Sunday, June 14, 2009

Hidup untuk apa

Setelah diberikan nyawa, kita bernafas, dan jantung kita mula bekerja, tubuh badan bergerak, dan akal memulakan kerja fikirnya, namun, tidak ramai mengambil tahu apa terjadi pada hati. Hati kita sangat peka, dengan apa sahaja yang terjadi dalam diri. Hati dan hidup, tidak pernah gagal berkomunikasi.

Hidup dan masalah, adalah seperti mengisi air dalam gelas yang kosong, hidup yang kosong, umpama gelas tak berisi. Juga, masalah demi masalah yang hadir dan muncul adalah peluang kita membaiki diri. Maka hiduplah diri, hiduplah hati!

Kalau aku ni ada masalah kena rilek dan tenang serta fokus dengan positif dalam semua keadaan sambil mengintai 'DIRI AKU'. Sesuatu masalah itu aku menganggap suatu ujian untuk kita sentiasa mengupgradekan diri dengan memohon doa.

Menghidupkan hati agar sentiasa berlapang ini memerlukan kepada penyucian seperti juga pakaian mesti ada alat atau tools untuk menyucikannya..kalau tidak seperti gelas kosong tiada apa-apa dan sering ke bawah dan ke atas..itulah dinamakan QALBU yang berdolak dalik kerana 'kosong' pastikan kita sentiasa mengisi 'air' untuk menetapkan gelas itu dengan zikrullah, doa dan ilmu agar 'hati' tidak ketandusan dan kekontangan dengan 'nur'.

Sesuatu permasalahan juga perlu diluahkan kepada orang yang lebih dekat dengan kita atau sesiapa saja..tapi sekarang ni lagi senang luahkan jerk kat blog masing² untuk dikongsikan dan diberi respond..Rasanya semua dah pandai hinggakan tiada persoalan lagi..kalau dulu lain lah mana dah ada blog semua orang boleh view dengan akses internet..dulu hanya ada diari saja..tapi sekarang diari juga digunapakai lagi untuk mencatat sesuatu yang dianggap SULIT dan PERSONAL...

Sebenarnya bila kita rasa 'senang' pasti kita lupa dan lalai..bila rasa 'susah' kita risau, ketakutan, hilang keyakinan dan sebagainya...kalau masih 'sedar' pasti kita mengingati Allah dan berdoa. Pada dasarnya mengingati Allah ini adalah amalan yang tiada putus diamalkan. Hakikatnya semuanya adalah ujian samada dikala senang atau susah. Dunia adalah medan untuk mencetuskan segala 'perjuangan' zahir dan batin..kadangkala menjadi senda gurau dan permainan yang diaturkan oleh 'kehidupan lalu'. Tapi fikirkanlah kenapa masa kita keluar dulu dari rahim ibu itu kita menangis...begitu beratnya amanah yang harus 'diperjudikan' dengan kehidupan dunia ini.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.