Wednesday, June 24, 2009

Kesilapan Konsep Tawakal


Banyak perkara jumud yang diamalkan umat Islam dimasa kini umpamanya pengamalan 'tawakkal' dikalangan penganut agama Islam.

Ceritanya begini:

Setelah selesai memotong padi disawah, maka Wak Jono pun membanting padinya, dan kemudian memasukannya ke guni.. selalunya Wak Jono akan membawa hasil tuaiannya balik
kerumahnya.

Almaklumlah rumah beliau jauh dari sawahnya. Hari dah senja, motosikalnya hanya mampu menarik hanya satu guni padi sahaja.. sekiranya belebihan mungkin juga motosikalnya mengalami kerosakan.. dah gheheklah katakan. (motorsikal muzium).

Jadi, dia ada tiga guni padi, dan Wak Jono tertanya2 : '

Eh! macam mana aku nak bawa tiga guni padi ni? Motor aku dah setengah mati.

Finally, beliau menetapkan meninggalkan sahaja dua guni padi di dangaunya, yang tidak berdinding. sebelum dia pulang dia menyerahkan padinya kepada Allah/Tuhan
dengan kata lain tawakal : 'Aku bertawakkal kepada Allah'.. tenanglah jiwanya..dan berangkatlah beliau pulang.

Gedik..gedik..gedik.. gedik.. begitulah motor meraung minta tolong. Walau bagaimanapun sampai juga ia kerumahnya. 'Dah senja oi' Mak andihnya menyapa: 'kesian orang tua nih'.

Wak Jono memerli andihnya secara manja; 'Eh wah! Eh wah! masa aku muda, ko tak cakap pun aku muda.. Sekarang aku dah tua, baru ko cakap aku tua'.

Mak andihnya membalas: ' Tua2 pun sayang dan masih aku sayangi.. Almaklumlah boleh lagi......' (entah apa yang boleh lagi, entah lah. Tau² sajalah bahasa halus VIAGRA kot!).

Wak jono ni ialah jawa murtad (jawa kahwin melayu), dan mak andih nya pula dah tentulah murtad, sebab dia 'dimasuki' jawa.

Setelah siap guni padinya diangkat kebawah rumahnya, Wak Jono terus mandi, mengganti pakaiannya dan terus ke surau untuk solat magrib berjumaah.

Lepas sembahyang magrib, wirid, baca doa lebih kurang, bangun dan cari tempat mengombrol (bersembang), balut rokok berperisa cengkih (Rokok lenteng), berkembut asap dan mulalah ayam2 jantan kampung berinteraksi dan berkokok.

Itulah kebiasaan di surau2 kampung. Wak Jono, dengan tak sengaja, terpacul dari mulutnya bercerita tentang ia meninggakan dua guni padinya di pondoknya kat sawah.

Dalam ramai ahli jamaah tu ada juga yang tak betul nya..maklumlah, bukan semua orang ada duit dan bersawah.

Mungkin juga kerjanya mencuri.

Pagi besoknya, selepas solat subuh disurau dan doa' sikit lebih kurang, Wak Jono balik kerumahnya dan bersiap ke sawah seperti biasa..

Klec'eh.. kelec'eh.. klec'eh. Wak Jono membangunkan motosikalnya.. brooooooom.. begitulah bunyi keenderaannya merenget, tambah2 bila telinganya (trotle minyak) dipulas.

Tak lama kemudian sampailah ia kesawahnya dan terus menjenguk dua guni padinya untuk dibawa pulang, tetapi dah lesap.

Tanpa berfikir panjang, Wak Jono terus pulang dan singgah sebentar di kedai kopi. Dia duduk semeja dengan Wak Tumin (jawa tak murtad), kawan seperjuangannya, sambil meminta
kopi O: 'kopi O satu!'.

Dan Wak Juno mulalah membuka mulutnya: 'Tumin! padi aku lesap kena curi dua guni'.

Wak Tumin: ' La! kat mana ko simpan?'

Wak Jono: 'Kat pondok aku disawah'.

Wak Tumin: ' La! macam tu ke?'

Wak Jono: ' Hari dah senja, petang semalam. Aku tak sempat nak bawa semua padi tu balik kerumah, Jadi aku tinggalkanlah kat pondok dan aku bertawakkal kepada Allah'

Wak Tumin: 'Ko dah serahkan padi ko kepada Tuhan, jadi Tuhan ambillah balik, dan kenapa lak nak komplin. Dan takkan pulak ko suruh 'Tuhan' jadi jaga padi ko'.

Wak Jono: 'Laaaaaaaa! kalu aku diam tadi ke bagus. Padi kat bawah rumah aku tak nak pulak dia orang curi sekali ya!'

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.