah dianugerahi dengan macam-macam keramat pun berapa orang jerk yang boleh faham dan yakin dengan Islam..Iman..dan Ihsan..

Kepercayaan tidak dapat dibuktikan jelas dimata bawa kehadapan, hanyalah hati yang mendapat menjelaskan menerusi ilmu yang diberi faham. ..senang cerita perumpamaan teknologi telekomunikasi kini terkenal dengan kecanggihan perhubungannya, andai dibawa cerita kepada orang zaman lampau " pakcik cakap diganggang sini, orang yang jauh seberang laut dapat dengar" apa pakcik itu akan jawab? sudah tentu dikatakan orang yang memperkenalkan teknologi tu bahawa orang gila, tetapi dia lebih yakin dengan utusan secara surat dari bercakap dengan ganggang tu kan.? sebab surat dapat jelas dengan mata kasar ni sampai yang diutuskan oleh posmen, sedangkan utusan menerusi gelombang tidak diyakini bahawa perkhabaran ini benar, sebab tiada jelas boleh dibuktikan...sebab itulah peringkat yakin seseoraang letaknya pada ilmu pemahaman yang diajar dan dipelajari, bukan dengan cara perhati dah boleh kata faham.

Ok berbalik pada cerita..ada juga mengatakan...betul ke hamba Allah tu jadi kaya dengan internet..ada yang tak percaya..kan..sebab internet pun tak kenal..yang dengar hanyalah DUIT dan KAYA..[manusia mana tak teringin kan..huhuhu] tambahan nak kenal email hotmail atau yahoo atau gmail, domain, hosting, datacenter, server, programming, design laman web, VPN dan sebagainya. Bagaimana sekiranya dia diupah atau dipergunakan oleh orang kaya Malaysia atau VVIP atau VIP atau orang berkepentingan dalam kerajaan Malaysia..Alah duit semua boleh bagi jerk diorang tu..katakan 1 Juta sebulan pun leh masuk jerk lam akauan tambahan dia dulu duk UK cukup setahun 12 Juta..pastu copy atau print atau scan dan sebarkan jerk statement bank tu utk membuktikan kepada golongan² yang tak tahu apa sebab masyarakat Malaysia ketika tu bukan pandai sangat atau tahu tentang dunia internet ni...komputer pun tak ramai lagi pakai pun...

Kalau 12 Juta..pastu VIP upah plak media kasi meletup dengan "JUTAWAN INTERNET' bila orang kampung dengar jutawan..mestilah duit..dan bersabit dengan kaya...aku pun mahu duit! Katakan modal dikeluarkan oleh VIP ni 24 Juta..tapi takpe diorang akan untung berganda² pun..cuma kita fikir masa tu hingga sekarang berapa pelanggan² internet kat Malaysia..bukan melambung naik ke atas atau merosot skrg ni..begitu juga dengan komputer dan laptop permintaan cukup tinggi...semua berebut nak jadi jutawanlah kononnya.

Berapa banyak bengkel dan seminar² atau workshop yang telah berjalan...berapa juta buku telah laris dipasaran dan semuanya mendapat keuntungan dipihak² tertentu..yang lemah dan ditindas orang kampung yang kais pagi makan pagi..Apa pula perancangan diorang setelah masing² mendapat keuntungan..petani..nelayan..penanam padi..kelapa sawit...penggangur dan berpendapatan rendah naik gaji atau ada elauan ke ? Apa pula sumbangan dia kepada masyarakat...tak de yang meletup ke..dah sampai masa pihak pemerintah memperkenalkan 'sara rakyat' seperti negara-negara maju...kos hidup semakin tinggi..kehidupan bangsa semakin mencengkam dengan pelbagai jenayah dan sosial semakin teruk..! Barangan semakin naik...! matawang masih 'mengikat'. Semuanya matlamat saja..dan dunia ini adalah percaturan dan perjuangan...yang terpedaya dan lupa diri akan diadili atau dicuci dibarzakh..mati makan dek ulat jua...himpun harta bertimbun dan bermewahan akhirnya tinggalkan dunia...masuk barzarkh untuk service..kalau masuk syurga pula tak tentu ada keluarga kita pun..eh tak sunyi ke?

Itulah antara pandangan yang kontra..

Tidak logik sama sekali..mana mungkin orang matematik untuk memperbaiki orang sejarah..sedangkan kedua-dua ilmu itu berbeza...sukar untuk mencari titik tengah...melainkan dengan pelbagai lapangan ilmu sampai ke mati harus mencari jawapan persoalan demi persoalan dalam diri dan difikirkan sekarang tentang kehidupan dunia yang kita alami sekarang..

Sebelum aku chaau meh kita fikirkan dan cari jawapan ni.."Dan sesungguhnya masuk Syurgaku itu bukan kerana amalan ibadat dan pahala tetapi kerana RAHMATKU"...." Dan Aku BEBAS memilih SIAPA sahaja untuk masuk ke SyurgaKU....."Errrr.... siapa sahaja???? islam? kristian? buddha? hindu? batak? melayu? cina? orang asli? Abis tu macamana ni....Aaa... Lu Pikir Lah Sendiri ....

Read more...

Friday, June 12, 2009

Ku kembali dengan versi lain

Salam,

Terima kasih buat teman² yang sudi berkunjung ke laman sesawang ni..walaupun telah dicreatekan beberapa tahun dulu tapi terasa nak mengaktifkan diri kat sini plak...dari aku untuk aku kepada aku jua...sebelum² ni byk versi yang telah ku createkan kat alam maya ni..hahaha..ikut musim gak..apapun terima kasih atas lawatan kalian..

Lama menyepi kerana kesibukan dengan tugas² di luar sana..kini ku kembali menemui kalian..blog dulu akan ditutup tak lama lagi..dan memang dah tak updatekan lagi..sebab rasa tak sesuai lagi dan expire...ni cam pindah rumah plak erk..ok apapun tima kasih pada semua erk..kerna susah2 nak edit link wakakaka..

Kini ku kembali sambil nak menyiapkan beberapa manuskrip² yang terbengkalai ada yang bersawang, berabuk dan bersepah sebab sebelum ni sibuk dengan macam² hal...huhuhu

Apapun ada yang dah dihantarkan dan dalam proses penelitian..maklumlah penerimaan oleh sesebuah syarikat penerbitan juga sibuk dengan manuskrip yang beratur dan menunggu....sekurang²nya mengambil masa sebulan atau dua bulan..biasanya kita perlu hantar kertas cadangan dan contoh untuk dibincang dan dinilai kepada pihak penerbit.

Read more...

Sunday, January 11, 2009

Makna-makna dalam solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

_______________________________________________________________

"wahai tuhan ku tak layak kesyurga Mu ...
namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu....
ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai..
dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
kami lah hamba yang mengharap belas dariMu..
"Ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" ..AMIN

Read more...

Sunday, November 9, 2008

Batang Berjuntai Selangor...

Batang Berjuntai, Selangor: 'kecian bodoh2 telor... orang kat dalam, dia kat luar'.

Teloq: 'Yang ko masuk lubang kencing tu, wat pe?'

Batang Berjuntai, Selangor: 'Belaga lubang kencing...daging n daging.. kerja si Adam dan Hawa'.

Teloq: 'tak ko ukurkah berapa dalamnya?'

Batang Berjuntai , Selangor: '????????'.


Sebodoh bodoh telor pun, si telor yang di luar itulah yang menceritakan kisah si batang berjuntai yang sedang asyik di dalam selangor kepada tangan kaki dan yang lain lain.

kerana si batang berjuntai dah duduk dalam selangor dah tak nampak dirinya lagi ,
kerana bagi sibatang berjuntai dialah selangor , kerna yang ada ketika itu hanya selangor.

Maka si telur itu lah yang bercerita al kisah batang berjuntai dah masuk selangor tak kuar kuar.....

haha....

Walaubagaimana pun satu hari nanti si telur tak di sia sia kan...

Kalau telur masuk pun ,,,,,dia masuk cara lain..
Zahirnya di luar tapi Hakikatnya di dalam

Telur dengan Caranya
Batang dengan caranya
Musa lain caranya
Khaidir pula berlainan caranya
Dua yang berbeza....Hakikatnya sama

Read more...

Friday, June 27, 2008

Panduan Menulis Cerpen

TAKRIF CERPEN

Cerpen singkatan dari "Cerita Pendek" di mana pembaca boleh menyudahkan pembacaannya dalam masa yang singkat (6 – 9 muka surat) atau paling lama satu jam (20 – 30). Namun pada kebiasaannya panjang sesebuah cerpen antara 6 – 20 muka surat bersaiz A4. Namun ada juga cerpen yang melebihi 20 muka surat dan ini bergantung kepada kebolehan pengarang dan kehendak penerbit. Sebagai contoh, Untuk menyertai sesuatu sayembara panjang cerpen antara 15 – 20 muka surat bertaip langkau dua baris .

Untuk disiarkan di surat khabar pula tidak melebihi 10 muka surat. Ini bermakna kalau cerpen itu panjangnya 20 muka surat kalau dikirim kepada mana-mana surat khabar, alamat tidak akan disiarkan kerana terlalu panjang sedangkan ruangannya terbatas kecuali untuk majalah.

Saya pernah beberapa kali mengikuti bengkel penulisan cerpen dan biasanya peserta akan bertanya apakah ciri-ciri cerpen yang baik? Dan biasanya penceramah atau pembimbing akan menjawab begini.

“ Cerpen yang baik adalah yang mudah difahami, mudah dimengerti, informasi dan mesejnya jelas, menggunakan bahasa yang indah, mentaati kaedah bahasa, judulnya menarik, dan meyakinkan.”

Selain itu cerpen yang menarik juga yang menyentuh isu atau berita semasa (news value), yakni aktual, faktual, penting, dan menarik. Dan ciri-ciri cerpen yang buruk pula ialah yang sebaliknya.

Namun cerpen yang dianggap baik oleh seseorang tidak semestinya dianggap baik pula oleh orang lain kerana setiap pembaca berlainan cita rasanya.

Ada pembaca yang suka cerpen konvensional dan ada pula pembaca yang suka cerpen berbentuk non konvensional. Pada saya samaada konvensional atau non konvensional punya kelebihan dan tetap ada peminatnya.

Adapun perkara yang perlu ada pada seorang penulis ialah niat yang baik, motivasi, mampu menguasai bahasa, suka membaca dan pandai menyesuaikan gaya penulisan mengikut kehendak pembaca.

Menulis sebuah cerpen ibarat membina sebuah rumah, mesti ada bahan-bahan untuk membangunkannya. Kalau rumah mesti ada tiang, atap, dinding, lantai dan sebagainya maka cerpen juga mesti ada perkara berikut:

1. CERITA

Cerita merupakan perkara penting dalam sesebuah cerpen. Dan kita hendaklah pastikan dulu jenis cerita yang hendak ditulis. Contohnya:

Cerita kekeluargaan
Cerita jenaka
Fiksyen sains
Cerita seram
Cerita sindiran
Pengembaraan
Cerita binatang
Kisah cinta
Fantasi
Cerita agama

Cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” tergolong cerita kekeluargaan. Cerpen ini mengisahkan sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Suami menganggap isterinya adalah hadiah paling berharga dalam hidupnya. Begitu juga isteri menganggap suaminya adalah hadiah paling berharga. Namun keamanan dan kedamaian adalah hadiah yang paling berharga.

2. WATAK

Watak ialah pelakon yang mendukung cerita dalam sesebuah cerpen. Tanpa kehadiran watak maka cerita tidak dapat digerakkan. Kerana itu watak mesti wujud dalam sesebuah cerpen.

Watak terbahagi kepada dua jenis iaitu watak utama dan watak sampingan/pembantu. Kerana takrif cerpen ialah cerita pendek maka tidak perlu watak yang ramai.

3. TEMA

Tema juga amat penting dalam sesebuah cerpen. Tema yang menarik perhatian pembaca ialah yang membawa persoalan baru dan boleh menambah pengetahuan pembaca.

Mesej yang hendak disampaikan melalui cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” ialah keamanan, kedamaian, berkasih sayang adalah faktor utama kebahagiaan sesebuah rumah tangga,

4. SUASANA / LATAR BELAKANG

Latar belakang juga penting dalam sesebuah cerpen kerana membantu pembaca menghayatinya dengan jelas. Latar belakang terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya:

Latar belakang tempat
Latar belakang masa
Latar belakang umur
Latar belakang cuaca dan sebagainya.

Dengan adanya latar belakang ini memudahkan pembaca menggambarkan peristiwa yang sedang berlaku.

5. ALUR CERITA / TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan juga amat penting untuk menarik perhatian pembaca. Ini terpulang kepada kepintaran pengarang untuk memilih teknik penceritaannya. Ada teknik mendatar dan mudah sahaja iaitu dari A hingga Z. Namun ada pula menggunakan teknik sebaliknya. Bermula dari Z atau puncak cerita kemudian dibuat urutan kembali peristiwa.

Cerpen “HADIAH PALING BERHARGA” bermula dengan teknik biasa kemudian diikuti flashback, monolog, kronologi, imbas kembali serta imbas muka watak-watak dalam cerita.

6. PERSOALAN

Persoalan dalam cerpen juga amat berkesan di hati pembaca. Ada persoalan yang dibiarkan tergantung jawapannya namun ada pula persoalan yang berjaya diselesaikan dengan baik.

Ada cerpen yang diakhiri dengan gembira dan ada pula cerpen yang diakhiri dengan sedih dan berduka. Ini juga terserah kepada pengarang untuk menentukannya.

7. AYAT AWAL

Ayat awal atau pembuka kata dalam sesebuah cerpen amat penting kerana di situlah letaknya minat pembaca. Jika ayat dimulakan dengan bahasa yang indah dan berjaya memikat pembaca maka besar kemungkinan pembaca akan terus membacanya hingga habis. Sebaliknya jika ayat dimulai dengan perkataan yang membosankan maka besar pula kemungkinan ditinggalkan begitu sahaja.

Kerana itu ada pengarang yang mengatakan paling sukar ialah hendak memulakan ayat pertama dalam sesebuah cerpen yang dihasilkannya. Ada kalanya terpaksa bermenung lama untuk memilih kata-kata yang indah dan memikat hati pembaca.

8. AYAT AKHIR

Ayat penutup juga amat penting kerana ia meninggalkan kesan di hati pembaca. Ayat penutup yang baik akan diingat oleh pembaca.

Read more...

Thursday, June 26, 2008

Panduan Menulis Novel

Untuk panduan awal untuk menghasilkan novel.

1) Fikirkan cerita apa yang hendak diceritakan.

2) Pilih nama yang anda fikirkan sesuai.

3) Create sinopsis secara rambang (mesti dibetulkan dari semasa ke semasa)

4) Tulislah apa yang anda mahu diceritakan. Tulis sahaja meski tidak ditil. dari semasa ke semasa terus perbetulkan, bentuk bab demi bab.

5) Jika sudah kehabisan idea / ilham, jangan putus asa, baca semula apa yang sudah kita tulis. memang agak penat sikit tapi itu salah satu cara untuk kita mengundang ilham.

6) Sambung cerita sedikit demi sedikit, jika sudah cukup panjang dan idea langsung tidak menyebelahi kita, simpan dan peram lama. Mungkin 2 ke 3 bulan? dalam masa itu, buat cerita lain. Buka semula apabila sudah lupa cerita pertama. Baru umh. Cubalah.....

- Ada dua cara menulis novel, saya pun ketahuinya dari rakan penulis juga... bukan pro sangat. Pertama : 1- Susun plot mengikut bab. 2- Terus menulis.
Anda boleh memilih yg mana dirasakan sesuai dgn anda, asalkan selesa.
Bye... jumpa lagi.

----------------------------------

copyright reserved : rio rashid

Kat sini aku nak ceritakan sikit pasal asas menulis novel kepada yang baru nak belajar menulis novel. PANDUAN NI UNTUK PENULIS AMATUR JE... diulangi PENULIS AMATUR aje! Kalau ada yg pro kat sini sila betulkan & beri tunjuk ajar kalo ada silap. Pengisiannya aku ambik dari pelbagai sumber. Kata orang, kalo ada ilmu tak elok simpan sorang2! Tapi aku tak pastilah kalo ada org lain yg dah buat pasal benda ni kat sini...

*Contoh cerita, nama dan watak dalam thread ni hanyalah rekaan semata2. Takde kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah mati. Kalau ada hanya kebetulan aje!

DEFINASI NOVEL
Novel merupakan sebuah cerita panjang tentang manusia & peristiwa yang ditulis & diterbitkan dalam bentuk buku, tapi skang ni dah ada novel online pun.
Biasanya ia digarap dlm bentuk prosa, tapi ada jugak sesetengah penulis mengabungkan dengan penulisan lain seperti puisi, pantun, surat kiriman dsb. Adunan penulisan ni merupakan gaya persembahan seseorang penulis, kalo komik kita panggil stroke (gaya lukisan). Jadik, kena ada gaya tersendiri supaya tak dibayangi oleh penulis lain.

PENCERITAAN
Macam kita berbual/ bercerita kat kengkawan jugak kita kena nyatakan:
1. Apa peristiwa yg berlaku?
2. Bila ia berlaku?
3. Di mana ia berlaku?
4. Mengapa ia berlaku?
5. Bagaimana ia boleh berlaku?
6. Siapa yang terlibat dlm peristiwa tu?
Kita kena terangkan dengan jelas supaya kengkawan kita paham dengan sebaiknya. Persoalan tu tak perlu dijawab direct satu persatu, ia boleh diadun untuk dijawab secara berperingkat2. Yg penting semuanya terjawab di akhir penceritaan kita.

PERWATAKAN
Penulis perlu tahu tentang 'watak' dan 'pelaku'. Watak adalah penggerak jalan cerita sesebuah novel, pelaku cuma berperanan sampingan dalam memenuhi sesuatu jalan cerita. Contohnnya:

Komputer yang digunakan Chunli terpadam tiba-tiba bila bekalan elektrik terputus.

Chunli dalam ayat di atas cuma 'pelaku'.

Chunli menghempas kuat kedua tangannya ke atas keyboard, marah kerana komputer terpadam tiba-tiba. Dia bangun dari kerusi sambil menyeranah komputer yang bisu itu.

Chunli kali ini adalah 'watak' kerana penulis memberi 'nafas' & 'sifat' dalam penceritaannya. Dia seorang yang pemarah dan sanggup menyeranah komputer yg tidak berdosa.

TEMA
Sebelum start menulis kita kena pikir dulu tema apa untuk novel kita. Tema merupakan 'dasar' sebuah penceritaan. Contohnya:
1. Novel BUDAK RAP (Ahadiat Akashah) bertema REMAJA.
2. Novel DONIA (Lamia Aimal) bertema CINTA/DRAMA.
3. Novel PEMBURU (Haron M. Dom) bertema MISTERI.
4. Novel HARRY POTTER bertema KANAK-KANAK/FIKSYEN.
5. Novel MATT ROMEO bertema HUMOR/CINTA.
6. Novel 1515 (Faizal Tehrani) bertema SEJARAH/PATRIOTISME.

SINOPSIS
Bila dah ada tema, kita tulis pulak sinopsisnya. Sinopsis adalah catatan ringkas dari keseluruhan novel. Ia boleh jadi panduan bila kita mula menulis nanti. Tulis lebih-kurang 1 page A4 aje cukuplah!

JUDUL KERJA
Judul kerja adalah tajuk persediaan untuk novel kita. Ia penting bila kita dah start menulis, contohnya bila kengkawan Tanya ko tulis novel apa? Cakaplah judul kerja tu dulu. Judul sebenar kita akan bagi bila dah siap keseluruhan novel tu, atau mungkin penerbit akan tukar kepada satu judul yang lebih bersesuaian. Jangan bantah kalo takde alasan munasabah pasal diorang lebih pro dalam hal ni!

RANGKA CERITA & PLOT
Rangka cerita (treatment) ni dalam penulisan skrip rasanya dipanggil 'scene'. Tapi aku confuse bila dalam animation 1 gambar storyboard tu dipanggil 'scene', sepetutnya 'shot'! Rangka cerita terbahagi kepada beberapa bab (bahagian) yang mana bila digabungkan akan menjadi satu cerita lengkap.


Di sini aku sediakan sebuah contoh merapu rangka cerita novel baru berjudul ADA APA DENGAN BDN?.

Prolog:
Emy sedang bersedih,
termanggu sendirian di bangku ruang menunggu KLIA.
Air matanya mula mengalir...
Bab 1:
Chinozie memutuskan pertunangan dengan Muntahmahal
kerana kecurangan tunangnya dengan rakan sejenis, PutriAmar.
Dia menghabiskan masanya melayari internet... join forum BDN.
Bab 2:
Chinozie berkenalan dgn Emy di gathering BDN ke-125 tahun,
detik pertemuan itu mencetus cinta pandang pertama antara mereka.
Bab 3:
Muntahmahal cuba untuk kembali merebut cinta Chinozie.
Tapi Chinozie tak dapat lagi terima kerana dah ada Emy.
Dia buat macam2 untuk balas dendam...
Bab 4:
Chinozie diarahkan oleh majikannya untuk menguruskan cawangan baru
rumah urut mereka di Kenya.
Sedih, tapi terpaksa berpisah jugak dengan Emy.
Bab 5:
Bertahun Chinozie berada di Kenya tanpa sebarang berita.
Emy dlm tekanan dan rindu yang amat sarat.
Satu ari, Emy mendapat tahu dari satu sumber Chinozie akan kembali
ke tanahair hari ini. Dia bergegas menaiki kereta kancilnya ke klia.
Epilog:
Back to klia...
Emy mengesat air mata bila melihat kelibat seorang yang
amat dirinduinya sedang berpelukan dengan seseorang
keluar dari balai ketibaan.
Emy hampa bila melihat Chinozie kini telah jauh berubah kecenderungannya...
mempunyai seorang boifren nigger yang sungguh perkasa.

Tamatlah sebuah rangka cerita yang macam s***. Korang jgn tiru camni plak, ni contoh je... kalau buatpun aku rasa tak sampai 20 page.

PLOT pulak huraian kepada rangka cerita tadi. Ia tak perlu dibuat mengikut turutan kronologi seperti cerita, yang penting setiap persoalan terjawab sepenuhnya.

SUBPLOT merupakan peristiwa lain yang melibatkan watak lain tetapi tetap berkaitan dengan cerita utama. Contohnya plot utama novel AADBDN adalah perchentaan Emy & Chinozie, subplotnya pulak adalah cemburu dan dendam Muntahmahal. Boleh tambah lagi subplot pasal camana Chinozie dapat kemahiran mengurut ke...

PROLOG adalah 'cerita sebelum cerita' digunakan sebagai intro atau pengenalan sebelum bermulanya cerita sebenar. EPILOG pulak 'cerita selepas cerita' sebagai penutup cerita dan biasanya sambungan dari prolog tadi. Kalo tak terrer lagi takyah buat novel ada prolog/epilog ni takut pembaca boleh agak dah endingnya.


LATAR MASA
Latar masa terbahagi kpd 2 iaitu latar masa keseluruhan cerita & latar belakang peristiwa. Latar masa keseluruhan cerita mungkin zaman sebelum merdeka (sejarah), zaman sekarang atau zaman akan datang (fiksyen), bergantung kpd tema cerita. Kadang2 tu latar masa boleh jadi terlalu panjang, dari zaman perang dunia pertama sampai sekarang.
Latar masa peristiwa boleh disampaikan dalam pelbagai cara. Contohnya melalui tarikh yang ditulis pada setiap awal bab.

BAB 25
18 Januari 1995


Atau melalui monolog seperti:

Jam dinding berdenting sebanyak sembilan kali. MaszMelati mengelabah bangun dari tidur. Tinggal 15 minit lagi masanya untuk menghadiri mesyuarat pagi ini. Mustahil dia sampai ke pejabat pada waktu itu walaupun tanpa kesesakan jalan raya.

Atau melalui dialog seperti:

"Weiii, bangunlah cepat! Dah nak masuk waktu Maghrib ni!" Laung Byha kepada Ryea yang sememangnya suka tidur waktu petang.

LATAR TEMPAT
Latar tempat jugak terbahagi kepada latar tempat keseluruhan cerita & latar tempat peristiwa. Latar keseluruhan cerita boleh jadi di kampung, bandar atau angkasa lepas (kalo cerita fiksyen). Latar tempat peristiwa pula mungkin di ruang tamu rumah, di dalam gua dsb. Ia jugak boleh disampaikan macam latar masa seperti:

BAB 25
18 Januari 1995
Alor Star, Kedah.


Adreen melabuhkan punggung ke sofa. Menatap tajuk utama akhbar sambil menghirup secawan kopi.

Biasanya org letak sofa kat ruang tamu, kan? Latar masapun kita boleh bayangkan melalui ayat di atas tu.

"Hati-hati sikit, Achique! Dalam gua ni dahlah gelap, licin pulak tu!" amaran Missy kepada Achique.

*Kalo untuk skrip takyah tulis dialog camni pasal kita dah nampak visualnya.

WATAK
Dalam novel ada 4 kategori watak:
1. Watak utama @ protogonis yang menjadi tumpuan utama penceritaan.
2. Watak pembantu @ antagonis yang merupakan penentang/lawan kepada watak utama.
3. Watak sampingan untuk menyokong perkembangan cerita dan watak utama & pembantu.
4. Watak pelengkap @ watak latar untuk memperkemaskan jalan cerita aje.

Ada jugak org membahagikan 2 kategori watak dalam novel.
1. Watak bundar @ watak bulat - watak lengkap dengan 'nafas' & 'sifat'nya ditampilkan dengan nyata (rupa, perangai, etc).
2. Watak pipih @ watak datar - Cuma satu aspek saja ditonjolkan.

Penjelasn watak boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya melalui monolog:
CikBintang berpaling, menyerlahkahkan keayuan wajahnya. Dengan kulit yang putih gebu, rambut lurus mencecah bahu serta lirikan mata yang redup, mengundang pesona setiap jejaka.

Atau melalui dialog:
"Fuh, sapa tu NcikMat?Cunnya..." ChefNizam memuncungkan mulut ke arah CikBintang.
"Ntahlah! Budak baru tempat ni kot... Kulit putih gebu, rambut cecah bahu, mata kuyu... ciri2 gadis idaman aku tu, Chef!"


GAYA BAHASA
Gaya bahasa biasanya mengikut tema cerita atau pembaca sasarannya. Kalau untuk hadiah sastera kenalah bermetafora sikit. Tapi kebanyakan novel biasanya guna sastera pop atau bahasa harian yg senang difahami & dihayati. Penggunaan bahasa yang terlalu bombastic sehingga memaksa pembaca membuka kamus akan membunuh minat membaca. Bahasa pasar (dah, tak, pasal, aje, etc) atau bahasa asing (I, you, best, so? etc) hanya digunakan dalam dialog. Pleaseeeelah jangan guna bahasa ciptaan sendiri macam cambestz, peningz, celakez, kipas-susah-hidup etc kalo taknak kena campak melalui tingkap oleh penerbit.

Cara bercerita biasanya menggunakan teknik AKUAN (pandangan org pertama) & DIAAN (pandangan org ketiga).
Teknik akuan menggunakan gantinama 'aku' dalam naratif cerita. Keseluruhan cerita dilihat dari sudut pandangan 'aku'. Macam novel grafik Blues Untuk Aku. Teknik ini agak terbatas kerana 'aku' hanya boleh bercerita tentang apa yang 'aku' nampak, dengar, rasa dll. Teknik diaan lebih bebas kerana penulis boleh garap semua hal dalam cerita.
Adakalanya kedua teknik ini boleh digabungkan!

Read more...

Tips Penulis



Bersangka baik

Menjadi penulis perlu bersangka baik.
Jika manuskrip ditolak,bersangkalah baik dengan menganggap ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Mungkin juga ia rezeki bersama penerbit lain.

Apabila editor lambat menjawab emel atau sms,anggaplah editor sibuk dan perlu menguruskan pelbagai kerja penting.

Dan jika royalti tidak seperti diharapkan,anggaplah ia kemelesetan ekonomi atau kurangnya permintaan terhadap buku berkenaan.

APabila manuskrip lambat diterbitkan setelah diterima,bersangkalah baik bahawa penerbit mahu menyusun jadual dengan tertaur dan berhemah agar buku itu berjaya di pasaran.
Kita perlu bersangka baik.Bersangka baik adalah sifat mahmudah yang perlu ada pada diri penulis.

Penulis syok sendiri

Menjadi doktor syok sendiri,mungkin menyebabkan nyawa pesakitnya terancam,malah membawa kematian.Menjadi politikus syok sendiri mungkin berjaya mengembangkan karier politik ke tahap tinggi,namun bakal memusnahkan sebuah negara dengan pelbagai doktrin dan teori mengarut.

Begitulah juga dengan seorang gadis yang hanya tahu syok sendiri dicintai dan disayangi oleh jejaka,akhirnya hidup bersendirian ke akhir hayat....

Begitulah bahayanya penyakit syok sendiri....

Begitulah juga dengan penulis syok sendiri.

JIka seseorang penulis menulis dengan berperasaan syok sendiri,ia akan menghancurkan karier dan bidang penulisan.Ini berlaku akibat sikap tersebut mempengaruhi bentuk penulisan.Bukan sahaja tidak berilmiah dan membuang masa mengadap komputer saban hari,malah manuskrip ditongsampahkan penerbit.

Penyakit syok sendiri adalah merbahaya dan perlu dibuang.Jika tidak,masa dan wang akan terbuang begitu sahaja.

Antara tanda-tanda seseorang itu penulis syok sendiri ialah :

1.Menulis mengikut cita rasa sendiri tanpa mengikut panduan dan nasihat editor dan syarikat penerbitan.

2.Malas membuat penyelidikan dan kajian.

3.Mengulang-ulang teori dan kaedah lapuk dan ketinggalan zaman.

4.Menganggap editor kurang bijak.

5.Tidak mahu memperbaiki diri.

6.Tidak mahu menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penulisan.

7.Tidak mahu berkenalan dengan para penulis yang telah berjaya.

8.Suka menganggap teguran dan kritikan sebagai sampah.

9.Membuang manuskrip jika gagal diterima .

10.Menjadi hamba wang dengan menjadi penulis picisan seperti novel lucah dan seangkatan dengannya.

Jauhi penyakit syok sendiri jika mahu berjaya,bukan sahaja di dunia,tetapi juga negara akhirat kekal abadi......

Niat adalah penting

Apakah niat anda menulis?ingin glamour?ingin mendapat wang?ingin mendapat penghargaan seperti pangkat dan anugerah?atau ingin melihat nama anda pada kulit buku?

Manusia mempunyai pelbagai niat dan tujuan dalam menceburi penulisan.

Namun perlu diingat bahawa niat yang paling penting ialah menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui buku.Ia adalah niat yang perlu ditanam dalam diri.

Lupakan dulu anugerah,glamour,royalti dan lain-lain.

Ambillah contoh penulis tersohor,imam Nawawi.Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menulis.Menurut kajian,beliau menulis 40 muka surat sehari.Walaupun hidup dalam kemiskinan dan kedaifan,menulis terus dilakukan sehingga akhir hayat.Beliau tidak meninggalkan zuriat dan anak cucu kerana tidak berkahwin,namun beliau meninggalkan jutaan ilmu yang teramat berharga nilainya.

Buku-buku beliau dibaca ratusan juta manusia sehingga kini dan diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia..

Jadikan beliau role model dalam penulisan,insyaAllah berjaya. Ingat,niat adalah penting.

Manuskrip ditolak

Apabila bersusah payah menulis dan menyiapkan sesebuah manuskrip,namun ia ditolak penerbit memang mengecewakan.
Namun anda jangan berputus asa kerana ia bukan penamat.
APa yang perlu dilakuakn ialah :

1.Bincang dengan editor.

Cuba berbincang dengan editor agar dapat mengenalpasti punca dan sebab manuskrip ditolak.Dapatkan idea-idea dari editor agar manuskrip tersebut dapat ditambahbaik dan dikemaskini.

2.Buat pembacaan.

ANda perlu membuat pembacaan manuskrip tersebut dan lihat kelemahan dan kekurangan yang ada.Analisa dan pemerhatian teliti perlu dilakukan agar mendapat idea-idea lain yang lebih bernas dalam mengemaskini manuskrip.

3.Buat olahan semula.

Mungkin manuskrip terlalu banyak keurangan seperti fakta berulang,bahasa lemah,penyampaian tidak mesra dan lain-lain.Justeru buat olahan sebaik mungkin agar ia lebih menarik dan diterima penerbit.

4.Cari bahan baru.

Penambahan fakta,isi,kandungan,bab mungkin perlu dilakukan agar manuskrip lebih menarik dan padat.Justeru anda perlu mencari pelbagai bahan-bahan baru dan terkini agar dapat dimasukkan dalam penulisan.

5.Kekalkan isi utama.

Cuba kekalkan isi-isi utama dan penting.Manakala isu-isu dan bahagian yang kurang penting dan tidak relevan perlu dibuang dan digantikan dengan bahan-bahan yang lebih menarik.

6.Cari kelainan.

Mungkin manuskrip anda mempunyai isi kandungan yang hampir sama dengan buku yang telah terbit atau manuskrip penulis lain.
Justeru anda perlu cari kelainan agar ia menunjukkan perbezaan pada isi kandungan,gaya bahasa,fakta dan lain-lain.

Apabila manuskrip ditolak,anda perlu berusaha agar dapat mengemaskini dan menambahbaik manuskrip tersebut.Jangan sia-siakan usaha anda yang telah bermula.Kejayaan tidak mungkin datang dengan mudah.

Perbaiki kelemahan dan cari pelbagai isi-isi yang lebih padat dan relevan agar ia mampu memberi tarikan kepada penerbit.Berusahalah,manuskrip anda akan diterima nanti setelah penambahbaikan dan kemaskini dilakukan dengan lebih baik,insyaAllah.

Hubungan penulis-editor

Menjalin dan Memelihara Hubungan Baik dengan Editor
Menjalin dan menjaga hubungan baik dengan editor adalah amat mustahak. Editor bertanggungjawab menentukan judul yang tepat bagi buku-buku yang mereka uruskan. Jika buku itu laku, mereka menerima pujian, jika tidak, mereka dipersoal dalam mesyuarat pengurusan.

Ada penulis sanggup merosakkan hubungan baik dengan editor semata-mata kerana tidak setuju judul buku mereka diubah oleh editor.

Merosakkan hubungan baik dengan editor adalah kesilapan serius kerana faktor-faktor berikut:

(i) Editor yang kecewa dengan sikap penulis akan bercerita kepada editor-editor lain.

Kakitangan syarikat lebih setia kepada rakan sejawat daripada setia kepada penulis. Apabila staf di bahagian sales tahu ada penulis bergaduh dengan editor, mereka hilang minat hendak bersungguh-sungguh mempromosi dan menjual buku penulis itu.

Begitu juga halnya dengan sikap staf di bahagian grafik. Penulis yang popular di kalangan editor juga popular di kalangan staf bahagian sales dan bahagian grafik. Hasilnya buku-buku penulis itu diterbitkan dengan wajah yang lebih cantik dan jualannya lebih laju.

(ii) Penulis tentu kecewa apabila judul cadangannya tidak diterima oleh editor.


Penulis tentu suka judul ciptaannya. Tetapi, secara komparitif, syarikat penerbitan lebih tahu judul yang laku.

(iii) Sebelum sesuatu judul itu dipilih, judul itu akan dikemukakan dahulu kepada bahagian pemasaran disebabkan merekalah yang dapat memberi maklumbalas kepada editor berkenaan kesesuaian judul itu.

Pegawai-pegawai di jabatan sales setiap hari pergi ke kedai-kedai buku, oleh itu mereka tahu judul-judul buku penerbit lain yang sudah ada dalam pasaran dan menjadi pesaing. Mereka akan memberikan maklumat itu kepada editor supaya jangan menggunakan judul yang serupa dengan buku terbitan syarikat lain.

(iv) Editor bekerja dalam keadaan yang stressfull, dan mereka mempunyai perasaan.

Apabila penulis tidak berbaik-baik dengan editor, mereka mungkin menolak bukunya, ataupun melambatkan proses penerbitannya dan mendahulukan buku penulis lain.

(v) Jumlah penerbit buku yang kredibel adalah terbatas.

Staf syarikat-syarikat penerbitan pula banyak yang berkawan-kawan sesama mereka dan bertukar-tukar maklumat berkenaan penulis yang bermasalah. Kalau hari ini ada penulis bermasalah dengan satu penerbit, dalam masa sekejap sahaja maklumat itu akan diketahui oleh staf penerbit-penerbit lain.

(vi) Bagi sesetengah penerbit, mereka sudah memasukkan dalam klausa perjanjian penerbitan bahawa hak menentukan judul adalah hak penerbit.

Ada penulis tidak mahu menjalin hubungan yang baik dengan editor atas pelbagai alasan. Ada yang malu dan tidak tahu apa cara yang betul kalau mahu mendekati editor. Ada penulis yang percaya tidak perlu berkenalan dengan editor. Ada yang berasa perbuatan menjalin hubungan baik dengan editor adalah tidak baik sebab ia boleh disalah tafsir.

Sebenarnya, sikap tidak berbaik-baik dengan editor adalah tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Penerbit untung apabila hubungan kerjasama antara penulis dan editor adalah baik dan lancar. Ia menghasilkan lebih banyak buku-buku yang memenuhi kehendak penerbit. Ia juga meningkatkan kesetiaan penulis kepada penerbit.

sumber :
http://universitipts.com/

Senarai penerbit

Jika anda telah menyiapkan sesebuah manuskrip dan tercari -cari penerbit untuk manuskrip anda,boleh melayari alam web berikut:
http://mabopa.com.my/index.php/members/

Terdapat ratusan penerbit yang boleh anda pilih! Selamat menghantar manuskrip.

Sumber : http://jomtulis.blogspot.com/

Read more...

Monday, June 16, 2008

Mengatasi GRUB yang hilang

Aku pakai 2 boot xp crystal dan ubuntu..so format drive C: dan setup lain windows…seperti kita tahulah kan bila install windows lain pasti boot akan hilang masalah ini memang memeningkan kalau tade guide aku dulu pun banyak try and error je dan main redah aja.

Bagaimana mengatasi GRUB yang hilang ?

Opps sebelum pergi jauh apakah yang dikatakan GRUB ? GRUB (Grand Unified Boot Loader) adalah boot loader canggih yang memiliki banyak fitur yang menarik. GRUB digunakan oleh sebahagian besar distro popular karena kelebihannya yang aman dan fleksibel.

Sejarah GRUB
GRUB berawal dari percobaan Erich Stefan Boleyn di University of Utah pada tahun 1995. Pada awalnya Erich memodifikasi boot loader GNU Hurd untuk membantu proses boot GNU Hurd. Namun Erich merasa lebih mudah jika membuat boot loader sendiri. Dan akhirnya GRUB lahir. Erich
menambahkan banyak fitur pada GRUB sampai akhirnya beliau menghentikannya karena ada prioritas yang lebih penting untuk dikerjakan. Tahun 1999 GRUB diadopsi oleh Gordon Matzigkeit dan Yoshinori K. Okuji sebagai paket GNU yang resmi. Dan semenjak itulah GRUB dikembangkan bersama-sama oleh komuniti.

So,kita nak panggikan balik seperti asal 2 boot itu..caranya seperti dibawah :

Langkah-langkahnya seperti berikut:-

* Gunakan LiveCD Ubuntu anda bagi yang tidak boleh akses masuk Ubuntu

* Buka terminal anda (Talian Internet tidak diperlukan)

* Masukkan/taip command : sudo grub

* Terminal akan muncul dengan pangkalan “grub>”

* Masukkan command : find /boot/grub/stage1

* Command diatas akan merujuk kepada bilangan OS anda. Jika anda menggunakan 2 OS, secara automatik grub akan membalas command anda dengan 2 barisan.

* Masih dalam grub, masukkan pula command : root (hd?,?). Ini adalah untuk mengenalpasti antara partition cakera keras anda yang mempunyai OS.

* Jika grub membalas (hd0,1), anda masukkan pula command line yang sama kepada balasan command line yang anda berikan tadi. Sebagai contoh dalam situai ini, anda masukkan ke grub :- (hd0,1)

* Selepas anda memasukkan command line tersebut, anda masukkan pula command :- setup (hd0), merujuk kepada nama partition anda seperti langkah ke-8. Jika (hd0,1), anda masukkan (hd0) pada command line setup grub tersebut.

* Akhir sekali, masukkan command : quit

Sebenarnya kehilangan grub menjadi masalah besar kepada pengguna Ubuntu kerana kehilangan pilihan akses antara Ubuntu dan sistem pengoperasian yang lain. Bagi grub yang rosak pula menjadi satu masalah kerana anda pastinya tidak dapat mengakses masuk mana-mana sistem pengoperasian baik Ubuntu atau yang lain. Namuni,grub yang hilang kita dapat atasi dengan langkah2 seperti aku terangkan tadi.

ni yang aku punya wat cam ni jerk..

grub> find /boot/grub/stage1
(hd0,5)

grub> -(hd0,5)

Error 27: Unrecognized command

grub> setup (hd0)
Checking if “/boot/grub/stage1″ exists… yes
Checking if “/boot/grub/stage2″ exists… yes
Checking if “/boot/grub/e2fs_stage1_5″ exists… yes
Running “embed /boot/grub/e2fs_stage1_5 (hd0)”… 16 sectors are embedded.
succeeded
Running “install /boot/grub/stage1 (hd0) (hd0)1+16 p (hd0,5)/boot/grub/stage2
/boot/grub/menu.lst”… succeeded
Done.

bila dah berjayaaaa


Read more...

Tuesday, January 11, 2005

What is the Dinar ?

According to Islamic Law...The Islamic Dinar is a specific weight of 22k gold (917.) equivalent to 4.25 grams. The Islamic Dirham is a specific weight of pure silver equivalent to 3.0 grams.


Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent to 10 dirhams."

"The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc.,therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment [of zakat, etc.] upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i [other coins].

Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals [weight of the dinar] of gold. . . The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains.

All these measurements are firmly established by consensus." Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah

How is the Islamic dinar used?

1. The Islamic Dinar can be used as saving.

2. It can be used to pay zakat and dowry as required by Islamic Law.

3. It can be used to buy and sell as it is a legitimate medium of exchange.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.